Monday, March 23, 2009

Teringat Semaian dan Film Kami Lakunkan

Semalam saya begitu asik menonton film kung fu berjudul Fearless yang mana watak Ah Ngau menanam padi dikampongnya diCina setelah mengalami truma akibat isterinya dan anaknya dibunuh.Beliau bersama para tani menanam padi setelah diubah dari tapak semaian dan kemudian menanamnya secara bengkang bengkok.Bila menonton film ini,saya teringatkan tapak semaian yang kami buat diRelong dalam paya kami dekat Gua Bama.Mula kami pilih beberapa petak sawah yang sesuai untuk kami buat tapak semaian, kemudian kami cuci sawah tersebut dari rumput rampai dan menerung didalamnya.Kemudian kami sekeluarga akan membajak atau mencangkulnya supaya dibuat beberapa batas untuk ditabur benih-benih pada yang akan kami tanam misalnya beras pulut dan padi jenik.Beras pulut biasanya untuk kami buat lemang dan tepung pulut, manakala beras jenik untuk ditanak nasi.Bila batas ini telah diratakan kami akan memasukan air kepetak-petak sawah tersebut semalaman dan besuknya kami akan taburkan benih-benih padi seperti yang saya sebutkan tadi.Setelah beneh-benih tadi memanjang sekira-kira sekali kami akan mengubahnya untuk ditanam kesawah yang telah dibajak atau dicangkul seperti mana yang digambarkan dalam film Fearless tersebut.Gambaran inilah yang orang seni sahaja dapat menikamatinya betapa indah dan mengasikan mata mata memandang.Orang politik mungkin berpandangan lain dari orang seni melihatnya.

Jadi apa yang hendak saya kaitkan disini ialah saya pernah berlakun film dengan Datuk Azhar ,Jamaluddin dan Aripin Said dan lain-lain satu ketika dahulu masa Profesor Mustaffa Kamal Yasin dan saya mendapat tahu Datuk Azhar pernah menjadi Ketua pengarah Istana Budaya dan dia pegawai PTD yang berdarah seni macam saya.Dia mentadbir Istana Negara dengan perspektif seni dan ini berbeza dengan orang politik.Saya sama dengan dia tinggal serumah diKuantan dan bila dia bertugas diKanada ,saya bertugas di Jabatan Keselamatan, hari ini saya sudah lama tidak berhubung dengan dia, lagipun saya tahu dia orang kuat persatuan PPTD.Jadi perkara yang perlu diselaraskan disini ialah orang politik patut belajar dan menghayati seni dan perlu faham peraturan-peraturan pentadbiran yang mana ia boleh disebatikan menjadi satu ramuan yang sedap untuk dinikmati bersama.Marilah kita sama-sama mengingati pantun lama kita tentang padi berikut :-

Padi bernama padi belok,
Benih datang dari Pelembang,
Serta dapat bunga dijolok,
Barulah dapat bunga yang kembang.

Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batang,
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut,salah datang.

Padi pulut didalam bendang,
Banyak rumput dari jerami,
Mulut kita disuapi pisang,
Ekor dikait dengan duri.

Dr Aminudin

2 comments:

sherry said...

Salam Doc,

Just for sharing, kat Chenor lain sikit caranya, kami menyemai kat daratan @ tempat lain dan bukan kat sawah padi. Lepas benih dicabut dan ditanam kat paya, tapak semaian tu kami tanam jagung atau kacang hijau..

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Betul itu, Makalang Saya Ustazah Sepiah orang Cenor pun kata gitu memang cara semaian disana lain,namun ada persamaan segi semaian padi huma kami de Relong terutama dekat Bukit peninjau.Saya ada melawat rumah orang Melayu dicenor baru ini sebagai kajian saya untuk buat perbandingan dengan rumah Melayu didunia.Sekolah ugama pun dah cantik tapi sayang kedai lama cenor tepi sungai masih daif.Sayang ya, tempat saya menunggu makalang bila dia naik dari bot.Sekarang dah ada jambatan.

Dr Aminudin