Thursday, August 25, 2011

Al-Burdah: Pujian-Pujian Buat Baginda Rasullah(5)


Hawa nafsu ibarat bayi,
kalau diizinkan menyusu ia akan menyusu hingga kedewasa,
namun kalau diceraikan susunya dia pasti mengikutinya ,
tanpa kesan sampingan.

Oleh itu singkirkanlah hawa nafsumu,
jangan menguasaimu,
jika dibiarkan dia akan memusnahkanmu dan juga,
dikau terhina.

Dengan itu kawalah hawa nafsumu,
Ia umpama binatang dipadang,
bila selesa disitu hendaklah dialihkan,
dari memakan rumput yang segar.

Hawa nafsu juga membuat sesorang menanggap ,
semua kenikmatan itu semuanya baik tetapi ,
ada juga kenikmatan yang memusnahkan.
Juga ada kenikmatan itu dicampur dengan
racun yang berbisa yang menjadikan ,
kita maut.

Bersambung.

Dr Aminudin

Sunday, August 21, 2011

Al-Burdah: Pujian-Pujian Buat Baginda Rasullah(4)


BAHAGIAN BAHAYA HAWA NAFSU (Tandzir hawa al-nafs)

Personaliti Pertama meluahkan perasaan hatinya dan penyesalannya.

Sememangnya aku sebegini,
lantaran hawa nafsuku yang tidak bermata,
hinggakan ku lupa tentang usiaku.

Selain dari itu aku tiada melakukan,
amal kebaikan,
aku tidak mengira juga,
akan uban dikepalaku.

Sememangnya aku sebegini,
aku tidak mampu menghormati,
uban dikepalaku,
yang sebetulnya kalauku tahu,
aku ku tutupi,
ubanku ini,
agar tidak dilihat dan diperkatakan orang.

Kalau begitu,siapakah yang boleh menyekat hawa nafsu,
ibarat amukan sang kuda liar untuk melepaskan dirinya,
dari ikatan dilembah nan gelap.

Lantaran itu ,aku berpendapat engkau,
juga tidak dapat melawan hawa nafsumu,
kerana nafsu makan kalau puaskan,
dengan makan ianya tiada akan hilang.
Kerana ia akan datang kembali,
dengan lebih besar dan kuat.

Bersambung

Dr Aminudin

Sunday, August 14, 2011

Al-Burdah: Pujian-Pujian Buat Baginda Rasullah (3)

Lantaran desakan kata-kata nan tajam personaliti pertama terus membisu,
dan akhirnya menerima hakikat tentang keadaan dirinya.

Personaliti Pertama mulai menuturkan kata-katanya,
Benarlah katamu itu.Bayang-bayang yang kucintai menjelma dimataku,
Menjadi aku tidak boleh tidur semalaman.
yang pasti antara cinta dan kerinduan,
ada derita.

Diatas pengakuan personaliti Pertama itu, personaliti Kedua meneruskan kecamannya.
Bagaimanapun personaliti menjawab.
Duhai orang yang mengecamku,
tentang cinta itu adakah kau tahu ia ibarat cinta dikalangan kaum Bani Udzrah.
Maafkan aku sekiranya kau mengerti tentangku, pasti kau tidak mencerca ku.

Engkau tahu tentang diriku ini,
Segalanya telah terdedah tentang diriku,
dan tidak selamat dari umpatan mulut orang.
Yang pasti derita hatiku tidak kunjung padam.

Kau pun tahu dahulu,
Engkau pernah menasihatiku,
dan aku tidak pernah menghiraukannya,
ini orang sepertiku yang telah dilanda cinta,
macam orang tuli dan enggan mendengar nasihat,
dari orang lain walaupun nasihat amat tulus.

Kini aku berprasangka buruk terhadap setiap orang yang menasihatkanku,
juga terhadap diriku yang kini telah berusia,
dengan rambutku yang uban dan sepatutnya jadikan peringatan,
supaya bersih dari prasangka.

Bersambung...keseluruhan syair al-Burdah ada 163-170 bait, dimana Pengenalan ada 12bait,bahaya hawa nafsu ada 16bait,pujian ada 30bait,kisah kelahiran ada 13 bait,mujizat ada 16 bait,al-Quran ada 17bait,Isra Miraj ada 13bait,jihad ada 22bait,penyesalan ada 12bait,penutup ada 12bait.Kita ada teruskan dengan hawa nafsu pada edisi akan datang.

Dr Aminudin

Saturday, August 13, 2011

Al-Burdah: Pujian-Pujian Buat Baginda Rasullah (2)

Pertanyaan diteruskan lagi,
apakah dikau ingin menyembunyikan rindumu?,
dari orang sekeliling kerana memang ternyata air matamu mengalir ,
yang merupa petanda,
hatimu gundah-gulana bercampur rindu.

Pertanyaan ditokok lagi,
tentang cinta menjadikan saudaranya itu menanggis,
serta tidak dapat melelapkan air mata sepanjang malam,
bagi mengingatkan rumah dan bayang-bayang orang kesayangan.

Lagipun engkau tidak dapat menidakan gelora hatimu,
sedangkan air matamu terus mengalir deras,
juga hatimu menderita,
sebagai bukti nyata.

Adakah kau sanggup mengingkari,
sedangkan jelas kelihatan dikedua belah pipimu,
serta juga gulah-gulana dihatimu,
ia bagai sekuntum bunga menjadi layu kekuningan,
yang berubah pula menjadi kemerahan ,
lantaran tangismu yang berlarutan.

Bersambung

Nota 2

"Burdah" bererti jubah dari kulit atau bulu binatang,nilai jubah ini begitu melonjak bila Nabi Muhammad SAW menghadiahkan kepada penyair yang baru masuk Islam kerana menghadiahkan kepada baginda syair yang berjudul Banat Su'ad yang dikarang oleh Ka'b ibn Zuhair (wafat pada 662,Hijrah).Nilai jubah itu kian bertambah bila Muawiyah membeli dari waris Ka'b pada harga 10,000 dirham dan dipakai oleh Khalifah Umawiyah bagi acara resmi negara.

Thursday, August 11, 2011

Al-Burdah: Pujian-Pujian Buat Baginda Rasullah


PENGENALAN (Syakwa al-Gharam)

Dialog personaliti yang jiwanya tertekan seraya berkata,
bertanya juga tentang jiran tetangga yang mendiami,
tempat bernama Dzu Salam,
Dalam mengingati itu air matanya terus mengalir,
dari celah-celah kelopakmatanya,
hinggakan berbaur darah.

Selanjutnya dia meneruskan pertanyaannya ,adakah air mata yang mengalir itu,
lantaran hebusan kencang angin dari Kazimah,
atau kerana kilauan cahaya datangnya dari Idham ,
hinggakan menerangi suasana malam,
yang gelap gelita.

Personaliti Pertama kelihat membisu, dan rasanya dia ingin menyangkal segala kecaman yang dilontarkan oleh orang Kedua.Dia juga ingin menyembunyikan rasa rindu dihatinya itu.

Personaliti Kedua seperti orang yang amat prihatin lantas berkata,
Sekiranya semua itu tidak merupakan penyebab kenapa kedua belah matamu dan jiwamu sedemikian,
Kau ingin menahan airmatamu,
namun terus mengalir dengan deras,
kau juga cuba menyembunyikan gelora hatimu,namun ia tetap bergelora,
dan kau tidak berdaya,
menahannya.

Bersambung

Puisi Al-Burdah hasil karya Muhammad ibn Said al-Bushiri yang lahir pada tahun 1231,Masehi dan seorang hafiz al-Quran.Pada usia 40 tahun beliau belajar tasawuf dan pernah menjadi pegawai Kerajaan diKhairah. Karya beliau bersifat keugamaan berjudul Al-Kawakib ad-Durriah fi-al Madhala Khairal-Bariyyah (Bintang-Bintang Gemerlapan Tentang Pujian Terhadap Manusia Terbaik).Puisi saya ini merupakan adaptasi dari Al-Burdah yang saya kira julung kali ditulis diMalaysia.

Dr Aminudin

Tuesday, August 9, 2011

Biografi Abang Mejar (B) A-Siri 3


Kampung Telang Tempat Kelahiran Mejar (B) A

Dalam buku saya berjudul Sejarah Lembah Bama, 2009 itu telah saya jelaskan bahawa Teori Pola Komunikasi diantara kampung-kampung diLembah Bama ia tiga pusat utama.Yang pertama ialah Pusat Pentadbiran dan Kebudayaan yang terletak diKampung Relong,Kampung Gua dan Kampung Kuala Telang. Pusat pentadbiran zaman silam itu terletak diKampung Relong dan juga merupakan Pusat Kebudayaan yang disokong oleh Kampung Gua dan Kampung Kuala Telang. Ini dibuktikan oleh Penghulu Mukim Telang ada tinggal diKampung Relong dan dari aspek Kebudayaan pula Penghulu Telang dan Abang Mejar (B) A berkahwin dengan orang Relong. Namun begitu aspek yang lebih penting lagi yang telah saya buktikan ialah bahawa penulis zaman silam dan penulis sezaman seperti Badarudin M.Z dan M.Z Alias adalah budayawan Lembah Bama (Lipis). Saya juga telah membuktikan dalam kajian saya itu bahawa orang Relong telah lama menjalankan aktiviti kebudayaan seperti bangsawan. Masa puncak bangsawan adalah dizaman Pakangah Hashim (sekarang Datok Hashim) yang memainkan bangsawan deRelong ditapak sekolah ugama yang menuju keCeruk Membebek diRelong itu.

Namun begitu fakta terbaharu dari perbualan saya dengan Akak N iaitu isteri Abang A bahawa beliau mengatakan bahawa dialah salah seorang watak utama bangsawan yang dimainkan diRelong secara lakonan oleh semua kaum wanita. Jadi bangsawan mereka dibataskan kepada kaum wanita sahaja. Menurutnya lagi pada masa itu bangsawan telah mereka popularkan dikalangan sekolah pondok Bukit Berangan yang seingat beliau guru wanita ketika itu ialah ustazah Khadijah yang merupakan isteri kepada wakil rakyat ketika itu dan Pakangah Hashim belum menjadi wakil rakyat lagi.

Bersambung

Dr Aminudin

Monday, August 8, 2011

Biografi Abang Mejar (B) A-Siri 2


Setelah begitu lama saya tidak berjumpa dengan Akak N dan Abang A, maka pada penghujung bukan Julai 2011 ,sebelum kita menyambut ramadhan saya berkesempatan berjumpa mereka semula dibatu 5,Kuantan. Saya begitu terharu dan gembira kerana dapat berjumpa dengan mereka yang berpuluh-puluh tahun tidak pernah berjumpa. Saya dengan terharu sambil mengimbau kembali semasa perkahwinan Akak N dengan Abang A bahawa saya betul-betul ingat yang saya begitu gembira dengan upacara perkahwinan itu sembil bermain-main dibawah pokok bangkong yang dibuat orang bangsal bertanak nasi bagi menjamu orang makan pada majlis perkahwinan tersebut.

Pakitam Ali, ayah kepada Akak N merupakan seorang yang pelembut dan dimana ada orang kahwin diRelong, beliaulah yang memakaikan pakaian pengantin lelaki dan beliau begitu menyanyangi saya hingga bila saya sakit atau demam dia akan datang membawakan masakan untuk saya. Dimasa kecil saya sering menghidapi penyakit sukar untuk menelan. Jadi Pakitam Alilah yang datang membawakan bunga matakail untuk saya minum bagi melegakan sakit saya itu. Pakitam Ali juga memang terkenal sebagai seorang tukang masak yang handal diRelong. Jadi setelah Abang A menjadi Pengurus LTP diSungai Ular, saya dimaklumkan Pakitam Ali menjadi tukang masaknya disana.

Bersambung

Dr Aminudin

Saturday, August 6, 2011

Biografi Abang Mejar (B) A-Siri 1


PERTEMUAN DENGAN ABANG MEJAR (B) A
Dalam bulan ramadhan yang mulia ini saya mula menulis tentang biografi Abang Mejar (B)A yang banyak berbakti kepada Lembah Bama.Seperti yang saya katakan Lembah Bama memang tersembunyi Khazanah yang tidak ternilai. Kini saya menyingkap khazanah modal insan yang banyak berbakti kepada Lembah Bama atau Kuala Lipis.Ahli sejarah Pahang atau Lipis banyak membuat seminar disana dan sini, namun warga yang banyak berjasa nampaknya dilupakan.Saya banyak menulis tentang hal-hal sejarah melalui pendekatan yang berbeza dengan orang yang mempunyai displin sejarah kerana saya mempunyai latarbelakang akedemik yang bukan sejarah.Orang dari displin sejarah mengatakan tulisan saya bukannya bertunjangkan sejarah dan tidak menurut displin sejarah.Jadi ulasan saya ialah orang displin sejarah kenalah menulis dan memdokumentasi tulisan sejarah dan menulis pula mengikut methodologi penyelidikan sejarah, kalau tidak didokumentasikan masakan iannya menjadi sejarah. Dengan kata lebih tepat ialah jangan pandai bercakap saja tetapi hendaklah ditulis apa yang mereka cakapkan atau orang lain cakap tentang Lembah Bama atau Kuala Lipis misalnya.

Berbalik kepada pertemuan dengan Abang Mejar(B) A yang sepatutnya saya temui bila buku saya Menyingkap Sejarah Lembah Bama yang diterbitkan pada tahun 2009 oleh Percetakkan RK Letra siap pihak pengurusnya Abang Kassim berkata Abang Mejar (B) A kagum dengan tulisan saya itu. Setelah itu kami dapat bercakap melalui handpone dan hanya pada tahun ini 2011 kami dapat berjumpa dibatu 5,Kuantan bersama Akak N. Saya sebenarnya menganggap beliau sebagai abang saya sendiri kerana dimasa kecil saya selalu sendirian dan saya selalu bermain dengan orang lain seperti sepupu-sepupu saya dan juga rumah berhampiran dengan rumah kami diRelong.Jadi rumah Akak N dan Kama adalah dekat rumah kami. Rumah Pakitam A tempat saya bermain dan juga merupakan jalan menuju kerumah Pakandak Dahan.

Bersambung