Friday, March 27, 2009

Takar

Takar (porcelain)yang merupakan suatu bekas yang dibuat dari tembikar.Takar ini biasanya emak saya akan gunakan sebagai tempat mengisi beras,gula putih atau gula merah,garam dan lain-lain.Bagi yang takar yang emak isikan dengan beras selalunya seingat saya dia letakkan beberapa ketul batu sungai juga didalamnya.Takar pada hari ini jarang lagi kita lihat terdapat didapor-dapor rumah orang moden sekarang, tetapi kita akan mendapatinya terdapat diruang tamu rumah orang moden yang dijadikan perhiasaan dan juga kadang-kadang barang antik yang disimpan berdasarkan umur atau usia takar itu diperbuat.Mengumpul barang antik adalah menjadi kegilaan orang moden sekarang kerana dalam kajian megatrend mendapati semakin orang menjadi moden maka semakin mereka meminati barang antik dan meminat seni.DiEropah sekarang barang antik sanggup dibeli orang dengan harga yang berjuta-juta ringgit, misalnya pedang,baju,kasut dan sebagainya.Berkaitan dengan barang lama atau antik ini dimasa saya bertugas diMMK,Pahang dahulu ada syarikat pencari barang antik ini menjalankan exploration diBukit Ibam yang mana katanya terdapat barang-barang antik dan juga harta yang dibuat dari emas.Sejauh mana mereka menemui barang-barang tersebut tidaklah saya ketahui kerana saya ditukarkan kePutrajaya kerana ada orang inginkan jawatan yang saya sandang itu,lagipun saya tidak ada kabel seperti yang saya ceritakan dahulu.Orang yang ada kabel kuat walaupun bukan orang Pahang terus memegang jawatan kanan diPahang sehingga pencen dan memperolehi berapa ratus ekar tanah pula.Inilah politik pentadbiran diPahang, anak tempatan sendiri dianaktirikan.

Akhirinya ingin saya jelaskan bahawa Lembah bama pula (Kuala Lipis) adalah Lembah Emas (Gold valley) yang terkenal diseluruh dunia dari zaman silam dan hingga sekarang, kajian saya seperti saya jelaskan sebelum ini menunjukan sejak zaman Pramid Mesir lagi hingga sekarang lembah ini penuh dengan aliran emas didalam buminya.Hari ini lombong emas diPenjom masih beroperasi dan diKechau Tui masih banyak emas.Saya cuba mendapatkan topo syit kawasan Lembah Bama untuk dibeli, jawapannya TIADA, kalau nak beli minta kebenaran pihak atasan.Saya pula setelah mengetahui hal ini telah mendapatkan gambar statelit dan interpretasinya orang yang pakar saja boleh memberikan jawapannya.Apa yang menjadi realiti bahawa saya diberitahu yang ada saudara kami masa hidupnya ,semasa mencangkul dikawasan rumahnya sahaja dia menemukan takar yang berisi emas didalamnya, bayangkan betapa mudahnya kita menemui emas diLembah bama.Itulah cerita takar kali ini dan saya juga diberitahu diLembah kami kalau pelangi menjadi atau terjadi orang ada kata tempat jadinya itu ada takar berisi emas.Adakah anda mempercayainya?.

Dr Aminudin

3 comments:

alam said...

"Orang yang ada kabel kuat walaupun bukan orang luar Pahang terus memegang jawatan kanan diPahang sehingga pencen dan memperolehi berapa ratus ekar tanah pula.Inilah politik pentadbiran diPahang, anak tempatan sendiri dianaktirikan."

Bahagian ini saya nak respon:.

Setuju. Saya sendiri kakitangan Teknikal salah sebuah Jabatan Kerajaan ingin kembali berkhidmat di Negeri Pahang pun tak berjaya kerana tiada "KABEL". Bukan anak tempatan yang dari negeri2 berjiran dapat pulak... kerana ada pegawai pentadbiran satu negeri atau saudara mara mereka...

Sepatutnya buatlah usaha untuk tarik anak tempatan untuk membangunkan negeri ...

Itu pendapat peribadi saya aje. cakap tak gune, mana ade orang nak dengar. Saja nak luahkan ..

Hashim Zabidi said...

Ada satu cerita, seorang pegawai PTD di Pej.Tanah Ktn (bukan org Pahang). Dia sokong seme permohonan org bawahnya dgn syarat satu permohonan mesti ada satu reserve untuknya. Jadi kalau 10 pemohon ada 10 untuknya. (Agaknya perm.tentu lebih dr 10) Tak lama kemudian dia bertukar kbalik ke neg asalnya. Dengar dengar lepas tu jadi YB.

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdr Caklam, politik pentadbiran Pahang perlu rombakan, lihat saja pegawai kanan bukan anak Pahang, disebab ada kabel walau prestasi hambar terus diduduk dikerusi pegawai kanan Pahang, minda atau pengalaman tidak berkembangan kerana asik aje dipahang, saya sendiri pernah bertugas diagensi pusat seperti ICU,EPU,JPA,JPM bertukar pejabat berpuluhkali masih dibuang dari Pahang, sedang yang ada kabel tukar dari SUK Kuantan, kepejabat Daerah Kuantan, kemudian KePTG Diatas Bukit dan kalau jauhpun keMaran .Itulah hakikatnya sdr.Sdr harus tabah dan kita luahkan perasaan dalam mana-mana wadah sudah kira berjaya, kalau tak JPA Bhg unit Psikologi yang satu masa dulu pernah kami buat ujian untuk bebudak keluar negeri tak berfungsi.TEntang mohon tanah diPahang sekarang dah begitu tradisinya dimana orang luar menjadi ketua unit, So aje orang pahang jadi tarik rantai, apa nak kata tapi kini kuasa Exco kenalah tapis betul-betul.Do dulu berkuasa lulus bawah 10 ekar sebab itu banyak kampong diPahang bernama orang luar bukan nama Pahang,saya boleh buktikan.Inilah negeri kita yang ....

Ape nak kata kita punya politik now
kena...