Monday, August 31, 2009

Memori Alam Persekolahan VI-Jenan

Apa yang mengembirakan tentang Jenan ini ialah kawan-kawan semuanya "ngam-ngam" berlaka walaupun kami berlainan negeri.Kawan saya yang ngam dari Perak macam Yunus dan Sanusi Awi, bila ada cuti pendek saya mengikut mereka kePerak iaitu Manjoi, bila saya berkhidmat dalam Jabatan Keselamatan DiPerak ,saya ada juga mencari balik Yunus dan Sanusi diManjoi tetapi tidak menjumpai lagi rumah yang saya pernah pergi dimasa sekolah diJenan itu.Masa berkhidmat diPerak saya ditempatkan diPejabat Daerah Kroh, Perak yang ketika itu saya duduk serumah dengan Fadzil dari Kedah.Berbalik semasa diJenan juga ,saya mempunyai abang angkat yang saya nyatakan dalam blog ini iaitu Abang Jabar yang sekarang Dato' Jabai Che Nai dari Kampung Padang Dan dekat Kuala Ketil Baling.Masa cuti juga kami balik kampung mereka dengan mencari buah-buah kayu kata orang Kedah.Bila saya bertugas diKroh,Perak dan kereta saya ditimpa pokok saya menumpang barang dirumah ayah angkat saya inilah malahan bila Abang Jabar kawin di Perak kami ramai-ramai berkomboi mengiringinya.

Di Jenan kegemaran kami adalah pergi kepekan Jitra untuk makan bihun sup yang berwarna kuning dan ais kacang yang kadang-kadang digelar "ais ganja".Ais kacang ini bukan main sedap bila kami makan, saya sendiri kalau dah mai keJitra akan pekena ais kacang itu sekurang-kurangnya tiga mangkok.Selain dari itu kawan-kawan pasti pesan suruh bawa balik punya.Selain dari itu kami kepekan Jitra masa itu ialah untuk tengok wayang gambar cerita hindustan yang cukup popular masa itu.Malahan bebudak yang kaki hindustan sanggup keluar pintu dekat pokok getah yang ada lubang atau longkang untuk curi keluar asrama pergi tengok wayang.Saya tidaklah gila sanggat tengok wayang sebab saya adalah Kelab Wayang gambar sekolah kami yang tugasnya menunjukan wayang pada pelajar Jenan dalam dewan sekolah masa itu.Seingat saya Sabri Yusof adalah senior kami bagi kelab itu yang kemudiannya bila saya berkhidmat diJPA Latihan kami berjumpa semula yang mana kemudiannya saya dengar dia jadi Pegawai Daerah Kuala Kangsar bila saya berkhidmat diUPEN,Pahang.

Bila cuti panjang sekolah yang menyeronokan saya ialah balik dengan keretapi yang bermula distesen Alor Star sampailah keKuala Lipis.Pelajar Jenan akan ada gerabaknya sendiri yang kami kadang-kadang tidaklah duduk sangat.Kami suka berjalan-jalan dengan Dolah Awang Kecik,Wan Yusof,Ahmad, Wan Yunus dan lain-lain dari satu gerabak kesatu gerabak.Saya dapati ada setengahnya bebudak jenan telah tersalah naik gerabak kerana bila sampai diGemas akan berlaku pertukaran keretapi, jadi bebudak yang suka sangat berjalan ni dah leka kerana tak sedar gerabak yang mereka naiki itu adalah untuk keJohor,jadi mereka sampai hingga keJB.Tetapi nasib baik ada kawan-kawan dari Johor misalnya Fuzi,Mohd.Zaki,Yusof B dan lain-lain membantu.Saya bila sampai diLipis biasanya terlalu pagi jadi tidurlah distesen keretapi sementara menunggu bas Long Majid untuk balik keRelong.

Hari ini bebudak Jenan sekelas saya semua dah jadi orang besar dan ternama sekarang dan begitu juga senior-senior saya yang beberapa nama dapat saya ingati disini misalnya Abang Jabar (Datuk Jabar)menjadi orang besar diKementerian Luar bandar,Datuk Dr Ibrahim Komo dahulu Timbalan Naib Chancellor UKM,Abang Dr Sukri(saya dah taktahu dihospital mana dia bertugas sekarang) dan sekelas dengan saya Fuzi menjadi Yang DiPertua Bandaran ,Datuk Mohd Zaki sekarang Hakim ,Adhan Kecik, menjadi Peguam dan Wakil Rakyat,Razak menjadi Pegawai RTM Sabah,Mansor dahulu kerja dengan Maybank sekarang bersara macam saya juga,Ahmad (Kelantan)menjadi guru kanan,Ramli menjadi guru kanan,Wan Aziz menjadi profesor diUTM,Fatimah menjadi pensyarah kanan diMaktab Perguruan, Roslan telah mulai bersara juga,Salmiah dulu pengetua sekolah diPulau Pinang dan lain-lain.Satu yang saya puji bagi bebudak lepasan Jenan ini mereka sering berhubung dan ada semacam kelab informal yang biasanya Azman Panjang dari Bernas yang begitu berinisaitif menemukan kami semula.Saya misalnya sudah tidak bertemu dengan Mohd Zaki sejak 30 tahun begitu terharu bila berjumpa beliau yang begitu "sendul" dimasa diJenan dahulu.Jenan menang namanya menjadi kenangan.

Dr Aminudin

Sunday, August 30, 2009

Memori Alam Persekolahan V- Jenan

Bila sebut Jenan atau Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Jitra,Kedah semua orang tahu dan mengiktirafnya sebagai sekolah yang berasrama penuh yang terkenal disebelah utara tanah air ketika itu.Saya walaupun sedih juga mengenangkan betapa jauhnya Jenan dengan Sungaibatu,diLipis agak gembira bila Pakcu Husin dan Makcu Siti hendak menghantar saya keJenan.Jauh memang jauh dari Lipis keRaub dimana perjalanannya mengikuti jalan-jalan keKuala Kubu yang jalan macam ular kepalu waktu itu menuju keIpoh kemudian keKuala Kangsar waktu itu ,mana ada lebuhraya macam sekarang.Rihat entah berapa kali saya pun takingat dan akhirnya kami kePulau Penang naik feri untuk balik kampung Makcu diBalik Pulau.Maka banyak saudara mara Makcu orang Pulau Pinang bertanya, Apa tak khabak ? begitulah mesranya mereka kalau kita kerumah mereka disana.Malahan bila Bidi anak tertua Makcu kawin Perdana Menteri pun datang, Paklah ketika itu.Selepas bermalam diBalik Pulau keesokannya kami berlepas keSungai Petani kemudian keAlor Star dan lepas tu baru sampai diJenan.Perjalanan bukan main jauh membuat juga saya teringkatkan kampung dan mengapa tak belajar saja diClifford,Kuala Lipis.Oleh kerana jiwa saya seorang yang suka mencari pengalaman ,Jenan menjadi pilihan.Setelah Pakcu dan Makcu balik saya ditempatkan diasrama paling hujung dekat kebun getah dan masjid sekolah kami, kalau tak salah saya guru yang menjaga asrama kami ialah Dr Kassim yang merupakan Pengarah Yayasan Sabah bila dia berhenti dari Jenan.Di Jenan ada juga kawan-kawan saya dari Pahang macam Aziz,Ramli,Zamani,Zamilah,Azri dan lain-lain.

Apa yang menariknya Jenan ini sekolah asrama penuh yang mempunyai dwi-jantina bagi murid-muridnya iaitu ada lelaki dan perempuan.Bukan macam MCKK, STAR, dan Kolam Air ketika itu yang jantina sejenis sahaja.Kawan sedarjah saya masih dikenang sampai sekarang Mansor,Ramli,Fuzi,Mohd Zaki,Adhan Kecik,Razak,Fatimah,Roslan,Kassim,Wan aziz,Aziz,Salmiah,Sayuti dan lain-lain.Mereka ini nakal macam saya juga dan saya suka pula bercampur dengan bebudak kelas lain macam Wan Yusof,Abdullah Awang Kecik,Ismail,Yunus dan lain-lain.Guru kelas kami Cikgu Norsiah dan lain-lain guru yang mengajar seperti Aruwah Tansri Megat Junid,Dr Ibrahim, Mr Roger dan lain-lain.Masa itu Guru Besarnya Cikgu Mahmood yang lembut orangnya tetapi boleh mengatasi masaalah murid-murid Jenan yang nakal.Boleh dikatakan keputusan pelajar ketika itu untuk masuk Jenan memerlukan kelulusan SRP yang cemerlang, jadi bebudak yang belajar takperlu diajar beria sangat oleh guru-guru macam wan Aziz kalau diberi kerja matematik semua jadi kacang dan begitu juga Adhan dan Mohd Zaki amat pasih berbahasa Inggeris hingga Mr Roger ajak kerumah dan bila kena pada saya mulalah dia suruh saya duduk depan kelas yang dia katakan saya takberapa nampak huruf yang dia tulis macam cacing.

Bersambung

Dr Aminudin

Layang-layang Nostalgia GuaBama

I
Layang-layang kau melayang tinggi dipuncak gua
berkumpulan kau bermain dan menyanyi
aku yang dibawah sana memang bebudak gayat
dan kuatir kau jatuh nanti jatuh diatas bebatu
besar dan keras tempat ibu menjemur padi
disungaibatu.

Layang-layang terbang melayang dipuncak gua
species kau Hirundo tahitica yang ku kaji berterbangan
diawan dimana-mana sekarang dan dipanggil disana sini
mendapat khidmatmu mengarang sangkar yang berharga
dimana-mana baik didesa dan bandar
yang dahulunya kita kawan sepermainan.

II
Layang-layang kau tumbuh rimbun dikaki gua
musim buahmu ku hampiri dan sukai
kami bermain bersama Jefri dan Alim
tepi paya yang menguning dimusim padi masak
buah kau ditiup anging melayang-layang jauh jatuh
kami nikmati yang kami kenali Cryptocarya griffithiana.

III
Layang-layang yang kami buat dari kertas jarang
berbingkai buluh mahupun bilah pedor
bertali benang berwarni-warni yang bila angin
datang Alim memegang dihujung sana dan kau mulai menaik
dan aku menarik sementara kau melayang tinggi
dipaya kami disungaibatu yang telah kering dan
tiada lagi musim mencangkul, mengubah, menanam padi, mengemping,dan menuai
disungaibatu ini
dan hanya tinggal nostalgia
serta sebuah gua yang tegap berdiri
Guabama.


Dr Aminudin , Ramadhan 7.

