Sunday, August 23, 2009

Tsuzuku 5- Antuk

Antuk (collide)kepala dizaman kami bebudak sungaibatu diRelong memang popular bila kami bermain.Ini adalah jenis guruan sesama kami kalau suatu kegembiraan yang kami perolehi misalnya bila pasukan kami menang dalam perlawanan baling botol yang pernah saya ceritakan semasa kami bermain dekat rumah We Kadir berhampiran Masjid Relong.Begitu juga kalau bermain sepakraga bulat dengan berlawan pasukan siapakah yang dapat menimbang terbanyak bola sepakraga itu.Kadang-kadang bila berlaga sampai berbunyi berdekak tempurung kepala berlaga sesama kami itu.Tetapi ada juga kadang-kadang untuk mengurangkan sakit tempurung kepala kerana didenda akibat kekalahan dalam sesuatu permainan umpama tarik upeh yang biasanya kena sengkeh kami menukar kepada jenis jentik belakang tapak tangan.Ini adalah kurang sakitnya dari kena sengkeh kepala.Namun yang taktahannya disekolah bila kena denda kerana tidak buat kerja sekolah atau buat kesalahan menyakat budak sedarjah ialah kena pukul tapak tangan dengan pembaris atau kena sengkeh kepala oleh Cikgu Deraman.Inilah yang tidak mahu dikena oleh budak perempuan atau budak lelaki yang meme (mudah menangis kena usik)dalam sekolah kami.Kami selain kena sengkeh oleh Cikgu adalah juga kalau Cikgu naik geram sangat kepada seseorang bebudak sekolah kami dihantuknya budak tersebut kemeja tempat dia duduk atau dinding sekolah.Tetapi mujurlah meja dan dinding sekolah kami ketika itu dari papan tidaklah macam sekarang ini kebanyakkan dibuat dari konkrit.Kami tidaklah membalas perbuatan guru-guru yang menghukum kami kerana niat mereka suci dan adalah demi kebaikan kami,lagipun kami bersalah kerana tidak mengikut arahan mereka yang telah ditetapkan.Bila saya masuk universiti saya mengambil Diploma Pendidikan untuk mengetahui sejauh mana peranan guru dalam mendidik anak-anak bangsa dan saya pernah menjalani pratikal mengajar diSekolah Angkatan Tentera diSungai Besi dan saya tidaklah pernah menghukum mereka sebegitu kerana yang saya utamakan ialah teknik mengajar mengunakan alat bantuan belajar yang boleh mereka terpikat pada sesuatu matapelajaran.Namun saya tidak jadi menjadi guru bila teringatkan kalau-kalau saya akan mengantuk kepala murid-murid saya nanti.Walaubagaimanapun diIran setengah mazhab disana,bila tiba masa suatu perayaan yang mengingati tokoh-tokoh kesayangan mereka akan mengantuk-gantuk kepala mereka dan kadang-kadang sampai cemuk dan berdarah.Inilah yang dikatakan lain padang lain belalang namanya.

Dr Aminudin

No comments: