Friday, August 3, 2012

Slang A-Z SgbatudeRelong -Bahagian Kedua

Aci- bermakna sah.Semasa kami bebudak kami selalu bermain dengkat dihalaman rumah Encik Akob.Walaupun permainan ini permainan bebudak perempuan kami juga turut bermain dan seingat saya Lalmi memang pandai membaling buah dengkat yang dibuat dari kaca pinggan yang pecah.Aci didalam permainan ini ialah bila satu pusingan disudahi dan takaci bila beraku batal .Batal dalam permainan dengkat seperti bila kita terdengkat-dengkat atas gelanggang permainan itu tertijak garisan atau buah dibaling diluar gelanggang.Adakala bila bermain berlaku "tak aci" kerana mereka baling tidak masuk gelanggang tapi dibuat jadi masuk kerana ada bantuan orang lain.Contoh penggunaan ayat: Bila kami bermain masa bebudak dahulu banyak perkara yang takaci menjadi aci kerana hendak menang.

Agah-berbuat sesuatu supaya budak kecil jadi ketawa.Masa kami dahulu memanglah selain dari bermain kami juga diminta menjaga adik-adik yang kecil.Macam saya kecil ,saya tidak mempunyai adik jadi saya menumpang menjaga adik atauanak-anak saudara seperti anak Akak Nab dan juga Akak Siti.Budak-budak kecil suka diagah dan bila diagah mereka sering ketawa.Contoh penggunaan ayat : Budak yang kena agah oleh kami sering ketawa dan bila sudah ketawa kami selalu mengambilnya untuk dibawa masuk kedalam buaian pula.

Acer-acer ini macam kita meninggal atau mengais-gais sesuatu.Kami masa bebudak selalu diminta oleh emak supaya menjemur padi dan biasanya saya menjemur padi atas batu dekatgedung Wan Tekah jadi kenalah padi itu diecer-acerkan supaya mudah dia kering.Namun kadang-kadang padi yang kena ecer itu jatuh pula dari tikar yang saya jemur itu dan ini namanya tercecer pulak.Contoh penggunaan ayat : padi yang saya jemur dekat gedung Wan Tekah itu telah saya acer supaya mudah kering.

Bersambung

Thursday, August 2, 2012

Slang A-Z SgbatudeRelong Bahagian Kedua

Pengenalan

Dalam buku saya berjudul " Memoir Seorang PTD Kumpulan 3" Volume Pertama telah saya muatkan banyak juga dialek tersebut.Dalam bahagian kedua ini akan saya nyatakan dialek mana yang telah dicatatkan dalam buku yang pertama tersebut.Maka bagi Volume Kedua ini saya huraikan dialek yang belum saya perkatakan.Tulisan ini merupakan kenangan saya semasa bebudak selain untuk mendokumentasikan dialek kami yang pihak DBP kurang berminat untuk membuat kajian sedangkan kebanyakan negeri diMalaysia ini telah dibuat kajian, nampaknya Pahang begitu ketinggalan dari segi kajian bahasa walaupun pemimpin nombor wahidnya pernah lahir diKuala Lipis.

A

Ampuh- telah dihuraikan dalam volume pertama.

Agas    -telah dihuraikan dalam volume pertama.

Abu- bahan tinggalan bila dibakar, misalnya abu kayu.Dizaman kami abu ini banyak terdapat didapur masak orang kampung, maklumlah masa itu mana ada gas lagi, jadi kami memasak pakai kayu api yang cari dalam hutan atau kebun getah.Apa yang melucukan ialah abu ini berguna pula bagi "mematikan" lintah yang masuk dalam jubur bebudak masa itu. Abu ini dibancuh dengan air dan diberi minum pada bebudak yang lintah masuk dalam juburnya.Seingat saya teknik ini berkesan untuk mengelurkan lintah tersebut. Contoh penggunaan ayat : abu dari kayu yang kami bakar ini kami gunakan pula untuk menjadi baja pokok pisang yang kami tanam.

Abuk-benda-benda halus yang memasuki mata atau mengotorkan.Semasa kami kecil habuk kayu atau abuk dari kilang padi dekat rumah Tok Empat memang menjadi kenangan.Saya masih ingat Pakambong Derani adalah penjaga mesin padi dan abuk atau sekam padi selalu saya ambil untuk membungkus air batu.Masa kami dahulu air batu dibeli dari Kuala Lipis dan dibeli dari kedai AkiSubuh.Begitu juga bila kilang pemecah batu diSungai batu beroperasi dahulu ,abuk dari mesin pemamah batu itu sering mengotori rumah kami yang dekat dengan rumah kami.Contoh penggunaan ayat: Abuk kayu yang digergaji boleh digunakan untuk membungkus airbatu dari cepat cair.


Bersambung

Dialek SgbatudeRelong Bertaraf Dunia Siri 7

Saya tidak lagi menulis diwadah SembangdeRelong, maka saya tuliskan penemuan dialek kami masa bebudak dahulu dalam blog saya ini.Kini saya mendapati kami bebudak Sungaibatu dahulu turut menggunakan Bahasa Itali dalam perbualan kami. Diantara dialek tersebut adalah seperti berikut:-

1.Lampu-lampu dimasa kami bebudak dahulu adalah lampu picik yang menggunakan bateri samaada dua biji atau tiga biji.Biasanya lampu tersebut dibuat dari tin yang bercap Harimau ,manakala bateri pula ialah bateri everdayyang bercakap gambar kucing.Lampu inilah kami gunakan berjalan malam untuk pergi rumah orang khenduri dan juga kerumah orang membuat emping.Rumah kami dan juga rumah Cik Pah (Emak Abang Dollah Sidek) selalu membuat emping yang ditumbuk dengan lesung menggunakan alu atau indek. Dalam bahasa Itali "lampo" bermakna pancaran cahaya yang sudah pasti dari lampu suluh atau lampu dari rumah api.Maklumlah Itali terkenal dengan banyak pantai dan ada kawasan didirikan rumah api.

2.Lido- semasa kami bebudak bila disebut Lido adalah merujuk kepada pantai Lido.Manakala dalam Bahasa Itali "Lido" merujuk kepada pantai.Jadi nama pantai Lido itu sebenarnya Pantai jadi kalau kita sebut Pantai Lido bermakna Pantai-Pantai dalam bahasa Ilati.Oleh itu ramai orang kita pergi kepantai lido kerana banyak atau luasnya pantai.Jadi kenalah orang Malaysia menamakan sedemikian sebab negara kitapun banyak pantai macam Itali.Semasa saya diMilan dahulu tidak pula saya berjumpa pantai tapi yang banyaknya bangunan lama yang begitu menawan hati saya.

3.Lutu-lutu bermakna melanggar atau menuju kesatu tempat sesuka hati. Lutu juga kadang-kala bermakna meyenkeh kepala bebudak, kami masa dahulu suka bermain berlari-lari dan kadang-kadang melanggar kawan-kawan dalam permainan polis senteri.Dalam Bahasa Itali "Luttu " bermakna meluru masuk kedalam dan ianya sama jugalah macam kisah babi tunggal yang baru ini melutu kedalam kedai Hamed Bros dalam bandar Kuantan.Inilah kisah yang jarang kita dengar babi hutan masuk bandar, dikampung Relong masa kami bebudak memang banyak.Babi Tunggal pun ada.