Saturday, August 29, 2009

Tsuzuku Kobijutsu 5-Pongkes


Pongkes dalam bahasa Inggerisnya ialah shallow open basket to carring earth.Pongkes zaman kami bebudak disungaibatu deRelong digunakan oleh orang tua dan kami untuk mengangkat tanah-tanah yang telah dicangkul atau digali.Dalam blog saya ini ada saya menceritakan tentang Abang Akil membuat lubang letkua (letakuali)bagi memasak dodol bila menjelang hari raya.Bagi mengali lubang-lubang ini pongkes digunakan bagi membuang tanah-tanah tersebut.Bagi perkerja yang tinggal dikongsi kuari pecah batu disungaibatu pula saya dapati mereka menggunakan pongkes-pongkes ini untuk mengutip batu-batu yang pecah oleh mesin pemecah batu.Pongkes juga berguna bagi mengangkat baja tahi kelawar yang diambil oleh bebudak dari guabama.Misalanya Man anak pakandak Dahan yang berminat sungguh mengambil tahi kelawar dari guabama itu.Tidak ketinggalan juga masa perkerja JKR yang banyak menggunakan pongkes apabila mereka menambun dan mengangkat tanah atau batu granait semasa membina jalan Kuala Lipis-Padang Tengku saya lihat banyak pongkes digunakan.Biasanya pongkes ini diperbuat dari rotan dan jarang lagi kita sekarang dapat melihat perkerja dalam industri pembinaan jalan raya sekarang menggunakan pongkes.Ini mungkin kerana sekarang sudah banyak jentera moden yang menggantikan tulang empat kerat dan pongkes.Coretan ini dibuat adalah untuk mengimbau kembali penggunaan pongkes yang satu masa dahulu digunakan dan membantu kita dan kita patut menghargai alat kecil ini.Saya kadang-kadang kesian juga melihat usahawan Azmi dibatu lima,Kuantan yang banyak pasir dan batu putihnya bagi kegunaan bengkel "dapur kubur " diambil orang berpongkes-pongkes diwaktu malam.Rupanya ada juga pongkes digunakan untuk mencuri.

Dr Aminudin

Tsuzuku Kobijutsu 4- Pelita

Pelita atau oil lamp mengingatkan saya kepada saya semasa zaman bebudak pada kuih Pelita Talam yang dihidangkan kepada kami bebudak sungaibatu deRelong.Kuih ini emak buat bila tiba bulan puasa, jadi sempena Ramadhan ini dan mencari kuih ini dipasar Ramadhan diBalok memang jarang jumpa.Kalau jumpapun tahun lepas rasanya tidaklah sesedap mana maklumlah ia dibuat untuk tujuan komersial.Pelita talam sebenarnya adalah kuih yang dibuat dari tepung gandum yang diberikan berkepala dari santan kelapa.Jadi setelah siap ia akan menjadi berlapis-lapis iaitu bahagian bawahnya yang akan berwarna chokelat yang biasanya dicampur dengan gula merah dan lapisan atas adalah berwarna putih yang menjadi kepalanya dari santan kelapa yang saya katakan tadi.Kuih ini selalu dimakan oleh keluarga kami dan juga dibuat oleh orang lain disungaibatu seperti Akak Nab,Akak Siti,Wan Kiah dan lain-lain untuk dibawa kesurau We Muhammad bagi dimakan oleh orang yang datang sembahyang terawih disurau itu.Bila makan beramai-ramai inilah yang menyelerakan dan membuat kami cukup gembira bila tiba bulan puasa.Cerita ini ada ada muatkan dalam entry blog ini dibawah tajuk Meriahnya Surau We Muhammad.Inilah kenangan saya dan saya kira juga orang yang pernah tingal sekitar sungaibatu de Relong.Begitu juga pada pelita minyak tanah yang kami pasang pada malam tujuh likor bila tiba penghujung bulan puasa dan juga pada malam raya.Pelita sekarang ada dijual dikedai-kedai mahupun disupermarket yang diperbuat dari tin atau plastik.Kami dahulu membuat pelita ini dari buluh betong yang kami potong pendek diberikan sumbu yang kami perbuat dari taligundi dengan didalam buluh itu kami taruhkan minyak tanah.Inilah yang menjadi kenangan kepada saya zaman bebudak bila tiba masa berpuasa dan menjelang hari raya.Apa yang menjadi ingatan saya juga kami bebudak tidak ada yang ponteng puasa kerana emak dan ayah akan buatkan kami baju gombang untuk dipakai pada hari raya kerana berpuasa penuh.

Dr Aminudin

Friday, August 28, 2009

Tsuzuku Kobijutsu 3 -Getah Gelung

Getah Gelung yang berwarna warni terdapat dijual dikedai-kedai runcit zaman kami bebudak Sungaibatu deRelong menjadi kenangan kepada saya hingga hari ini.Sebagai budak lelaki emak dan ayah saya tidaklah membelikan saya gelang emas macam Pakandak dan Makandak membelikan untuk Azi dan Ainon.Saya lebih gembira membeli gelang getah yang berwarna merah,hijau,kuning,putih,choklat dan dan lain-lain.Getah gelung ini saya pernah coretkan menjadi bahan bagi kami membuat lastik dan juga alat bagi permainan senapang terung manggo.Selain dari itu ada juga kami bermain baling getah gelung ini kedalam kotak-kotak yang berisikan nombor-nombor diatas tanah yang kami tikam atau campak dari satu tempat yang dibuat garisan.Dari situ kami campak getah gelung tadi kedalam kotak nombor 8 misalnya dan kalau masuk "taukeh" yang kena bayar sebanyak 8 gelung kepada kami, kalau tidak masuk kotak atau kena garisan ,taukeh ambil gelung getah kami itu.Kadang-kadang kalau nasib mujur hari itu saya penuh lengan dengan getah gelung macam saya lihat ada setengah wanita Melayu dipasar payang diKota Bahru, Kelantan tangannya penuh dengan gelang emas.Begitulah banyak yang mereka pakai tetapi kami pakai getah gelung ditangan itu hanya mainan dimasa bebudak dan kadang-kadang selepas main itu kami membawanya sekali mandi dalam parit dekat rumah Pakencik Akob dibawah pokok durian yang rendang itu untuk menuju kedalam calvert yang pernah saya ceritakan.Hari ini getah gelung tidak banyak digunakan oleh bebudak sekarang kerana mereka mempunyai berlambak-lambak jenis permainan yang harganya mencecah ribuan ringgit berbanding dengan kami dahulu yang hanya getah gelung yang kini hanya berharga berberapa sen sangat.Inilah jurang (gap)antara kami dengan generasi sekarang yang perlu dilihat oleh ibu-bapa moden sekarang dalam menyediakan kemudahan untuk permainan anak-anak.Kadang-kadang saya terfikir permainan tradisional vs moden yang pernah saya coretkan dalam blog ini sudah sampai waktunya pensyarah-pensyarah diuniversiti tempatan kita membuat penyelidikannya kerana banyak permainan moden yang kita masuk bertanding tidak mencapai taraf dunia dan kalau masuk bertanding pun selalu kecundang, jadi apa salahnya kita tumpukan pada permainan tradisional kita seperti gasing,congkeh,layang-layang,tarik upeh,baling botol dan lain-lain yang dapat menjimat kewangan negara dan kalau nak sangat perkenal negara ini maka promotelah permainan tradisional tersebut diperingkat antarabangsa.

Dr Aminudin

Tsuzuku Kobijutsu 2 - Gantang

Gantang atau Measuring capacity of paddy yang semasa saya kecil melihat emak atau ayah menyukat beras untuk disimpan atau dibuat lemang bagi menyambut hari raya.Ukuran kecil pada gantang ialah cupak iaitu 4 (empat cupak) satu gantang, dimana ukuran ini bebudak sekarang sudah tidak ambil peduli lagi kerana sekarang telah menggunakan ukuran metrik.Kadang-kadang dengan mengikut peraturan globalisasi budaya ukuran Melayu kita turut hilang, inilah harga kita patut bayar.Namun tidak begitu dengan masyarakat Jepun yang mereka kekalkan budaya dan bahasa dan mereka sanjung.Berbalik pada gantang kami dizaman bebudak sungaibatu de Relong ini biasanya dibuat dari tin yang boleh dibeli diKuala Lipis atau Padang Tengku.Orang yang menjual buah bidara diPekan sari Relong juga menggunakan cupak dan gantang.Saya memang suka memakan buah bidara kampung tetapi sayangnya diRelong tidak banyak pokok bidara lagi yang tumbuh.Namun begitu semasa saya bertugas diPejabat Daerah Temerloh masih banyaklah buah biadara kampung ini dijual dipekan sari hari ahad ditepi sungai Pahang itu.Ini mungkin datang dari Kampong Awah atau kampung-kampung diMaran yang masih banyak lagi pokok tersebut.Kadang-kadang juga musim ikan naik lek (biasanya musim banjir seperti yang pernah saya coretkan)ikan ini bermain dan menghempaskan telurnya ketika itu mudahlah ditangkap dan bila dapat ditangkap kadang-kadang saya lihat ayah pernah menyukat-yukatnya menggunakan gantang dan banyaknya bergantang-gantang juga.Bila orang mengadakan kenduri kahwin sudah semestinya gantang akan digunakan untuk mereka menyukat beras yang hendak ditanak itu.Pada kebiasaanya kita bertanak nasi dalam kawah akan mengacau beras itu bila tiba waktunya tetapi setelah satu kemahiran orang Relong bertanak nasi tanpa mengcaunya yang seingat saya Abang Nor Akak Nab mempunyai kemahiran ini orang Relong sudah tidak riau lagi tentang nasi mentah.Namun dimasa kami bebudak yang suka menenguk orang memasak nasi kawah ialah bila nasi menjadi berkerak dan inilah yang suka kami ambil makan dengan dicecah dengan gulai daging yang masih panas-panas.Bagi saya akhiri entry ini mengenai cupak dan gantang ialah simpulan bahasa berbunyi cupak asli, cupak berkeesaan,cupak hanyut,cupak pesuk,cupak tegak sudah diisi dan mengisi gantang pesuk serta melukut ditepi gantang yang memang anda sekelian tahu maknanya.

Dr Aminudin

Thursday, August 27, 2009

Tsuzuku Kobijutsu 1- Gegepi

Gegepi atau bug is any small insect.Merupakan serangga yang saya perhatikan dimasa zaman saya bebudak disungaibatu,deRelong dahulu. Bila teringkatkan gegepi ini bukan apa kerana baunya.Sempena bulan ramadhan ini bau mulut orang yang puasa disisi Illahi adalah seumpama bau bunga kasturi.Makakala bau gegepi ini amat bertenangan dengan bau harum bunga kasturi itu iaitu busuk.Kami bebudak memang taksuka dengan gegepi takala itu.Saya memerhatikan gegepi ini banyak hidup dipokok keduduk yang pernah saya coretkan ia kelihatan merangkak-rangkak dari satu buah kesatu buah keduduk yang masak itu yang mungkin ia memakan buah-buah keduduk ini atau juga pucuk-pucuk muda pokok tersebut.Biasanya gegepi ini berwarna merah dibelakang badannya dan dikelilingi oleh warna hitam.Bila kami mengambil buah-buah keduduk yang ranum untuk dimakan atau dibuat dakwat kadang-kadang terpegang atau tertangkap gegepi ini.Inilah yang menjadikan bau tangan kami busuk dengan bau yang gegepi ia keluarkan.Kadang-kadang dalam kami bermain dalam terowong pokok-pokok keduduk dan paku-pakis yang kami buat itu gegepi ini memasuki poket baju dan seluar kami, jadi ia kami bawa balik kerumah tanpa kami sedari jadi bila terpegang atau terkena dia bila menyalin baju atau seluar itu ia akan mengeluarkan bau yang amat membosankankan kami itu.Namun begitu serangga yang semacam dan sekecil macam gegepi ini ada juga dirumah kami iaitu dipanggil bubuk.Ada orang memanggilnya bubuk jawa, bubuk ini tidaklah mengeluarkan bau tetapi ia memakan beras.Bila emak meletakan beras dalam takar seperti yang pernah saya coretkan, emak meletak juga batu-batu sungai kedalam takar itu yang mungkin untuk mengelakkan bubuk memakan terlalu banyak beras itu agaknya.Inilah yang menjadi kebiasaan agaknya orang Melayu meletakkan batu dalam bekas mereka menyimpan beras agar menakutkan bubuk-bubuk itu tadi.Namun ada juga setengah orang berpendapat bubuk jawa mempunyai khasiatnya yang tersendiri kepada mereka.Jadi kedua serangga yang unik ini mungkin tidak diperhatikan oleh generasi muda Relong sekarang kerana mereka mempunyai citarasa berbeza dengan saya.Namun inilah serangga kecil ciptaan Ilahi yang perlu kita perhati.

