Sunday, July 27, 2014

BUku "Memoir Seorang PTD Volume Ke2"

Sempena Sambutan Hari Raya diKampung Relong anda akan boleh menemukan buku saya yang terbahru iaitu Memoir Seorang PTD Volume Ke2. Namun buku ini hanya untuk mereka yang berketurunan Tok Linggi kerana dalam buku itu akan saya muatkan " Legenda Tok Linggi dan Biografi Baginda".

Selamat Menyambut Hari Raya Puasa Tahun 1435H/2014M

Tuesday, June 10, 2014

Post Datum (2)-Hukum Kanun Pahang

2."Fakir"adalah juga merupakan anak murid serta menerima nasihat dan petunjuk dari guru-guru mereka dan dalam konteks kajian ini adalah para pengikut Mazhab Syafie.Diantara tokoh Mazhab Syafie yang terkenal ialah Imam al-Ghazali, dimana ilmu tasawuf adalah merupakan satu displin ilmu yang lengkap.Selapas itu kita lihat telah muncul ahli-ahli tariqah dinegara-negara Islam ( Dr Mahayudin Haji Yahya, 1984).Mendalami istilah-istilah sufi yang diantaranya adalah al-Tauhid atau bermakna al-Ifrad iaitu mengesakan Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.Al-Marifah Billah yang bererti mengetahui Allah dengan segala sifat-sifatnya yang wajib bagi-Nya dan sifat-sifat yang mustahil atas-Nya.Al-Qanaah, Al-Tawakkul, Al-Syukr, Al-Shabr,Al-Iradah, Al-Istiqamah, Al-Ikhlas, Al-Sidq, Al-Haya, Al-Faqr. Al-Syauq.Al-Khalwah, Al-Uzlah,Al-Wara, Al-Shamt,Al-Khauf ,Al-Juwa tark al-Syahwah dan lain-lain.Kenapa saya menelusuri istilah-istilah sufi tersebut adalah tidak lain untuk saya teliti elemen dan nilai-nilai kesufian yang ada pada batu nisan wali yang meninggal dunia diKampung Pematang ,Pasir,Pekan ,Pahang dan saya dapati elemen dan nilai-nilai kesufiannya memang wujud iaitu al-Ubudiah, al-Istiqamah,al-Haya, Ikhlas, al-Sidq, al-Qanaah dan al-Syaud. Natijahnya ia begitu significant sebagai seorang ahli sufi yang datang dari Semenanjung Arab  yang merupakan golongan Alawiyyin dari Hadramaut.Bersambung -Saya akan huraikan bagaimana para ilmuwan Islam Pahang menghafal prosa dan puisi Islam sebagai bukti Pahang sebagai negeri Pertama diNusantara menerima Islam.Foto dibawah adalah tulisan diatas Batu Nisan Wali diKg Pematang Pasir,Pekan (sumber:Dr Othman Mohd Yatim, 1988)

Monday, June 9, 2014

Akhirnya Manuskrip Hukum Kanun Pahang DiSiapkan

Saya bersyukur kehadrat Ilahi yang manuskrip Hukum Kanun Pahang dapat saya siapkan pada awal bulan Jun 2014 atau awal bulan Syaaban ini.Berikut saya persembahkan sebahagian dari Post Datum bagi kajian ini .

1.Dari data-data perbincangan dan juga analisis yang telah dibuat terhadap Hukum Kanun Pahang akan saya lakukan huraian penyudah tentang "Teori Islam yang datang kePahang adalah secara terus dari Hadramaut dan Pahang adalah negeri yang mula-mula menerima Islam diNusantara ini. Berdasarkan kenyataan saya tentang penemuan Batu Nisan Wali yang meninggal dunia diKg Pematang Pasir,Pekan yang diberi tarikh 1028,Masehi seperti yang pernah saya huraikan dalam buku saya Kajian Hikayat Seri Rama (2011), perkaitan yang lain tentangnya dibuktikan oleh Kajian Hukum Kanun Pahang ini yang ditulis oleh penulis bernama Fakir. Menurut para ahli tasawuf dizaman Abbasiyyah memang terdapat ramai orang mulai meninggalkan ajaran Allah, maka ketika itu muncullah golongan yang dikenali sebagai "supiah " atau disebut ahli tasawuf yang sebelum ini tidak pernah wujud. Maka mereka inilah dikenali sebagai ahli sufi yang cuba mengembalikan ajaran Islam berbentuk tauhid dan makrifat. Ahli-ahli sufi ini terpaksa mencari jalan keluar atau method dengan mengasingkan diri, beruzlah dan selalu membahasakan diri mereka sebagai "Fakir" dimana mereka ini tidak mementingkan diri dan bersifat sederhana dalam hal keduniaan.Inilah "Fakir" yang juga menjadi penulis, Hukum Kanun Pahang yang tidak dapat kita kesan. Bagaimana saya dapat mengesannya. Ikutilah tulisan ini selanjutnya.

Friday, May 9, 2014

Analisis Ketiga (2)-Hukum Kanun Pahang

Analisis Ketiga -2

Angkubah Tetap yang dikenalpasti sebagai istilah atau ungkapan yang menarik (Hukum Kanun Pahang), glosari (Undang-Undang Kedah) atau takrif kata (Hukum Kanun Melaka) yang terdapat dalam ketiga-tiga kanun tersebut  ialah Kupang, Koyan, Muhsan (muhsin),tafahus,sepaha, takzir, wati dan diwati.

Angkubah Berbeza (berubah) adalah mengikut persekitaran kanun masing-masing namun apa yang menariknya adalah istilah-istilah atau ungkapan dari Hukum Kanun Pahang begitu lebih menarik dari segi bahasanya berbanding dengan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Kedah. Saya perturunkan istilah dan ungkapan tersebut seperti berikut :-

1.Azab bilang tulang: terdapat dalam Hukum Kanun Pahang.
2.Ancang-ancang, berjuntai kaki diatas ancang-ancang: terdapat dalam Hukum Kanun Pahang.Ancang-ancang ini adalah bahagian hadapan perahu /jong.Definisi ini tidak terdapat dientry Kamus Bahasa Melayu Klasik (1997) dan dalam Kamus Dewan (1989) ancang-ancang ialah langkah sebelum melompat.
3.Adat kaum itu jangan sekali digalang : terdapat dalam Hukum Kanun Pahang.Hukum Kanun Melaka menyebut " adat ini turun termurun dari zaman Sultan Islandar Zulkarnain".Undang-Undang Kedah menyebut undang-undang dibuat dizaman Sultan Rijaluddin Muhammad Shah.
4.Candan yang jahit : terdapat dalam Hukum Kanun Pahang.Menurut Kamus Dewan (1989) candan adalah sejenis tumbuhan.Entry candan tidak terdapat dalam Kamus Bahasa Melayu Klasik (1997).
5.Dipintai akan dia harga sahaya itu : terdapat dalam Hukum Kanun Pahang .Ungkapan yang menarik.
6.Kerana nyala itu penaka : terdapat dalam Hukum Kanun Pahang.Ungkapan yang menarik.
7.Jika diluar amarat negeri seperti Lancang dan Hulu Sg Lintang : terdapat hanya dalam Hukum Kanun Pahang.Ini adalah angkubah Geografi yang tidak dibuat parameternya dua buku hukum yang lain itu.

Monday, May 5, 2014

Analisis Ketiga -Hukum Kanun Pahang (3)

Dalam analisis yang ketiga ini marilah kita lihat perbandingan istilah atau ungkapan yang terdapat dalam versi Muzium Negeri Pahang dengan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Kedah.Hukum Kanun Melaka diwakili oleh buku Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut yang dikaji oleh Dr Liaw Yock Fang, terbitan Yayasan Karyawan pada tahun 2003, dimana beliau menamakan sebagai Takrif Kata dengan memuatkan takrif kata yang sukar dan istilah undang-undang yang terdapat dalam teks tersebut.Manakala Undang-Undang Kedah yang diselenggara oleh Mariyam Salim yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2005, menamakannya Glosari. Bagi manuskrip versi Hukum Kanun Pahang tidak disediakan takrif kata atau glosari , justeru saya pula menyebutnya sebagai istilah atau ungkapan yang menarik.Walau apapun yang hendak kita namakan istilah tersebut maka yang harus kita lihat ialah kehalusan bahasanya dan kekuatan perkataan-perkataan tersebut.Inilah saya perturunkan perkataan atau istilah yang terdapat dalam ketiga-tiga buku tersebut.Saya akan membuat analisis ringkas dipenghujung perbandingan ini.

Glosari disediakan oleh buku Undang-Undang Kedah, 2005

Bafta, bandela,benian, beroci, bidur,bukir, ga (diga),gurnador,imarah,kabul,kenderi, khrajat, koyan,kunca,kupang,kweng,muhsan,nalih,pesara,sahaja,sambing, ronda, sepaha,tafahus,takzir,tandil,tera,tetampan,tunggul,wati, diwarti.

Jumlah semua entery ialah 31 perkataan. 

Bersambung.

Friday, May 2, 2014

Analisis Kedua-Hukum Kanun Pahang

Analisa kandungan (content analysis) adalah berasaskan elemen dan juga nilai (value).Keduanya ini adalah juga angkubah-angkubah (variable) yang sangat penting dalam Hukum Kanaun Pahang versi Muzium Negeri Pahang yang dikaji.Pada keseluruhan dalam mukasurat-mukasurat kanun yang dikaji terdapat elemen dan nilai-nilai kebudayaan atau cara hidup Islam.Elemen dan nilai-nilai tersebut tercermin dalam catatan yang saya buat mengikut mukasurat-mukasurat Hukum Kanun Pahang bagi versi Muzium Negeri Pahang yang dikaji.Catatan saya nukilkan dan juga memetik index yang disediakan oleh pihak penyelenggara kanun tersebut. Analisis ini sebenarnya boleh diprogramkan dalam komputer bagi semua elemen dan nilai-nilai yang saya kehendaki, namun untuk mencapai hasrat saya supaya lebih mendalami dan menghayati kanun ini maka saya membuat analisis secara manual.Selain dari itu saya juga tertarik dengan istilah-istilah yang digunakan dalam kanun ini untuk saya bandingkan dengan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Kedah sejauh manakah istilah tersebut lebih menarik mahupun lebih "advance" dari kanun yang lain itu..

Analisis I
 Pada mukasurat pertama kanun ini telah dimulai dengan Alhamdulilah Rabbil alamin dengan ucapan syukur kepada Allah SWT dan juga memberi salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan diikuti oleh mukasurat 2 yang memaparkan kanun sebagai garis panduan terhadap elemen keIslaman berpandukan hukum-hukum bagi mereka yang melakukan dosa.Istilah dosa, serta kawasan hukum kanun ini diliputi adalah negeri dan anak sungai seperti index yang disediakan.Seorang muslim perlu melihat dirinya menerima nikmat yang tidak terhitung banyaknya dari Allah SWT. Justeru perlulah kita menyukuri kepada Allah.Allah sahaja layak disanjung sepertimana Allah berfirman dalam Al-Quran ,Surah An-Nahl, ayat 53 yang maksudnya, " Dan apa saja nikmat yang ada pada kalian. maka daripada Allah (datangnya) ". Bersambung.

Monday, April 28, 2014

Analisis 1-Hukum Kanun Pahang (3)

3.Hukum Kisas menurut versi Muzium Negeri Pahang adalah jika seseorang memenggal tangan orang dan mati, maka keluarganya boleh membunuhnya atau memenggal tangannya atau dikenakan diyat.Menurut Mazhab Syafie Qisas bermaksud melakukan tindakan sama yang berbentuk serangan fizikal terhadap seseorang.Tindakan itu merangkumi perbuatan yang melibatkan pembunuhan atau kecederaan pada fizikal seseorang.Qisas adalah hukum yang berat dan tidak dikenakan pada kanak-kanak dan orang gila.Perlaksanaan qisas hendaklah dilaksanakan dengan penuh kesaksamaan jika tidak hukuman qisas akan digugurkan .Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 178 yang maksudnya, " Wahai orang yang beriman ! Diwajibkan kamu menjalanani hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang yang mati dibunuh iaitu: orang yang merdeka dengan yang merdeka dan hamba dengan hamba ".Natijahnya bahawa orang yang merdeka tidak akan dibunuh kerana membunuh hamba.Dan untuk melaksanakan hukum qisas mestilah mendapat kebenaran pemerintah, maka dianggap berdosa dan pemerintah boleh menghukum mereka dengan hukum yang sesuai (ta'zir) seperti sebatan atau penjara, walaubagaimanapun pemerintah tidak boleh menjatuhkan hukum bunuh terhadap mereka (Dr Mustofa ,Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 8:1808).

Analisis 1-Hukum Kanun Pahang

2.Hukuman menuduh zina seperti terdapat dalam versi Muzium Negeri Pahang adalah dikenakan 10 tahil.Manakala hukum zina adalah dibunuh (MMNP: 112).Bagi versi Winstedt dan Kempe pula menyatakan tentang hukum zina bagi kategori muhsin akan dihukum rejam dengan batu dan ditanam separas pinggang atau leher, manakala yang bukan muhsin dihukum palu 100 kali dan dibuang negeri selama setahun.Mazhab Syafie mengkategorikan mereka yang melakukan zina kepada Muhsan dan Bukan Muhsan.Muhsan adalah mereka yang baligh dan berakal , telah mumaiyiz dan tidak gila dan merdeka.Bagi hamba yang berzina akan dikenakan separuh hukum sebat.Muhsan adalah mereka yang pernah melakukan persetubuhan melalui penikahan yang sah.Bukan Muhsan adalah mereka yang berlawan ciri-ciri dari Muhsan.Tentang hukum zina bagi yang Muhsan adalah direjam dan mereka yang bukan Muhsan disebat 100 kali dan dibuang negeri selama setahun (Dr Mustofa ,Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 8).Tuduhan zina atau qazaf (dalam Bahasa Arab bermaksud lempar) dan dari istilah syaraknya bahawa tuduhan zina dilemparkan bagi tujuan mencaci dan memalukan.Tuduhan palsu adalah fitnah dan merupakan satu kezaliman. Hukum hudud bagi memelihara mereka yang tidak bersalah dituduh, adalah 80 sebatan dan telah dinyatakan dengan jelas dalam Surah an-Nur, ayat 4-5 ( Dr Mustofa, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 8: ibid).

Sunday, April 27, 2014

Analisis 1:Hukum Kanun Pahang

Teori saya menyatakan bahawa " Negeri Pahang Sebagai Negeri Pertama Menerima Islam Terus Dari Tanah Arab " akan saya bukti menerusi penyibaran Islam secara fizikal menerusi ahli-ahli tasawuf yang datang sendiri kenegeri Pahang membawa ilmu pegetahuan tentang Islam terutama dari Mazhab Syafie.Ilmu-ilmu dari ahli-ahli Mazhab Syafie turut tercermin dalam buku yang saya kaji iaitu Hukum Kanun Pahang dan secara tidak lansung Islam datang kePahang sejak dahulu menerusi kajian Hukum Kanun Pahang ini.Marilah kita lihat  "Apa yang tercatat dalam Hukum Kanun Pahang " dengan "Pendapat Mazhab Syafie Mengenai Hukum-hukum Perundangan Islam" seperti berikut :-

1.Hukum orang mencuri maka orang itu dipotong dan jika tidak dikena taazir dan kalau mencuri buah-buahan tidak dipotong tapi kena bayar sepuluh emas dan barang dicuri digantung dileher dibawa keliling negeri (Manuskrip Muzium Negeri Pahang: 109).Menurut Mazhab Syafie mencuri atau sariqah bermakna mengambil sesuatu secara sulit.Hukuman disabitkan kesalahan hukum hudud ini adalah dengan memotong tangan kanan pada pergelanggan tangan dan sebelum dilaksanakan hukum pemotongan tangan dijalankan perlu memerlukan 8 syarat iaitu 1.baligh 2.berakal 3.tidak dipaksa 4.harta yang dicuri mesti mencecah kadar ditetapkan bersama satu perempat dinar yang bersamaan dengan satu mistqal (20 karat) 5.harta yang dicuri adalah ditempat simpanan yang sesuai ini selaras dengan hadis  yang bermakna " tiada hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri haiwan ternakan melainkan ianya disimpan dalam kandangnya,sesiapa yang mencuri tamar selepas disimpan ditempat pengeringan dan ia (tamar yang dicuri) mencecah nilai sebuah perisai dia akan dipotong tangan " ,6.sekira pencuri rakan milik perkongsian tiada potong tangan 7.pencuri sedar apa yang dicuri itu haram ,dia dikenakan tazir dan denda 8.harta yang dicuri itu suci ,kalau tidak suci seperti arak, babi,anjing dll tidakdikenakan potong tangan ( Dr Mustofa, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 8).

Saturday, April 12, 2014

Wilayah Iskandar Kini saya datang

Sebagai waris Tok Linggi ,Wilayah Iskandar kini saya mendatanginya untuk melihat perancangan dan pembangunannya sekarang.Kalau dahulu Singapura adalah dibawah Riau-Linggi-Johor tapi hari ini mereka menyaingi Malaysia.Dalam peta-peta lama saya dapati dahulu Singapura adalah pulau-pulau kecil tapi akhirnya bercantum. Ini mungkin proses geologi atau proses penambakan. Namun begitu Wilayah Iskandar Waterfront kini turut menambak lautnya terutama dahulu dinamakan Pantai Lido tapi kini akan menjadi bangunan pencakarlangit setinggi 104 tingkat.Inilah hakikat bahawa Johor sekarang merancang setara dengan Singapura.Sebagai seorang ahli perancang macam saya kita mesti mengikut arus pembanguan moden dan berdiri sama tinggi dengan mereka yang dikatakan lebih maju dari kita. Inilah saya paparkan peta lama Singapura dulu.

Sunday, March 9, 2014

Legenda Tok Linggi

Saya telahpun menghantar Manuskrip kepihak pencetak bagi buku saya yang akan diterbitkan pada tahun ini bertajuk "Memoir Seorang PTD Kumpulan 3 -Volume 2" dimana akan memuatkan "Legenda Tok Linggi ", legenda ini dibuat berdasarkan Teori Raut Wajah yang telah saya lakukan kajian ditahun 2011.Volume ke2 ini turut disertai ulang cetak Volume Pertama diatas banyak permintaan dari kawan-kawan saya dari kumpulan 3.