Tuesday, November 19, 2013

Hukum Kanun Pahang: Satu Analisis

Siri 4
Ikhtisar Kandungan Hukum Kanun Pahang Versi Muzium Negeri Pahang
Hukum Kanun Pahang mempunyai beberapa bahagian yang dimulai oleh Bab Pengenalan yang mengariskan fungsi-fungsi raja dan hukuman-hukuman.Fasal 1 adalah mengenai adat dan majlis raja,adat dan kurnia.Rakyat tidak dibenarkan memakai warna kuning.Kalau memakai keris yang berhulu berumbai hendaklah dari anugerah raja.Fasal 2 pula tentang bahasa raja yang digunakan iaitu titah,patik,murka,kurnia dan anugerah.Bahasa ini hanya digunakan oleh raja-raja.Fasal 3 adalah tentang kematian raja.Fasal 4 tentang dusun dan peraturan anak sungai.Fasal 5 tentang perbuatan membunuh orang, Fasal 6 mengenai hal ehwal perbuatan mengamuk.Fasal 7 adalah tentang membunuh hamba abdi, Fasal 8 tentang hukuman menetak orang.Fasal 9 tentang kebolehan membunuh orang.Fasal 10 hukuman berkaitan biduanda, Fasal 11 adalah tentang perbuatan mencuri, fasal 12 tentang penawaran terhadap anak-bini orang.Fasal 13 tentang perbuatan lari.Fasal 14 tentang menyangkal dan pertuduhan.Fasal 15 tentang hal perbuatan memanjat dan menebang kayu.Fasal 16 adalah tentang hukuman fudzul dan fitnah, Fasal 17 hal berkaitan dengan upah mengupah orang.Fasal 18 tentang perbuatan angkara, Fasal 19 tentang hukuman berkaitan buah-buahan dan Fasal 20 tentang tanah perhumaan. Bersambung.

Monday, November 18, 2013

Hukum Kanun Pahang: Satu Analisis dan Perbandingan Dengan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Kedah

Hukum Kanun Pahang yang saya beli dengan Muzium Negeri Pahang diterbitkan tahun 2003 berharga RM 289 sebuah telah diselenggarakan oleh Yaakub Isa. Naskhah ini mempunyai versi yang diberi nama Manuskrip Muzium Negeri Pahang yang diperolehi oleh Pengarah Muzium Negeri Pahang dari seorang peniaga barang antik dari Patani,Thailand.Manuskrip ini mempunyai mukasurat yang telah mengalami kerosakan pada teksnya.Ukuran teksnya ialah 17sm x 22sm.Manuskrip ini dikatakan berada diPahang semasa pemerintah Sultan Pahang ke12 iaitu Sultan Abdul Ghafur Mohayiddin Shah (1592-1614 Masehi).Manuskrip ini disalin oleh seorang penulis yang bernama Fakir yang tinggal diPulau Raya. Apa yang menjadi kemuskilan bagi penyelenggara, Yaakub Isa ialah dimanakah Pulau Raya itu. Setelah membuat semakan dipeta dan carian diGoogle ,saya dapati Pulau Raya terletak didekat Kuala Krau, Temerloh dan saya berpendapat kanun ini disalin oleh orang Temerloh bernama Fakir, lagipun Temerloh memang terkenal dengan sekolah-sekolah pondok masa dahulu.Dalam buku Hukum Kanun Pahang ini juga dimuatkan versi Winstedt dan Kempe yang diperolehi dari Perpustakaan Royal Asiatic London yang dimiliki oleh William Maxwell. Kedua versi ini akan saya lihat perbandingannya dalam tulisan akan datang. Berikutsaya paparkan kedudukan Kampung Pulau Raya, Temerloh.

Wednesday, November 13, 2013

Koleksi Hukum Kanun Lama

Kini saya telah memiliki ketiga koleksi hukum kanun lama iaitu Hukum Kanun Pahang (dibeli dengan harga RM 289 sebuah),Undang-Undang Kedah (dibeli dengan harga RM 23 sebuah) dan Hukum Kanun Melaka (dibeli dengan harga RM152.20 sebuah) dengan adanya ketiga-tiga buah buku ini membolehkan saya menulis buku yang bertajuk "Hukum Kanun Pahang: Satu Analisis dan Perbandingannya dengan Undang-Undang Kedah dan Hukum Kanan Melaka ".

Friday, November 1, 2013

Buku saya "Pahang Beachcombing" siap untuk dilancarkan

Kandungan buku
1.Skop kajian
2.Geografi Pahang
3.Geologi Pahang
4.Iklim Malaysia dan Pahang
5.Geomorfologi Pinggir Pantai
6.Marin dan sumbangannya
7.Hutan dan kawasan sekitar pantai
8.Flora dan Fauna Pinggir Pantai
9.Pasir,Batu,Kerang dan Karangan Pantai
10.Puja Pantai Dalam Kenangan
11.Bumi ciptaan Allah
12.Kajian Lapangan dari Pantai Cendur kePantai Rompin
13.Epitome
Sisipan: Peranan Masjid Pesisir Pantai
Peta-Peta lama Pahang

Harga dicadangkan RM75.00 berkulit keras dan mempunyai melebihi 100 foto warna-warni dan bagi ahli blog Sungaibatderelong dicadangkan Rm 55.00 sebuah.Insyallah dilancarkan diKorea.