Tuesday, March 31, 2009

Lubang Letkua(Letakuali)

Lubang letkua yang saya panggil ini ialah lubang yang kami buat dekat rumah Pakencik Akob, ia itu dibelakang rumah dia yang mana ada tanah tinggi atau tebing.Rumah kami didekat Guabama tidak boleh buat lubang letkua ini kerana tiada tanah- tanah tinggi .Saya selalu melihat Abang Akil membuat lubang lekua ini kerana menjadi
tempat diletak kuali besar atau kawah untuk buat dodol atau kacau bubur asura.Saya memang selalu bermain dirumah ecik, maklumlah saya rumah kami tiada kawan, saya seorang aje masa kecik.Dirumah encik ada Abang Akil,Akak Milah,abang Amid,Miah,Zohari dan Yahya.Bila wan Kiah nak buat dodol dekat raya, dia akan menyuruh Abang Akil membuat lubang letkua ini.Saya akan membantu Abang Akil mendapatkan pengali dan cangkul untuk menarah bukit belakang rumah encik.Abang akil akan mengorek lubang sebelah atas tebing dan kemudian mengorek pula disebelah hadapan yang mana akan dijadikan lubang bagi dimasukan kayu api bila memasak dodol nanti.Bagi tanah yang sudah dikorek itu saya dan adik dia yang lain membuangnya ketempat lain biasanya seingat saya dibawah pokok macang sempadan kebun getah We Muhammad yang dipotong oleh Abang Mat .Lubang letkua disebelah atas ini hendaklah kecik dari buntut kuali atau kawah.Biasanya bagi mengalas kuali atau kawah akan dialas dengan batu-bata.Jadi apabila lubang letkua ini siap kami akan menghidupkan api biasanya dengan menggunakan ranting-ranting kecil pokok getah atau sabut nyor, setelah hidup barulah kayu besar kami masukkan dalam lubang letkua disebelah hadapan seperti yang saya nyatakan tadi. Bila dan hidup api, Akak Milah dan Wan Kiah akan memulakan proses memasak dodol.Bagi bak ini memang saya agak malas mengacau dodol.Selalunya yang rajin mengacau dodol ialah Abang Akil dan Abang Amid, saya tak berapa minat sebab asap akan selalu mencari saya, entah kenapa ?Orang lain tidak.

Bila siap buat lubang letkua ni saya akan ajak kawan yang kemungkinan lalu dirumah encik mandi dalam parit bawah pokok durian yang menjadi kesukaan saya, sebab dari situ kami boleh merangkak-rangkak dalam air menuju kedalam culvert yang bersambung dengan parit tersebut, alangkah seronok bermain dalam culvert tersebut airnya jernis dan kami boleh buat kepongan air tersebut dengan badan kami, inilah agaknya yang menyebabkan juga Nuar Kadir suka datang keSungaibatu untuk bermain dan mandi dengan kami dalam culvert tersebut, dekat rumah dia mana ada.

Dr Aminudin

Paluan Gong

Gong dipalu dikampong kami Relong berbunyi bila ada orang berpencak silat masa kenduri kawin.Saya masih ingat lagi masa Abang Nudin anak Tokempat Relong kawin cukup meriah, maklumlah dia anak Tokempat ,Kawin pula dengan anak DeBanun yang memang cantik, orang ramai datang berduyun-duyunlah.Gong seingat saya dipalu oleh Buhan Daud, saudara dia juga dan ada sekali dua saya cuba mengetoknya dengan menggunakan ketok yang dibuat dari kayu dan biasanya dibahagian kepalanya dibungkus atau dilapik oleh pembungkus yang dibuat oleh taliguni atau kain.Gong ini kalau terlalu dipukul dengan kuat ia juga boleh pecah dan kalau pecah inilah yang menjadi bunyinya tidak sedap didengar, kami gelar berdepir.Gong juga saya dapati digunakan dalam sesuatu pesta atau pembukaan sesuatu upacara akan dipalu bagi menandakan sesuatu pesta itu bermula.Jadi pembesarlah yang akan memalu gong ini.Terutama sekali Pegawai Daerah didaerah-daerah dan ahli-ahli politik iaitu YAB atau YB.

Kita telah melihat senerio politik UMNO sekarang yang dikatakan diambang zaman perubahan yang perlu dibuat.Gong telah dipalu dan tirai telah dilabuhankan setelah perhimpunan Agong telah tamat baru-baru ini.Saya sebagai orang luar melihat satu remedy perlu dibuat sekarang, kami seperti Dato Wan Abu bakar,Pak Abu,Dato Sulaiman Iberahim dahulunya adalah Team GSPS membantu kerajaan dalam menjaga keamanan jadi tiada salah diminta memberikan pendapat untuk memulihkan UMNO.Tetapi bagi saya sendiri setelah meminta Abang Long jangan mengitarkan saya keluar Pahang,tetapi tidak berjaya mendapat simpatinya dan dia mengarahkan SS menekan button supaya dikitarnya saya kerecyclebin dan jadi saya tidak ada orang ingin menolong seperti yang pernah saya katakan yang saya tiada kabel.Hari ini kitaran politik telah diambang pintu bagi Abang Long pula, jadi inilah lumrah alam yang menyinggah dia pula maka orang UMNO perlu mengambil ikhtibar bahawa selain dari mereka yang dalam UMNO perlu mereka juga patut sangat juga mendapat pandangan dari orang seperti kami yang pernah berkhidmat dinegeri Pahang dizaman era Keselamatan dan mendapat didikan dalam bidang gsps serta politik tentu banyak pengetahuan dan seharus bersedia memberikan sumbangan.

Dr Aminudin

Sunday, March 29, 2009

Etika Profesional dan Nilai Pengdeklamator

Saya tertarik dengan artikel yang dimuatkan dalam Mingguan Malaysia bertarikh 29 Mac 2009 tentang nilai seorang deklamator yang dicoretkan oleh saudara Salman Sulaiman.Dalam artikel beliau menerangkan betapa keciknya bayaran yang diterima oleh pengdeklamator yang memberikan persembahan kepada audience.Beliau juga mencadangkan bayaran sekali membaca puisi ialah RM 500.Baiklah saya ingin memberikan secara perbandingan seingat saya yang mana diJabatan Keselamatan dahulu saya sering memberikan ceramah diJKR dan juga diINTAN, kadar yang saya terima ialah RM 100( satu ratus ringgit )sejam,dimana kelulusan saya ialah mempunyai ijazah pertama kelas atas ditahun 1978, memilik Diploma Pentadbiran Awam dan Diplomatik dan ijazah sarjana dari universiti tempatan (sebab ketika itu ,saya belum keluar negara untuk ijazah ketiga saya).Paling lama saya berceramah ialah dua jam, jadi saya dibayar RM 200 bagi satu ceramah.Saya rasa memadai dengan profesion saya yang mempunyai kriteria-kreteria berikut iaitu :-

1.Ilmu Pengetahuan- bagi menjawat jawatan PTD ,saya kena ada ilmu untuk melaksanakan kerja-kerja saya yang bersifat knowing-how dan teorinya.

2.Latihan intensif dan berterusan-sebagai seorang PTD saya kena berkurus secara berterusan seperti protokol,ilmu pensenjataan (kalau bidang keselamatan),komputer bahasa asing dan lain-lain.

3.Perkhidmatan penting kepada masyarakat iaitu kalau PTD adalah perkhidmatan disektor dalam negara,luar negara dan keselamatan.Ini dapat dirujuk kepada dimana pegawai itu berkhidmat.

4.Badan profesional-menjadi ahli kepada badan perkhidmatan masing-masing. jadi kami menjadi ahli PPTD.

Berdasarkan kepada kretria-kreteria inilah kita dapat mengukur sejauh manakah prestasi kita dan nilai yang boleh kita letak pada kerja-kerja kita.Kalau kita menjadi juara Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan Peringkat Kebangsaan, apakah kayupengukur kepada kejohanan tersebut atau kami panggil benchmark .Sebagai seorang yang bergiat dalam seni termasuk puisi seperti sepupu saya Badaruddin M.Z. yang menghasilkan puisi dan menghasilkan antologi puisi dan juga memenangi anugerah puisi peringkat kebangsaan beberapa kali kalau menyampaikan puisihanya berapa ringgit saja yang dia dapat.Disamping itu kami yang pernah membacakan puisi diTaman Ismail Mazuki,Jakarta tidak meminta ganjaran pun dan saya sendiri membaca puisi Jepun,haiku bersama ibu ,diTokyo International College tidak meminta bayaran walau ibu seorang profesional dalam bidang kesenian ,macam seniman negara kita diMalaysia.Begitu juga diceramah-ceramah seni dan budaya diNew York, kawan-kawan saya secara sukarela membacakan puisi mereka dan kadang-kadang meminta pantun-pantun saya yang dibuat secara sepontan untuk dibacakan .Begitu jugalah saudara Teo Wei Seng yang puisinya dibacakan dihadapan audience dan Timbalan Perdana Menteri, saya percaya tidak meletakan harga bagi satu pembacaan puisinya.Pelatih hafiz Al-Quran diBeserah,Kuantan akan secara sukarela datang kerumah orang yang meminta tahlil dan doa selamat tidak menolak untuk datang dan tiada habuan wang ringgit.Kegiatan seni kalau diukur dengan wang ringgit hendaklah setimpal dengan etika profesional bidang itu sendiri.Pertanyaan kepada isu ini adakah kita orang seni terutama pengdeklamator sudah bersedia dengan segala kreteria seperti pengalaman,ilmu,dedikasi,personaliti dan persatuan apa yang kita ada.Jawapannya ditangan anda semua dan ukurlah baju dibadan sendiri.

Iklas dari Dr Aminudin

Saturday, March 28, 2009

Temilau dan Tempayan


Puas saya mencari dalam Kamus Dewan,Kamus Delta dan kamus antarabangsa, apa erti Temilau, jawapannya TIDAK ADA, yang ada hanyalah dalam komputer minda saya aje, iaitu sesenis alat yang kami gunakan untuk menangkap ikan dikampong Relong.Manakala tempayan adalah mengikut Kamus Delta " large earthenware jar for storing water" atau sejenis bejana yang dibuat dari tanah liat dan digunakan untuk menyimpan air.Manakala gayong(dipper) adalah pencedok air dari tempayan yang biasanya kami buat dari tempurung kelapa yang diberi kayu pemegang supaya senang kita mencebuk air dalam tempayan. Masa dulu kalau kaki kita sempelet dengan lumpur sebelum naik rumah atau surau We Muhamad kenalah basuh kaki dari air dari tempayan.Cerita yang saya ingat tentang temilau ini adalah berkaitan bila kami nak berikan dalam gedung wan, kami gunakan temilau ini kerana dia besar dari lukah atau tuwar, lagipun ia boleh banyak muat ikan bila berikan yang selalunya banyak ikan.Lakaran temilau akan saya paparkan ,harap bersabarlah kerana mesin scan saya dah meragam.Selain dari itu hasil tangkapan masa berikan pula kalau banyak kami dapat setelah diagihkan kami akan membuat ikan perkasam dan dalam tempayanlah kami letak, saya juga difahamkan tempayanlah tempat dipendam budu atau peda yang bau semerbak dan sedap tu.

Saya juga ingat tempayan dirumah kami dulu ayah buat tempat dia jeruk buah rambutan gading.Rambutan lekang macam rambutan anak sekolah atau rambutan gula batu jarang menjadi untuk dijeruk.Rambutan gading seingat saya menjadi kalau dia dijeruk kerana dilongnyir.Inilah kenangan saya masa bebudak yang tidak dapat lagi dinikmati rasa oleh bebudak sekarang, namun begitu dengan ada coretan saya ini mereka akan tahun kami telah lama mejeruk rambutan gading, yang sekarang telah ada dipasaran rambutan dari Thailand yang ditinkan tetapi kita tidak belajar dari orang Siam yang bijak membuat bahan by product bebanding dengan kita dalam bidang pertanian.

Akhirnya saya hidangkan simpulan bahasa dan pepatah berkaitan tempayan iaitu Tempayan tertiarap diair,Tempayan bocor,Tempayan menjadi raga,tak akan berair lagi,Tempayan yang penuh tiada akan berkocak dan Mulut tempayan bagaimana menjahitnya.

Dr Aminudin

Friday, March 27, 2009

Takar

Takar (porcelain)yang merupakan suatu bekas yang dibuat dari tembikar.Takar ini biasanya emak saya akan gunakan sebagai tempat mengisi beras,gula putih atau gula merah,garam dan lain-lain.Bagi yang takar yang emak isikan dengan beras selalunya seingat saya dia letakkan beberapa ketul batu sungai juga didalamnya.Takar pada hari ini jarang lagi kita lihat terdapat didapor-dapor rumah orang moden sekarang, tetapi kita akan mendapatinya terdapat diruang tamu rumah orang moden yang dijadikan perhiasaan dan juga kadang-kadang barang antik yang disimpan berdasarkan umur atau usia takar itu diperbuat.Mengumpul barang antik adalah menjadi kegilaan orang moden sekarang kerana dalam kajian megatrend mendapati semakin orang menjadi moden maka semakin mereka meminati barang antik dan meminat seni.DiEropah sekarang barang antik sanggup dibeli orang dengan harga yang berjuta-juta ringgit, misalnya pedang,baju,kasut dan sebagainya.Berkaitan dengan barang lama atau antik ini dimasa saya bertugas diMMK,Pahang dahulu ada syarikat pencari barang antik ini menjalankan exploration diBukit Ibam yang mana katanya terdapat barang-barang antik dan juga harta yang dibuat dari emas.Sejauh mana mereka menemui barang-barang tersebut tidaklah saya ketahui kerana saya ditukarkan kePutrajaya kerana ada orang inginkan jawatan yang saya sandang itu,lagipun saya tidak ada kabel seperti yang saya ceritakan dahulu.Orang yang ada kabel kuat walaupun bukan orang Pahang terus memegang jawatan kanan diPahang sehingga pencen dan memperolehi berapa ratus ekar tanah pula.Inilah politik pentadbiran diPahang, anak tempatan sendiri dianaktirikan.

Akhirinya ingin saya jelaskan bahawa Lembah bama pula (Kuala Lipis) adalah Lembah Emas (Gold valley) yang terkenal diseluruh dunia dari zaman silam dan hingga sekarang, kajian saya seperti saya jelaskan sebelum ini menunjukan sejak zaman Pramid Mesir lagi hingga sekarang lembah ini penuh dengan aliran emas didalam buminya.Hari ini lombong emas diPenjom masih beroperasi dan diKechau Tui masih banyak emas.Saya cuba mendapatkan topo syit kawasan Lembah Bama untuk dibeli, jawapannya TIADA, kalau nak beli minta kebenaran pihak atasan.Saya pula setelah mengetahui hal ini telah mendapatkan gambar statelit dan interpretasinya orang yang pakar saja boleh memberikan jawapannya.Apa yang menjadi realiti bahawa saya diberitahu yang ada saudara kami masa hidupnya ,semasa mencangkul dikawasan rumahnya sahaja dia menemukan takar yang berisi emas didalamnya, bayangkan betapa mudahnya kita menemui emas diLembah bama.Itulah cerita takar kali ini dan saya juga diberitahu diLembah kami kalau pelangi menjadi atau terjadi orang ada kata tempat jadinya itu ada takar berisi emas.Adakah anda mempercayainya?.

Dr Aminudin

Thursday, March 26, 2009

Tengkalang


Berkaitan dangan memelihara ayam kampong beberapa peralatan yang kami gunakan disungai Batu,kampong Relong ,misalnya reban ayam,tengkalang,serkup ayam dan sangkar ayam.Hari ini pertandingan ayam serama telah bermula semula diKelantan yang beberapa tahun kebelangan dahulu menjadi lesu.Masa saya bertugas diUPEN ,Pahang dahulu pertandingan ayam serama begitu rancak.Ianya dibuat dikawasan pekan hari sabtu dibandar Kuantan sekarang.Hari ini pertandingan itu tidak berjalan lagi.Paling menghairan saya ada ketika itu seekor ayam serama boleh dijual pada harga RM 25,000.Wou begitu lumayan kalau dijual, tapi hari ini saya lihat ayam serama berkeliaran diBeserah macam tak bertuan!.Inilah dikatakan kitaran popular iaitu sama juga dengan kitaran ekonomi yang biasanya selepas 10 tahun melonjak (mengembang) ia akan mengucup (menjunam).Jadi kita kenalah pandai mengurus ekonomi atau kekayaan kita dimasa senang untuk menghadapi dimasa susah.Kawan saya seorang berjawatan tinggi dalam Citibank Group, New York yang dulu badan berisi kini dan hampir kurus kering kerana Citibank dalam keadaan tenat yang terpaksa dibantu oleh Kerajaan Amerika, macam juga dulu Bank Bumiputra yang dibantu oleh Kerajaan kita.

Berbalik pada tengkalang ini kami akan gunakan bagi mengisi ayam kampong yang biasanya kami jual dipekan sari dekat balai raya lama dikampong kami tetapi ada juga cina dari Padang Tengku datang untuk membeli ayam kampong dari kami,jadi sebelum dia datang kami akan masukan dalam tengkalang ini.Bagi serengkup ayam pula kami buat dari buluh yang biasanya ayah akan siratkan dengan rotan yang telah dijadikan tali pengikat.Biasanya serengkup ayam ini kami gunakan untuk mengurung ayam jantan yang selalu mengacau ayam lain bila kami beri makan padi atau potongan-potongan rembia.Bagi sangkar ayam pula biasanya ayah membuat dari daun pedor dan binkainya dari batang pedor dan kalau payah sangat nak pergi keBukit Perupok mencari daun pador, ayah akan membuat sangkar ayam dari daun rembia atau daun kelapa saja.Sangkar ayam ini akan membolehkan ayam kami bertelor dan mengeram telor.Jadi yang telor tidak menjadi kita panggil telor tembelang.Telor ini kalau kita baling kepada orang yang pernah menabur janji kepada kita dan tidak ditunaikan apabila tiba masa pilihanraya adakah berbaloi.Anda sebagai pengundilah dapat menjawabnya.

Bagi akhiri entry ini saya akan lakarkan objek tengkalag,takar,serekup,keketup dan indek dan juga pantun berkaitan cara kita berbelanja iaitu :-

Ayam berkokok dibanggul petani,
Limau purut karut diakar,
Tidak cukup belanja bini,
Gadai senduk dengar lekar.(dipetik dari Dewan Bahasa,April,1959)

Dr Aminudin

Wednesday, March 25, 2009

Peda

Peda yang dipanggil dikampong kami Relong adalah juga makanan yang popular diKelantan yang digelar Budu.Peda atau budu ini merupakan sos ikan bilis yang dipekasam sehingga hancur.Ia memang sedap dimakan bersama nasi yang merupakan sebagai bahan pencecah bagi ulaman seperti daun jambu gajus,jantung pisang,petai,kerdas,daun mengkudu dan lain-lain.Kajian telah mendapati peda atau budu ini mempunyai kandungan bahan yang digelar glutathione yang menjadi bahan antioksidan yang boleh menguat daya tahan badan kita.Disamping itu peda dan budu dapat menghalang dari penyakit konorer jantung,kencing manis,darah tinggi dan lain-lain.Selain dari itu ia mengandungi zat-zat atau vitamin B Kompeleks,vitamin A,D,E,K dan lain-lain.Kajian dibuat oleh Universiti North Carolina,USA juga telah membuktikan dalam peda atau budu terdapat unsur-unsur genestein dan phytoestrogen yang boleh menghalang penyakit kanser terutama puyu dara dan proses penuaan.Saya mengucapkan syabas kepada universiti luar negeri yang membuat kajian tentang peda dan budu, Malaysia.Tetapi saya terkilan kenapa universiti tempatan tidak membuat kajian tentang makanan tradisional orang Melayu seperti ini atau yang lain seperti ikan pekasam, tempoyak,rendang kering dan lain-lain.

Bagi orang Pahang kalau sebut budu, mungkin dah lemah nak majukan industri ini kerana berasal dari Kelantan.Jangan jadi begitu kerana Jepun jadi maju sebab dia menyesuaikan produk orang lain yang kemudian jadi produk mereka yang berkualiti.Jadi apa salahnya kita majukan indusri peda ini sebab ia adalah nama dari negeri pahang atau dari Lipis dan kita tingkatkan nilai tambah (value add)dengan jenama Peda kita.Cuba lihat kain tenung pahang telah mendapat pasaran yang baik walaupun Kelantan dan Terengganu ada industri tenun mereka.Jadi kita bangunkan industri kita dengan identiti kita.Saya harap orang Pahang boleh.

Lagipun Kampong Budu telah mendapat nama dari nama seorang batin orang Asli satu ketika dahulu yang mengikut Pak Zakaria Hitam telah berkelahi sesama mereka dan telah menjadi perkampongan.Dalam zaman penentangan penjajahan British ,Budu pernah didiami oleh Pahlawan kita Mat Kilau dan telah diserang oleh British.Budu telah dimusnahkan oleh British dan kampong telah dibakar dan Mat kilau telah berundur kehulu Cheka.Apa yang ingin saya kaitkan disini bahawa Kampong Budu,itu bukan lah mengambil sempena budu diKelantan.Jadiia adalah nama orang.Ini juga menunjukkan kepada kita bahawa Peda adalah berasal dari Pahang tetapi sama seperti budu dan inilah yang perlu kita bangunkan sebagai satu industri makanan yang baru.

Dr Aminudin

Got-Got (Centropus bengalensis)


Saya masih ingat burung got-got yang bersarang pada pokok kelat dekat gedong batu sebelah gedong wan.Gedong batu ini tumbuh juga banyak pokok rembia dan dihujung gedong ini terdapat banyak pokok mengkuang yang pernah saya ceritakan dulu tentang mengkuang.Dalam gedung batu ini banyak ikan lampang , ikan potak dan ikan kepar yang besar-besar.Burung got-got ini seingat saya berkepak merah tua dan badan kehitaman dan berintik-rintik putih.Mengikut orang-orang tua-tua kampong burung ini memang sesuai digunakan untuk membuat minyak urut terutama bagi orang yang patah.Saya juga diberitahu kalau kita patahkan kaki anak burung got-got ini ia boleh memulihkan kaki anaknya yang kita patahkan itu.Saya juga diberi tahu orang cina memang mencari burung ini untuk dibuat ubat bagi orang yang patah tulang.Entry kali ini saya petik ramuan dan bahan yang digunakan untuk membuat minyak urut tradisional yang terdapat dalam buku Dr Amran Kasimin bertajuk Berurut untuk Pemulihan Urat Saraf,1995.

Bahan-bahan serta kuantiti

minyak kelapa tanak 500 gram
minyak lenga 300 gram
campuran serbuk akar kayu,tongkat ali,akar hj samat,akan setunjang bumi,akar teja lawang,akar tengkok biawak,akar sakar,akar mek dak,akar pak mulut,akar elex besi,
akar elex tembaga 150 gram

campuran lada hitam,bunga cengkeh,jadam,langkuas kering,hadas pedas,dan hadas manis
50 gram

Burung but-but/got-got seekor

Burung ciak 5 ekor

Serai wangi 2 batang


Cara membuat ialah dengan menyembelih burung but-but dan burung ciak,dicabut bulunya dan dibersihkan.Lada hitam,bunga cengkeh,hadas pedas (Foeniculum vulgare),hadas manis,dan lengkuas kering yang telah kering dijemur dan digoreng tanpa minyak selama lima minit.Kemudian masukan minyak lenga,minyak kelapa dan serebuk akar kayu.Biarkan bahan ini mendidih hingga minyak betul-betul masak,iaitu kira-kira satu jam.Sebelum minyak diangkat dari api ,serai wangi yang dititik dimasukkan kedalam minyak supaya minyak berbau wangi.Kegunaan minyak tradisional ini ialah minyak urutan serta untuk memulihkan penyakit gangguan saraf,sakit pinggang,lenguh-lenguh,terseliuh dan sebagainya.minyak ini juga boleh merawat luka-luka kecil dan gigitan serangga.

Selamat mencuba.

Dr Aminudin

Resing( Cuora amboinensis)

Resing yang terdapat banyak dikampong kami diRelong iaitu dalam Sungai Teris dan juga dalam sawah, manakala yang kecil digelar bani terdapat dalam kebun-kebun getah.Hari ini jarang amat saya temui lagi.Resing ini macam juga memerang akan memakan ikan-ikan kami dalam jaring, lukah atau ranggas.Ini membuat kami marah kat dia.Dari segi saintifiknya haiwan ini adalah dalam kategori kura-kura atau tutung.Resing memakan ikan-ikan yang kami tangkap menggunakan jaring,lukah dan ranggas yang saya katakan tadi.Selain itu dia juga memakan daun-daun kayu dan rumpai dalam paya atau sungai.Hari ini saya lihat kura-kura jenis kecil banyak terdapat dikedai binatang belaan dan anak saya pernah membelanya hingga jinak, tetapi bila kami pindah kePutrajaya dahulu terpaksa kami tinggalkan dalam kolam mini zoo MPK, dan kini saya agak telah besar dan mungkin telah bertelor.

Masa saya kecil dahulu ada juga saya dapati resing ini bertelor diatas pulau kecil dalam gedong wan, bila kami mandi sama Jefri selalu pergi menengok telor resing ini tapi kami tidak mengambilnya kerana kami ingat telor dia tidak boleh dimakan.Bagi resing yang kami dapat lekat pada jaring atau termasuk dalam ranggas biasanya kami akan ambil dan tidak membunuhnya tetapi kami membawa resing itu kepada cina yang berkerja dan mendiami kongsi dikuari guabama sebelum ianya ditutup.Sebagai habuannya kami selalu mendapat kepingan-kepingan mercun dari cina perkerja kuari tersebut.Mendapat mercun ini begitu mengembirakan kami kerana kami suka membakarnya dan meletakan dibawah tempung kelapa, dan bila meletup kami begitu melonjak kegembiraan kerana tempurung ini melambung dan kadang-kadang pecah berkecai.Bila saya ingatkan ini semua baharulah saya teringat kepada kaum india bila mereka meraikan pesta menghempas buah kelapa bagi perayaan mereka.Mereka begitu teruja macam juga kami bebudak dahulu.Jadi inilah pertalian kegembiraan yang bertali-tali yang boleh meransang kita untuk terus hidup kerana hidup ini ibarat satu rantaian yang bersambung-sambung dan akan berakhir bila sampai kepenghujungnya.Adakah kita merenunginya semua ini ?

Akhirnya saya juga teringat cerita klasik tentang sang kura-kura yang bertanding atau berlawan lari dengan arnab yang berkesudahan dengan kemenangan sang kura-kura berkat ketabahan dan kesabarannya dalam satu perjuangan yang perlu kita contohi.Namun begitu janganlah kita pula terikut pantun tentang kura-kura yang berbunyi Kura-kura diatas perahu,pura-pura tidak tahu.Jadi anda sekelian tentu bijak membuat keputusan bukan gitu ?

Dr Aminudin

Tuesday, March 24, 2009

Slang Bebudak Sg.Batu,Relong-Part IV

Ini adalah beberapa lagi patah perkataan yang sering kami bebudak sungai batu diRelong menggunakannya :-

1.Tuwar- sejenis alatan menangkap ikan yang biasanya bersaiz lengan orang tua yang diperbuat dari bilah-bilah pokok pedor.Ayat berkaitan, Tuwar yang kami pasang dalam sawah petang semalam belum ditengok lagi.

2.Ranggas-sejenis alatan yang digunakan untuk menangkap ikan yang biasanya sebesar badan kita yang diperbuat dari buluh.Ayat berkaitan, Ranggas ayah yang dicampak dalam gedung wan menjadi tumpuan ikan-ikan pucuk pisang.

3.Sigai -sejenis tangga yang diperbuat dari buluh.Ayat berkaitan Sigai terpaksa kami guna untuk memanjat pokok jambu berteh kerana terlalu banyak kerengga.

4.Beseloro-bergurau.Ayat berkaitan, Tokmudin pernah berseloro dengan kami yang katanya kalau suka mengurat perempuan payah nak baik bila bersunat.

5.Rincis-memotong bahan-bahan yang dipotong berbentuk kecil-kecil.Ayat berkaitan, Batang pedor kena dirincis dahulu sebelum dibuat sangkar burung pipit.

Dr Aminudin

Monday, March 23, 2009

Teringat Semaian dan Film Kami Lakunkan

Semalam saya begitu asik menonton film kung fu berjudul Fearless yang mana watak Ah Ngau menanam padi dikampongnya diCina setelah mengalami truma akibat isterinya dan anaknya dibunuh.Beliau bersama para tani menanam padi setelah diubah dari tapak semaian dan kemudian menanamnya secara bengkang bengkok.Bila menonton film ini,saya teringatkan tapak semaian yang kami buat diRelong dalam paya kami dekat Gua Bama.Mula kami pilih beberapa petak sawah yang sesuai untuk kami buat tapak semaian, kemudian kami cuci sawah tersebut dari rumput rampai dan menerung didalamnya.Kemudian kami sekeluarga akan membajak atau mencangkulnya supaya dibuat beberapa batas untuk ditabur benih-benih pada yang akan kami tanam misalnya beras pulut dan padi jenik.Beras pulut biasanya untuk kami buat lemang dan tepung pulut, manakala beras jenik untuk ditanak nasi.Bila batas ini telah diratakan kami akan memasukan air kepetak-petak sawah tersebut semalaman dan besuknya kami akan taburkan benih-benih padi seperti yang saya sebutkan tadi.Setelah beneh-benih tadi memanjang sekira-kira sekali kami akan mengubahnya untuk ditanam kesawah yang telah dibajak atau dicangkul seperti mana yang digambarkan dalam film Fearless tersebut.Gambaran inilah yang orang seni sahaja dapat menikamatinya betapa indah dan mengasikan mata mata memandang.Orang politik mungkin berpandangan lain dari orang seni melihatnya.

Jadi apa yang hendak saya kaitkan disini ialah saya pernah berlakun film dengan Datuk Azhar ,Jamaluddin dan Aripin Said dan lain-lain satu ketika dahulu masa Profesor Mustaffa Kamal Yasin dan saya mendapat tahu Datuk Azhar pernah menjadi Ketua pengarah Istana Budaya dan dia pegawai PTD yang berdarah seni macam saya.Dia mentadbir Istana Negara dengan perspektif seni dan ini berbeza dengan orang politik.Saya sama dengan dia tinggal serumah diKuantan dan bila dia bertugas diKanada ,saya bertugas di Jabatan Keselamatan, hari ini saya sudah lama tidak berhubung dengan dia, lagipun saya tahu dia orang kuat persatuan PPTD.Jadi perkara yang perlu diselaraskan disini ialah orang politik patut belajar dan menghayati seni dan perlu faham peraturan-peraturan pentadbiran yang mana ia boleh disebatikan menjadi satu ramuan yang sedap untuk dinikmati bersama.Marilah kita sama-sama mengingati pantun lama kita tentang padi berikut :-

Padi bernama padi belok,
Benih datang dari Pelembang,
Serta dapat bunga dijolok,
Barulah dapat bunga yang kembang.

Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batang,
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut,salah datang.

Padi pulut didalam bendang,
Banyak rumput dari jerami,
Mulut kita disuapi pisang,
Ekor dikait dengan duri.

Dr Aminudin

Sunday, March 22, 2009

Sistem Pengangkutan Zaman Silam DiLembah Bama (Kuala Lipis) Part Akhir

Bagi kami pula untuk kesekolah Rendah Kampong Relong iaitu dari Sungai Batu kena berjalan kaki mengikut jalan-jalan dalam Kebun getah orang-orang kampong keBukit Berangan melalui titi-titi dalam rimpunan rembia dan batas-batas sawah sebelum sampai kesekolah.Masa dahulu cuaca disebelah pagi yang menggigit hingga ketulang kami bersama saudara mara seperti Miah,Abang Dollah,Mi Dagu,Dijah dan lain-lain budak dari Kampong Bapong akan melalui jalan-jalan dalam kebun untuk kesekolah rendah Relong .Ketika itu adaah tahun 1960an dimana betapa kurangnya infrastruktur bagi kami pelajar-pelajar yang berada dipendalaman terpaksa mengharunginya untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.Bahkan sistem pengangkutan yang kurang berkesan terutama fizikal jalanraya dan kekurangan bas , saya dan rakan-rakan ketika itu sudah mendiami asrama apabila menyambungkan pelajaran keSekolah Menengah Rendah pada Tengku pada tahun 1969 dan tinggal diasrama.Nasib baiklah Guru Besar pada masa itu ialah Pakcu saya iaitu Zakaria Derani yang banyak membantu dan membimbing saya sehingga dapat melanjutkan pelajaran keasrama penuh iaitu diSekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Jitra,Kedah setelah dapat kelulusan yang cemerlang dalam Sijil Rendah Pelajaran.

Memang tidak dapat dinafikan selain dari berjalan kaki, penggunaan basikal dikawasan pendalam Negeri Pahang dimasa dahulu begitu bermakna, saya sendiri masih ingat Pakandak Dahan yang merupakan seorang guru menggunakan basikalnya sebagai alat pengangkutan penting untuk pergi kesekolah tempat dia mengajar dan juga berjumpa dengan orang-orang kampong sebagai melaksanakan tugasnya sebagai setiusaha Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong.Saya juga masih ingat bagaimana seorang India Muslim sanggup berbasikal dari Kuala Lipis kekampong kami untuk mencari rezeki dengan menjual roti.Dr Cant (1973) menulis berdasarkan laporan tahunan pada tahun 1936 telah menulis seperti berikut :-

" There are 462 miles of bridle-paths in Pahang and thanks to the adoption of bicycle by persons of all nationalities irrespective of age or sex,they afford comparatively rapid communication between village and village,village anmd river or village and main road, not only for the cyclist and his passanger or passengers but also for the transport by bicycle of freight not ordinary associated with these machines,varying from a baby on handlebar to livestock on luggage carrier ".

Kesimpulan dari kajian ini saya telah mengestablishkan laluan besar atau jalan laluan kapal yang merentangi Semenanjong Tanah Melayu yang saya berpendapat bermula disebelah barat iaitu diKedah yang kemudian melalui Lembah Bama dan terus kepantai sebelah timur iaitu diKuala Pahang.Menurut pedagang dari Cina dan disahkan oleh Potelmy yang laluan kapal melalui Malay Peninsula bermula dari pantai barat Semenanjong Tanah Melayu adalah dikenali sebagai Tu-kun dan menurut Pelliot adalah Kedah ketika itu iaitu diCherok Tokun (R.Braddle,1939).Saya telah membuktikan bahawa Lembah Bama adalah yang selama ini dicari sebagai Pusat Perdagangan Asia Tenggara yang tidak dapat dikesan oleh penulis-penulis yang terdahulu.Saya berpendapat telah wujud pada abad yang ketiga lagi yang mana jauh lebih mendahului dari Sejarah Melaka.

Dr Aminudin

Kacip dan buah pinang (Areca catechu)


Kacip ialah " a kind of scissors-like instrument used to cut betel nut,etc " dan pinang sejenis tumbuhan dalam keluarga Palmae yang biasa kita dapati dahulu dimakan sebagai ramuan makan sireh yang mana pernah saya corekkan dalam tajuk berkaitan gobek dahulu.Dekat rumah lama saya didekat Gua Bama memang banyak pokok pinang yang wan tanam.Ada yang pokok pinang rendah sudah berbuah dan ada yang tinggi melanggit baru ianya berbuah. Buah pinang amat menarik perhatian saya bila dia mengeluarkan seludangnya dan kemudian berbuah muda berwarna hijau dan bila masak menjadi kuning.Sebenarnya buah pinang boleh dibuat ubat bagi sakit kepala dengan mengambil daun pinang dengan dicampurkan bersama beras dan air ,kesemua bahan ini digaulkan dan kemudian airnya disapukan keseluruh kepala dan bungkus dengan kain dan biarkan ia kering serta ulangkan proses ini beberapa kali.Manakala untuk mengubat luka dan bisul pula bolehlah kita mengambil buah pinang yang tua dan kemudian dibakar serta ditumbuk hingga lumat, selepas itu bolehlah disapukan pada tempat luka dan bisul itu.

Sebenarnya pokok pinang ini berasal dari kepulauan Sunda dan kemudian banyak ditanam diTanah Melayu yang ketika itu digelar sebagai "an arrow dropped from heaven " (J.D.Gimlette,1991),selanjutnya beliau menulis sebagai berikut " Betel-nuts from a Kelantan export of considerable value.The areca fruit or betel-nut is usually about the size and shape of a small hen's egg; it covered with a very woolly husk which is green in the upripe state, and yellow or orange-yellow when the contained brown,conical nut (seed) is ripe ".Saya hidangkan pantun berkait dengan buah pinang yang terdapat dalam Rangkaian Sastera Melayu yang berbunyi :-

Pokok pinang patahnya condong,
Dipukul ribut berhari-hari,
Kucing berenang tikus berdayong,
Ikan dilaut berdiam diri.

Dr Aminudin (Melihat banyak pokok jenis pinang ditanam sebagai perhiasan...tapi tak boleh dimakan )

Saturday, March 21, 2009

Sistem Pengangkutan Zaman Silam DiLembah Bama Part IV

Kapal orang Melayu dari sehari kesehari makin mengecil dan kebanyakkannya adalah perahu.Namun yang popular sahaja telah digunakan seperti cialup, baluk dan banting yang mana digunakan untuk tujuan perdagangan dan untuk tujuan peperangan pula orang Melayu menggunakan jenis kakap,lancing dan penjajab.Walaubagaimanapun ada lagi kapal orang Melayu yang dipanggil jong yang boleh dikira besar juga.Dimana jong ini mempunyai tiga tiang layar serta jolong dihaluannya dan dua batang kemudi diburitannya.Tiang layar jong berbentuk tripod yang digantung sebagai layar tanjung (layar ini berbentuk empat segi bujur) yang mana biasanya disengetkan pada satu belah (Ahmad Jelani Halimi,2006).Manakala gambar perahu yang kebanyakan digunakan diLembah bama (Kuala lipis) pada tahun 1920an bolehlah dilihat pada gambar yang diambil oleh Carveth Wells.

Sistem pengangkutan darat pula diPahang kebanyakkan berbentuk jalan raya yang mana ketika itu banyak ladang-ladang milik British telah dibuka.Manakala jalan keretapi pula dibina hanyalah bermotifkan politik dan ekonomi.Itupun jalan keretapi diPahang hanya dibuka pada tahun 1910 yang dibina menghala keTembeling,Jerantut.Inilah cara British memerintah negara kita dimana diKuala lipis sendiri sebagai ibu negeri pahang hanya baru dibina jalan keretapi dari Kuala Lipis kePadang tengku pada tahun 1921.Saya masih ingat semasa saya kecil ,walaupun masa itu kita telah merdeka bahawa jalan tanah merah menghubungi Kuala Lipis dengan Padang Tengku amatlah teruk keadaannya terutama dimusim tengkujuh.Semasa zaman ayah saya pula sistem pengangkutan untuk keKuala lipis hanyalah dengan keretapi.Manakala jalan raya mengikutnya hanyalah jalan balak yang boleh dilalui oleh kereta jenis landrover.Menurutnya lagi kereta jenis landrover ini dikampong kami hanyalah ada sebuah iaitu yang dimiliki oleh taukeh getah dikampong kami iaitu Encik Sood.Kalau hendak keKuala lipis juga kenalah berjalan kaki mengikut Kampong Bapong yang kemudian mendaki Bukit sarang dan kemudian keTempoyang dan selepas itu barulah samapai kebandar Kuala Lipis.Saya juga pernah berjalan kaki dari Kampong Relong keKampong Keledek melalui Kampong Berchang semasa kecil kerana hendak menghadhiri kenduri kawin sepupu ayah diKampong Keledek.Sejak awalpagi lagi kami telah berjalan kaki hinggalah ketengah hari barulah kami sampai diKampong keledek.Jadi apabila sampai punyalah suka hati kerana dapat makan yang sedap bila sampai ditempat orang kenduri kawin itu.

Bersambung part V

Dr Aminudin

Tuwar dan Toman (Ophicephalus micropeltes0


Tuwar adalah juga sejenis alat menangkap ikan yang kami gunakan menangkap ikan semasa saya kecil dahulu.Tuwar ini macam juga ranggas yang saya perkatakan sudah tiada kedapatan lagi sekarang dan bebudak sekarang sudah tidak ketahui lagi.Walaubagaimana pun saya telah melakarkan pada ketas untuk saya scan dan muatkan dalam blog ini.Saya memperolehi tuwar ini dari buatan ayah yang disiratkan menggunakan bilah-bilah pedor yang telah dibuang empulornya.Ia disiratkan sebesar lenggan orang tua dan diberi mulut bagi ikan masuk dan diikat sebelah hujungnya.Tuwar ini akan kami pasang dicelah-celah batas atau laluan ikan yang kami percaya banyak ikan hilir dan mudik.Biasanya waktu musim padi menguning hendak masak banyaklah tuwar yang dipasang tengah-tengah paya ini.Ikan yang biasa mengena tuwar adalah toman (Ophicephalus micropeltes),sembilang dan puyu yang memang banyak musim padi nak masak.Sebelah petang bila lepas saya balik sekolah kami, biasanya Jefri dan Alim akan memasang tuwar ini dalam paya kami dan paya Pakangah man.Besoknya dalam masa yang sama kami akan pergi menengok tuwar ini dan biasanya akan sendatlah dengan ikan toman,sembilang dan puyu dalam tuwar tersebut.

Ikan tersebut kami agihkan dan bawa balik kerumah untuk dibuat lauk.Toman amat sedap dimasak dengan timun tahun masak tempoyak ataupun dimasak lemak dengan terung telunjuk (Solanum melongena).Dalam kampong kami apabila berikan (menangkap) tuwar tidak pratikal kerana ia kecik lagipun kadang-kadang orang terpijak akan dia sebab kecik, jadi keadah memasang tuwar ini menjadi kegemaran Jefri dan Alim sebab mereka kecik dan emak mereka takberi berikan sebab nasih kecil lagi lagipun kalau ada lintah takke nyaya bebudak ini.Selain dari kena tuwar ini toman seperti yang saya ceritakan juga boleh dipancing dengan mudah didalam paya kami atau dalam gedong wan.Biasa bab memancing toman ini abang Mat Reneklah yang paling handal dengan menggunakan umpan anak katak.Banyak dia dapat toman bila memancing dan dapat pula yang besar-besar belaka.hari ini ikan toman dah naik harga sebab orang banyak buat tonik haruan dan ubat supaya cepat sembuh bila menjalani pembedahan.

Dr Aminudin

Friday, March 20, 2009

Kukur


Kukur (grater) adalah sejenis alat yang biasanya kita mengukur kelapa atau nyor.Kukur ini sekarang mungkin tidak banyak lagi kita simpan dirumah dan saya percaya dalam sepuluh tahun lagi anak-anak kita tidak mengenalinya lagi.Macam gobek yang pernah saya catatkan dalam blog saya ini.Jadi biarlah orang nak kata kepada saya yang tentang saya corekkan itu tidak mengikut piawaian akedemik mereka.Apa yang saya catatkan adalah berdasarkan realiti dizaman saya dan berdasarkan komputer minda saya.Bagi kukur ini dimasa saya kecil ,saya akan diarah oleh emak mengukur kelapa kalau dia banyak kerja lain, misalnya masa dia hendak mencabut bulu ayam bila kami nak masak gulai ayam dan kalau ada wayang gambar jabatan penerangan dikampong kami emak akan memasak awal dan dia selalu minta saya mengukur kelapa.kukur biasanya badannya dibuat dari kayu dan mata kukur itu dari besi yang diberi mata biasanya bulat dan tajam.Bila kita nak mengukur kenalah duduk diatas kukur tersebut dengan memegang kelapa yang berisi untuk diparut.

Orang kampong saya juga selalu bergotong-royong mengukur kelapa bila ada kenduri kawin,jadi orang-orang perempuan akan datang kerumah orang kawin ini dua-tiga hari sebelum kenduri kawin tersebut untuk mengukur kelapa.Selain dari bergotong-royong mengukur kelapa bila orang kawin, kami dikampong juga dahulu membawa kelapa beberapa biji seorang untuk diberi kepada rumah orang kawin.Inilah situasi dulu yang tidak dapat lagi kita lihat hari ini, iaitu bergotong-royong dan membantu memberikan barangan kepada orang yang hendak buat kerja kawin.Seingatan saya bila diadakan gotong-royong mengukur nyor ini saya memang suka membelah kelapa yang telah dikupas, ini adalah kerana selain dari dapat minum air kelapa saya juga berminat mencari tombong kelapa yang ketika itu zaman bebudak bagi saya adalah enak bila dimakan.Hari ini bebudak sekarang bila sebut tombong kelapa dah terlopong, taktahu.Manakala zaman sekarang kelapa telah dikukur dengan mesin dan dipasar besar Kuantan pula saya dapati ada menjual santan kelapa , begitu juga dipasar-pasar besar saya lihat santan kelapa telah dibungkus dalam kotak macam air minuman saja, alangkah mudahnya zaman moden ini, itulah permodenan yang kita mahu akhirnya kita lupa budaya kita dan kukur akan akhirnya terkubur!

Saya akhiri entry ini dengan perpatah Melayu yag berbunyi Kukur apa kepada kukur,nyor juga yang binasa, tahukah anda maknanya ?

Dr Aminudin

Thursday, March 19, 2009

Ulaman

Ulaman orang Melayu yang ada dijual dipasartani-pasartani sekarang telah meningkat harganya dari masa kesemasa.Saya biasa membeli ulaman seperti jering(Archidendron jiringa),kerdas (Pithecellobium microcarpum)dan petai (Parkia sp)telah mendapat perhatian atau menjadi kesukaan orang membelinya.Ulaman ini saya masih ingat ada ditanam beberapa pokok dekat rumah kami yang kedua iaitu dekat rumah Cikgu Bakar.Hari ini ulaman tersebut telah menjadi makanan oleh berbagai kaum terutama orang cina.Mereka telah mengemari mememakan petai yang ditumis dengan ikan bilis.Beberapa kopichiam dikuantan menghidang masakan tumis petai ini.Namun tidak banyak lagi orang cina yang meminati ulaman jering dan kerdas.Jering seingat saya dikampong,selain dari dibuat ulam emak saya juga ada merebusnya dan dimakan dengan kelapa parut selain dibuat gulai lemak bersama ikan kering.Kedai-kedai orang Melayu terutama masakan minang dikuantan saya lihat ada menyediakan masakan sedemikian dan ianya memang enak.Kesemua ulaman saya sebutkan diatas mempunyai khasiat sebagai ubat yang boleh menurunkan darah tinggi dan kencing manis yang menjadikan ia sebagai salah satu faktor kenaikan harganya.Disamping itu juga pokoknya yang biasanya terdapat dihutan telah kian berkurangan akibat pembalakan yang dilakukan dihutan-hutan kita.Ulaman kerdas atau genuak yang dipanggil oleh orang Kedah kalau dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan kita sukar untuk membuang air kecil namun ada petua yang diamalkan oleh orang dahulu untuk mengatasinya iaitu dengan mengambil kepingan kayu merbau (yang saya ceritakan dahulu dimana terasnya dibuat gasing) dengan direbus sehingga keluar air berwarna merah dan meminum air tersebut dan insyallah mudahlah kencing atau kami dikampong kata kena ikat dek ulam kerdas.

Akhirnya saya akhiri dengan serangkap pantun berkaitan ulaman ini :-

Ulaman jering,kerdas dan petai rasanya kelat ,
Sedap lagi kalau dimakan dengan sambal tempoyak,
Politik Melayu semakin tenat,
Penggunaan wang dan habuan kian banyak.

Dr Aminudin

Sistem Pengangkutan Zaman Silam DiLembah Bama (Kuala Lipis) Part III


Sejarah pemberontakan pahlawan-pahlawan Melayu Pahang seperti Datok Bahaman,Mat Kilau dan lain-lain yang menentang British terutama sekali Hugh Clifford adalah berkisar atau berlatarbelakangkan geografi sungai-sungai seperti Sungai Semantan,Sungai Tembeling dan lain-lain sungai yang mengalir hingga keTerengganu.Sejarah pemberontakkan dan penentangan ini membuktika kepada kita semangat juang orang Pahang ketika itu amatlah tinggi.Disamping itu juga ianya juga telah membuktikan kepada kita bahawa mereka mahir menggunakan sistem pengangkutan air seperti perahu,rakit ataupuntongkang dalam penentangan mereka dan dapat pula mengalahkan penjajah yang terkenal dengan teknologi persenjataan yang lebih baik dari mereka.Dalam laporan atau tulisan sejarawan barat tidakpun memberikan kredit kepada kemahiran seumpama ini, mereka hanya mencoret perwatakan pahlawan Melayu Pahang sebagai orang yang selalu menentang pemerintah.Walaupun penjajah British menang perang diJeram Ampai pada tahun 1894 itu tetapi mereka tidak dapat menghapuskan semangat juang Pahlawan Pahang seperti Datok Bahaman,Tuk Gajah ,Mat kilau dan lain-lain.

Saya suka mengalorkan bahawa pertandingan sukan air dengan menggunakan rakit telah kami popularkan diTemerloh pada tahun 1992 yang mana kami ketika itu mengadakan pertandingan menghias dan berakit dari Lubuk Kawah hingga kekawasan jeti feri lama Temerloh.Hari ini saya dapati acara berakit telah menjadi acara tahunan sebagai Pesta Berakit yang dianjurkan oleh Badan Perlancungan Negeri Pahang.Malahan jaraknya pula telah dipanjangkan iaitu dari kawasan rumah rakit bandar Kuala Lipis hinggalah kebandar Pekan.Kajian tentang jenis-jenis kapal-kapal perdagangan diAlam Melayu oleh Ahmad Jelani Halimi (2006) memberi gambaran kapal-kapal diAbad ke15 adalah besar dan boleh mencapai 50meter panjang dan boleh pula membawa penumpang seramai 1000 orang.

Pada abad yang pertama hingga abad yang kelima kawasan Nusantara terdapat perlabuhan-pelabuhan yang memberikan perkhidmatan kepada kapal-kapal dagang yang mana 6 daripadanya terdapat ditanah besar dan saya yakin ianya adalah diLembah Bama yang mana perlabuhan tersebut ialah diKuala Medang .Enam nama tempat pelabuhan dikawasan pendalaman tersebut ialah Thalon,Pegu dan Pagan diBurma,Nakhona Pathom,Dvdaravati dan Ayuthia diThailand,Vyadhpura dan Oceo diFunan,Kampuchea,Indrapura dan Vijaya diCampa dan Annam.Jadi saya berpendapat Kuala Medang atau Indrapura yang dikatakan diChampa itu adalah pelabuhan diLembah Bama.Nama jenis-jenis kapal Melayu yang pernah digunakan ialah perahu,lancing,kapal,jong,bahtera,sampan,ghurab,sagur,payar dan baluk ,dimana kebanyakannya dibuat dibuat diMelaka atau diPegu (Ahmad Jelani Halimi,2006)

Bersambung Part IV

Dr Aminudin

Wednesday, March 18, 2009

Sistem Pengangkutan Zaman Silam DiLembah Bama(Kuala Lipis) Part II


Menurut catitan dalam www.answers.com/topic/pahang-river telah menyebut bahawa zaman silam Sungai pahang dan Sungai Muar hampir bersambung disuatu tempat berhampiran Jempul.Negeri Sembilan.Perahu para perdagang dari Muar akan meneruskan perjalanan mereka hingga keKuala Pahang,Pekan atau KeKuala Lipis.Jalan Penarikan yang bermaksud menarik perahu telah ditemui diabad yang ke14 juga merupakan jalan bagi pedagang Arab yang menjalankan perniagaan dan mengembangkan agama Islam.Sungai Pahang menurut web juga terjadi akibat faktor geografi dan merupakan sebahagian dari warisan North Sunda River yang mempunyai rangkaian dengan Sungai Mekong diVietnam,Sungai Chao Phraya diThailand dan Sungai Rajang dan Baram diSarawak.

Tradisi pembesar Pahang dizaman tersebut adalah mengawal dari segi pemerintahan dan juga ekonomi ,umpamanya Tok Raja Orang Kaya Indra maharaja Purba Jelai, menurut penulis Zakaria Md Dom mempunyai kekuasaan meliputi daerah-daerah dari Tanjung Lindung disebelah hilir berhampiran Jerantut hingga keperbatasan Perak dan Kelantan.Manakala daerah Tembeling dibeli oleh Tok Raja Kota Lima Puluh dari Raja Johor yang menjadi pemerintah Riau dan Lingga.Kesimpulannya menurut Zakaria Md Dom bahawa Daerah Jelai adalah berpisah dengan Daerah Pekan dan dipunyai dan diperintah oleh Raja Johor-Riau dan Lingga yang juga memerintah Pahang ketika itu (Zakaria Md Dom ,1996).Penulis yang menjelajah hutan belantara semenanjong Tanah Melayu seperti Carveth Wells dangan penuh pengalaman dalam bukunya Six Years in Malay Jungle ada sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada kita tentang sistem pengangkutan air dan jenis pengangkutan yang terdapat diKuala Lipis, belau menulis :-

" The boat was very gracefully carved dugout,about twenty-five feet long and three feet wide.The deck was make of strips of bamboo, and in the bow were running boards for the four coolies who poled the boat.In the stern was a kajang,or roofed stracture underneath which i lay in comfort upon a mattress, with the kemudi ,or steerman, behind me " (Carveh Wells,1925)

Pengalaman membina jalan bagi sistem pengangkutan keretapi diPahang oleh Carveth Wells begitu menyeronokannya disamping itu dia juga memberikan gambaran kepada kita tentang begitu mudahnya beliau mendapatkan lauk bagi makanan untuk pasukan pembinaannya seperti dari rusa,seladang,ikan,ayam hutan dan lain-lain.Begitu juga dari catatan penulis ini kita dapati bahawa sistem pengangkuatan air menerusi Sungai Jelai dan Sungai Tanum diKuala lipis amat baik sekali.Jadi tidaklah menghairankan kepada kita sistem pengangkutan sungai yang merentang ditengah Semenanjong Tanah Melayu dari Pantai Barat lalu kelembah bama dan hingga ke pantai timur tanah Melayu yang terdapat di zaman purba itu yang menjadi kajian saya ini tentulah lebih baik lagi.