Dr Aminudin

Monday, August 24, 2009

Tsuzuku 6-Asap

Asap atau smoke mengingatkan saya kepada peristiwa kami membakar cerang.Cerang ini adalah kawasan kita mengerjakan tanaman pertanian bagi tanaman sementara seperti tanaman jagung,padi human, labu, keledek ,kacang dan lain-lain sebelum diusahakan tanaman kekal iaitu getah.Dalam usaha menanam inilah permulaan kawasan itu perlu diterangkan dan dibakar.Seperti yang saya ceritakan kami membuka tanah bagi tanah getah diBukit Perupuk dengan emak dan ayah dan selepas itu ada juga menanam pokok-pokok durian dikaki bukit itu.Seingat saya Mosik anak Makde ada membantu menebang pokok-pokok yang agak besar dengan mesin gergajinya.Selepas itu barulah kami " memerun " atau membakar kayu-kayu yang ditebang itu.Biasanya membakar kayu-kayu ini kami lakukan dimusim panas atau kering, jadi ini menyeronokan saya dimasa bebudak melihat api marak kemerahan-merahan dan asap berwarna putih dan kelabu naik berkepul-kepul kepuncak awan.Beberapa hari selepas itu kami menerangkan kawasan itu untuk ditanam tanaman kontan dengan menggunakan tugal seperti yang pernah saya ceritakan.Asap juga kadang-kadang menggangu kami untuk memasak dodol seperti yang pernah saya ceritakan dalam entry Lubang Letkual (Letakuali).Bagi setengah orang tua ada mengatakan jika kita kencing dimerata-rata (tidak ditempat yang sewajarnya) asap suka mencari kita atau menuju kepada kita ketika memasak dodol ini, samada betul atau tidak, tidaklah dapat saya pastikan.Rumah Asap seperti saya ceritakan yang pernah ada dikampung kami dalam tanah aruwah Pak Busu itu hanya tinggal kenangan bagi saya yang pernah membuat getah keping berbanding sekarang hanya ditoreh oleh para perkebun kecil setakat untuk punggutan susu getah atau getah sekerap saja.Hari ini asap telah menjadi kita sesak nafas terutama diKuala Lumpur ataupun bandar-bandar besar kerana keluar dari kereta-kereta yang kian banyak.Maklumlah sekarang purata bagi sebuah rumah sekarang ini setidak-tidaknya ada dua buah kereta.Lihat saja di perkarangan sekolah sekarang penuh dengan kereta-kereta Cikgu berbanding dahulu Pakcu Husin saya seorang guru besar diDong ,dia dan seorang dua sahaja mempunyai kereta yang lain tidak.Aruwah Pakalang Zainuddin saya yang pernah saya dedikasi dalam blog ini sehingga meninggal pun tidak membeli kereta.Asap kini menjadi jerebu dan pernah membuat kita taknampak jalan diKuala Lumpur, jadi inilah fenomina-fenomina moden yang perlu kita hadapi dan jangan kita "kelabu mata " dengan dunia sekarang yang banyak pancaroba.

Dr Aminudin

Sunday, August 23, 2009

Tsuzuku 5- Antuk

Antuk (collide)kepala dizaman kami bebudak sungaibatu diRelong memang popular bila kami bermain.Ini adalah jenis guruan sesama kami kalau suatu kegembiraan yang kami perolehi misalnya bila pasukan kami menang dalam perlawanan baling botol yang pernah saya ceritakan semasa kami bermain dekat rumah We Kadir berhampiran Masjid Relong.Begitu juga kalau bermain sepakraga bulat dengan berlawan pasukan siapakah yang dapat menimbang terbanyak bola sepakraga itu.Kadang-kadang bila berlaga sampai berbunyi berdekak tempurung kepala berlaga sesama kami itu.Tetapi ada juga kadang-kadang untuk mengurangkan sakit tempurung kepala kerana didenda akibat kekalahan dalam sesuatu permainan umpama tarik upeh yang biasanya kena sengkeh kami menukar kepada jenis jentik belakang tapak tangan.Ini adalah kurang sakitnya dari kena sengkeh kepala.Namun yang taktahannya disekolah bila kena denda kerana tidak buat kerja sekolah atau buat kesalahan menyakat budak sedarjah ialah kena pukul tapak tangan dengan pembaris atau kena sengkeh kepala oleh Cikgu Deraman.Inilah yang tidak mahu dikena oleh budak perempuan atau budak lelaki yang meme (mudah menangis kena usik)dalam sekolah kami.Kami selain kena sengkeh oleh Cikgu adalah juga kalau Cikgu naik geram sangat kepada seseorang bebudak sekolah kami dihantuknya budak tersebut kemeja tempat dia duduk atau dinding sekolah.Tetapi mujurlah meja dan dinding sekolah kami ketika itu dari papan tidaklah macam sekarang ini kebanyakkan dibuat dari konkrit.Kami tidaklah membalas perbuatan guru-guru yang menghukum kami kerana niat mereka suci dan adalah demi kebaikan kami,lagipun kami bersalah kerana tidak mengikut arahan mereka yang telah ditetapkan.Bila saya masuk universiti saya mengambil Diploma Pendidikan untuk mengetahui sejauh mana peranan guru dalam mendidik anak-anak bangsa dan saya pernah menjalani pratikal mengajar diSekolah Angkatan Tentera diSungai Besi dan saya tidaklah pernah menghukum mereka sebegitu kerana yang saya utamakan ialah teknik mengajar mengunakan alat bantuan belajar yang boleh mereka terpikat pada sesuatu matapelajaran.Namun saya tidak jadi menjadi guru bila teringatkan kalau-kalau saya akan mengantuk kepala murid-murid saya nanti.Walaubagaimanapun diIran setengah mazhab disana,bila tiba masa suatu perayaan yang mengingati tokoh-tokoh kesayangan mereka akan mengantuk-gantuk kepala mereka dan kadang-kadang sampai cemuk dan berdarah.Inilah yang dikatakan lain padang lain belalang namanya.

Dr Aminudin

Saturday, August 22, 2009

Tsuzuku 4- Eumemidae(Angkut 2)

Eumemidae (angkut 2) adalah " a type of bee " ,sejenis lebah yang sering saya perhatikan dimasa saya bebudak disungaibatu,deRelong dahulu.Saya memang suka memerhati binatang atau serangga yang berkerja atau bermain ataupun sedang mencari makan, misalnya saya telah mencoretkan tentang burung kelicap, mengkubung, burung got-got, memerang dan lain-lain. Kali ini saya memerhatikan angkut-angkut yang biasanya terbang dari tanah dan menuju kegelegar rumah kami untuk dia membuat sarang dari tanah.Memang kubu dekat rumah kami yang berhampiran guabama itu banyak tanah yang baik, saya kira lembut dan berwarna kekuningan itu menjadi kegemaran angkut-angkut untuk mengambilnya.Tanah liat ini saya percaya memang sesuai untuk dijadikan bahan-bahan perhiasaan dari tanah untuk dijadikan pasu, vase, boko dari tanah, periuk tanah dan bekas air dari tanah.Namun hingga kehari ini tiada usaha yang dibuat oleh orang Relong bagi mengusahakan pasu-pasu dari tanah liat yang pernah saya lihat ada diusahakan diTelemin,Jerantut oleh usahawan disitu.Tanah liat kategori ini memang banyak dalam Sungai Teris, malahan tanah sebegitu tidak menjadi masalah kalau dikorek diBukit Peninjau yang berdekatan dengan Ulu Relong.Semasa saya kecil dan suka mandi dan terjun dari pokok ara dekat rumah We kadir, ayah Nuar kadir saya masih ingat bila kami terjun dan menyelam disitu tanah liatnya sungguh cantik yang bercampur warna merah dan kuning.Ini adalah perkara yang perlu diterokai oleh generasi muda Relong.Ia memerlu ketabahan seperti sang angkut-angkut membuat sarang dari tanah yang dikutipnya itu hingga menjadi sarangnya yang saya lihat sungguh cantik mengikut warna tanah yang dipunggut itu serta berlok-lok binaannya bila dicantum menjadi sarangnya.Ketabahanya menyiapkan sarang itu perlulah menjadi ikhtibar kepada kita dalam membuat sesuatu perkara itu biarlah hingga sudah dan tidak merupakan hangat-hangat tahi ayam sahaja seperti yang pernah dengar.Saya kadang-kadang malas juga untuk mencoretkan segala pemerhatian saya ini kepada generasi muda Relong tetapi mengenangkan mereka ini adalah anak cucu-cicit (moyot) Dato Linggi adalah generasi saya juga maka macam sang angkut-angkut itu saya bina Blog SungaibatudeRelong ini sedikit-sedikit dan hari ini bolehlah saya kumpulkan menjadi sebuah koleksi yang insyallah akan saya terbitkan pula untuk kenangan bagi orang Relong semua.

Dr Aminudin

Thursday, August 20, 2009

Tsuzuku 3- Agah

Agah (to make baby laugh)adalah perkara biasa bagi kita membuat budak kecil supaya ketawa.Saya disungaibatu ,deRelong teringatkan anak-anak saudara atau sepupu saya yang kecil umpamanya anak Akak Nab dengan Abang Nor iaitu Atan, anak Abang Mat dengan Akak Yah iaitu Cali , anak Miah dengan Abang Din iaitu Zita, anak Akak Milah dengan Abang Mat Sekuter iaitu Atan dan anak Pakanda Dahan dengan Makandak Minah iaitu mereka panggil Adik.Budak-budak inilah yang kena agah selalu oleh kami bebudak masa itu.Orang-orang tua zaman itu juga suka menagah budak-budak kecil tetapi agak sekejab maklumlah mereka kena buat kerja disawah atau dikebun ,jadi kami bebudak yang agak besar menjadi galang-ganti mereka pula untuk menagah mereka hinggalah meneman atau membuaikan supaya tidur.Dahulu mana ada orang gaji macam sekarang , jadi abang atau kakak bebudak itu yang menjaga mereka.Kalau tidak ada juga kenalah wan-wan atau aki yang jaga.Macam saya pula kalau tidak tumpang main dirumah Pakencik Akob atau We Muhammad, saya tinggal dengan Wan Tekah (nenek saya) atau kalau semua anak-anak We dan Encik tak ada saya dihantar kerumah Pakandak Dahan dekat rumah Hasan Titik, itupun jarang sangat untuk bermain dengan anak Pakandak iaitu Manan,Azi atau Zahar kerana jauh. Bila kita telah dewasa ini semua menjadi kenangan namun tidak banyak dari kenangan kita dicotetkan atau dibuku untuk generasi yang pernah kita agah mereka diwaktu kecil, cuma kadang-kadang ada mereka teringatkan kita kerana kita ni nakal diwaktu kecil dan memang kalau sebut nama Minum disungaibatu atau Relong orang generasi tua tahu tetapi generasi muda , saya kurang pasti kerana saya sejak tingkatan Satu telah tinggal diasrama sekolah dan kemudian masuk universiti dan berkerja diluar pula.Lainlah dengan Cikgu-cikgu yang lepas keluar Maktab atau Universiti mengajar sekitar Kuala Lipis atau Padang Tengku, itu pun saya dapat tahu tidak banyak yang sanggup beri tution percuma pada anak-anak buah .Jadi mereka ini tetap popular diRelong atau Kuala Lipis.

Dr Aminudin

Wednesday, August 19, 2009

Tsuzuku 2- Agar 2

Agar-Agar (jelly)adalah rumpai laut yang menjadikan kuih kami panggil agar-agar yang biasanya berwarna merah atau hijau dimasa kami bebudak disungaibatu diRelong dahulu.Agar-agar begitu popular bila tiba berbuka bulan puasa seperti yang akan menjelang tiba tidak lama lagi .Gerai-gerai pasar ramadhan saya lihat banyak menjual agar-agar yang beranika ragam sekarang.Zaman kami bebudak dahulu hanya satu dua jenis sahaja.Apa yang pasti emak atau Akak Siti atau Akak Nab atau Wan Kiah membuat agar-agar dalam bekas yang dipanggil boko atau dimasukan dalam gelas untuk kami makan bila tiba berbuka puasa terutama kalau berbuka puasa disurau We Muhammmad yang pernah saya coretkan.Masa kami bebudak bila berbuka makan agar-agar agak banyak juga dan kadang-kadang tidak makan nasi lagi.Bagi saya sangat mengemari agar-agar yang emak buat "kejun" ( agak keras) sedikit berbanding yang biasa dibuat jenis lembik. Cara bagaimana membuat agar-arar itu jadi " kejun " tidaklah saya mengetahui rahsianya.Bila saya sudah agak dewasa kami bebudak sungaibatu dikejutkan oleh jenis agar-agar yang agak kompleks sedikit ketika itu ialah agar-agar tembikai.Inilah yang menjadi trend disungaibatu bila menjelang hari raya, saya difahamkan telah disediakan respinya oleh Makandak Minah isteri kepada Pakandak Dahan.Betul atau tidak, tidaklah dapat saya pastikan kerana Makandak pun dah tiada, anak dia Azi pun dan tiada dan ini mungkin boleh disahkan pada emak saya atau Ainon anak Pakandak Dahan.Hingga kehari ini agar-agar adalah kuih kegemaran kita yang memerlu bahan pengeras yang terdiri dari rumpai laut itu.Negara kita yang kaya dengan khazanah laut itu perlulah diexplotasi sepenuhnya macam Jepun yang membuat penyelidikan tentang khazanah lautan mereka untuk kepentingan rakyatnya.Jadi tidaklah kita hanya berkata "agar" kita membuat sesuatu tetapi hasilnya entah kemana ?

Dr Aminudin

Tsuzuku 1- Adang

Adang (obstacle) dizaman kami bebudak sungaibatu derelong ada beberapa kategori atau jenis perbuatannya.Diantaranya adalah pengadang yang dibina dirumah orang-orang kampong yang dipasang pada muka pintu untuk budak-budak kecil supaya tidak dapat turun ketanah.Perkara ini saya lihat dibuat oleh Pakangah Man bagi menghalang Alim dari turun ketanah untuk mengikut kakaknya atau abangnya Jefri.Bagi yang lain pula ialah dipanggil pengadang pintu yang kadang-kadang digelar juga palang pintu.Palang pintu ini dibuat bagi mengukuhkan pintu dari dimasuki orang yang ingin menceroboh rumah kita.Maklumlah kami diRelong kalau ada kenduri kawin jarang amat tinggal dirumah sendiri kerana bertandang kerumah orang kenduri itu.Jika jauh rumah orang kenduri kawin tu siaplah kami berminggu tinggal dirumah saudara yang buat kenduri kawin itu.Saya masih ingat bila akak Munah anak Aki Berahim yang nak kawin dengan Pakandak Koraini yang membuat kerja kawin diKampong Behrang, saya berminggu-minggu tinggal rumah Aki Berahim dan pergi sekolah punyalah jauh dari Behrang keRelong jalan kaki ikut ceruk membebek dan kemudian lalu dalam getah Pakbusu yang ada rumah asap yang pernah saya ceritakan dalam blog ini dan kemudian kekedai Sood mengikut jalan belakang rumah CuHawa dan baru sampai kesekolah.Tetapi kalau berjalan kaki ramai-ramai kesekolah tidaklah berasa letih sangat kerana banyak berborak dan bergurau.Sementelahan pula kalau musim buah banyaklah kebun rambutan orang tepi jalan hendak kesekolah itu kena rembat oleh kami bebudak masa itu.Biasanya yang menjadi mangsa ialah kebun ustaz Muhamad ayah kepada Ciku Jemilah dan Ciku Suhaimi yang buah rambutannya terjulur keluar pagar bila musim berbuah.Kami tahu dia tak marah pada kami bebudak yang mengambil buah rambutan beliau setangkai dua.lagi pun dia ada kata pada kami bebudak yang mengaji disurau Bukit Berangan itu, ambillah buah rambutan tersebut kalau nak makan tetapi janganlah memunahkannya.Berbalik pada palang pintu rumah kami ini dibuat biasanya bagi mengukuhkan pintu rumah kerana biasanya ensel pintu banyak yang dah rosak jadi palang pintu adalah sebagai pengukuhnya.Masa dahulu dikampong kami tidak lah banyak pencuri macam sekarang ini tetapi yang kami takut takala itu ialah kisah sang penyabit kepala terutama mencari kepala budak-budak macam kami.Maka inilah membuat bebudak zaman kami takut untuk berjalan sorang-sorang diwaktu malam lagipun ada juga rimau dikawasan kami yang dikatakan merayau disekitar Bukit perupuk mencari mangsa.Akhirnya seingat saya untuk masuk kekawasan Kuari Sungaibatu dekat Guabama ketika kami kecil ada juga penghadang bagi mengawal lori keluar masuk mengambil batu kuari yang telah dikisar, kami kadang-kadang menyuruk bawah palang/pengadang itu untuk mencari batu kuari yang bagi dibuat peluru lastik dan kadang-kadang juga terantuk kepada pada adang yang dibuat itu dan ini membuat kami marah dengan mengetuk-getuk pengadang itu dengan kayu.Abang Gani kadang-kadang ketawa berdekah-dekah melihat telatah kami bebudak sungaibatu yang kalau dia berjumpa kami lagi diKuala Terengganu sekarang tentu teringat bagaimana kami sekali sekala mengetuk -getuk adang tersebut yang menyusahkan kami dimasa kecil itu.Adang sekarang telah diganti dengan tol yang sekarang ini membuatkan poket kita semakin kempis dibuatnya.

Dr Aminudin

Sunday, August 2, 2009

Footnote 1-Slang Sg.Batu Dibanding Kedah

Slang mengikut Dictionary of Contemporary English,1990,mukasurat 987 ialah "very informal language that includes new and sometimes not polite words and meaning ,is often used among particular groups or people".Manakala The Fontana English Dictionary,1974 pula mendifinasikan Slang pada mukasurat 437 ialah " jargon peculiar to certain sections of public".Jadi Slang itu dapat saya simpulkan adalah bahasa yang kami bebudak Sungaibatu gunakan sesama kami gunakan atau cakapkan dikalangan kami.Sebagai perbandingannya saya telah mengkaji Slang orang Kedah disekitar Baling hingga keKuala Nerang berdasarkan kajian akedemik.Bahasa yang digunakan adalah jarang kita dengar, namun begitu saya bernasib baik kerana tinggal dirumah Ayah angkat saya diBaling iaitu Pakcik Nai yang merupakan ayah kepada YBbhg.Dato'Jabar dan adiknya Muhammad dan Zahid yang pernah saya coretkan dalam blog ini.Diakhir entry ini saya sertakan rujukan buku-buku yang boleh pembaca sahkan kesahihan kajian ini.Diantara bahasa yang digunakan diKedah ialah :-

1.Argus - orang pasar rabu Alor Star mengelarnya Arnab, Kajian Hamilton mendapati perkataan ini asalnya dari Hindustani yang bergelar "Khargosh " yang bererti rabbit.
2.Balan - bererti menghalang/blocking the way.
3.Bok - Tilam, Kajian Farland mendapati berasal dari perkataan Siam.
4.Chang - Tetek yang pejal.
5.Chengis-bau yang tajam, misalnya bau durian/harsh in odour.
6.Gebang -hampir sama dengan makna sembang.
7.Genuak- ada setengah orang kata buah kerdas tetapi asalnya ialah bermakna dibungkus rapat/ pack like sardines.
8.Gerek - basikal, ini memang slang popular diBaling yang asalnya dari bahasa Jawa iaitu gerek.
9.Jerit -bukannya bererti laung tetapi minum setegup/to sip.
10.Jengkit-berjalan atas hujung jari kaki/berjengket/to stand on tiptoe.DiSungaiabatu Jengkit digunakan bila kami bermain dengkat.
11.Kelek- balik/besuk nak kelek/I am going back tommorow.
12.Kencit- berak cair/bahasa ini biasa kami gunakan diSungaibatu bila bebudak banyak makan buah macang muda.
13.Koi -jalan perlahan-perlahan/go carefully.
14.Kokong-menanggong/mendukung dibelakang/to ride pick a back.
15.Kut - ini slang yang biasa digunakan menerangkan kemungkinan, Nanti kut dia mai/ I expect he'll turn shortly.
16.Ligan- ini perkataan yang sering digunakan bermakna kejar/hambat/ to chase.
17.Lit-lit- ini bermakna panas amat/glaring heat.Budak Sungaibatu pula merujuk pada ikan naik lit bermakna bermain untuk menghepas telornya.
18.Locheh- meloceh kemaluan budak sebelum disunat.Perkataan ini digunakan diSungaibatu bila bebudak bercalat.
19. Makar- membuat orang ketawa.
20.Ngok-ngek-kereta yang injin tidak baik, sangkut-sangkut/squeaking.
21.Rubol-membaiki jala atau pukat.
22.Segok- tidak sesuai/unsuitable.
23.Semawa-memperlawa/to offer.
24.Semilu-tajamnya pisau/buluh.Disungaibatu merujuk pada serpihan tajam yang melekat pada tangan kerana memegang buluh.
25.Sut- pengakhir/the very end.Bebudak sungaibatu selalu menggunakan perkataan ini bila sesuatu barangan itu akan berakhir untuk diberikan kepada mereka.
26.Terlondeh- kain/seluar nak tertanggal /sliping down.Biasa digunakan oleh kami bebudak sungaibatu yang seluarnya sering terlondeh.
27.Tera-buat macam saya/do it as i showed you before.

Itulah sebahagian Slang yang digunakan oleh orang Kedah seperti yang saya nyatakan diatas.Bagi pembaca yang berminat bacalah buku rujukan berikut:-
1.R.J.Wilkinson Mytilene,A Malay English Dictionary,1932
2.A.W.Hamilton,Penang Malay, JSBAS,No.85,March 1922.
3.A.W.Hamilton,An Old Kedah Patani Trade Route,JSBRAS,No.86,1922.
4.A.J.Sturrock,Some Note on Kelantan Dialect, and Some Comparisons with Dialects of Perak and Central Pahang,JSBRAS,N0.62,1912.

Kesimpulan Slang bebudak Sungaibatu yang dikatakan tidak berlandaskan fakta dan bidang ilmuan bukanlah boleh diuji dalam makmal bahasa tetapi boleh diuji dalam minda bebudak Sungaibatu dan saya sebagai orang yang bertanggongjawab sedia berdialog dengan pengkritik kami.

Dr Aminudin