Friday, December 13, 2013

Hukum Kanun Pahang-Siri 6

Sekarang ini saya sedang menganalisis Hukum Kanun Pahang dengan melihat istilah atau ungkapan yang digunakan .Walaupun pada peringkat awal lagi saya sudah mendapati ungkapan yang digunakan atau istilah yang dicoret oleh penulis kanun ini cukup indah dan kadang-kadang tidak ada dalam kamus Melayu Klasik pun seperti Kamus Bahasa MelayuKlasik olehYaakub Isa( 1997).Justeru saya membuat "Andaian Awal " teori bahawa "Hukum Kanun Pahang " adalah lebih "Advance"(mendahului) dari Hukum Kanun Melaka. Ini adalah sebahagian diantara istilah atau ungkapan yang saya temui , iaitu

1.Azab bilang tulang manusia
2.Akhal
3.Asyarnya
4.Bukut
5.Candan yang dijahit
6.Ditaazirkan
7.Lantunnya akan menteri
8.Jangan renyah kemudian
9.jika perempuan sekongsong tengah tahil
10.jika diluar amarat negeri seperti Lancang dan dihulu Sungai Lintang
11.jika abdi dipasak tangannya
12.kenderi
13.khiyar
14.digocoh
15.didaukh pohon telinganya
16.Hukum Fudzul
17.hukum ziadah
18.hukum angkara
19.menyindik-nyindik
20.menahun

Tuesday, December 10, 2013

Hukum Kanun Pahang -Siri 5

Perbandingan Hukum Kanun Pahang Versi Manuskrip Muzium Negeri Pahang(MMNP) Dengan Versi Manuskrip Winstedt dan Kempe (MWK).

Mari kita lihat perbandingan tentang hukuman yang dikenakan berdasarkan Versi Manuskrip Muzium Negeri Pahang (MMNP) dan Versi Manuskrip Winstedt dan Kempe tentang hukuman-hukuman bagi kesalahan-kesalahan berikut:-

1.Versi MMNP tentang hukuman larang memakai pakaian berwana kuning kalau bukan anugerah raja adalah hukum bunuh.Begitu juga memakai keris yang hulunya berumbai kalau bukan anugerah adalah hukum rampas.Versi MWK bagi mereka memakai yang bukan raja akan dirampas.
2.Hukum mereka yang membunuh orang diluar pengetahuan raja atau pembesar dalam Versi MMNP adalah sekali lima dan hukum membunuh madu hukumnya dibunuh.Versi MWK hukum membunuh adalah dibunuh kalau pembunuh itu telah baligh.
3.Hukum orang mengamuk menurut versi MMNP adalah bagi mereka yang dapat ditangkap ialah sepuluh tahil sepeha tapi kalau Bendaharadan Bendahari yang mengamuk tidak dikenakan denda apa-apa.Bagi versi MWK hukum orang mengamuk tidak dijelaskan.
4.Hukum menetak dan menampar orang mengikut versi MMNP adalah jika abdi yang menetak dihukum masuk ulur dan orang yang merdeheka menampar abdi didenda dengan setengah harga tetapi kalau medeheka menampar abdi tanpa salah kena bayar lima emas.Menurut versi MWK dinyatakan kalau menampar orang dan ditikam orang menampar itu, mati sajalah dia.

Bersambung

Tuesday, November 19, 2013

Hukum Kanun Pahang: Satu Analisis

Siri 4
Ikhtisar Kandungan Hukum Kanun Pahang Versi Muzium Negeri Pahang
Hukum Kanun Pahang mempunyai beberapa bahagian yang dimulai oleh Bab Pengenalan yang mengariskan fungsi-fungsi raja dan hukuman-hukuman.Fasal 1 adalah mengenai adat dan majlis raja,adat dan kurnia.Rakyat tidak dibenarkan memakai warna kuning.Kalau memakai keris yang berhulu berumbai hendaklah dari anugerah raja.Fasal 2 pula tentang bahasa raja yang digunakan iaitu titah,patik,murka,kurnia dan anugerah.Bahasa ini hanya digunakan oleh raja-raja.Fasal 3 adalah tentang kematian raja.Fasal 4 tentang dusun dan peraturan anak sungai.Fasal 5 tentang perbuatan membunuh orang, Fasal 6 mengenai hal ehwal perbuatan mengamuk.Fasal 7 adalah tentang membunuh hamba abdi, Fasal 8 tentang hukuman menetak orang.Fasal 9 tentang kebolehan membunuh orang.Fasal 10 hukuman berkaitan biduanda, Fasal 11 adalah tentang perbuatan mencuri, fasal 12 tentang penawaran terhadap anak-bini orang.Fasal 13 tentang perbuatan lari.Fasal 14 tentang menyangkal dan pertuduhan.Fasal 15 tentang hal perbuatan memanjat dan menebang kayu.Fasal 16 adalah tentang hukuman fudzul dan fitnah, Fasal 17 hal berkaitan dengan upah mengupah orang.Fasal 18 tentang perbuatan angkara, Fasal 19 tentang hukuman berkaitan buah-buahan dan Fasal 20 tentang tanah perhumaan. Bersambung.

Monday, November 18, 2013

Hukum Kanun Pahang: Satu Analisis dan Perbandingan Dengan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Kedah

Hukum Kanun Pahang yang saya beli dengan Muzium Negeri Pahang diterbitkan tahun 2003 berharga RM 289 sebuah telah diselenggarakan oleh Yaakub Isa. Naskhah ini mempunyai versi yang diberi nama Manuskrip Muzium Negeri Pahang yang diperolehi oleh Pengarah Muzium Negeri Pahang dari seorang peniaga barang antik dari Patani,Thailand.Manuskrip ini mempunyai mukasurat yang telah mengalami kerosakan pada teksnya.Ukuran teksnya ialah 17sm x 22sm.Manuskrip ini dikatakan berada diPahang semasa pemerintah Sultan Pahang ke12 iaitu Sultan Abdul Ghafur Mohayiddin Shah (1592-1614 Masehi).Manuskrip ini disalin oleh seorang penulis yang bernama Fakir yang tinggal diPulau Raya. Apa yang menjadi kemuskilan bagi penyelenggara, Yaakub Isa ialah dimanakah Pulau Raya itu. Setelah membuat semakan dipeta dan carian diGoogle ,saya dapati Pulau Raya terletak didekat Kuala Krau, Temerloh dan saya berpendapat kanun ini disalin oleh orang Temerloh bernama Fakir, lagipun Temerloh memang terkenal dengan sekolah-sekolah pondok masa dahulu.Dalam buku Hukum Kanun Pahang ini juga dimuatkan versi Winstedt dan Kempe yang diperolehi dari Perpustakaan Royal Asiatic London yang dimiliki oleh William Maxwell. Kedua versi ini akan saya lihat perbandingannya dalam tulisan akan datang. Berikutsaya paparkan kedudukan Kampung Pulau Raya, Temerloh.

Wednesday, November 13, 2013

Koleksi Hukum Kanun Lama

Kini saya telah memiliki ketiga koleksi hukum kanun lama iaitu Hukum Kanun Pahang (dibeli dengan harga RM 289 sebuah),Undang-Undang Kedah (dibeli dengan harga RM 23 sebuah) dan Hukum Kanun Melaka (dibeli dengan harga RM152.20 sebuah) dengan adanya ketiga-tiga buah buku ini membolehkan saya menulis buku yang bertajuk "Hukum Kanun Pahang: Satu Analisis dan Perbandingannya dengan Undang-Undang Kedah dan Hukum Kanan Melaka ".

Friday, November 1, 2013

Buku saya "Pahang Beachcombing" siap untuk dilancarkan

Kandungan buku
1.Skop kajian
2.Geografi Pahang
3.Geologi Pahang
4.Iklim Malaysia dan Pahang
5.Geomorfologi Pinggir Pantai
6.Marin dan sumbangannya
7.Hutan dan kawasan sekitar pantai
8.Flora dan Fauna Pinggir Pantai
9.Pasir,Batu,Kerang dan Karangan Pantai
10.Puja Pantai Dalam Kenangan
11.Bumi ciptaan Allah
12.Kajian Lapangan dari Pantai Cendur kePantai Rompin
13.Epitome
Sisipan: Peranan Masjid Pesisir Pantai
Peta-Peta lama Pahang

Harga dicadangkan RM75.00 berkulit keras dan mempunyai melebihi 100 foto warna-warni dan bagi ahli blog Sungaibatderelong dicadangkan Rm 55.00 sebuah.Insyallah dilancarkan diKorea.

Thursday, October 24, 2013

Kajian Hukum Kanun Pahang- Siri 2

Setelah meneliti Hukum Kanun Pahang yang saya beli diMuzium Pahang itu saya akan mengkaji aspek penerapan idea-idea Imam Shafi'i yang merupakan mazhab pegangan kita diMalaysia.Disamping itu juga saya akan membuat perbandingan dengan Undang-Undang Kedah yang ditulis pada 1650,Masehi .Buku Undang-Undang Kedah yang diselenggara oleh Mariyam Salim ,diterbitkan oleh DBP hanya dijual pada harga RM23 berbanding dengan Hukum Kanun Pahang dijual pada harga RM298.Natijahnya buku mana yang dapat kita manafatkan untuk memperolehi ilmu, anda sahaja yang dapat menjawabnya sebab wang bagi pembeliannya dari poket anda. Bagi saya akan saya buatkan ikhtisar dan perbandingan bagi kedua buku tersebut dengan ilmu-limu Imam Shafi'i yang ditinggalkan kepada kita semua untuk diterapkan. Insyallah apabila kajian saya sudah akan saya terbitkan dan bagi yang ingin membelinya mampu berbuat demikian dengan harga yang tidaklah mencecah ratusan ringgit.

Wednesday, October 16, 2013

Kajian Hukum Kanun Pahang

Saya membeli senaskhah buku Hukum Kanun Pahang berharga RM298 yang diterbitkan oleh Muzium Negeri Pahang. Buku tersebut diselenggara oleh Yaakub Isa pada tahun 2003.Dalam buku itu terdapat 2 versi Hukum Kanun Pahang iaitu Versi yang mereka namakan Manuskrip Muzium Negeri Pahang dan Versi Winstedt dan Kempe.Bagi versi Muzium Negeri Pahang ditulis oleh Fakir dari Pulau Raya.Menjadi kemuskilan bagi Yaakub Isa dimana letak Pulau Raya. Dengan teknologi yang canggih sekarang Pulau Raya terletak dekat Kuala Krau, Temerloh. Maka saya berpendapat tiada orang lain menyalin versi ini kalau tidak orang Pahang.Syabas orang Pahang yang memang bijak mengarang sepertimana telah saya buat kajian tentang Hikayat Seri Raya Sebagai Naskhah Terawal diNusantara Dikarang oleh Orang Kuala Lipis.

Sunday, October 6, 2013

Bersama sepupuku menulis buku untuk pelajar

Sebagai bekas guru jiwa saya masih sayangkan pelajar, kini saya dan Cikgu Anderil menulis buku untuk pelajar SPM

Thursday, October 3, 2013

Idea Baru-Kajian Penghayatan Ilmu Imam Shafi'i

Sempena Pameran Buku-buku Islam diKuantan saya banyak juga membeli buku kegemaran saya terutama yang berbentuk memoir dan biografi.Sepanjang penelitian saya terhadap buku-buku ugama dipamiran itu hanya sebilangan kecil buku karangan Imam Mazhab kita iaitu Imam Shafi'i yang terdapat dan dua buku yang saya beli iaitu Unggulnya Seorang Alim Quraish oleh Dr Haji Mat SaadAbdul Rahman dan Kaedah Usul Fiqh Imam Syafi'i oleh Imam Jalaluddin Abdul Rahman As-Suyuti.Kedua buku ini menarik minat dan tanda tanya kepada diri saya sendiri kenapa buku-buku ,Imam Shafi'i tidak banyak diterbitkan sedangkan beliaulah Imam kita.Selain dari itu Sejarah Mazhab Shafi'i keMalaysia memanglah tidak diperolehi dipameran ini.Sebagai seorang penulis dari Pahang sudah pasti ini adalah tajuk menarik untuk dikaji lagipun saya sendiridalam buku-buku saya yangpernah ditulis mengatakan Islam mulai sampai keNusantara ini adalah kenegeri Pahang.Jadi saya juga mengesa cerdik pandai menulis tentang Imam Shafi'i untuk bacaan pelajar kita kerana dalam sukatan pelajaran SPM bagi Pendidikan Islam hanya sekelumit data tentang beliau.Bagitu jugalah bagi kita pengikut Imam Shafi'i tentulah lebih mengenali beliau dari tokoh Islam yang lain pada segi teorinya tapi saya rasa kalau ditanyakan kepada anda apakah kitab yang beliau tulis tentu sekali anda berasa tidakselesauntuk menjawabnya kerana dalam minda anda belum disediakan lagi data seperti al-Risalah,al-Umm,al-Musnad,Ahkam al-Quran,Al-Diwan dan banyak lagi.

Sunday, August 25, 2013

Kuari Gua Bama

Sempena Hari Raya Puasa 1434 H bersamaan 2013, keluarga Haji Husin-Wan Tekah telah berkumpul dikawasan rumah Abang Hamid dan Abang Din yang merupakan tapak kongsi dan tapak mesin kisar batu kuari Gua Bama.Disinilah juga kami orang SungaibatudeRelong berkenalan dengan Abang Gani dan Abang Ngah dari Terengganu. Semasa itu saya masih lagi bersekolah diSekolah Rendah Relong dan begitu jugalah beberapa budak Relong yang lain seperti sepupu saya Manan Md Dahan. Sempena bulan Syawal tahun ini juga saya berkesempatan menziahi rumah Manan diKuala Terengganu yang hampir kira-kira 20 tahun lebih tidak saya kunjungi dan selepas itu saya meminta Manan membawa saya menemui Abang Gani dikampung Pulau Manis, Terengganu. Saya telah menemui beliau yang masih sihat lagi dan turut mengimbau kenangan beliau semasa mendiami kampung Relong dan berkerja dikuari Gua Bama.Semoga dengan pertemuan kami itu akan terus berkekalan dan yang pasti Terengganu jauh lebih membangun dari Pahang sekarang ini.

Sunday, July 28, 2013

Koleksi Penulisan dan Menerbitkan Sendiri

Saya telah memulakan koleksi penulisan dan penerbitan sendiri sejak 2003, dimana buku kecil saya yang pertama ialah Kamus Pengurusan Pengetahuan (ICT), 2003 semasa saya berkerja diPutrajaya. Kemudian buku saya yang kedua ialah Menyingkap Lembah Bama Sebagai Pusat Perdagangan Terawal diAsia Tenggara ,2009.Ini diikuti oleh buku saya yang ketiga iaitu Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua Di Nusantara Yang DiKarang Oleh Orang Lembah Bama,Kuala Lipis,Pahang pada tahun 2011.Buku Compilasi Memoir Seorang PTD Kumpulan Tiga pula saya terbitkan tahun 2011 dengan diikuti oleh buku Rona-Rona Pengembaraan, Peristiwa dan Pembanguan Pahang 1889-1952 telah saya terbitkan tahun 2012 bersama buku Biografi Mejar (B) Abdillah bin dan Uda, 2012 dan buku Bagaimana Menulis Memoir Dari Segi Teori dan Praktik ,2012.Semua buku-buku yang saya tulis dan terbitkan ini tidak melebihi dari 200 naskhah.

Tradisi menyimpan buku penulis secara peribadi telah lama dibuat oleh penulis-penulis barat, namun gelombangnya baru sampai keMalaysia pada tahun 2013. Sedangkan saya telah mengesan keperluan ini sejak 2003, jadi bayangkan betapa sesuatu idea yang baik hanya akan datang keMalaysia 10 tahun kemudian. Dimanakah salahnya ? Kalau nak kira ramai cerdik pandai Malaysia yang bertaraf profesor dan belajar diluar negara tidak dapat menyampaikan idea sebegini keMalaysia. Mereka ini yang mengajar diinstitusi pengajian tinggi bila balik keMalaysia hanya bergelut dengan kerjaya mereka dan tidak dapat menyumbangkan idea sebegini baik tidak disampaikan kepada masyarakat. Berita harian pada 29 Julai 2013 (Isnin) menyiarkan pendapat Sasterawan Negara tentang usaha kita mengumpul buku Nadir tapi tidak guna juga kalau tiada penulisnya. Cuba anda tanya dalam keluarga anda berapa orang yang berminat menulis. Bagi yang berminat menulis pula berapa buku yang telah diterbitkan.Manakala para penerbit pula mempunyai kreteria pula iaitu buku siapa yang akan mereka terbitkan. Jadi sebagai jalan keluar kita terbitkan buku kita sendiri dan jangan kira siapa pembelinya, namun demikian siapakah yang sanggup.Jawapannya hanya mereka yang berjiwa kental sebagai penulis saja yang berani, adakah anda dikalangan yang berani ?.

Sunday, July 7, 2013

Nostalgia Ramadan

Menjelang Ramadan hatiku terusik lagi
sebuah kenangan
Pada Surau Sungaibatu.

Disurau itu segalanya dibulan Ramadan
tempat kami berbuka, tarawih, beratib dan bermalam.

Disurau itulah kami diketuai oleh We Muhammad
menyuruh kami berbuka dengan tertib,
menyuruh kami sembayang dengan khusuk,
dan beratib bersama gulungan tua bagai nak bergoyang surau itu.

Kami berbuka penganan talam, air serebat, naik berulam, bubur keledek, bubur kacang dan macam-macam lagi.Setelah berbuka kami bersembayang Maghrib ,Ishak dan Tarawih dan beratib.Lepas itu makan lagi kuih-kuih yang ada hingga kekenyangan. Kalau malas balik kami tidur disurau setelah Abang Mat atau Abang Isa bercerita tentang kisah binatang atau pahlawan.

Semua itu tiada lagi .We Muhammad pun sudah tiada dan begitu juga Abang Isa
yang tinggal kami bebudak dulu dan kita telah dimamah usia  dan begitu juga Surau Sungai Batu pun sudah tiada.Begitu juga keketuk, kolah dan buku-buku lama pun tiada.

Tinggalah kami dengan kenangan yang masih mengusik jiwa dan generasi baru Sungai Batu yang tidak tahu dimana surau lama kami dahulu.

Sunday, June 2, 2013

Perspektif Islam Terhadap Sains Bumi dan Mineral

Pada Abad yang ke11 ilmuwan Islam ,Ibn Sina dalam bukunya yang bertajuk " The Book of Cure" telah mempersembahkan kepada pembaca tentang pendapatnya tentang bagaimana Teori Bumi Beredar (Berjalan). Tulisan-tulisan dari Ibn Sina banyak mempengaruhi ahli-ahli sains dinegara Latin yang kemudian telah menterjemahkan tulisan-tulisan beliau itu dan telah mempengaruhi pula para ahli sains diEropah yang terus berkembang hinggalah kehari ini. Seorang ahli ilmuwan Islam juga iaitu Al-Biruni pula telah menjadi pengasas kepada sains mineral dihari ini. Kajian-kajian Al-Biruni merangkumi aspek yang diberi tumpuan kepada mineral iaitu batu permata intan, rubi,sappire dan gemstone. Cara-cara kajian yang dibuat oleh Al-Biruni memenuhi syarat-syarat kajian sepertimana dilakukan oleh ahli-ahli sains yang terdahulu terutama sekali dalam membuat klasifikasi terhadap batu gemstone mengikut bentuk, warna dan kekerasannya.Atas dasar kekerasan sesuatu mineral itu boleh memotong mineral yang lembut menurut Al-Biruni.Dalam kajian beliau juga telah menjadi asas bentuk-bentuk crystal bagi mengenali batu-batu permata samada ianya quartz atau diamond dalam buku beliau iaitu Gems.Hari ini teknik-teknik  mengenalpasti batu permata adalah sama sahaja hasil dari pendapat dari ilmuwan Islam ini.

Tuesday, May 28, 2013

Perspektif Islam Terhadap Sains Bumi dan Mineral

Edisi ini adalah juga sebahagian dari kajian Sejarah Perlombongan Pahang: Dahulu dan Sekarang

Para ilmuwan Islam telah mengkaji aspek geografi dan juga geologi yang merupakan kajian alam semula jadi sejak bermulanya tamdun Islam itu sendiri. Secara terperincinya adalah bidang geologi, metrologi, botani,zoologi, geografi,kelautan,pelayaran,perlombongan dan lain-lain.Mereka ini melakukan penyelidikan menerusi pemerhatian, ujikaji,penerokaan dan mengkaji fenomina-fenomina alam seperti gempabumi, peredaran bumi, pukulan ombak, pembentukan gunung-ganang dan sebagainya.Kita lihat bagaimana ilmuan Islam mengkaji geologi dimana mereka mengkaji mineral,tumbuhan,binatang dan lain-lain diseluruh pelusuk dunia termasuklah kepulauan Melayu.Kajian para serjana Islam jarang diketengah oleh para orentalis.Kita lihat umpamanya Al-hamdani pada abad yang ke10 telah menulis buku-buku beliau tentang bagaimana kita boleh mendapatkan emas, perak dan lain-lain mineral diArab Saudi. Bersambung

Friday, May 17, 2013

Sejarah Perlombongan Pahang: Dahulu dan Sekarang

Perlombongan Bijih Timah

Lombong bijih timah telah dikesan sejak Zaman Gangsa iaitu sekitar 3000 Sebelum Masehi.Sejak itu bijih timah dihasilkan sebagai bahan adunan yang lembut dalam pembikinan bahan-bahan mudah lentur.Selepas Zaman Gangsa, bijih timah mula mendapat tempat dan buktinya dikesan diBalkan iaitu pada tahun 3000 Sebelum Masehi, namun tidak dapat dikenalpasti dimanakah ianya dilombongkan. DiEropah lombong bijih timah yang awal adalah diErzgebirge yang terletak disempadan Germany dengan Republik Czech pada tahun 2500 Sebelum Masehi. Sejak itu bijih timah didagangkan diUtara Laut baltic dan Selatan Mediterranean. Lantas berkembanglah lombong bijih timah di Brittany, Devon, Cornwall dan Semenanjung Iberian sekitar tahun 2000 Sebelum Masehi.Pada abad yang ke3 logam ini dikawal oleh Kerajaan Roman makala dikawasan Timur Jauh ianya dikuasai diWilayah Yunan, Cina dan hinggalah keTanah Melayu diabad yang ke2 hingga abad ke2 Sebelum Masehi.Jadi dengan katalain Tanah Melayu telah terkenal sejak abad Sebelum Masehi lagi.Bersambung
Foto berikut adalah lombong diCornwall dizaman moden.

Wednesday, May 15, 2013

Sejarah Perlombongan Pahang : Dahulu dan Sekarang-Siri 5

Perlombongan Emas

Emas memang banyak dilombong diIndia pada Abad yang ke3 dan Abad ke4, Masehi.Lombong mereka kebanyakannya diBangarpet Taluk dan diKola dalam Negeri Karnataka.Emas juga banyak diperlombongkan diHarappa dan Mahenjo-daro disamping mineral yang lain iaitu perak.Manakala dibanjaran pergunungan India turut menjadi kawasan perlombongan terutama diZaman Pemerintahan Maharaja Gupta hinggalah keZaman Viyayanagara iaitu ditahun 1336-1560,Masehi.Dianggarkan jumlah emas yang dilombongkan diNegeri Karnataka saja melebihi 1000 tan.Hinggalah sekarang emas terus dicari dan diburu diseluruh pelusuk dunia seperti diGold Rush diCalifornia pada tahun 1849,Masehi dan kawasan lain didunia termasuklah di Malaya dan kini Malaysia menjadi gelanggang orang memburu emas. Foto saya siarkan diedisi ini menunjukan lombong emas diRaub pada tahun 1906 secara shaft dan Gajah sebagai cara pengangkutan ketika itu (Wendy Khadijah Moore,2008:130)

Saturday, May 11, 2013

Sejarah Perlombongan Pahang: Dahulu dan Sekarang -Siri 4

Perlombongan Emas

Ahli-ahli penyelidik kini belum dapat memuktamadkan bilakah emas mula dilombongkan.Namun berdasarkan artifak yang ditemui diVarna Necropolis, Bulgaria dalam kuburan masyarakat silam mereka telah dianggarkan sejak 4700-4200 Sebelum Masehi (BC) lagi emas telah dilombongankan.DiZaman Kerajaan Roman pula telah dikesan mereka telah menggunakan kaedah hydraulic dalam kerja-kerja perlombongan mereka terutama sekali lombong mereka diLas Medulas.Pada masaitu semua lombong-lombong dibawah jagaan kerajaan tetapi dipajakan kepada kontraktor-kontraktor perlombongan kemudiannya. Emas menjadi bahan pertukaran diZaman Empire Roman itu dan ianya juga menjadi motif penting bagi penaklukan mereka. British telah ditakluki oleh Claudius kerana untuk menguasai lombong emas diBritish ,walaupun hanya ketika itu diketahui bahawa lombong emas hanya ada diDolaucothi. Seterusnya emas  menjadi buruan para penakluk apabila Kerajaan Roman mula menawan Transylvania. Begitu jugalah Maharaja Trajan berusaha menawan negeri-negeri yang memiliki lombong emas seperti diBalkan, Anatolia,Armenia,Mesir dan Nubia.  Bersambung.

Monday, May 6, 2013

Sejarah Perlombongan Pahang : Dahulu dan Sekarang -Siri 3

Geologi Negeri Pahang Selayang Pandang

Berdasarkan Laporan Industri Perlombongan MalaysiaTahun 2006 telah melaporkan Negeri Pahang mempunyai sebanyak 15 buah lombong yang masih menjalankan opersinya. Dimana  6 dari lombong-lombong tersebut adalah emas, 5 darinya merupakan lombong bijih besi dan 3 adalah lombong bijih timah.Manakala hanya sebuah menjalankan perlombongan kaolin. Dalam laporan tersebut juga mengatakan bahawa Negeri Pahang adalah pengerluar emas mentah yang terbesar diSemenanjung Malaysia dan yang paling banyak mengeluarkan emas adalah lombong emas diPenjom,Lipis. Dengan data itu juga mengesahkan teori saya bahawa Lembangan Bama adalah Lembah Emas sebagaibagaimana saya menyatakan teori tersebut dalam kajian saya terhadap Lembah Bama seperti yang terbitkan bukunya pada tahun 2009 (Aminudin, 2009).

Berikut adalah gambar Lombong Bijih Timah diSungai Besi Selangor dan Ulu Selangor diawal tahun 1900 (Sumber dari Malaya 500 Early Postcards, Cheah Jin Seng, 2008)

Wednesday, May 1, 2013

Sejarah Perlombongan Pahang:Dahulu dan Sekarang -Siri 2

Geologi Negeri Pahang Selayang Pandang

Geologi Negeri Pahang didominasi oleh batu sedimen dan metasedimen yang berusia Paleozonik dan Mesozonik serta terdapat juga batuan jenis igneus rejahan aliran voleano yang berbagai-bagai usianya.Kepelbagaian usia dari Era Paleozonik Awal hinggalah keEra Mesozonik yang telah menjadikan Negeri Pahang berkemungkinan bertemu dengan Era Perm Trias iaitu Zaman dimana Era Kepupusan Sejarah Bumi .Dimana terdapatnya longgokan-longgokan fosil dinasaur dalam enapan Dataran Jura-Kapur yang kalau kita membuat kajian mendalam diNegeri Pahang kita akan menemukan semua itu dalam kawasan geologi Negeri Pahang. Berdasarkan laporan geologi kita mendapat gambaran bahawa Pahang adalah negeri yang terkaya dengan hasil mineral terutama sekali diLipis dan Raub.Mineral tersebut ialah emas, bijih timah, tembaga, bijih besi dan lain-lain.Selain dari itu Negeri Pahang juga kaya dengan apa yang kami namakan Paleontologi yang mengandungi fosil Era Paleozonik dan Mesozonik (Warisan Geologi Malaysia, 2001)

Bersambung.

Tuesday, April 30, 2013

Sejarah Perlombongan Pahang: Dahulu dan Sekarang-Siri 1

Mulai edisi ini saya akan menulis tentang Sejarah Perlombongan Pahang : Dahulu dan Sekarang.Kajian ini merupakan sumbangan saya kepada sebuah agensi kerajaan diPahang yang meminta saya menulisnya untuk dijadikan bahan bacaan para pembaca sekelian.Bidang perlombongan agak luas skopnya.Mine dalam perspektif industri bermakna " a hole dug in the ground to extract a mineral " (Dictionary of Science and Technology,2003:398).Oleh kerana sumber mineral yang banyak terdapat dan dilombongkan diPahang ini, saya menghadkan skop kajian saya kepada Perlombongan dalam bidang "Metallic Mineral " iaitu perlombongan emas, bijih besi dan timah sahaja. Saya rasa ketiga-tiga bahan mineral ini adalah yang banyak terdapat diPahang dan masih sedang dilombongkan sekarang.Kajian saya ini menggunakan pendekatan menggunakan sumber-sumber bahan bacaan, pemerhatian dan temuduga bagi mereka yang terlibat dalam industri perlombongan diPahang dahulu dan sekarang.

Saturday, April 6, 2013

Perancangan Strategik Bagi Kumpulan Teater

Mingguan Malaysia pada 7.4.13 memuatkan rencana hiburan bertajuk "Apabila Penaja Menarik Diri " bagi pementasan teater Chow Kit Road, Chow Kit Road membuatkan saya terpanggil untuk menulis berkaitan teater ini, walaupun suasana Pilihan Raya Ke13 begitu panas dengan ulasan mereka dari kakitangan akedemik yang ingin memberikan pendapat tentang politik yang kadang-kadang menyinggung perasaan orang lain.Kalaulah mereka ini jujur dan tinggi ilmunya kenapa tidak berhenti saja dari menjadi pensyarah universiti dan memasuki politik yang daerah seperti Lipis atau Jerantut misalnya amat kurang sekali mereka yang berkelulusan tinggi bertanding sebagai calun politik.Tapi percayalah mereka ini hanya tinggi pelajaran akedemiknya tapi tidak seberani artis seperti kawan saya dari Jenan mengistiharkan dirinya menyokong PAS pada sabtu lepas.Kami tangan akedemik adalah mereka yang memakan gaji dan kebetulan menerima habuan yang lumayan dari kerajaan maka mereka mempertahankannya walaupun mereka tahu hak Melayu telah terhakis seperti hak tanah simpanan Melayu,Bahasa Melayu yang dahulu dijadikan Bahasa Untuk Matapelajaran Sains dan Math,Mengenepikan Sistem Pondok Orang Melayu dan banyak lagi hak-hak keistimewaan orang Melayu dihakis oleh pemerintah sekarang.

Berbalik kepada teater yang mana sebagai anak seni ,saya telah mengarahkan teater sejak diSMART dimana saya menulis dan mengarahkan teater untuk peringkat asrama penuh dan kemudian bersama Datuk Azhar B(Bekas Ketua Pengarah Istana Budaya), Jamaludin, Arifin S dan lain dibawah bimbingan Prof Mustafa Kamal Yasin dan Dr Naim kami menghibur khalayak untuk mengasah bakat masing-masing.Begitu jugalah dikampung Relong dulunya Bangsawan telah menjadi hiburan saya dimasa kanak-kanak sekolah dengan adanya Pengarahnya Pakangah Hashim (sekarang Datok Hashim) dan Pengarah Tariannya Maksaudara saya Makandak Minah yang semuanya kini hanya tinggal kenangan. Teater kalau mahu dibangunkan haruslah adalah Perancangan Strategik dari segi Pengurusan, Kewangan,Pemasaran,Tenikal
 dan Analisis.Kalau semua unsur-unsur tersebut tiada maka ia akan pincang.Maka satu dana diperlukan untuk membantu kumpulan teater ini, saya telah berusaha untuk mendapatkan dana tersebut dari kawan-kawan diUSA dan mereka yang saya membaca puisi dan minat teater sanggup membantu.Tunggulah untuk sama-sama kita doakan kejayaannya.

Friday, March 22, 2013

Pertemuaan Anak-Anak Lipis DiKuantan

Pada 19.3.13 saya turut hadir dimajlis pertemuan anak-anak Lipis yang kini tinggal diKuantan.Diantara yang hadir pada malam itu ialah Dato Mustafa,Dato Hairi,Anderil,Tony,Pi dan lain-lain.Saya turut menerangkan bahawa Lembah Bama adalah Pusat Tamadun DiZaman Silam yang patut dibanggakan oleh orang Lipis.Saya juga membentangkan fakta bahawa Buku Sejarah Melayu yang dikatakan ditulis oleh Tun Sri Lanang itu sebenarnya ditulis oleh Tun Bambang yang merupakan orang Lembah Bama,Kuala Lipis.Hujah tersebut telah saya tuliskan dalam buku saya iaitu Lembah Bama dan Kajian Hikayat Seri Rama Dari Perspektif Strategi.

Sunday, February 17, 2013

Kajian Pahang Beachcombing Akan Berakhir

Pada hari ini kami telah sampai diPantai Hiburan Rompin dan Pantai Tg Gemok,Rompin.Pantai ini adalah pengujung negeri Pahang.Saya sempat juga melawat rumah DFO yang pernah saya menginap yang dulunya dibuat dari kayu.Pasir Pantai Tg Gemok adalah pasir hitam macam batu hitam diBeserah. Bezanya pantai Batu hitam ,pasirnya hitam tapi mempunyai longgokan batu hitam manakala pasir dipantai Tg Gemok, pasirnya hitam manakala batunya tidak kelihatan.Pantai Tg Gemok nampaknya terbiar sedangkan pantai Batu Hitam, beserah dijaga dan bolehlah dikatakan bersih.Inilah warna-warna pantai diPahang yang akan saya rumuskan kajiannya sedikit masa lagi.

Saturday, February 2, 2013

Pahang Beachcombing: Peranan Masjid

Menurut buku " A basic Dictionary of Islam " oleh Ruqaiyyah Waris Maqsood, 1998:138, masjid dalam Bahasa Inggeris dipanggil Mosque yang mana secara terjemahan lansungnya bermakna Tempat kita sujud, menurut kamus ini lagi Rasullah SAW bersabda, "Wherever the hour of prayer overtakes you, you shall perform it.The place is a mosque". Manakala istilah dalam Bahasa Inggeris iaitu mosque yang bermakna tempat sembahyang itu asalnya dari Bahasa Perancis yang dipinjam dari orang Itali.Dalam Sejarah Islam masjid yang pertama dibina adalah Masjid Quba yang telah saya paparkan fotonya.Masjid adalah tempat kita orang Islam bersembahyang disamping menjadi pusat maklumat,pusat pendidikan, tempat tinggal sementara, pusat dakwah, aktiviti Islam dan lain-lainnya.Foto dipaparkan ini adalah Masjid Daerah Pekan,Pahang yang baru.

Friday, February 1, 2013

Kajian Pahang Beachcombing

Kini kami telah sampai kePantai Tanjung Agas dan Pantai Sungai Miang,Pekan.Pantai Tg Agas yang dahulunya merupakan jeti nelayan kelihatan sepi dan pantainya yang ditumbuhi pohon nyor kini begitu hampir dengan gigi air.Inilah perubahan yang ketara berlaku terhadap pantai ini.Kami tidak mengkaji Pantai Tg Agas yang dijadi Projek Gas dan Minyak kerana dikawal oleh pihak yang mengendalikannya.

Thursday, January 24, 2013

Bagaimana Menulis Memoir

Bagi mereka yang berminat menulis Memoir tapi sampai sekarang belum boleh menulis inilah buku panduan yang saya buatkan untuk anda semua .Semoga anda dapat menulis memoir anda sendiri.