Bersambung Part III

Dr Aminudin

Tuesday, March 17, 2009

Sistem Pengangkutan Zaman Silam DiLembah Bama (Kuala Lipis)


Sesungguhnya tidak banyak kajian dan bahan-bahan rujukan boleh kita baca tentang sistem pengangkutan zaman silam atau lama diLembah bama atau Daerah Kuala Lipis.Walaupun Pahang sebuah negeri yang mempunyai banyak sungai dan sungai yang terpanjang disemenanjung Malaysia.Tulisan E.R.Alfred yang menjadi Perunding Kehormat Muzium Negeri Pahang dalam artikelnya berjudul "Ancient Water Transport in Pahang "(1997) tidak banyak menyentoh tentang sistem pengangkutan dikawasan pendalaman tetapi hanya menyentuh sistem pengangkuatan dikawasan pantai timur Pahang.Secara umum E.R.Alfred memberikan empat jenis pengangkutan air lama iaitu bamboo rafts,bark boat,long boat lashed-lug boats.Manakala bahan yang digunakan untuk membuat pengangkutan tersebut adalah dari buluh,kayu-kayan,rotan dan lain-lain.Kesemua bahan itu adalah banyak diPahang dan Pahang kaya dengan khazanah hutannya.
Tulisan C.A.Gibson dan M.A.Hill yang bertajuk "Cargo Boats of East Coast of Malaya"(1949) pada tahun 1940an itu pula adalah kajian mengenai sistem pengangkutan laut yang penting ketika itu juga menumpukan pada kawasan sebelah pantai timur Pahang juga.Dalam kajian itu mereka telah menemukan jenis-jenis perahu yang digunakan ketika itu iaitu :-

1.Kumpulan Pinas-Bedar yang panjangnya kira-kira 30-35kaki
2.Perahu Pinas yang panjang kira-kira 60-70kaki
3.Bedar panjangnya kira-kira 45-60kaki
4.Perahu memancing panjangnya 15-45kaki
5.Perahu buatan barat panjangnya yang boleh mencapai 35kaki
6.Kolek Ma Siam panjangnya sekitar 30kaki
7.Perahu layar Cina atau Tongkang yang panjang diantara 50-90kaki.

Dari kajian itu kita memperolehi sedikit sebanyak tentang data mengenai sistem pengangkutan diPahang, sekurang-kurangnya kita dapat tahu nama jenis-jenis perahu yang digunakan namun kajian itu tidak memperincikan bagaimana perahu itu dibuat,apakah jenis kayu yang digunakan bagi membinanya,jangkamasa yang disiapkan bagi membina perahu-perahu itu,apakah kemahiran yang diperlukan bagi membuatnya dan dimanakah perahu-perahu itu dibuat.Dalam lawatan saya keKuala pahang,Pekan terdapat berberapa buah boat yang tidak dapat keluar kelaut kerana musim tengkujuh dan jeti yang dahulu dari kayu kini telah diganti dengan jeti konkrit.

Sarjana tempatan seperti Aruna Gopinath (1993) yang memetik penulis-penulis seperti W.B.Roberts,F.A.Swettenham dan H.Clifford telah mengatakan bahawa Sungai pahang adalah sungai paling mudah dilayari diSemenanjong.Disamping itu beliau juga memetik kata-kata H.Clifford bahawa pengangkutan kehilir sungai terdiri daripada rakit-rakit yang dibuat dari buluh yang besar yang mengangkut para penumpang dan barangan kedistinasi mereka.Selain dari Sungai pahang dan Sungai Lipis juga terkenal dengan kampong-kampong yang terdapat ditepi tebingnya seperti terdapatnya lombong emas yang terkenal diPenjom.Aruna Gopinah juga mengatakan Orang Melayu merupakan bangsa yang bergantung hidup pada sungai dan berkuasa dilaut, mereka menetap disepanjang sungai yang sesuai untuk penempatan dimana penempatan yang padat dengan penduduk adalah ditebing sungai Pahang,Sungai Jelai,SungaiLipis dan Sungai Tembeling.

Bersambung.

Kajian ini dipetik dari Kajian saya bertajuk Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal Bagi Asia Tenggara dan Mengesan Sultan Pemeritah Riau-Lingga Yang Menetap DiLembah Bama (Kg.Relong).

Dr Aminudin

Tasik Cini

Cini
aku
berada
ditebing
melihat
airmu
lesu
musim
kering.
Teratai
terkulai.

ikan
bermain
celah
menerung
yang
turut
layu.

Dr Aminudin, Tasik Cini, Mac 2008.

Kerjaya dalam bidang Komunikasi dan Art Part II

Hari ini berita harian bertarikh 17 Mac 2009, telah memaparkan kartunis Lat mendapat ijazah Kehormat Doktor Seni oleh UPSI , satu pengiktirafan kepada orang seni terutama seni lukis jenis kartun.Pengerusi Persatuan Senilukis dan Senireka Melayu Pahang iaitu Mohd Shaimy Hashim ada meluahkan rasa kurang senang tentang kedudukan artis diPahang.Hari ini beliau perlu merasa lega dengan adanya pengiktirafan kerajaan kepada ahli senilukis.Memanglah diAmerika Syarikat pelukis mendapat kedudukan yang baik tetapi mereka berkarya secara profesional dan mempunyai jadual kerja yang dirancang.Misalnya kalau mereka hendak membuat sesuatu lukisan yang bertemakan alam semulajadi ,mereka akan membuat lukisan dalam waktu yang ditetapkan misalnya 2 minggu ,jadi dua minggu kemudian mereka akan menyiapkan lukisan tersebut atau mengadakan pamiran yang bertema yang berkenaan dalam masa yang telah mereka rancang.Dientry kali ini saya jelaskan bidang-bidang dalam komunikasi dan art yang mana anda akan ikuti dan dimana boleh mendapat perkerjaan bagi graduan bidang tersebut.Juga saya namakan universiti top diAmerika Syarikat pada tahun 1989 yang menyediakan kursus tersebut:-

Advertising
You will plan and prepare advertisements for newspapers magazines,radio,TV,billboards,brochures.You may specialize in copywriting,layout,research.You will use creative talents to market a product to prospective clients.You probably will enjoy courses in English,creative writing,technical writing ,speech,marketing,economics,public speaking,psychology,statistics,finance,management,sociolgy,computer science,art.Many workes in advertising are hire by advertising and public relations agencies.Others work for nonprofit organizations and various kinds of business.Some are selfemployed.

Communications
Communications studies involve the understanding of the role of mass communication in society.You will study the nature,function,content,value and effects of communication on public policy and opinion,covers the nature of language and communication media.You probably will enjoy courses in English,creative writing,technical writing,speech,marketing,economic,public speaking,psychology,statistics,sociology,foreign languages.journalism,research methods,advertising.Many graduates in this field find work with advertising and public relations agencies.Other work for newspapers and radio/television companies.Some work for nonprofit organizations and various kinds of businesses.

Bersambung diPart III

Dr Aminudin

Memerang(Amblonyx cinerea)

Beberapa hari yang lepas saya ada melawat mini zoo MPK dan didapati ada seekor memerang yang jinak sedang dibersihkan kandangnya oleh kakitangan mini zoo tersebut.Ia amat jinak dan bermain serta berenang dalam kolam kecik yang disediakan dan kadang-kadang mengigit manja penjaga itu untuk mendapatkan ikan bagi makanannya.Bila saya melihat ini saya terkenang dekat kampong kami dulu diRelong, memerang memang menjadi musuh kami terutama bila dia mengerjakan ikan dalam jaring dan dalam lukah kami.Dia memakan ikan itu kami takmarah tetapi dia kadang-kadang menyiat jaring kami dan membuat lukah kami rosak.Ia juga kadang-kadang merosakan padi muda yang baru ditanam. Jadi memerang adalah musuh kami ketika itu.Hari ini saya jarang melihat memerang tetapi dizoo mini ini saya jadi tertarik pada perwatakannya yang manja dan bermain-main dengan penjaga zoo itu.Mengikut penjaga zoo ini ia dapat ditanggap dekat kolam MPk dekat Taman Gelora yang terperangkap dalam jaring.Penjaga itu panggil dia Awang.

Sebenarnya memerang adalah sejenis otter yang paling kecil didunia yang terdapat di Burma,India,Thailand,.Malaysia,Laos,Vietnam dan lain-lain negara Asia.Berat badan nya boleh mencecah 5 kilo.Disetengah negara lain Asia ia boleh dilatih untuk memberitahu kita dimana banyak ikan seperti orang Kelantan membela berok yang boleh memetik kelapa.Memerang juga boleh dilatih untuk menghalau ikan supaya ia terperangkap kedalam jaring.Makanan yang dia gemari ialah ikan dan anak-anak ikan selain itu ia boleh juga makan ketam dan kadang=kadang katak.

Saya bila terpandang memerang saya teringat kawan sekedet PTD saya yang kami panggil Nazri Memerang, yang mana bila kami diarah oleh pegawai penyelaras Encik Halim berlatih berenang dikolam Mindef, Nazri Memeranglah yang paling terkenal kerana kelincahannya berenang dan menyelam.Paksako,Dr.Ramli Mangkok dan Nawawi Belatok habis hilang popularnya bila kami berlatih berenang dan Encik halim sudah tentu memberi dia markah penuh bila bak berenang ini.Hari ini saya dah tak tahu dia berkhidmat diJabatan mana ,tetapi seingat saya diKementerian Kesihatan.

Dr Aminudin (teringat kawan-kawan PTD).

Monday, March 16, 2009

Buaian(swing)

Buaian hari ini banyak terdapat ditaman-taman permainan yang disediakan oleh Majlis bandaran ataupun taman-taman perumahan.Dalam taman permainan itu banyaklah jenis permainan seperti buaian,papan gelonsor,jongkang-jongkit, terowong dan lain-lain.Masa kami kecil dahulu buaianlah yang ada.Kami buat buaian dari sekeping papan dan diikat dengan tali kerbau.Masa saya kecil ayah ada buat buaian untuk kami bermain didekat rumah lama kami dekat guabama dibawah pokok rambutan menghadap Guabama tetapi saya jarang bermain disini kerana saya lebih suka bermain buian dekat rumah Pakangah Man.Disini saya suka bermain dengan Jefri dan Alim, seperti yang pernah saya ceritakan alim masih kecil dan belum pandai bercakappun, sepatah dua adalah dia reti.Kami bermain disini terutama musim buah rambai dan buaian yang dibuat oleh Pakangah man agak tinggi,jadi alim takbolehlah naik sendiri kerana dia kecik.Saya dan Jefrilah yang selalu dapat naik buaian, kadang-kadang tu alim akan merengek-rengek untuk naik buain.Maka kami dengan jefri kesian juga kat dia.Kami pun beri dia naik tetapi masalahnya dia tidak boleh menghayunkan buaian dengan sendiri kerana kaki tak jejak ketanah dan kalau nak menghuyun dengan membongkokkan badan dan menekan talian buai dia pun tak pandai,jadi dia minta kami lak,lak yang bermaksud tolak ,kami pun tolaklah dan dia begitu gembira kerana dapat berbuaian tapi lepas tu dia kata ju,ju yang bermaksud laju, maka kami tolaklagi dengan kuat, entah beberapa minit bermain buaian dan tolak pula laju akhirnya tali putus dan alim tercapak dalam paya tepi buaian tersebut dan dia berteriak akit, akit,akit dan kemudian menanggis.Inilah kenangan yang saya takdapat lupakan dengan Jefri dan Alim kehingga hari ini.Alim mungkin tidak ingat sebab dia masih kecik, lagipun dia sekarang dah mewah dan pakai kereta besar serta berkahwin dengan Adik Sopi orang Jerantut.

Pantun yang paling lazim tentang buaian yang masih saya ingat sehingga hari ini ialah:-

Buai laju-laju,
Sampai balik sana,
Beli baju baru,
Dari kedai cina.

Dr Aminudin (pantun tersebut adakah diketahui oleh anak kita dan pantun ini bercorak perpaduan)

Keladi (Homalomena sagittifolia)

Keladi (Yam) merupakan tumbuhan dari kawasan tropika yang ubinya boleh dimakan dan ada juga tidak boleh dimakan.Saya teringkat keladi kerana saya teringkatkan keladi kemahang yang hidup liar dibawah pokok bidara dan manggis dekat rumah lama kami dekat Gua Bama.Dipahang sebut aje keladi kemahang semua orang tahu ia memang sedap dibuat sayor masam.Sayor masam bermakna sayor keladi kemahang ini dimasak bersama tempoyak dan kami disungai batu memasokan ikan puyu sebagai pemanisnya terutama yang baru ditangkap atau dikail.Satu keistimewaan keladi kemahang ini ia tidak gatal baik daunnya, pelepahnya dan isinya,sebabnya sayapun taktahu.Manakala namanya keladi kemahang ini mungkin kerana ia banyak terdapat di Kampong Kemahang.Kg Kemahang,Lipis ini banyak juga saudaramara saya seperti Aki Awang Teh, Cikgu Ishak Dawi, Musberi (seorang peguam) dan lain-lain.Selain keladi kemahang ini banyak lagi jenis keladi seperti kemoyang yang boleh diambil pokoknya dan daun untuk direbus dan minum airnya bagi membolehkan perempuan mudah bersalin dan kalau perut kembong dilayor daunnya dan letak diperut untuk melegakannya.Bagi keladi murai pula boleh dijadikan ubat kencing manis dan juga membuang angin dengan merebus pokok ini dan airnya diminum diwaktu malam.Keladi tikus pula dikatakan dapat mengubati barah dengan mengambil segenggam ubinya dan dicuci serta dikemudian direbus setelah dihancorkan dan diminum diwaktu pagi dan petang.

Beberapa tahun dulu kalau kita nak makan sayor masam kemahang, saya ingat gerai makan diTanjong Lumpur dan kedai Kama didekat Transit ada menyediakannya.Hari ini saya dapati banyak rumah dikuantan telah menanam keladi birah yang tidak boleh dimakan sebagai perhiasaan.Ada pantun berkaitan keladi yang saya petik dari Mastika,Mei 1955 (sezaman dengan kelahiran saya) yang berbunyi seperti berikut:-

Keladi air tumbuh diair,
Minyak bijan dalam cawan,
Matahari sudahlah lahir,
Bulan Masih diselaput awan.

Dr Aminudin

Sunday, March 15, 2009

Ikan Bador (Rasbora argyrotaenia) dan Ranggas

Bila teringat ikan bador, saya teringat pada ranggas ayah.Banyak diantara kita tidak mengetahui apa itu ranggas.Kebanyakkan yang kita tahu ialah lukah,jaring,sawar, jala dan pancing atau kail untuk untuk menangkap ikan-ikan dalam sungai,paya,parit dan gedong.Seingat saya ayah membuat ranggas dari buluh yang besar yang kemudiannya dipecahkan dibahagian hujung seperti lukah.Tetapi ranggas ia tidak bertutup dibahagian muka atau depannya kerana dibahagian ini akan ayah isikan daun-daun kayu yang ikan suka makan misalnya daun kangkong atau daun keledek.Disamping itu juga seperti yang pernah saya ceritakan bagi kelapa tua yang banyak bergelempangan dalam dekat rumah kami, ayah ambil dan kupas yang kemudiannya dibelah untuk dibuat umpan ikan supaya masok dalam ranggas.Ranggas ini diberi bertali supaya senang diangkat ketebing apabila kami menenggoknya.Menenggok disini bererti menarik ranggas untuk diketahui terdapat ikan atau tidak didalamnya.Ranggas ayah biasanya dia letak dekat gedong wan dan seingat saya dibawah pokok belimbing tepi gedong tersebut.Biasanya bila ayah menenggok ranggas banyaklah dapat ikan seperti ikan bador,ikan lampang,ikan pucuk pisang dan ikan peroi.

Ikan bador ini biasanya kecil-kecil dan berwarna perak, tetapi sekali ayah menenggok ranggasnya adalah secupuk ikan bador ini dapat.Apa yang mengembirakan saya ialah ikan bador ini amat sedap kalau dimasak singgam atau rebus air saja.Species ikan bador ini banyak terdapat dihindia timor,malaysia,annam dan Thailand.Ikan bador yang betina adalah aktif dari ikan bador jantan.DiJepun ikan jenis ini banyak diperlihara dan kadang-kadang terdapat diAmerika Syarikat.Hari ini kita masih boleh menjumpai ikan bador ini tetapi anak-anak kita sudah tentu tidak menemukan ranggas lagi.Entry ini saya akhiri dengan pantun yang dipetik dari koleksi Pak Zakaria Hitam mengenai ikan yang berbunyi :-

Ikan kerai tubuhnya kuning,
Lembing dia taran kemuning,
Tikam ketubuh kenakan kening,
Kepala sakit lari cenining.


Dr Aminudin

Kutu

Main kutu ,entry saya kali ini saya definasikan sebagai "group of people who collects money monthly and determine who gets the money by casting lots",kalau tidak ada pula " kutu" yang merujuk makna kutu ini dengan Kamus Dewan yang membawa erti binatang halus yang terdapat pada rambut manusia atau bulu bintang dan lain-lain.Biasanya ada berbagai jenis permainan kutu ini yang mana pada kebiasaannya berbentuk kutu wang dan kutu barangan.Tujuan kutu wang adalah tabungan bagi ahli-ahli dalam jumlah yang agak besar ,ini akan membolehkan ahli-ahli merancang penggunaan wang bagi maksud pendidikan anak-anak,majlis kenduri,majlis perkahwinan dan perbelanjaan perlancungan.Disamping itu kutu ini akan melepasi kerenah bank kalau ahli-ahli mahu meminjam dari bank, lagipun orang kampong kami diRelong mereka tidak begitu tahu prosedur pinjaman bank ketika itu.Manakala kutu barangan pula seperti pinggan mangkok,karpet ,perabut dan lain-lain adalah memudahkan ahli-ahli yang bermain kutu ini apabila dapat barangan ini tidaklah lagi perlu meminjam dari orang lain bila mereka perlukan.

Seingat saya emak saya, kak Nab,Akak Siti,Akak Yah,Makandak,dan lain-lain bermain kutu ini dan mereka memperoleh hasil kutu secara giliran ataupun undian.Cara giliran adalah lebih bersifat muafakat misalnya akak nab perlukan wang untuk membuat khenduri maka kalau belum tiba giliran dia ,ahli-ahli akan berbincang untuk berikan kutu tersebut kepada dia.Seingat saya kutu barangan yang popular diRelong ialah kutu barangan pinggan mangkok terutama jenama arcoroc ketika itu, bagi kutu barangan karpet pula seingat saya Makcu saya dari Raub akan datang membawa karpet-karpet ini.Kajian oleh Shaharin Abdullah,1996 tentang main kutu diRelong telah membuat kesimpulan sebagai salah satu sumber kredit bagi masyarakat peasant ,kutu telah berjaya mengatasi serba sedikit masalah ekonomi disini.

Dr Aminudin (Apa yang penting sekarang ialah apakah usaha-usaha dijalankan bagi meningkatkan sumber pendapat orang kampong sebelum mereka bermain kutu )

Terkukur(Streptopelia chinensis)

Bila saya teringkat burung terkukur saya teringat Pakangah Man dekat rumah lama kami dulu didekat Guabama.Pakangah Man dan Akak Siti memang baik dengan saya, saya selalu bermain dengan Jefri dan Alim, tapi Alim begitu kecik masa tu, malahan bercakap pun takpandai lagi masa tu.Hobi Pakangah Man adalah memelihara burung terkukur, burung terkukur yang dia bela ada yang dibuat sangkar cantik, ada yang diletak pada sangkar yang tiada berdiding ,cuma burung itu diikat kakinya dan ada pula reban terkukur yang diletakkan bersama burung-burung terkukur dan merebuk yang lantai rebannya atas tanah sahaja.Kami bebudak memang suka melihat terkukur ini bermain dan kadang-kadang berbunyi, kur..kur.Pada ketika itu setahu saya tiada pertandingan bunyi terkukur dikampong kami tetapi mungin ada ditempat lain yang Pakangah Man pergi menghadhirinya.

Terkukur yang kita semua tahu ia banyak terdapat dimana-mana negara kita,dekat rumah saya sekarang diKuantan saya dapati kadang-kadang burung terkukur ini turun dihalaman rumah saya mencari makan.Dari segi sifat burung ini adalah burung yang tinggal dikawasan tanah rendah (lowlands).Bagi mengenali jantan atau betina burung terkukur bolehlah dikenalpasti dengan rintik-rintik yang terdapat dileher burung tersebut.Panjang burung terkukur ini biasanya 12 inci. Pakangah man juga suka memikat burung terkukur dengan menggunakan denaknya, disinilah peranan kami membantu dia meletakkan denak beliau dimana yang dia arahkan.Dulu kawasan rumah Dahalan penuh dengan pokok kapalterbang dan pokok keduduk disitulah biasanya kami disuruh letakkan denak dia.Kami bebudak memang suka sangat kalau disuruh, apa lagi bawalah denak kesitu tanpa mengira ada tebuan ketidak, jadi sesekali tu terlanggarlah sarang tebuan ,jadi apalagi larilah lintang pukang kedalam sawah sekitar itu dan saya lari kearah pokok rembia dekat gedong disitu dan jatuh dalam air.Jefri telah tinggalkan denak entah dimana.Lepas tu kami takut kalau-kalau ada terdapat tebuan lagi, jadi kenalah minta bantuan Pakangah Man, nasib baiklah tebuan dah tiada dan denak jumpa semula, kalau tidak entahlah...

Akhirnya saya akhiri entry ini dengan serangkap pantun berkaitan terkukur yang dipetik dari Pantun Melayu Lama berbunyi :-

Burung terkukur terbang menguku,
Makan padi ditapak tangan,
Rasa nak mati dihujung kuku,
Hendak terkubur ditapak tangan.

Dr Aminudin

Saturday, March 14, 2009

Merbau (Intsia palembanica )dan Gasing


Teras merbau yang terdapat ditanah kami diBukit Perupuk selalu kami ambil untuk dibuat gasing.Gasing (top) adalah alat permainan tradisional yang dipusingkan menggunakan tali secara belitan dengan menariknya.Teras merbau yang agak keras membolehkan ia dibuat gasing jenis jantung dan dimainkan secara pangkah.Warna teras kayu merbau adalah jingga keperangan atau perang atau merah perang tua, ia mempunyai corak jalur dari lapisan yang berselang-seli,teksturnya kasar dan tidak sekata, manakala iranya berpintal dan kadang-kadang berombak dan merupakan jenis kayu yang keras kalau dipotong merentang iranya.Ayah membuat gasing untuk saya bermain dengan Abang akil,Abang mat,Abang amit dan Me Roslan.Orang lain membuat gasing masing-masing kerana mereka reti membuatnya.Selalunya tempat kami bermain gasing ialah dihalaman rumah Pakencik Akob menghadap paya dan juga gedong wan. Bagi mencantik dan melicinkan gasing kami menggunakan daun mempelas.

Gasing ada berbagai jenis diantaranya gasing bergelen,gasing toyol,gasing tanjung,gasing kuno,gasing pacitan,gasing lang laut,garing uri,gasing leper,gasing piring,gasing botol,gasing jambu,gasing denak,gasing jantung,gasing timah,gasing berembang,gasing loceng,gasing bakal,gasingpuyuh,gasing leper kelantan,gasing merlimau,gasing pekan,gasing pahang,gasing bajau,gasing riau,gasing bugis dan lain-lain.Dimasa lampau dalam permainan atau perlawanan gasing ada pawang atau bomoh gasing yang mana dihari ini tidak kedapatan lagi.Pawang ini akan menjadi pembantu dalam sesuatu permainan atau perlawanan gasing.Sebelum perlawanan gasing dimulakan peraturan-peratutan telah ditetapkan seperti masa,pakaian,jenis gasing dan peraturan-peraturan pertandingan diberi tahu pada pemain-pemain gasing.Setelah semua selesai pemain akan diberikan minum air jampi iaitu air tapak sebagai penguat semangat.Semua peralatan akan dijampi dan ketua biasanya dibekalkan kemeyan untuk ditaburkan, jika semua arahan pawang diikuti maka kemenangan adalah cerah.Keadah pengunaan pawang mengikut negeri adalah berbeza misalnya dijohor mereka menggunakan keadah falak,diMelaka mereka menggunakan ilmu kebatinan,Negeri sembilan pula menggunakan bantuan dengan jembalang tanah,jin dan hantu bagi menundukan lawan.Orang sebelah utara iaitu Perlis,Kedah dan Pulau Pinang menggunakan pawang dari Siam dan orang selangor pula menggunakan khidmat orang halus.

Kami pula bermain gasing secara suka-suka dan tidak pakai pawang , paling gembira melihat bila abang Mat memusingkan gasingnya yang selalu ketoyong kerana mengikut dia takdibuat secara betul mengikut timbangannya.Jadi bila ketoyong kenalah pusing banyak kali bagi betul-betul ligat untuk dipangkah.Biasanya abang Akil memang pandai memangkah gasing pihak lawan dimana ada yang pecah dua dan ada yang melayang masuk parit depan halaman rumah encik tersebut.Inilah kenangan saya bermain dengan mereka yang lebih berumur dari kami, ia itu bersifat mesra dan selalu berseloro dan lepas itu kalau hari pekan sari belanja kami makan mee rebus dikedai Akak Nab.Semua itu hanya tinggal kenangan namun sesekali bila saya diminta oleh Do untuk aturkan perlawanan gasing diDaerah Temerloh dahulu ianya mendapat sambutan diluar jangkaan dan saya difahamkan hari kehari ini pesta gasing diTemerloh terus berjalan.

Dr Aminudin

Tok Mindok Satu Huraian

Definasi Tok Mindok mengikut Kamus Dewan yang dirujuk adalah sebagai penolong (perantara) dalam permainan puteri.Ini tidak begitu tepat kerana dalam permainan puteri bahawa bomoh puteri dan bomoh mindok adalah sama-sama hebat jadi macamana kita nak kata dia sebagai penolong.DiPerak pula sama dengan main puteri diKelantan dimana tiada peranan Tok Mindok hanya peranan bomoh bagi perubatan yang digelar berhantu, begitu jugalah dengan peranan yang dimainkan oleh tok bomoh berjin atau bomoh orang burnian.Mereka mengunakan alat muzik dalam masa menjalankan upacara pengubatan.Bomoh berjin sering mengunakan gaya bersifat puisi berbentuk personification yang mengkhususkan kepada mambang seperti mambang bulang,mambang kuning.Manakala bomoh mokpek adalah juga untuk mengubat orang yang sakit,mendapatkan barang yang hilang atau dicuri orang, ini pun dijalankan oleh seorang bomoh sahaja dengan menggunakan perkakas atau peralatan dari beberapa ketong tebu,beberapa ketong rotan dan tongkat berjampi.Jadi natijahnya saya nukil kajian oleh Dr.J.D.Gimlette,1991 yang berbunyi demikian " Bomoh peteri deals with the hantu raya, a very powerful evil spirit, with the black jin and the yellow jin among many others, while the bomoh mindok is more especially interested in the spirits of the hills,those of clouds and winds, and the ghost of the faded lotus( hantu telepok layu).Some of these particulars come from Pahang "(J.D.Gimlette,1991 page 77).

Perkaitan dengan kami dimana saya begitu kecil masa itu belum bersekolah yang tidak begitu ingat lagi yang dilakukan oleh tokpawang Hitam semasa pengubatan terhadap wan .Dimana kalau tak silap saya wan berubat untuk menyembuhkan matanya yang sudah tidak begitu nampak lagi, teknik yang digunakan oleh Tokpawang Hitam ialah dengan menggunakan kain hitam dan beberapa jenis daun-daun kayu dengan mengibas kepada pesakit masa itu.Akhirnya bagi menegaskan yang tok mindok berperanan besar dan boleh bersendirian dalam pengubatan tradisional saya muatkan petikan berjudul " The farewell song of the tok bomoh mindok to nenek jin hitam " dari Buku Dr.J.D.Gimlette(M.R.C.S and L.R.C.P) berjudul Malay Poisons and Charm Cures,1991,page 280 seperti berikut:-

Pergilah nanti dihujung bumi,
serta sakalian jisi kelaparan,
daripada empat penjuru alam,
terima hasil chukai kerajat,
himpunan sakalian jin,
jisi,ibis,shaitan dan hantu,
dari laut dan darat,hutan dan lembah,bukit,gunong dan kampong,
dan makan jamuan ini.

Dr Aminudin

Friday, March 13, 2009

Pertemuan Dengan Rahman Hasan Titik DiKPTM

Sesungguhnya agak lama saya tidak bertemu dengan Rahman Hasan Titik lebih kurang 10 tahun.Hari ini jumaat yang mulia saya dapat bertemu dengan dia pada 13hb Mac 2009.Dia sekarang berkerja diKPTM, batu 5 ,jalan gambang,Kuantan.Tujuan utama saya bertemu dengan dia adalah untuk mengesahkan yang samada bapa dia Hasan Titik telah meninggal dunia atau tidak.Ini menjadi tanggongjawab saya untuk mengesahkannya kerana saya ada menyebut ayah dia telah meninggal dunia.Perkara ini penting bagi saya sebab saya yang dikatakan orang jarang balik keRelong dan dikatakan tidak tahu perkembangan dikampong. Walau pun saya agak jarang balik ,saya sering berhubung dengan saudara mara dikampong.Biasanya saudara mara lain yang suka memainkan emosi orang lain supaya dia diberikan perhatian buat masa ini yang suasana untuk memikat hati orang tertentu bagi menjadikan dirinya popular, itu semua saya tidak perlukan lagi kerana saya berpuashati dengan apa yang ada sekarang, iaitu hidup sederhana dan boleh beramal ibadat tanpa gangguan .

Berbalik pada pertemuan dengan Rahman Hasan dia telah memaklumkan pada saya ayahnya telah kembali kealam baqa pada awal tahun ni sebelum saya membuat penyataan dalam blog ini, jadi ini bermakna betulah apa yang saya katakan. Beliau telah dikebumikan diKota Gelanggi,Jerantut .Kawan kami serumah dibatu 5 dahulu yang masih hidup ialah Ina Hassan (sepupu saya) sekarang berkerja diPKK Cawangan Pahang, Rahman berkerja diKPTM,Kuantan, Gafar sekarang menjadi pengadil silat diJerantut dan Amran telah meninggal. Jadi bagi ayah Rahman hasan dan Amran yang telah meninggal kami hadiahkan Alfatihah untuk mereka.

Dr Aminudin

Thursday, March 12, 2009

Kelapa (Cocos nucifera)


Kelapa adalah dalam kumpulan palma dan semua bahagian pokoknya boleh digunakan.Buah kelapa baik muda atau tua boleh dimakan.Kelapa muda sekarang begitu popular dikuantan untuk diminum air kelapa muda yang dinamakan kelapa pandan dan saya difahamkan dibawa masuk dari Thailand.Sekarang dikuantan ,saya minum sebiji kelapa muda mencecah Rm 4 dan kalau nak beli kelapa tua untuk buat santan kelapa dah berharga Rm 1.30 sebiji. Dulu dekat rumah kami diRelong bergelempangan buah kelapa kotai yang jatuh tiada siapa yang kutip.Ayah kadang-kadang kutip buat umpan sawar untuk mendapatkan ikan dalam gedung kami.Kelapa pula banyak jenis seingat saya masa dulu ada kelapa jenis gading yang berwarna kuning dan kelapa hijau yang berbuah hijau.Kelapa ni bila dia tidak berbuah yang biasa kita panggil melawas kami akan tebang sahaja buat sayor umbut kelapa, ia memang sedap bila dicampur dengan beberapa ramuan lain.Batangnya sudah tentu kita boleh buat titi dan titi yang sangat saya kenang ialah titi dari rumah kami kegedung wan.Dititi batang kelapa inilah tempat kami bebudak ulang-alih menuju keatas batu tepi gedung wan sambil memancing atau duduk-duduk melihat itek-itek berenang dalam gedung terutama itek serati.Sekarang bebudak hari ini dah taktahu mana itek biasa dan mana itek serati ?

Daun kelapa dan lidi nyor banyak kegunaanya seperti daun muda dibuat kulit ketupat dan lidi boleh dibuat penyapu.Hari ini top-top kita dipromosikan oleh minyak kelapa dara, ini adalah satu juga mengakibatkan harga kelapa naik dan bagi saya anak kampong ia memang baik untuk meningkatkan sumber pendapatan para petani.Tetapi apa yang saya lihat dikampong kami pokok kelapa telah tidak dijaga lagi, maklumlah orang muda sekarang mana suka bertani dan yang saya respect ialah Abang Mat Renek yang menjadi petani hingga sekarang.Bagi akhiri pasal kelapa ini kita lihat simpulan bahasa mengenai kelapa iaitu kelapa bulan,kelapa dara,kelapa komeng,kelapa setandan dan kelapa puan, yang maknanya anda semenangnya tahu.

Dr Aminudin

Telor Kerengga(Oecophylla smaraqdina) dan Sigai

Kali ini saya definasikan telor kerengga dan sigai, nanti ada orang merujuk kamus dewan yang unggul itu.Kerengga adalah sejenis serangga yang biasanya dalam kumpulan semut dan kadang-kadang digelar semut-kerengga.Manakala sigai pula adalah rough ladder yang biasanya diRelong semasa saya bebudak dibuat dari buluh.Sigai ini bukan boleh dibuat dari buluh lemang kerana dia tiada bercabang, jadi biasanya dari buluh betong atau buluh berduri yang ada cabang.Ini akan membolehkan pemanjat sigai meletakkan kakinya pada cabang-cabang yang biasanya ditinggalkan kira-kira setengah kaki untuk tempat meletak tapak kaki.Jadi sigai ini biasa kami gunakan untuk memanjat pokok nyor yang agak rendah, pokok jambu bangkok,pokok rambutan,pokok rambai,pokok kekabu,pokok kerekok,pokok bangkong dan lain-lain.Manakala dikalangan pembaca tentu bertanya kenapa pokok-pokok itu perlukan sigai untuk memanjatnya? Jawapannya adalah kerana kebanyakan pokok yang saya nyatakan diatas ada terdapat kerengga yang menjaganya dan membuat sarang.Bagi pokok kelapa yang rendah seperti nyor gading atau nyor kuning batangnya agak licin untuk dipanjat, pokok kerekok,pokok kekabu dia berduri jadi jangan dipanjat jadi gunakanlah sigai dan pokok rambai dan bangkong dahannya rapuh dan takbegitu tahan untuk dipanjat oleh bebudak gemok, maka ia boleh gunakan sigai untuk mendapatkannya.

Pokok jambu bangkok dan rambutanlah terdapat banyak kerengga, misalnya dekat rumah lama kami dekat guabama sarang kerengga banyak dan besar dikedua pokok tersebut.Masa dulu rambutan gading dekat rumah kamilah yang popular kerana sebelum ada lagi rambutan masa sekarang yang isinya lekang.Tetapi masalahnya banyak kerengga dan kalau kena gigit kerengga berair air matakita sakit lebih-lebih kalau dia gigit tentang anu kita, dia gigit sampai mati.Kadang-kadang bila kita marah kita ambil sangkar kerengga itu dan kemudian kita layor atau bakar untuk mendapat telor kerengga.Telor kerengga paling best buat umpan kail dan paling disukai oleh ikan puyu dan sebarau.Jadi bebudak sekarang dah takdapat tengok telor kerengga kerana payah nak jumpa sarang kerengga lagi sekarang sebab banyak sangat racun serangga digunakan untuk tanaman bagi rumbutan dan durian, hinggakan pekebun dari bangsa Cina yang tanam durian takmakan durian yang dia tanam tapi beli durian kampong.Kita pula suka beli durian dari pekebun Cina yang dia tak makan, apa sudah jadi... entahlah saya tak mengerti. Ada simpulan bahasa tentang sigai iaitu Sigai dua segeragai dan sigai sampai kelangit.Tahukah anda maknanya ?

Dr Aminudin (dah serik makan durian pakai kabait untuk gugurkannya)

Tuesday, March 10, 2009

Kulat Sisir (Schizophyllum commune)

Kulat sisir sejenis kulat yang boleh dibuat sayor lemak cilipadi yang enak bila menjadi lauk nasi terutama sekali kalau makan dalam dikebun getah hendak ditanam semula pada masa rehat atau makan dalam cerang yang hendak kita tanam labu,mentimun tahun dan padi huma.Masa kami sekeluarga menanam semula getah kami diBukit Perupuk, getah lama yang biasanya pokok-pokoknya besar belaka kerana dulu ianya ditanam dengan menggunakan benih pakai biji .Tetapi setelah RISDA dapat teknologi moden mereka menggunakan benih getah pakai cantuman.Inilah yang kami sekeluarga iaitu ayah dan emak saya menanam semula dengan mendapat bantuan RISDA.Dulu kami buat sendiri dan tidak macam sekarang semua ditender dan kontraktor membuatnya.Dulu bila kami sudah tanam anak-anak getah itu datanglah pegawai RISDA memeriksa kebun kami, dan kalau lulus bantuan akan diperolehi dari RISDA.Masa tanam semula inilah pada batang-batang getah yang tua dan telah ditebang itu ditumbuhi oleh kulat sisir yang kami kutip dan kemudian bersihkan dan dijemur biar kering.Selepas itu barulah boleh dibuat sayor lemak cili padi ditaruk daun ubikayu atau ubi keledek.Ia sungguh sedap dimakan dengan nasi, kadang-kadang kalau ada kuah yang lebih saya akan makan bersama roti tawar yang dibeli dari India Muslim yang menjual roti dari Kuala Lipis sampai kekampong kami.

Semasa saya diSekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Jitra saya dengan kawan-kawan memang suka cecah kulit roti yang lebih sarapan pagi dengan kari ayam yang biasanya dihidangkan dengan nasi beriani setiap hari jumaat.Kalau ada sayor lemak kulat sisir tentu sedap, tapi apa kan daya tukang masak belah utara non mana yang hebat masak kulat sisir, buat rojak dan pasembor memang hebat.Hingga hari ini saya selalu juga cari pasembor dekat kedai Abang mamak dekat padang bola, depan masjid bila teringatkan pasembor dari Jitra itu.Kulat sisir semasa saya bertugas diTemerloh memang ada dijual dipasar hari ahad tepi sungai tetapi jarang saya dapati orang menjual sayor kulat sisir yang sudah dimasak terutama bulan puasa,Jadi kalau ini dapat dibuat saya percaya tentu laku, lebih-lebih lagi kalau dia dicampur dengan terong manggo dan ikan salai, amboi enaknya rasa.

Dr Aminudin

Monday, March 9, 2009

Kaloi (Osphronemus goramy)

Kau
ikan yang ku intai
didalam telaga dekat Bukit Berangan
seekor yang amat cantik berenangan dalam air jernih
dan bila balik dari sekolah aku akan menjengokmu dalam telaga itu
sambil kutegok air dalam telaga itu dengan sebuah tempurung kelapa disedia Tokguru
kau tahu aku mengintaimu wahai sikaloi
serta menantikan aku mencampak
pucuk-pucuk kangkong
kegemaranmu.

Kini
kau tiada lagi bersama telaga itu
tanah sekitarnya jadi usang dan tidak diusahakan
lagipun anak-anak Tokguru telah menjadi orang besar dan lulusan tinggi
sedangkan aku masih mencari seekorlagi kaloi pengantimu.

Tiba-tiba ayah memperolehi seekor dari Sungai Teris yang hampir tertimbus
lantaran pencemaran tanpa henti dihulu sana
dan seekor kaloi terdampar ditebingnya.

Ku
bina sebuah kolah yang bebatu kami kutip dari Kuari
yang tidak diusahakan lagi dikaki Guabama
Tapi
Kau juga hilang entah kemana
akibat air kolah yang melimpah bila hujan dimusim tengkujuh
Kini
aku tetap mencari seekor kaloi yang kusenangi
diTasik Cini dengan bertanyakan pada Li Janggut adakah
ia masih ada ditasik yang legenda itu
dan kini masih belum kutemui.
Kaloi oh Kaloi
satu hari nanti pasti juga aku temui kau untuk ku belai.

Kedai Ikan,Batu 5,Kuantan, 2009.

Dr Aminudin

Kini Tiada Lagi Orang Berdikir,Pencaksilat,Tarian Piring dan Tembak Senapang

Masa saya kecil bila sebut aje saudara mara nak kawin, saya begitu girang kerana dapat berjumpa kawan-kawan dan saudaramara yang akan berkampong dua tiga minggu dirumah pengantin ,sebelum hari kenduri kawin bagi menyiapkan persediaan kawin.Diantaranya membuat pelantar lelari yang telah saya ceritakan sebelum ini.Membuat kuih kering, nasi manis, bahulu dan lain -lain untuk diberi makan pada tetamu yang datang, begitu jugalah gotong-royong meminjam pinggan mangkok,periuk ,belangga, kuali serta kawah.Bila tiba hari perkahwinan seingat saya masa kenduri anak Aki Mat iaitu Akak Sabar dengan Abang Mat Angat begitu meriah sekali,maklumlah keluarga ini keluarga seni,iaitu Badar,Abang Bedu (M.Z.Alias),Siti Ameh , dan Abang mahyudin adalah penulis sajak dan tentulah ada orang berdikir dan berlagu masa itu dirumah mereka.Berdikir masa itu menggunakan rebana dan didendangkan dengan nyaring oleh pendikir seperti Abang Husin Mandak dari Ulu Teris,Pakambong Ajis dari Berchang dan Abang Tapa.Mereka inilah melaungkan dikir mereka dengan suara nyaring dan lunak yang kini tidaklah dapat kita dengari lagi bila orang Relong kawinkan anak-anak mereka sekarang.

Begitu juga bila pengantin lelaki tiba dirumah pengantin perempuan mereka akan disambut oleh tembakan senapang tiga das yang biasanya ditembak oleh Pakangah Man dan diikuti oleh taburan beras dan bertih oleh tuan rumah.Selepas itu ada pula pencaksilat yang disampaikan oleh Aki Hod atau Pakbusu Abas atau Abang Nor.Kalau mengizinkan kami dapat melihat Aki Hod meliut-liut kan tangannya menarikan tarian piring yang terdapat lilin diatasnya serta dibunyikan dengan ketukan cicin pada piring yang dipegangnya.Bunyi hentakan jari kepiring ini yang berketing-keting membuatkan saya cukup terpegun dan tidak dapat melupa kenangan tersebut walau selalu dikacau oleh Nuar kadir yang berdekah-dekah melihat saya terpaku ditempat Aki Hod menarikan tarian tersebut.Hari ini semua itu tiada lagi saya dapat saksikan dikampong kami senerio seumpama itu ,inilah kenangan yang boleh generasi akan datang dapat ketahui bahawa dahulu dikampong mereka ada berdikir,tarian piring ,tembakan senapang dan pencaksilat bila orang kawin.Orang politik seperti Badarsaid mungkin tidak ambil kisah tentang ini, kalau ambil kisahpun kenapa tidak mencorekkan dalam blognya.

Dr Aminudin

Saturday, March 7, 2009

Pantai Batu Hitam,Kuantan




Puisi ini aku dedikasikan
buat sahabatku
Dr Juhari Mat Akhir
yangKu hantar email kepadanya
tanpa jawapan.

Kajianmu tentang Batu Hitam
penuh bongkah bebatu hitam
dibentuk bebatu endapan zaman karbon awal
rejahan korok dolerit terus berlaku
inilah igneus yang mengalir lava
dizaman Pliosen-Pliestosen kira-kira 1.6 juta tahun lalu
kini jadi singkapan basalt dipantai batu hitam.

Ku bersendiri disini setiap sabtu tanpamu
menunggu jawapan email darimu
yang tidak tiba jawapan dari mu yang
juga aku sampaikan kepada Dr Affendi
yang begitu segera membalasnya
mungkin ia sepupuku dan malu kepadaku.

Namun saudara adalah temanku
semasa diPadang Tengku lagi
sama-sama menghormati Pakcuku Zakaria
dan kita tinggal disebuah pondok usang
sambil menghirup sekas susu dan kepingan biskut tawar
serta mendidik anak bangsa jauh dipendalaman.

Kini saudara sudah terkenal
dan tidak lagi memandang kepadaku walau
sebelah mata pun.

Dr Aminudin , Pantai Batu HItam, 2009

Friday, March 6, 2009

Kerjaya bidang Komunikasi dan Art Amat Luas, Kami diJPA Telah Menghantar Pelajar KeTop Universiti Part I


Saya tertarik membaca Berita Harian pada 5 Mac 2009(Khamis)yang ibu bapa tidak begitu berminat membuka ruang kerjaya bagi anak-anak mereka menurut Ketua Pengarah Kebudayaan dan Kesenian. Menurut kamus Oxford (1974) art bermakna the creation or expression of what is beautiful,esp in visual form,fine skill or aptitude in such expression.Dalam penajaan pula kami diJPA pada tahun 1989, kami telah membuat ketas kerja agar pelajar-pelajar yang cemerlang bukan sahaja dihantar dalam bidang perubatan,sains dan kejuteraan tetapi juga dalam bidang komunikasi dan art.Kami unit perancangan masa itu bersama Puan Rodiah dan saya bertegang leher dengan Pengarah Habib Mansor supaya pelajar bidang komunikasi dan art dihantar keluar keTop Universiti diluar negara, akhirnya dia telah bersetuju dan kertas telah diangkat ke Perdana Menteri dan Perdana Menteri (Tun Mahathir) ketika itu telah meluluskan.Saya dan bos-bos diJPA masa itu begitu gembira.Inilah salah satu sumbangan saya dalam membantu pelajar-pelajar cemerlang kita belajar diluar negara, kalau tidak belajarlah mereka diuniversiti tempatan.Mereka yang kami saring akan meneruskan pelajaran diPusat Persediaan ITM atau terus terus kePublic School diluar negara.Saya dan kawan-kawan dari JPA telah menjelajah keseluruh negara menerangkan tentang kerjaya pelajar kita dalam semua bidang termasuk bidang art untuk keluar negara.Hari ini telah banyak lepasan tajaan JPA telah kembali dan mendapat perkerjaan yang baik.

DiAmerika Syarikat Top universiti dalam bidang Art ketika itu ialah seperti berikut:-

1.N.Y.U
2.Harvard & Radcliffe
3.Princeton
4.Yale
5.California,Berkeley
6.Columbia
7.Stanford
8.Brynmawr
9.Michigan(ann arbor)
10.Pennsylvania

Bidang kerjaya dalam bidang komunikasi dan art ,ditulis dalam blog ini adalah dalam bahasa Inggeris dimana akan membantu pelajar-pelajar menajami kemahiran bahasa Inggeris anda.

The art of communications is as old as humanity.Its importance in modern society becames apparent when you try to imagine the world without radio,television,newspapers,magazines or books.From the earliest discoveries of papermaking technigues today's use of computers and satellites that transmit informations around the world instantaneously people have sought ways of recording the events around them and conveying the information to the audience through a variety of media.The visiual art occupations include both line and applied artists.Fine artists create objects of beauty that are appreaciated for pure aesthetic reasons.Applied arttists create or design objects that are both pratical and attracvtive.The performing arts include acting,dancing,instrumental music and singing.These fields have the common goals of entertaining, communicating with and affecting the emotions of audiences.

Bersambung Part II

Dr Aminudin

Thursday, March 5, 2009

Slang Bebudak Sg.batu ,Relong III

Ini adalah sinarai tambahan perkataan yang sering kami gunakan oleh bebudak Sungaibatu,Kampong Relong, Kuala Lipis iaitu :-

1.Naik lek- khusus kepada ikan yang menaiki tebing masa musim banjir, biasanya ia akan menghempaskan diri bagi mengeluarkan telornya. Contoh ayat, kami menangkap ikan naik lek dimusim banjir yang lalu dikampong kami.

2.Lecor- bermakna becak atau sayor yang sudah terlebih masak (overcook).Contoh ayat,halaman rumah Pak abu dah naik lecor akibat terlalu ramai orang datang kerana melihat kucingnya bertandok.

3.Kerang-menjadi keras atau kematu.Contoh ayat, manggis kalau dibiar jatuh masa menjoloknya ia akan menjadi kerang.

4.Rebeh-rosak sebahagian dari subjek atau objek misalnya tebing atau rumah.Contoh, rumah itu rebeh sebelah akibat dihempak pokok rambutan.

5.Honyor-melakukan aksi yang kurang manis.Contoh ayat, budak lelaki itu telah honyorkan budak-budak peremuan yang lalu.


Dr Aminudin (akan disambung lagi)

Wednesday, March 4, 2009

Memori Alam Persekolahan IV

Setelah berpindah dari Sekolah Menengah Rendah,batu satu,Lipis saya menduduki asrama Sekolah Menengah Rendah Padang Tengku. Bila masuk asrama bagi bebudak baru biasanya kena buli, tapi disekolah ini budaknya kebanyakan baik-baik kerana displin yang tinggi yang dilaksanakan oleh Guru Besar iaitu Pakcu saya Cikgu Zakaria.Tingkatan Satu dan Dua saya banyak berlajar dan membaca .Guru yang masih saya ingat ialah Cikgu Dolah yang rumahnya diRelong mengajar Bahasa Melayu.Cikgu Marwan mengajar sejarah,Cikgu Muhamad Musa mengajar Ilmu alam dan Guru Besar Mengajar Matematik.Pelajar yang saya ingat sebaya saya ialah Alias Musa,Adnan Kadir,Baharuddin Yusof,Johari Mat Akhir,Wan Zubaidah,Wan sharifuddin, Wan Kadir,Arif dan lain-lain.Ketua Murid ketika itu ialah Shuib Arshad yang kini setahu saya berkerja dengan Utusan Melayu.Bila lapang saya juga pergi kerumah Cu Zakaria bermain dengan anak-anaknya seperti Affendi (sekarang Prof Madya diUKM ,mengajar matematik mengikut jejak ayahnya),Midi (PTD,diPutrajaya),Yus(Pegawai Kanan Audit Negara) sambil membaca buku Cu.Cu banyak membeli buku-buku agama dan semasa dibertugas diPejabat pendidikan Daerah Lipis, dia bergiat aktif dalam Perkim.

Bila tingkatan Tiga, top-top Cu dan guru lain telah melantik menjadi saya menjadi Pengawas dan Ketua Murid Sekolah Menengah Rendah ,Padang Tengku, saya jadi terkejut dan gabra, maklumlah budak kampong yang dulunya nakal jadi Ketua Murid.Saya nakbuat apa, ikut sajalah.Saya pada tiap-tiap isnin menentukan semua bendera siap dipasang rapi dan murid-murid beratur dengan rapi sebelum menyanyikan lagu negaraku dan lagu sekolah.Selepas itu ucapan guru besar atau guru-guru kanan.Bila jadi Ketua Murid, saya ada bilik sendiri dan tidaklah duduk doom bersama murid-murid lain.Masa berjalan dengan pantas iaitu tiga tahun diSekolah Menengah Rendah Padang Tengku kami pun memduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (LCE) dan keputusan sekolah Padang tengku adalah paling Top dalam seluruh Pahang ketika itu (Tahun 1970) dengan mencapai kelulusan melebihi 98%.Cu Zakaria telah melonjak namanya dipersada dunia pendidikan Pahang, inilah berkat kegigihan beliau yang tidak mengenal penat lelah beliau mendidik dan mengajar kami.Saya ,Adnan,Johari dan Mat Arif dapat masuk keasrama penuh yang masa itu., jarang orang sebelah kawasan kami memasukinya.Adnan Kadir,Mat Arif dan Johari memasuki Alam Shah, saya keSultan Abdul Halim, Jitra yang jauh dari Lipis.

Dr Aminudin (bertemu semula dengan cikgu Marwan di UKM bagi ijazah pertama)

Temerloh Bandar Ikan Patin atau Seniman Sudirman


Bila saya melihat papan tanda menghala kebandar Temerloh yang berbunyi Temerloh Bandar Ikan patin untuk membeli buku-buku DBP diBandar Temerloh ,saya teringat kisah saya berkhidmat diPejabat Tanah dan daerah dahulu. Saya rasa perusahaan ikan patin tu, kami yang mulakan dengan DO, Tuan Nasarudin yang baru-baru ni melompat dari UMNO kePKR dan kemudian dari PKR keUMNO, saya pun naik hairan pada gelagat orang politik.Masa saya dengan Tuan Nasar masa itu ada dua tiga sangkap ikan patin diTemerloh.Saya selalu menanyakan pada Tuan Nasar kenapa kita tidak berikan mereka Tol (permit sementara), dia kata takperlu, saya memikirkan ini adalah untuk mengutip hasil bagi negeri dan mereka menjaga kawasan mereka dengan baik, sebab dapat permit.Selepas itu bercambahlah perusahaan menternak patin diTemerloh.Kedai masakan ikan patin pun makin maju seperti Kedai pak Yusof, kedai patin dekat maybank dan lain-lain.Malahan dengan banyak perusahaan ini dan kerja kuat kakitangan pejabat tanah kami telah menjadi Juara sebagai Pejabat Tanah Terbaik Seluruh Malaysia dalam kategori kutipan hasil.Tapi sayangnya sistem SSB tidak menyebelahi saya kerana kemenangan ini sebagai ketua bahagian hasil tanah, tetapi ADO bahagian Pembangunan mendapat anugerah dari DO, Jaafar Mat ketika itu, saya memang terkilan dan kemudian memohon tukar keUPEN , Pahang.

Selain dari bandar ikan patin bagi Temerloh kenapa tidak bandar Seniman Sudirman yang namanya terkenal diperingkat antarabangsa.Sudirman ini kalau mengikut Abang Amid adalah sekelas dengan dia diSABS, Kuantan.Lagu Sudirman ,Basikal Tua begitu mengusik ingatan saya kepada seorang India Muslim yang sanggup berbasikal lebih kurang 10km kekampong kami,Relong hanya semata mencari nafkah dengan menjual roti tawar dan roti kaya dari Kuala Lipis.Jadi bagi menentukan bandar Temerloh jadi bandar ikan patin atau bandar Seniman Sudirman, biarlah penduduk Temerloh menentukan dengan kita buat undian dan bukan diberi kepada ahli-ahli majlis bandar Temerloh membuat keputusan.Sudah sampailah masanya kita lebih memberi perhatian kepada public opinion.Biar orang Temerloh menentukannya.

Dr Aminudin (Kaget dengan Bandar Maran adalah bandar ayam kampong, kenapa tidakbandar ayam beroga.Kalu begitu Jerantut mahu jadi bandar Ikan Kelah, Bera bandar Sawit, Lipis bandar Empang Jalih, tersenyum saya dengan pendekatan yang kurang sesuai)