Monday, August 31, 2009

Memori Alam Persekolahan VI-Jenan

Apa yang mengembirakan tentang Jenan ini ialah kawan-kawan semuanya "ngam-ngam" berlaka walaupun kami berlainan negeri.Kawan saya yang ngam dari Perak macam Yunus dan Sanusi Awi, bila ada cuti pendek saya mengikut mereka kePerak iaitu Manjoi, bila saya berkhidmat dalam Jabatan Keselamatan DiPerak ,saya ada juga mencari balik Yunus dan Sanusi diManjoi tetapi tidak menjumpai lagi rumah yang saya pernah pergi dimasa sekolah diJenan itu.Masa berkhidmat diPerak saya ditempatkan diPejabat Daerah Kroh, Perak yang ketika itu saya duduk serumah dengan Fadzil dari Kedah.Berbalik semasa diJenan juga ,saya mempunyai abang angkat yang saya nyatakan dalam blog ini iaitu Abang Jabar yang sekarang Dato' Jabai Che Nai dari Kampung Padang Dan dekat Kuala Ketil Baling.Masa cuti juga kami balik kampung mereka dengan mencari buah-buah kayu kata orang Kedah.Bila saya bertugas diKroh,Perak dan kereta saya ditimpa pokok saya menumpang barang dirumah ayah angkat saya inilah malahan bila Abang Jabar kawin di Perak kami ramai-ramai berkomboi mengiringinya.

Di Jenan kegemaran kami adalah pergi kepekan Jitra untuk makan bihun sup yang berwarna kuning dan ais kacang yang kadang-kadang digelar "ais ganja".Ais kacang ini bukan main sedap bila kami makan, saya sendiri kalau dah mai keJitra akan pekena ais kacang itu sekurang-kurangnya tiga mangkok.Selain dari itu kawan-kawan pasti pesan suruh bawa balik punya.Selain dari itu kami kepekan Jitra masa itu ialah untuk tengok wayang gambar cerita hindustan yang cukup popular masa itu.Malahan bebudak yang kaki hindustan sanggup keluar pintu dekat pokok getah yang ada lubang atau longkang untuk curi keluar asrama pergi tengok wayang.Saya tidaklah gila sanggat tengok wayang sebab saya adalah Kelab Wayang gambar sekolah kami yang tugasnya menunjukan wayang pada pelajar Jenan dalam dewan sekolah masa itu.Seingat saya Sabri Yusof adalah senior kami bagi kelab itu yang kemudiannya bila saya berkhidmat diJPA Latihan kami berjumpa semula yang mana kemudiannya saya dengar dia jadi Pegawai Daerah Kuala Kangsar bila saya berkhidmat diUPEN,Pahang.

Bila cuti panjang sekolah yang menyeronokan saya ialah balik dengan keretapi yang bermula distesen Alor Star sampailah keKuala Lipis.Pelajar Jenan akan ada gerabaknya sendiri yang kami kadang-kadang tidaklah duduk sangat.Kami suka berjalan-jalan dengan Dolah Awang Kecik,Wan Yusof,Ahmad, Wan Yunus dan lain-lain dari satu gerabak kesatu gerabak.Saya dapati ada setengahnya bebudak jenan telah tersalah naik gerabak kerana bila sampai diGemas akan berlaku pertukaran keretapi, jadi bebudak yang suka sangat berjalan ni dah leka kerana tak sedar gerabak yang mereka naiki itu adalah untuk keJohor,jadi mereka sampai hingga keJB.Tetapi nasib baik ada kawan-kawan dari Johor misalnya Fuzi,Mohd.Zaki,Yusof B dan lain-lain membantu.Saya bila sampai diLipis biasanya terlalu pagi jadi tidurlah distesen keretapi sementara menunggu bas Long Majid untuk balik keRelong.

Hari ini bebudak Jenan sekelas saya semua dah jadi orang besar dan ternama sekarang dan begitu juga senior-senior saya yang beberapa nama dapat saya ingati disini misalnya Abang Jabar (Datuk Jabar)menjadi orang besar diKementerian Luar bandar,Datuk Dr Ibrahim Komo dahulu Timbalan Naib Chancellor UKM,Abang Dr Sukri(saya dah taktahu dihospital mana dia bertugas sekarang) dan sekelas dengan saya Fuzi menjadi Yang DiPertua Bandaran ,Datuk Mohd Zaki sekarang Hakim ,Adhan Kecik, menjadi Peguam dan Wakil Rakyat,Razak menjadi Pegawai RTM Sabah,Mansor dahulu kerja dengan Maybank sekarang bersara macam saya juga,Ahmad (Kelantan)menjadi guru kanan,Ramli menjadi guru kanan,Wan Aziz menjadi profesor diUTM,Fatimah menjadi pensyarah kanan diMaktab Perguruan, Roslan telah mulai bersara juga,Salmiah dulu pengetua sekolah diPulau Pinang dan lain-lain.Satu yang saya puji bagi bebudak lepasan Jenan ini mereka sering berhubung dan ada semacam kelab informal yang biasanya Azman Panjang dari Bernas yang begitu berinisaitif menemukan kami semula.Saya misalnya sudah tidak bertemu dengan Mohd Zaki sejak 30 tahun begitu terharu bila berjumpa beliau yang begitu "sendul" dimasa diJenan dahulu.Jenan menang namanya menjadi kenangan.

Dr Aminudin

No comments: