Wednesday, August 19, 2009

Tsuzuku 2- Agar 2

Agar-Agar (jelly)adalah rumpai laut yang menjadikan kuih kami panggil agar-agar yang biasanya berwarna merah atau hijau dimasa kami bebudak disungaibatu diRelong dahulu.Agar-agar begitu popular bila tiba berbuka bulan puasa seperti yang akan menjelang tiba tidak lama lagi .Gerai-gerai pasar ramadhan saya lihat banyak menjual agar-agar yang beranika ragam sekarang.Zaman kami bebudak dahulu hanya satu dua jenis sahaja.Apa yang pasti emak atau Akak Siti atau Akak Nab atau Wan Kiah membuat agar-agar dalam bekas yang dipanggil boko atau dimasukan dalam gelas untuk kami makan bila tiba berbuka puasa terutama kalau berbuka puasa disurau We Muhammmad yang pernah saya coretkan.Masa kami bebudak bila berbuka makan agar-agar agak banyak juga dan kadang-kadang tidak makan nasi lagi.Bagi saya sangat mengemari agar-agar yang emak buat "kejun" ( agak keras) sedikit berbanding yang biasa dibuat jenis lembik. Cara bagaimana membuat agar-arar itu jadi " kejun " tidaklah saya mengetahui rahsianya.Bila saya sudah agak dewasa kami bebudak sungaibatu dikejutkan oleh jenis agar-agar yang agak kompleks sedikit ketika itu ialah agar-agar tembikai.Inilah yang menjadi trend disungaibatu bila menjelang hari raya, saya difahamkan telah disediakan respinya oleh Makandak Minah isteri kepada Pakandak Dahan.Betul atau tidak, tidaklah dapat saya pastikan kerana Makandak pun dah tiada, anak dia Azi pun dan tiada dan ini mungkin boleh disahkan pada emak saya atau Ainon anak Pakandak Dahan.Hingga kehari ini agar-agar adalah kuih kegemaran kita yang memerlu bahan pengeras yang terdiri dari rumpai laut itu.Negara kita yang kaya dengan khazanah laut itu perlulah diexplotasi sepenuhnya macam Jepun yang membuat penyelidikan tentang khazanah lautan mereka untuk kepentingan rakyatnya.Jadi tidaklah kita hanya berkata "agar" kita membuat sesuatu tetapi hasilnya entah kemana ?

Dr Aminudin

No comments: