Wednesday, October 16, 2013

Kajian Hukum Kanun Pahang

Saya membeli senaskhah buku Hukum Kanun Pahang berharga RM298 yang diterbitkan oleh Muzium Negeri Pahang. Buku tersebut diselenggara oleh Yaakub Isa pada tahun 2003.Dalam buku itu terdapat 2 versi Hukum Kanun Pahang iaitu Versi yang mereka namakan Manuskrip Muzium Negeri Pahang dan Versi Winstedt dan Kempe.Bagi versi Muzium Negeri Pahang ditulis oleh Fakir dari Pulau Raya.Menjadi kemuskilan bagi Yaakub Isa dimana letak Pulau Raya. Dengan teknologi yang canggih sekarang Pulau Raya terletak dekat Kuala Krau, Temerloh. Maka saya berpendapat tiada orang lain menyalin versi ini kalau tidak orang Pahang.Syabas orang Pahang yang memang bijak mengarang sepertimana telah saya buat kajian tentang Hikayat Seri Raya Sebagai Naskhah Terawal diNusantara Dikarang oleh Orang Kuala Lipis.

No comments: