Friday, October 30, 2009

Memperkenalkan Peribahasa Jepun Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 2


6.Aita kuchi ni botamochi (Tuah datang menang tidak disangkakan)
Pepatah Melayu juga ada mengatakan yang Tuah Badan merupakan untung yang tidak disangka-sangka.Begitu juga Tuah Semangkuk yang mendapat feadah bersama.Namun begitu ada juga tuah membawa malang iaitu pepatah berbunyi Tuah Sebesar Bukit, Celaka Menimpa badan.

7.Aite o mite ho o toke (Jawapan yang bodoh memperlihatkan kebodohan kita)
Pepatah kita ada juga sedemikian iaitu Bodoh tidak dapat diajar ,cerdik tak dapat diikut yang membawa erti bodoh dan tidak menerima nasihat dan Bodoh Sombong pula lagi teruk yang membawa erti bodoh dan degil.

8.Akuin niwa akuka ari (Kejahatan akan menerima balasan)
Bidalan kita ada berbunyi Jangan diperlelar timba keperigi,kalau takputus genting yang bermakna kelakuan jahat kalau diulang-ulang, padah akibatnya.Begitu juga bidalan yang berbunyi Jangan kamu sangka, kapal api besi itu pun masuk guri juga yang bermakna orang yang kuat akan binasa juga.

9.Akusai wa roku junen no fusaku (Tersalah pilih isteri merasa kepincangan sepanjang hayat)
Pepatah kita ada menyatakan Salah Gelogok Hulu Malang,Pandai Bertenggang Hulu Baik yang bermakna sesuatu kerja yang tidak dibuat dengan berhati-hati akan menyusahkan.Manakala pepatah berbunyi Salah Bunuh Memberi Balas,salah cencang memberi pampas yang bermaksud setiap kesalahan akan menerima hukuman setimpal.Begitu jugalah simpulan bahasa yang berbunyi Salah Gelogok yang bermakna bertindak dengan tidak berfikir dalam.

10.Akuzeni mi ni tsukazu (Mudah Dapat ,Mudah hilang)

Dr Aminudin

Memperkenalkan Peribahasa Jepun DiGandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 1


Sebagai kenangan saya belajar dan menimba ilmu diTokyo,Jepun inilah saya coretkan peribahasa dan juga simpulan bahasa Jepun yang gandingkan dengan peribahasa dan juga simpulan Bahasa Melayu sekiranya ada.Semuga usaha ini mendapat feadah kepada kita bersama.

1.Ai no daichigi wa sogo no rikai
( Saling memahami adalah prasyarat utama cinta).
Pepatah Melayu ada mengatakan Pandang Jauh dilayang,pandang dekat ditukikkan ,yang bermaksud teliti, makala Panggilan Cinta pula membawa maksud godaan berahi.Begitu juga dengan cinta pekat yang merupakan cinta mendalam.

2.Ai wa banno nari (Cinta Maha Agong)
Simpulan bahasa Melayu ada menyebut Kasih mesra yang bermakna sangat kasih, begitu juga perumpamaan yang berbunyi Kasih sepantun tulisan pinggan yang bermakna kasih yang abadi, manakala kasih pada isteri dinyatakan dalam bidalan ini yang berbunyi Kasihkan anak tangan-tangankan,kasihkan isteri tinggal-tinggalkan dan bidalan yang ini pula berbunyi Kasihkan padi buangkan rumput-rumput.

3.Ai wa sentri no michi o toshi to sezu (Gelak Ketawa Cinta Adakalanya Berjauhan)
Kasih sayang anak dan ayah mempunyai perbezaan seperti perpatah yang berbunyi Kasih bapa sepanjang jalan,kasih anak sepanjang penggalan.Begitu juga perpatah mempunyai perbezaan diantara saudara mara,bapa dan sahabat yang berbunyi Kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata, kasih sahabat sama binasa.

4.Aiaigasa no nuretsubame (Dua Kekasih berkongsi sekaki payung)
Pepatah Melayu ada berbunyi Kasihkan pinang sebatang daripada aur serumpun yang bererti lebih sayangkan orang lain daripada keluarga sendiri.

5.Aibetsu ribetsu wa yono narai (Didunia ini salah seorang dari kita mestilah menyanyangi seseorang)
Simpulan bahasa kita ada berbunyi Anak Emas iaitu anak yang sangat disayangi dan anak-anakan mentimun pula bermakna anak angkat yang bila besar dijadikan isteri atau menantu.

Dr Aminudin

Monday, October 26, 2009

Anekdot 16-Cagu,Cengkering dan Cirit

Pada keseluruhan kisah-kisah semasa saya kecil disungaibatudeRelong ini kebanyakannya membayangkan suasana kegembiraan dan keceriaan sahaja.Namun begitu sudah tentulah kami bebudak akan merasa sakit atau ditimpa sakit.Ada juga saya coretkan tentang bila saya demam akan berjampi dengan Tok Pawang Muhammad dari Kampung Bapong.Kali ini ingin saya coretkan tentang beberapa penyakit yang sering juga kami alami semasa kami kecil disungaibatu.Pertamanya ialah penyakit Cagu yang merupakan penyakit pada kuku kaki bebudak.Penyakit ini mungkin disebabkan kuman kerana kami selalu bermain dipaya,dibatas-batas dan juga mandi digedung.Maklumlah kalau kita turun kesawah membantu emak dan ayah kami suka bermain lumpur seperti yang saya ceritakan.Lumpur ini memang saya suka "lecek" dan usap bila musim mencangkul sawah.Ini adalah kerana selain mengaul-gaul tanah lumpur itu saya sering berjumpa anak-anak ikan seperti puyu dan toman yang boleh saya jadikan umpan "tajo" untuk mendapat bapak toman pula.Jadi cagu ini yang sering menghinggapi kaki-kaki kami bebudak sungaibatu.Saya masih ingat kaki Abang Hamed, sepupu saya kena penyakit cagu yang agak teruk dan dibuang kuku ibu jari kakinya oleh ayah saya.Saya rasa hingga sekarang dia masih ingat peristiwa tersebut.

Demam cengkering pula adalah demam yang menyakitkan bebudak dizaman kami.Malahan yang kena demam cengkering tidak dapat bermain dengan kawan-kawan yang lain kerana kami lari dari dia takut kalau-kalau berjangkit.Demam ini yang teruknya ialah habis badan berkudis.Jadi biasanya bila kena demam ini kena berjampi dengan minum air kelapa supaya semua cengkering itu keluar.Selepas semua cengkering sudah keluar kita kena menderita pula supaya kudis itu baik pula.Apa yang saya ingat bila saya kena demam ini, emak akan pergi kerumah Pakatih Hassan ,diTeha mengambil daun dari pokok cengkering ini untuk buat rebusan bagi mandi bagi pemulihan dan ubat bagi kudis cengkering ini.Hari ini pokok yang batangnya "bergerutu" itu payah lagi untuk kita jumpa sekarang, kalau ada eluk diselidik khasiatnya kerana zaman sekarang produk herba dinegara kita semakin popular hinggakan FELDA menerjuni bidang ini.

Penyakit cirit ini sebenarnya bukanlah penyakit yang serius benar ketika kami kecil-kecil, ia adalah hasil kami memakan buah-buahan seperti jambu merah atau kami disungaibatu panggil jambu bertih,mempelam,pauh,macang,nenas,belimbing,jambu bangkok dan lain.Buah-buah muda inilah yang kami buat "cengcolet" iaitu makan bersama kicap,lada dan gula yang digaulkan.Ini yang membuat airlior kita jadi "bedecor" dan meleleh melihatnya. Kami makan "cengcolet" beramai-ramai selepas bermain perang,gasing,dengkat,batu tangkup,congkeh dan lain-lain.Malahan kalau musim buah mempelam atau pauh orang-orang dewasa macam Akak Milah dan Abang Mat pun ikut makan bersama kami bebudak masa itu. Jadi kalau makan benda-benda masam ini selalu lagi berak cair dan jalan paling selamat ialah melepas dalam celah-celah pokok padi dalam sawah.Jadi untuk mengubati cirit ini kami selalu diberi mimum air rebusan pucuk jambu batu oleh emak. Ada juga seingat saya kami termasuk orang kampung yang makan kenduri kawin kena ciri birit sebab makan gulai daging kerbau.Mengikut Abang Mat kalau kita alihkan atau terajangkan kayu penyepit leher tempat sembelih kerbau itu kita semua akan cirit bila memakan gulai tersebut.Sampai sekarang saya ingat betul pantang larang ini sebagai kenangan tentang cirit birit ini.Sungguh menghairankan ?

Dr Aminudin

Sunday, October 25, 2009

Anekdot 15- Cabai (Solanaceae), Cebor Dan Cenerai (Grewia umbellata) .

Cabai atau cili adalah dalam kelompok Solanaceae ada berbagai jenis, diantaranya ialah cili padi (capsicum frutescens),cili besar atau lada "pegor" (Capsium anum spp.)yang pernah saya coretkan dalam entry Acar Mentimum dimana saya dicabar berlawan makan lada "pegor" itu dengan Akak Milah oleh Akak Nab,cili besar (Capsicum annumvar .grossum), cili burung dan lain-lain.Nampaknya cabai atau cili atau lada adalah benda yang sama.Namun pepatah tentang lada iaitu " siapa makan lada dialah merasa pedas " sering kita dengar dan kalau kena kat kita inilah yang panas cuping telinga mendengarnya.Semasa saya kecil disungaibatuderelong lada memang banyak ayah tanam terutama dikebun sayur kami dekat rumah Cikgu Bakar sebelum rumah kami pindah kesitu. Seperti yang saya coretkan sebelum ini kami bebudak disuruh oleh emak atau ayah menjaga kebun sayur dengan menyiramnya, membaja, membuang benah,memetik sayur dan lain-lain.Mengenai lada atau cabai ini kami menyemainya dalam takung getah yang dibubuh tanah berbaja dan setelah benih itu tumbuh lebih kurang tiga inci barulah diubah atau ditanam keatas batas yang ayah telah buat.Pokok-pokok ini perlu dibaja atau disiram, bila dia berbuah saya cukup gembira melihatnya ia berwarna kehijauan dan masak kemerahan, saya juga suka memakan mentimun dan kacang muda dalam kebun sayur yang kami buat itu disamping makan sebagai ulam bersama nasi.Bagi Akak Nab dia memang makan nasi berulamakan cili padi ini.Saya ada cuba cuba memakan ulam cili padi ini tetapi perut saya tidak tahan dan mulalah berak cair dan saya selalu berlari ketempat melepas dan kalau tak tahan masuk saja dalam paya dekat rumah kami didekat guabama itu dan kemudian kerana kepanas punggung terus "menceborkan diri" dalam gedung Wan.

Cebor mengikut Kamus Dewan ialah "bunyi seperti bunyi benda dibuang keair" yang memang kami masa bebudak suka buat.Kami selalu mencampakan kelapa yang banyak bergelempangan dekat rumah kami itu.Jefri dan Alim bila saya ajak buang buah kelapa itu kedalam gedung mereka akan berebut-rebut mengutip mana-mana kelapa koming yang ada bawah pokok manggis dekat rumah kami itu dan kemudian mencampaknya kedalam gedung wan bunyinya yang "berkecebor" itu yang membuat kami gembira sambil bersorak-sorak kegembiraan.Inilah kenangan semasa kami bebudak disungaibatu yang hari ini sudah sukar dilakukan semula kerana kami semua sudah jadi orang tua.Hanya pada istilah CEBOR ini bagi kami lebih merupakan situasi dimana bila kami mandi adalah dengan "menceborkan" diri dalam air atau terjun kedalam air.Macam juga saya suka terjun kedalam Sungai Teris dari pokok ara dekat rumah We Kadir bersama Nuar Kadir yang mandi sampai merah biji mata.

Pokok cenerai selalu buahnya kami ambil untuk membuat peluru bedil buluh yang kami main masa kecil-kecil dahulu.Seingat saya pokok cenerai ini ada beberapa batang dekat padang badminton atau sepaktakraw sekolah Rendah Relong itu.Dipadang inilah tempat kami selalu berlawan badminton dan kadang-kadang ada perlawanan badminton yang saya selalu juga masuk bertanding.Saya ingat pada Ciku Suhaimi yang tinggi itu pernah mengalahkan saya.Namun begitu bila saya masuk tingkatan 6 diSMART kebolehan saya telah bertambah baik dan saya dapat mewakili SMART dalam pasukan badminton.Bila saya berkerja pula semasa berkhidmat diPejabat Daerah Kuantan kami mengadakan perlawanan badminton yang mana Pegawai Daerah kami ketika itu kuat main badminton jadi saya berlawan dengan dia dan dapat mengalahkannya.Bukan main marah lagi dia kat saya.Itulah boss selalu nak menang.Mengenai buah cenerai ini yang saya nak gelaknya ada kawan suka mengutipnya bila gugur, ada sesekali itu dia terkutip dan memakan tahi kambing yang serupa benar dengan buah cenerai, apa lagi termuntahlah dia.Inilah pantun mengenai cenerai sebagai mengakhiri entry ini :-

Cenerai ada dipohon delima.
Anak tupai berpuak-puak,
Bermisai kusangka panglima,
Rupanya misai penapis tuak.(Dipetik dan disesuaikan dari Pantun Melayu (AB).

Dr Aminudin

Thursday, October 22, 2009

Anekdot 14- Cendawan@Kulat Dan Hantu


Sebut saja cendawan atau kulat pada hari ini semua orang tahu.Banyak sekarang cendawan dijual dipasar-pasar malam dan juga supermarket yang dikenali dengan cendawan tiram.Saya dizaman bebudak dahulu disungaibatudeRelong banyak mendapati cendawan yang sedap untuk dimakan.Diantaranya yang pernah saya coretkan ialah kulat sisir yang kami kutip pada dahan-dahan getah dikebun getah kami diBukit Perupok bila kami menanam semula getah untuk mendapat bantuan RISDA.Kulat sisir ini memang sedap dimasak lemak cili padi.Hari ini agak jarang lagi saya perhatikan ada dijual dipasar tani tempat kami diKuantan tetapi seingat saya pekan sahari pada hari minggu diTemerloh memang ada dijual kulat sisir.Kajian tentang kulat diMalaysia agak sedikit dan ini perlu diperbanyakkan kerana kulat atau cendawan mempunyai khasiat dan ada syarikat yang mengusahakannya seperti Gano.Cendawan lain seperti cendawan susu (Marcrolepiota procera) dizaman saya bebudak memang banyak tumbuh selepas hujan terutama dekat busut-busut rumah kami ditepi gua bama itu.Mengikut emak bila banyak kekatu datang kerumah itu tanda akan banyak cendawan tumbuh.Cendawan susu ini saya kutip dan emak akan buat sayur cendawan secara "masak air " yang membuat saya makan banyak nasi dan sampai tersandang kedinding kekenyangan.Begitu juga dengan kulat tahun yang warnanya putih bercampur coklat muda itu banyak juga tumbuh dekat rumah kami dan padang Pakangah Man bila banyak akan kami kutip dan jual kepekan sari Kampung Relong bersebelahan Kampung Bapong itu menjadi minat orang ramai membelinya.Kulat ini memang besar kepalanya (cap)yang saya usap bila mencabut dari tanah takala mengutip.Kulat-kulat yang berbagai jenis menang cantik dan berwarna warni.Ada kulat yang boleh dimakan dan ada yang beracun.Kulat yang beracun yang kami masih ingat dan saya selalu sepak ialah Kulat Pelir hantu dan berbau busuk pulak.Inilah mengingatkan saya pada hantu yang selalu ditakutkan oleh orang-orang tua kepada bebudak masa dahulu.

Diantara hantu yang selalu ditakut kepada kami masa bebudak dahulu ialah Hantu Kopek yang kalau kami selalu balik lambat kerumah dan hari dah gelap, kami ditakutkan dengan hantu kopek.Mengikut orang-orang tua yang menyakat kami itu mereka mengatakan hantu kopek selalu menyembunyikan budak-budak bawah kopeknya yang membuatkan orang tidak nampak budak itu dan dia pula menjadi lemas kerana dihempap oleh kopeknya itu.Kami bebudak masa itu jadi takut bila sebut hantu kopek ini.Selain dari itu seperti saya pernah coretkan dalam blog ini saya dan Abang Mat pernah berjumpa hantu bila hendak mengutip burung merebah yang kena getah terap.Hantu ini mengikut Abang Mat ialah hantu tinggi yang tingginya macam pokok kelapa.Disamping itu juga semasa kami balik dari mengemping yang kami buat dirumah Cik Pah (emak pada abang Dollah Sidek) kami juga dikejar oleh hantu api yang membuat kami lentang pukang lari dan abang Hamed jatuh dalam gedung Wan Kiah. Inilah kisah-kisah hantu semasa saya kecil yang pada hari ini kisah hantu dan seram semakin banyak dalam film dan televesyen kita yang merupakan satu fenomina yang perlu dikurangkan atau tidak patut dikembangkan.

Dr Aminudin

Wednesday, October 21, 2009

Anekdot 13- Biri-biri (Sheep) dan Bongkang

Kampung kami disungaibatudeRelong dahulu tidaklah begitu banyak memelihara biri-biri mahupun kambing.Namun begitu seingat saya ada juga beberapa ekor biri dan kambing yang ayah bela.Rebannya seingat saya ayah bina ditepi paya dekat kebun getah kami yang bersebelahan rumah Ciku Bakar sebelum kami pindah kesitu akibat pembinaan kuari Guabama yang percikan batu "sebedor" yang menghentam rumah lama kami dekat GuaBama itu.Reban ini saya lihat ayah buat dengan tiang-tiangnya dari pokok kelat dan juga kemuning, manakala dindingnya dari kepingan papan yang saya kira tidak diketam dan lantainya dari kayu-kayu kelat dan juga buluh.Manakala tangganya kalau tidak salah saya dari batang kelapa yang dibelah dua.Tugas saya masa bebudak ialah memberi biri-biri ini makan dan saya lihat biri-biri ini suka juga memakan daun menerung dan rumput dalam paya.Jadi bila "menerang" sawah padi ayah dan emak mencabut menerung dan rumput dalam sawah serta mengumpulnya dan meletakkan diatas batas yang kemudian saya kutip dan memberi makan kepada biri-biri tersebut.Satu perkara yang betul tentang membela biri-biri ini ialah kita kena" mengasapnya " kerana ia mudah kembung, jadi terpaksalah saya mencari sabut kelapa dan kayu-kayu kecil dan membakarnya dibawah reban biri-biri itu, apa yang melemahkan saya ialah asap yang bakar itu selalu "mengurung" saya, entah kenapa, saya pun taktahu.

Tentang biri-biri ini semasa saya bertugas diBahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam ,saya berkesempatan melawat Univeriti-universiti diAustralia dan juga ladang biri-biri.Disana dipanggil Sheep Station, manakala pemilik ladang dipanggil Grazier berbanding dengan diAmerika ,ladang biri-biri digelar Ranch, manakala pemilik ladang digelar rancher.Ladang biri-biri terbesar didunia terletak diAustralia iaitu di Anna Creek diAustralia Selatan yang mempunyai keluasan 6,000,000 ekar.Ladang-ladang diAustralia mempunyai rumah perkerja,kilang menyembelih dan memproses daging, tasik dan empangan dan juga landasan kapalterbang kecil bagi membolehkan doktor haiwan melawat ladang yang dikenali Royal Flying Doctor Service. Inilah sistem perladangan moden yang ada disana berbanding dengan kita membela biri-biri secara kecilan dan inilah dikatakan "lain padang lain belalang".

Bila biri-biri kembung dan sakit perut ia boleh mengakibat ia mati dan kadang-kadang terbongkang ditengah jalan menuju kerumah Pakangah Man.Saya sudah tentu sedih dan memberitahu ayah yang biri-biri kami telah terbongkang tengah jalan itu.Saya selalu mencari Jefri dan Alim membantu kami membuat lubang bagi ditanam biri-biri yang terbongkang mati itu.Ada juga kami dapati kadang-kadang kerbau yang tidak dikenali tuannya terbongkang dilanggar lori balak dijalan Padang Tengku keKuala Lipis tengah kampung kami itu yang kadang-kadang telah berbau busuk sudah lama terbongkang barulah diambil orang untuk ditanam.Saya pun kadang-kadang mendapat tahu ada lembu atau kerbau yang terbongkang setelah dilanggar kereta atau lori diambil orang dan dijual dagingnya kepada orang ramai dan saya agak geli hati juga bila mengingatkan ADO(Penolong Pegawai Daerah)bernama Samsudin yang hendak pergi mesyuarat diTemerloh boleh terlanggar babi tunggal yang terbongkang ditengah jalan yang mengakibatkan kakinya sakit hingga sekarang dan keretanya rosak teruk masuk longkang.

Dr Aminudin

Monday, October 19, 2009

Anekdot 12-Buntat,Bingka dan Bendul

Hari ini memang jarang kita berjumpa buntat lagi, kalau berjumpa pun merupakan satu penemuan yang bertuah dan sering mendapat perhatian ramai.Bebudak sekarang mungkin tidak tahu apa itu buntat.Mengikut Kamus Dewan ,Buntat ialah batu yang terdapat dalam tumbuhan dan lain-lain.Jadi dari ingatan saya diSungaibatudeRelong ada kami masa budak-budak dahulu terjumpa buntat ini dalam buah durian,betik dan kelapa. Batu ini juga ada didapati dalam perut kerbau dan juga ular.Seingat saya Wan Tekah (Wan saya) ada menyimpan bebarapa" batu buntat " ini.Tetapi saya masa bebudak bukannya hiraukan sangat.Malahan ada juga Wan menyimpan "buntat harimau" yang mungkin peninggalan Aruwah Aki Husin dahulu.Mengulas Kamus Dewan ini ,suka saya katakan ada juga perkataan "Buntat" yang kami gunakan diSungaibatu yang membawa erti budak atau anak yang mereka manjakan atau sayangi.Mereka ini mengelar budak itu "buntat-buntat" dan saya pernah mendengarnya gelaran ini dipanggil bagi seorang anak kepada anak Cikgu Bakar dekat rumah kami yang bukan dekat Guabama itu.Jadi Kamus Dewan perlulah menambahbaikan versinya.

Bingka pula adalah sejenis kuih penganan yang saya suka makan terutama sekali bingka labu.Bingka labu ini selalu emak,Wan Kiah,Akak Nab, Akak Siti dan lain-lain buat bila musim puasa.Kami bebudak suka makan bingka labu ini terutama kalau digunakan gula kabung.Memang Sedap dan Memang Best, kata bebudak sekarang.Apa yang membuat saya terkenangkan bingka labu ini ialah saya selalu disuruh oleh emak "melecek" labu yang telah direbus untuk dia gaulkan dengan tepung dan gula.Bagi bebudak lelaki macam saya tentulah perkara ini "leceh" bagi saya, tetapi sebagai budak yang suka makan bingka labu masa itu saya membuatnya dengan senang hati dan kadang-kadang labu yang telah direbus itu saya " bantai" atau makan dengan digaul dengan gula kabung dan hanya tinggal "seketet" saja.Jadi bingka labu dapat dibuat sebokor kecil aje!.Bingka oh bingka dah habis taksampai separuh jalan.

Akhirnya Bendul, memang banyak orang kita kenal.Malah ada perpatah mengatakan lurus bendul.Bendul biasanya dipasang pada tiang bawah rumah kami orang kampung.Dimana ada saya lihat ia terjunggul keluar hingga kepelantar dan kadang-kadang saya terlanggar jadi jatuh tertirap atas pelantar.Nasib baik takjatuh ketanah dan kalau jatuh masa bebudak naas jadinya .Saya juga ada mendapat tahu anak Pakwe Muhamaad banyak yang perempuan dan masa saya kecil dahulu, ada juga Makteh Saadiah bercerita dengan emak saya yang Akak Munah anaknya kena "langkah bendul" ,jadi saya masih bebudak ketika itu berkata ini mudah aje atau orang sungaibatu kata "sedir".Langkahlah bendul rumah Pakwe itu, apa yang susahnya.Namun begitu sebenarnya orang yang hendakkan Akak Munah itu kena menyediakan hantaran pertunangan juga kepada Akak Yah, yaitu kakak kepada Akak Munah dalam ertikata sebenarnya "langkah bendul".Bendul oh Bendul yang seingat saya sering kepala saya terantuk dibuatnya bila kami bermain dibawah dirumah Pakwe itu dengan Mi Roslan.

Dr Aminudin.

Sunday, October 18, 2009

Anekdot 11-Pohon Beringin (Ficus benjamina),Beberas(Trigonochlamys griffithii) dan Bingit

Sekarang ini jarang amat saya lihat pohon beringin tumbuh dikampung kami iaitu Sungaibatu deRelong.Dahulu saya melihatnya banyak ditepi GuaBama dan juga dekat Bukit Berangan.Pokok ini begitu rimbun dan dari dahannya berjurai-jurai keluar sejenis akar yang berwarna kuning pinang masak yang begitu anggun dan cantik dipanah cahaya matahari diwaktu pagi.Saya kadang-kadang mengurut-gurut akar-akar pohon beringin yang lembut itu sebelum mendaki anak Bukit Berangan tersebut bagi meneruskan perjalanan saya keSekolah Rendah Relong.Hari ini pohon beringin dekat rumah Aki Hj Uda (saya panggil Tok Guru )itu sudah tiada lagi.Saya kadang-kadang singgah dirumah Tok Guru berborak dengan Hj.Zahari yang kami panggil Beh Ri bertanyakan adakah buku-buku cerita yang baru boleh saya baca.Kalau ada Beh Ri selalu meminjamkan kepada saya.De Relong sudah berkurangan benar pohon beringin sekarang yang sebenarnya amat sejuk mata memandang dan membolehkan kanak-kanak tumpang berteduh dari sinaran panas terik matahari.Namun saya kalau terkenangkan pohon beringin ini saya masih dapat melihat dan berteduh dibawahnya diBeserah yang masih banyaklah terutama dekat Masjid Baru Beserah dan Rumah Rihat Beserah.Sebenar pohon beringin ini adalah dalam kelompok pokok ara. Banyak pokok ara jenis lain tumbuh deRelong.Saya teringatkan banyak pokok-pokok ara yang terdapat ditepi tebing Sungai Teris yang kelihatan begitu cantik bila dia berbuah.Buahnya yang hijau ketika muda kelihatan bergugus-gugus itu memang cantik dan bila masak ia akan berwarna kuning dan bila betul-betul masak berubah menjadi merah.Inilah ciptaan Ilahi yang kalau kita perhatikan merupakan bukti KeagunganNYA.Kadang-kadang kalau nasib kita baik dibawah pokok ara ditepi Sungai Teris itu kita dapat melihat sebarau menyambar buah ara yang jatuh keair itu.Inilah kenangan dimasa saya kecil yang amat sukar saya lupakan.

Pokok Beberas yang biasanya hidup liar dikawasan tanah padang Pakangah Man dekat rumah Pakencik Akob ,semasa kami kecil-kecil buah beberas boleh dipetik bagi yang masak berwarna merah itu dan kami makan rasanya manis.Namun bijinya yang agak besar yang isinya amat nipis itu membuatkan kami tidak merasa kenyang bila memakanya.Jadi buah beberas ini sesuai dijadikan "peluru" bedil senapang buluh yang pernah saya coretkan dalam blog ini.Kalau kami bermain perang bedil ini sampai tidak ingatkan makan-minum dan membuat kerja sekolah lagi.Saya kadang-kadang dimarah oleh ayah dan ada kalanya kalau ayah terlalu marah diambilnya bedil itu dan dibedilnya punggung kita dan kalau kena bedil punggung dengan "peluru" buah beberas habis berbintat punggung kita dibuatnya.

Walaupun main perang bedil ini tidak bingit tetapi main mercun begitu"membingitkan" telinga kita.Hari Raya Puasa baru saja meninggal kita tetapi bunyi mercun yang bingit itu kadang-kadang membuat kita naik marah juga.Maklumlah bila kita nak sembahyang dimasjid kami dBeserah,budak-budak sekarang membakar mercun dan kadang-kadang mercun roket itu masuk masjid dan bunyinya amat mengejutkan kita.Mentelahan pula ada dikalangan kita yang tua-tua ni banyak penyakitnya dan mudah terkejut.Jadi berlainan sekali dengan kami dizaman bebudak dahulu kalau hendak bermain mercun, kami bermain jauh-jauh dari kawasan awan seperti masjid kerana tidak mahu orang yang beribadat terganggu dan tidak menjadikan telinga orang lain jadi bingit.

Dr Aminudin

Friday, October 16, 2009

Kampung Relong Sebagai Pusat Pentadbiran Pahang Purba Bukannya Pekan Seperti Disangkakan


Nukilan berikut adalah dari buku saya yang berjudul " Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal bagi Asia Tenggara Dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap Dilembah Bama (kg.Relong)",2009.

" saya berpendapat Lembah Bama adalah pusat pentadbiran Pahang sejak era zaman batu hinggalah kedatangan Islam.Perkara ini sering dilihat bahawa pusat pentadbiran Pahang lama adalah ditepi pantai.Pendapat bahawa pentadbiran Pahang adalah terletak ditepi pantai tidak benar kerana menurut Rahmat Topani(1990) harimau memang banyak diPahang dan ini dapat dilihat taburannya dilembah Bama.Nama Gua bama yang ada diKampong Relong itu berasal dari nama harimau jadian yang lapar dan ada kaitan dengan semangat juang masyarakat Melayu.Bekas tapak harimau dalam gua itu dikatakan diambil oleh penghulu Telang dengan dihadiahkan kepada Muzium Pahang dan perkara ini disahkan oleh ayah saya seorang peminat sejarah diRelong.Noriah Sulung juga (1996) pernah mengatakan Dato Bahaman pernah bertapa diUlu Teris dan ini tidak tepat bagi saya kerana orang biasanya bertapa digua, jadi saya pasti dia bertapa diGua bama.

Dr Cant sendiri berpendapat bahawa politik Pahang bermula dikawasan pendalaman dimana beliau menulis " the Pahang was not exporting gold via east cost but imply the interior of the state was under independent control" (Cant,1972)dan apa yang menyakinkan saya lagi bila saya melihat peta Asia Tenggara diabad ke13 itu ia melalui betul-betul ditengah lembah bama.Tan-Ma-Ling juga terletak diLembah bama telah saya bentangkan hujah-hujan dalam buku ini terlalu banyak emas dan diperbuat barang emas.Disinilah barang itu didagangkan dizaman pemerintah Dvaravati.
Pendapat Haji Buyung Adil bahawa Pekan adalah ibu negeri Pekan lama adalah tidak benar kerana Pekan airnya amat dalam dan tiada usaha melombong emas dan tidak banyak gajah ,seladang dan rusa ketika itu.Saya melawat Bukit Perupuk banyak buahan hutan disana dan Kampong pun dalam Lembah Bama banyak yang bernama pokok buahan seperti Kg.Berchang,Kg.Tanjung Jambu,Kg.Petai,Bukit Ara ,Bukit Limau dan lain-lain.Berbanding dengan Pekan tidak banyak nama tempat bernama pokok buahan.Cuba lihat tulisan Tan Sri Lanang dalam Sejarah Melayu yang menulis tentang ibu negeri Pahang purba berbunyi " Pahang itu sebuah negeri Purnamanya, air sungainya tohor,pasirnya terlalu bersih,air sungainya tawar datang kelaut dan ada emas urai disana dan padangnya amat luas dan isi hutanya gajah,seladang, rusa dan beruk ".Hujah-hujah saya boleh saudara sekian ikuti dalam buku diatas.

Kesimpulannya Teori Pentadbiran Negeri Pahang dizaman silam terletak dipendalaman dan ianya adalah diKampung Relong.Catatan bahawa perkataan Tajau adalah bermaksud Kuala Pahang tidak benar kerana diLembah bama terdapat juga kampung Tanjung Jambu dan juga Kampung Tanjung Sekali iaitu disungai Kechau (Zakaria Hitam,1991).Saya selanjutnya menghurai pola komunikasi dan pentadbiran diLembah bama yang ditunjangi oleh Kampung Relong iaitu :-

1.Pusat Pentadbiran dan Kebudayaan diantara Kg Relong ,Kg.Gua dan Kg.Kuala Telang
2.Pusat Pentadbiran dan Perdagangan diantara Kg Relong,Kg.Kuala Medang dan Kg.Aur Gading.
3.Pusat Pentadbiran dan Pusat Pengeluaran Pertanian dan Perlombongan diantara Kg Relong,Kg.Beletik dan Kg.Bertam

Sekian dahulu diharap bertemu dinukilan lain pula dari buku tersebut.

Dr Aminudin

Anekdot 10-Benah ,Belimbing dan Bilah


Bebudak sekarang deRelong mungkin tidak tahu apa itu benah,ini adalah kerana bebudak sekarang jarang amat membantu ibu-bapa mereka berkebun sayur.Saya dahulu disungaibatu selain dari kesekolah diwaktu pagi disebelah petangnya akan membantu ayah atau emak menjaga kebun sayur.Ada juga kami disekolah rendah Relong membantu Ciku Ismail menjaga kebun sayur sekolah kami dekat rumah guru sekolah itu.Kami biasa menanam kacang panjang dan mentimun.Selain dari menyiram pokok-pokok sayur itu kami juga menerangkan sekeliling batas-batas sayur itu serta mengembur dan membubuh baja kepada pokok-pokok itu.Dalam menjaga sayur itu sudah pasti kami terjumpa benah yang "mengacau " pokok-pokok tersebut. Inilah yang kena kami buang dan sekarang ini penanam sayur menggunakan racun serangga untuk memusnahkannya.Selain dari benah saya dapati banyak juga gegepi yang pernah saya ceritakan merayap-rayap pada pokok-pokok sayur itu. Inilah serangga yang saya suka lihat tetapi tidaklah memegangnya kerana dia berbau busuk.Kalau dipegang baunya membuat orang tau kita "berbau gegepi".Bila bau gegepi kawan pun kata "lari-lari , dia bau gegepi".

Belimbing buluh (Averrhoa bilimbi) dan belimbing besi(Averrhoa carambola)memang banyak ditanam disungaibatu iaitu dekat rumah Pakangah Man dan juga rumah kami ditepi GuaBama itu.Belimbing dekat rumah Pakangah Man ditanam dekat pokok-pokok rambai yang manis bila musim buah.Rambai telur yang banyak itu bila musim berbuah boleh dibuat sayur dan dicampur dengan belimbing buluh dan kacang panjang amat sedap dimakan.Manakala belimbing besi bila sudah mengkal dan nak masak kami suka makan bersama kicap.Orang sungaibatu kata buat "chengcolet".Huh apa lagi meleleh air liur dibuatnya bila ingatkan belimbing besi ini.Saya suka melihat belimbing ini yang bila musim bunganya yang berwarna merah serta bercampur putih, sungguh cantik kelihatan dari jauh.

Bilah-bilah pedor yang diraut kami jadikan sangkar burung terutama buruh pipit,merebah,kelicap dan tiong.Namun begitu untuk membuat tuwar,lukah dan temilau kami bebudak tidaklah pandai.Jadi ayah atau Pakangah Man yang pandai membuatnya.Selain dari itu bilah-bilah pedor atau buluh kami jadikan layang-layang bila tiba musim siap menuai.Kami bermain layang-layang dengan Jefri dan Alim seperti yang saya pernah ceritakan.Begitu juga kami menangkap sesibor dan belalang dengan mengunakan bilah-bilah pedor atau buluh yang diletakkan getah nangka atau getah terap dihujungnya yang membolehkan kami mendapat serangga itu yang banyak tengah padang tanah Pakangah Man menuju rumah Pakencik Akob disungaibatu.Bebilah pisau digunakan oleh kaum perempuan bila menghiris bawang dan mentimun seperti yang pernah saya ceritakan bila mengikut emak saya membantu orang membuat kerja kenduri kahwin kadang-kadang disuruh saya mengasahnya oleh mereka.Kadang-kadang saya teringatkan laut yang memang itulah tugas kami menjaganya persisiran pantai timur dimasa saya berkhidmat dalam agensi keselamatan dahulu dan pantun berkaitanya bilah piau dan laut :

Pisau raut ulunya emas,
Candung berhulu sendirinya,
Dalam laut janganlah cemas,
Ombak berpadu sendirinya.

Dr Aminudin

Anekdot 9- Belulang,Belikat dan Bentan

Belulang yang biasanya terdiri dari kulit kerbau atau kambing yang tidak dicuci.Ia biasanya dibiarkan kering oleh Pakangah Man tidaklah kami peduli.Maklumlah kami masa kecil diSungaibatu deRelong tidak begitu tahu akan kegunaannya masa itu.Bila kami tanya pada Pakangah Man dikata nak buat kulit rabana.Kami tidak minat sanggat pasal kulit belulang ini.Tapi yang kami tahu atau pasti yang tangan kami akan jadi bebelulang kalau terlalu kuat berkerja.Saya dapati tangan abang Mamat suami kepada Akak Nongsiah memang bebelulang tanganya kerana dia kuat kerja, lagipun dia kuat mengangkat padi berguni-guni diUlu Teris.Saya masih teringatkan dia bila kami berkerja menarik rantai diMela kerana menyukat tanah FELDA bersama-sama dia.Dia kuat mengangkat barang-barang peralatan menyukat kami dan saya ketika itu gembira berkerja bersama mereka dan tanganpun mula nak bebelulang tetapi oleh kerana kerja sambil itu tidak lama, tangan saya sudah mula pulih semula.Kenangan berkerja dengan mereka termasuk mandor Mat Puyu itu mengingatkan saya tentang kegemaran saya memakan pucuk-pucuk kayu dalam Hutan Mela itu betapa besarnya anugerah Allah kepada makhluknya yang lain didalam hutan supaya boleh memakan tumbuhan hutan.

Bila kita terlalu kuat berkerja ini membuatkan urat-urat dan tulang belikat kita "lari" dan menyebabkan kita dapat sakit belikat.Kami orang kampung yang kuat menebas dan mencangkul sudah pasti akan mengalami sakit belikat.Oleh yang demikian peranan tukang urut macam Abdu Hadi seperti yang saya coretkan dalam blog ini memainkan peranannya.Namun begitu saya difahamkan warisan mengurutnya itu tidaklah lagi diambil oleh anak-anaknya.Jadi sebab itulah sekarang peranan SPA atau pusat-pusat kesihatan yang menyediakan perkhidmatan mengurut sekarang mendapat sambutan kerana para pengurut tradisional tidaklagi menurunkan ilmunya kepada anak mereka.

Bagi yang sakit dikampung kalau tidak dijaga pantang larang akan jadi bentan atau penyakit itu berulang semula.Ini biasa terjadi kalau kita bersunat atau bercalat dengan tidak menjaga makan atau minum.Oleh kerana saya telah bersunat diHospital Lipis dan seingat saya "geng" saya bersunat ialah Wan Azman anak kepada Tok Setia Perba Jelai ketika itu, saya pula telah tidak jaga makan sangat ,jadi telah menjadi bentan pada anu saya dan saya naik malu juga kerana beberapa kali saya naik-turun bas balik dan pergi kehospital Lipis.Ini menyebabkan banyak orang ketawakan saya,maklumlah jalan terkangkang-kangkang dengan memakai kain pelekat pulak berjalan dipanas terik.Inilah pengalaman bentan kerana bersunat yang tidak dapat saya lupakan.

Dr Aminudin

Thursday, October 15, 2009

Database By Dr Aminudin bin Hj Abdul Karim For Research On Bama Valley Part VII












89.Pritchett,P.,Mind Shift:The Employee Handbook for Understanding the Changing World of Work,Pritchett and Associated Inc,USA,1996.
90.Vermeulen,N.,Encyclopaedia Threes And Shrubs,Rebo Productions Ltd,Netherlands,1997
91.Schuyler,J.R.,Decision Analysis In Projects,USA,1996
92.Rao,T.V.,HRD Audit,Response Books,New Delhi,1999.
93.Malaysia Maps of Industrial Estates,MIDA,Kuala Lumpur,1997.
94.Tweedie,M.W.F.,Mammals of Malaysia,Longman Malaysia,Kuala Lumpur,1978
95.O'Brien,J.A.,Introduction to Information System: Essentials for the Internetwrked Enterprise,Mc Graw-Hill,Boston,2000.
96.Tan Chee Beng,Chinese Peranakan Heritage in Malaysia and Singapore,Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd,Kuala Lumpur,1993.
97.Mustafa Kamal Mohd Shariff,Hortikultur Hiasan dan Landskap,DBP,Kuala Lumpur,1995
98.S.K.Tuli,Dictionary of Zoology,Sahni Publicaions,Delhi,1995
99.Tunku Halim,A Children's History of Malaysia,Pelanduk publications,Kelana Jaya,2003.

Monday, October 12, 2009

Anekdot 7-Baji,Beliong dan Beluru(Entada Rheedii Spreng)

Kami disungaibatu deRelong mengunakan alat-alat pertanian seperti pengali,cangkul,dan tukul secara kerap.Namun begitu ada kala ianya patah atau tercabut "tarannya" jadi kami terpaksa membaikinya atau memberikan "taran" yang baru kepada peralatan tersebut.Bagi melekatkan "tarannya" itu bagi kemas dan kejap ,kami menggunakan baji yang biasanya kami buat dari kayu yang kukuh dan keras, misalnya kayu kemuning atau merbau.Peranan baji disini adalah sebagai penyendal atau pengetat mata cangkul, pengali atau tukul dengan "tarannya" itu.Saya teringatkan baji ini bila kami disungaibatu berderau mencangkul atau membajak sawah menggunakannya.Bila cangkul emak dan kawan-kawan seperti Akak Nab, Akak Siti,Wan Kiah dan lain-lain yang cangkul-cangkul mereka dah jadi longgar bila berderau itu, sayalah kena membaiki dengan membuat semula baji dan memasangnya.Saya gembira membantu mereka membuat dan memasang baji ini, kerana bila baji dipasang pada cangkul biasanya saya akan mengetatnya dengan mengantuk-mengatukkanya pada batu besar dan ini mendatangkan bunyi yang amat menarik dan mengembirakan saya, lagipun ia bergema hingga kegua Bama yang berhampiran dengan rumah kami itu.

Beliong pula adalah sejenis alat menebang pokok dan memotong kayu yang saya dapati jarang lagi ada sekarang.Matanya yang tajam itu ,biasanya kami tempah dibengkel Hassan Titik yang pernah saya coretkan dalam blog ini.Mata yang tajam itu diikat pada "tarannya" dengan rotan manau yang kukuh.Alat ini dahulu digunakan oleh orang kampung untuk menerang hutan bagi dijadikan cerang atau ladang mereka.Hari ini beliung telah diganti dengan jentera pemotong pokok bergergagi yang menggunakan mesin yang mereka panggil "chengsaw ".Inilah alat gergaji yang banyak memusnah pokok-pokok besar dihutan negeri Pahang ini dan hutan kita terang benderang dan banyak pokok-pokok buahan hutan telah tiada lagi, sebab itu saya terpaksa menulis blog ini tentang pokok dan buahan hutan yang unik seperti keranji,tualang,kerdas,tampoi,kepayang,perah,keladan,kemuning,merbau dan lain-lain untuk kenangan saya yang pokok-pokok itu pernah hidup diRelong dan saya pernah menikmati buah-buahnya atau menggunakannya.

Beluru adalah sejenis pokok menjalar yang banyak hidup ditepi hutan dan juga tepi sungai.Pokok ini memang banyak terdapat ditepi GuaBama.Pokok beluru ini mengingatkan saya dimasa berkhidmat dengan agensi keselamatan dahulu yang kami membuat latihan diTapah dimana diajarkan oleh S.Waran bagaimana untuk survive dalam hutan bila kehabisan air miuman.Jadi jalan yang paling selamat ialah mencari akar pokok beluru inilah dengan mencantasnya dan akan terdapat titisan air didalamnya yang boleh kita minum.Satu lagi pokok (batang) beluru ini kalau ditumbuk lumat dan kemudian direndam dalam air boleh digunakan untuk menuba ikan.Saya pernah mengikut Abang Mat Renek yang cuba untuk menuba dilubuk-lubuk diSungai Teris dan kami mendapat banyak ikan sebarau dan lampang.Abang Mat menggunakan teknik menuba ini kerana maklumlah lubuk-lubuk itu dalam dalam kalau kami turun memasang jaring kesungai itu kami takakan jejak sebab airnya dalam lagipun saya masih budak .Malahan kami juga takut "chengkelek".

Dr Aminudin

Database By Dr Aminudin bin Hj Abdul Karim For Research On Bama Valley Part VI













77.Samsudin Wahab, Panduan Protokol dan Tatatertib Majlis,PTS Publications & distributors Sdn.Bhd.,Bentong,2004.
78.Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, Kamus Peribahasa Lengkap Utusan,Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd,Kuala Lumpur,1996
79.Gollmann,D.,Computer Security,John Wiley and Sons,New Tork,2000
80.Ong Hean Chooi,Tumbuhan Liar Khasiat Ubatan dan Kegunaan Lain,Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd,Kuala lumpur,2006.
81.Mohamad Idris Zainal Abidin,Pengeluran Buah-Buahan,DBP,Kuala Lumpur,1996.
82.Paper Relating To Brunei,MBRAS REPRINTS,1998
83.Collin,S.,Dictionary of Science and Technology,Bloomsbury,London,2003
84.Muhammad Yusof Hashim dan Aruna Gopinath,Tradisi Persejarahan Pahang Darul Makmur 1800-1930,Tempo Publishing Sdn Bhd, PJ,1992.
85.Mottana,A,Crespi,R.,and Liborio,G.,Guide To Rocks and Minerals,Simon and Schuster Inc.,New York,1978.
86.Satish K,Bajaj,Recent Trends in Historiography,Anmol Publications Pvt.Ltd,New Delhi,2001.
87.Ishak Saat, Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden,Krisma Publications sdn Bhd, Shah Alam,2007.
88.Kamus Dewan Edisi Baru,DBP,Kuala Lumpur,1989.

Dr Aminudin

Sunday, October 11, 2009

Anekdot 6- Alu,Indek dan Lesung


Kami keluarga petani disungaibatudeRelong amat mengenali alu, indek dan lesung.Hari ini bebudak bandar mungkin tidak tahu apa itu alu, indek dan lesung ini.Semua alat-alat untuk menumbuk padi ini saya pernah coretkan dalam blog saya ini terutama dalam tajuk musim menuai atau membuat sawah padi.Begitu jugalah saya telah menceritakan tentang peranan Pakangah Derani sebagai penjaga mesin mengisar padi yang kebanyakan sekarang tidak menggunakan alu dan lesung untuk menumbuk padi.Namun begitu dipendalam Sabah seperti diKota Belut yang pernah saya lawati masih ada lagi mengunakan peralatan tradisi untuk menumbuk padi.Kebetulan dalam rencana Berita harian Bertarikh 14 September 2009 ada menyiarkan gambar indek dan lesung bagi menumbuk kacang bagi dibuat putu kacang diBaling,Kedah, saya paparkan kepada anda sekelian.

Alu dimasa kami bebudak diguna untuk menumbuk padi bila kita hendak dijadikan beras.Padi yang telah ditampi setelah emak menjemur dan menampinya akan kami tumbuk didalam lesung mengunakan alu ataupun indek.Biasanya kami menggunakan indek kerana dapat ditumbuk padi dengan agak banyak dari menggunakan alu.Indek ini digerakan bahagian pemijak dengan kita memijaknya dan kemudian dilepaskan yang membolehkan alu dibahagian hujungnya menghentak padi dalam lesung yang sedia menanti.Kami bebudak masa kecil menjadi mangsa suruhan emak memijak indek ini, tapi kami seronok memijak indek ini kerana dapat berlatih menunjal-nunjal kaki serta bernyanyi.Kalau saya disuruh emak mengindek padi, saya juga memanggil Jefri dan Alim membantu saya menginjak dan menunjal-nunjal ini itu.Kami sambil mengindek akan bernyanyi dan bergurau.Bunyi indek ini menumbuk kadang-kadang begitu mengasyikan kami ia berdentum dan berdegangan.Ada sesekali itu entah macam mana oleh kerana kami terlalu kuat menunjal-nunjal itu itu kayu pemegang kayu indek itu patah, apa lagi bergelempangan lah kami dan padi yang ditumbuk baru sedikit jadi terpaksalah kami dikerahkan oleh emak menumbuk padi itu dengan alu menggunakan pakai tangan.Jadi malam itu kami tidak dapat tidur kerana tangan habis lenguh-lenguh dan sakit.

Alu pula seingat saya digunakan untuk menumbuk padi dalam lesung oleh kaum perempuan disungaibatu.Disamping itu sering digunakan masa musim mengemping yang pernah saya ceritakan.Emping memanglah sedap kalau dimakan degan serawa telur.Begitu juga emping tumbuk yang emak tumbuk bersama gula kabung yang biasanya kami beli dari Benta dan kemudian digaul dengan kukuran kelapa.Ini adalah makanan yang saya sukai dimasa bebudak, dan sekarang ini amat jarang sekali kita bersarapan pagi dengan emping tumbuk lagi.Inilah diantara kenangan yang tidak dapat saya lupakan.Sementelah lagi bila musim mengeping disungaibatu berkumandanglah bunyi hentakkan alu kelesung yang berkelentung berkelentang dari segenap pelusuk tempat baik dari rumah kami, rumah Cik Pah, Rumah Wan Kiah dan lain-lain sepanjang malam musim mengemping.Ia ibarat gema irama muzik yang sungguh mengasyikan dan mengembirakan kami takala itu.

Dr Aminudin

Saturday, October 10, 2009

Recension Buku 1) Aku Buku Dan Cinta 2) Gerakan Orientalisma dan Kristianisasi



Diminggu pertama bulan Oktober, 2009 ini saya berkesempatan membaca buku berikut dan inilah recension terhadap buku tersebut :-

1.Aku, Buku dan Cinta ,karangan Dr Aidh bin Abdullah Al-Qami yang diterbitkan oleh Al-Hidayah Publication,2009.

Buku ini ditulis menarik perhatian saya sebagai peminat buku yang mana saya dapati kecintaan penulis ini adalah kepada buku-buku yang dibacanya.Buku yang dipanggil kitab oleh orang Arab itu yang menurutnya membaca tidak pernah membosankannya.Dia menjadikan kitab sebagai temannya dan kitab yang paling mulia ialah Al-Quran dan mempunyai mukjizat yang besar, selain dari itu dia membaca kitab tafsir.Dalam buku ini penulis menghuraikan beberapa kitab tafsir dan juga tokoh-tokoh ulama yang muktabar.Dalam seminggu penulis membaca mengikut jenis dan hari iaitu hari sabtu dia membaca buku kitab akidah,hari ahad dia membaca kitab fiqh,hari isnin membaca kitab tafsir,hari selasa membaca kitab hadith,hari rabu dia membaca kitab nahu, hari khamis dia membaca kitab sastera dan hari jumaat dia membaca kitab sejarah.Bila dia membaca kitab yang tidak sesuai dia tidak menyimpan kitab itu tetapi dia akan "menyoyakkan " atau pulang saja kerumah.Akhirnya beliau menyarankan kembali kepada Al-Quran dan sunnah,juga bacalah kitab para ulama yang hebat agar kita dapat melihat air mata yang sejuk.Rumusanya buku ini amat baik kita baca sebagai panduan pembacaan buku atau kitab yang ditulis oleh ulama Islam dan bukannya orientalis.

2.Buku Gerakan Orientalisme dan Kristianisasi Ancaman Kepada Ummah oleh Hj.Nik Azran Muhammed dan Hj Mohd Mahadi Hj Isa,diterbitkan oleh Hijjaz Records Publishing,2009.

Buku ini menarik perhatian saya untuk mengulasnya kerana artikel yang saya tulis berkaitan dengan Ilmu Kolonial yang dicipta oleh penjajah dahulu untuk terus menjajah minda kita rakyat Malaysia.Sebenarnya sebelum penjajahan barat bermula mereka telah mengwujudkan universiti sebagai tunjang pergerakan orientalis mereka, diantara yang ditubuhkan ialah Cambridge University,Chicago University,Canberra University dan lain-lain.Orientalis ini menghasilkan pelbagai jenis buku tentang Islam dan juga menubuhkan yayasan seluruh dunia misalnya Ford Federation,Cranigy, Royal Oriental Association dan banyak lagi.Matlamat mereka adalah untuk menjauhkan umat Islam dari aqidah dan syariah Islam.Buku ini juga telah menyinaraikan penyokong atau pendokong orientalis yang boleh anda kenalpasti bila membaca buku ini.Buku ini juga menghuraikan gerakan kristian dimalaysia dan Indonesia.Rumusannya buku ini baik untuk kita ketahui bagaimana pihak orientalis mahu mencengkam negeri-negeri yang pernah mereka jajah tetapi yang paling kita takuti ialah mereka ingin memesungkan akidah kita. Sekian dan Selamat Membaca.

Dr Aminudin

Thursday, October 8, 2009

Anekdot 5- Antah,Berteh dan Kerak Nasi

Dalam kehidupan sebagai seorang petani yang mengerjakan sawah diSungaibatu deRelong, tiga perkara ini iaitu antah, berteh dan kerak nasi adalah diantara perkara yang pastinya mereka mengerti atau ketahui.Namun begitu bebudak sekarang istilah tersebut mungkin jarang mereka dengar atau jumpa.Maklumlah sekarang nasi yang ditanak atau dimasak pakai peruk letrik ianya tiada berkerak.Berteh pula selalu digunakan pada masa orang hendak berjampi atau berpawang masa dahulu dan juga ditabur kepada pengantin bila samping kerumah pengantin perempuan seperti yang pernah saya coretkan dalam blog ini dan sekarang tidak diamalkan lagi.Akhirnya antah yang bebudak sekarang mungkin terjumpa dalam nasi, itupun mereka tahu atau tidak ianya bernama antah yang mungkin mereka buang saja bila berjumpa takala makan nasi.

Antah yang saya selalu pilih ada biji padi yang bercampur dengan beras bila padi telah ditumbuk atau dimesin oleh mesin padi atau ditumbuk dalam lesung padi.Seingat saya Pakangah Derani yang menjalankan mesin pengisar padi dekat rumah Tokempat Uda adalah seorang yang peramah dan baik dengan saya semasa kecil.Dikampung kami kalau untuk mengisar atau menumbuk padi secara banyak kenalah hantar kemesin pengisar padi yang dibuat oleh Pakangah Derani.Walaupun mesin pengisar itu terletak dekat rumah Tokempat saya ada juga berjalan-jalan sampai kerumah beliau diseberang paya Pakandak Dahan yang melalui batas-batas sawah sampai kerumah Maro (kawan saya sama sekolah).Selain dari itu mesin pengisar padi ini menghasilkan bahan sampingan iaitu sekam padi yang boleh digunakan membalut airbatu yang pernah saya ceritakan apabila kami beli pada bulan puasa dikedai Aki Subuh.Jadi Pakangah Derani kerana baik dengan saya yang selalu saya juga mengusiknya bila naik "basikaltua" seperti yang dinyanyikan oleh Sudirman itu memberikan saya secara percuma sahaja sekam padi itu bila-bila saya mahu.

Selain dari itu "antah nasi" memang ada bila orang memasak diwaktu khenduri-kendara dikampung kami seperti yang saya ceritakan.Saya selalu kesabak dan baik dengan Tok Senduk seperti yang pernah ceritakan.Tukang masak yang pandai bertanak macam Abang Nor selalu saya "kacau" bila dia bertanak, jadi kerana kenakalan saya telah dilantik memerhatikan "antah nasi" dalam kawah yang dia masak atau orang lain yang masak seperti Tok Pawang Isa atau Abang Husin Dedeho.Sebagai balasan kepada saya memerhati "antah nasi" saya diberikan kerak nasi yang panas-panas dalam kawah setelah dimasak.Inilah habuan yang saya minat makan dengan kawan-kawan lain beramai-ramai bersama gulai daging yang memang sedap betul bagi kami ketika itu.

Akhirnya berteh adalah antah padi yang saya pilih dan kumpul lama-lama bila banyak ianya digoreng menjadi berteh.Berteh ini biasanya diguna bila Tokpawah nak berjampi ketika kami sakit dikampung dahulu.Saya masih ingat Tok Pawang Muhamad dari Bapong yang pernah menjampi saya mengunakan bertih ini semasa saya demam.Saya lihat dia berkumat-kamit membaca mentera dan kemudian mengambil bertih yang emak isi dalam mangkuk dan kemudian mengambil sebahagianya ditaburkan kepada saya, entah macam mana beberapa ulas dari bertih itu memasuki hidung saya dan saya terbersin amat kuat dan mungkin Tok Pawang Muhamaad agak mengantuk petang itu hingga dia terkejut besar dan hampir terbalik dan kepalanya terkena dinding papan rumah kami.Melihat demikian saya ketawa kuat dan dia juga ikut ketawa.Dia menyatakan pada saya " Keh Mengatuk " .Saya selepas itu berkebah dan baik dari demam.Inilah peristiwa saya terkenangkan Tok Pawang Muhamad dan bertih yang dia selalu suka membantu orang kampung yang inginkan pertolongan dikampung Relong dan Bapong dan saya diberitahu oleh emak dia sekarang telah beristeri muda.

Dr Aminudin

Wednesday, October 7, 2009

Anekdot 4- Ampaian Dan Belibis (Dendrocygna javanica)

Rumah kami ditepi gedung,paya dan Guabama deRelong itu sering juga didatangi oleh banyak burung-burung belibis(Dendrocygna javanica)yang datang entah dari mana.Burung-burung ini kalau datang banyak betul.Mereka bermain ditepi gedung dekat rumah kami itu.Burung ini kadang-kadang saya dapati ada yang bertelur dipulau kecil dalam gedung wan itu yang mana bila saya bersama Jefri dan Alim anak Pakangah Man datang bermain kami menemui telur itek dan juga belibis-belibis itu.Kami akan rebus telur-telur itu dibangsal tempat kami bermain pondok-pondok yang pernah saya coretkan dalam blog ini.Ayah telah membuatkan ampaian tempat menjemur kain baju kami ditepi gedung wan itu, yang kalau tidak silap saya dibawah pokok belimbing tepi gedung tersebut.Ampaian ini ayah buatkan tiang kayunya dari teras merebau yang terkenal kukuh dan juga dipasang beberapa tali dawai tempat diletak kain baju jemuran kami.

Selain dari meletak kain baju jemuran kami, saya lihat emak juga menjemur helaian-helian mengkuangnya yang telah dicelup warnanya pada ampian ini. Memang kelihat indah dari jauh ia berwarna-warni bergantungan bila disinari cahaya matahari dari jauh yang kelihatan kehijauan,kemerahan,putih,dan chokat.Inilah pemandangan yang tidak saya lupakan bila teringatkan ampaian kami disungaibatu.Begitu juga kadang-kadang kami iaitu Saya, Jefri dan Alim mencari duit poket dengan menjual buah-buah rambai dipekan sari kampung Relong setelah tidak laku buah itu kami gantungkan buah-buah rambai yang kami ikat itu pada ampian tersebut.Buah rambai yang biasa kami panjat dan banyak dekat rumah Pakangah Man ialah rambai yang kami panggil "rambai telur".Rambai jenis ini memang manis dan buahnya bulat, bila masak ia licin dan warna keputihan telur.Buah-buah yang tidak laku ini kami jemur diampaian yang kemudian boleh pun dihiris kulitnya halus-halus untuk dijadikan sayur kulit rambai yang dicampur dengan kacang panjang muda yang kalau kami makan nasi memang membuat kekenyangan tersandar kediding rumah.

Berbalik pada cerita belibis ini entah macam mana pada satu hari jumaat petang itu ayah telah menjemurkan jaring ikannya pada ampian kami itu dan tidak diangkatnya (diambilnya) bila menjelang malam.Kebetulan petang itu saya lihat banyak betul belibis bermain dan bergurau ditepi gedung kami itu.Jadi mungkin mereka tidur ditepi gedung kami itu pada malam itu, bisik hati saya.Kira-kira jam 10.00 malam itu hujan dan pelangkau (bahasa slang kami disungaibatu yang bermakna petir dan kilat)begitu juga serta ribut yang kuat. Esoknya bila ayah bangun dan hendak mandi untuk sembahyang subuh dia dapati jaring dia bergegaran dan putih dipenuhi oleh belibis-belibis itu, apa lagi dia memanggil saya dan emak untuk melihatnya.Kemudianya kami menangkap dan menyembelihnya.Oleh kerana agak banyak burung-burung belibis itu pada esoknya saya ,Jefri dan Alim ,kami menjual belibis itu dipekan sari kampung Relong yang dibuat pada pagi sabtu itu.Orang ramai yang datang berebut-rebut datang untuk membeli burung belibis yang kami jual.Inilah kenangan saya dizaman bebudak yang kadang-kadang saya teringatkan Jefri dan Alim.

Dr Aminudin

Tuesday, October 6, 2009

Anekdot 3- Ayam Kami Dan Gadong (Dioscorea hispida)

Rumah lama kami disungaibatu deRelong terletak ditepi gedung Wan dan juga Guabama memang begitu banyak kenangan.Justeru itu saya telah mengarang banyak kenangan-kenangan tentangnya.Inilah rumah lama tempat saya dilahirkan.Disamping terdapat batu-batu besar tempat emak menjemur padi ianya juga banyak pokok-pokok buahan yang hidup dikawasan itu.Pokok yang saya ingat ialah manggis,bidara,rawa,limau bali,rambutan gading,jambu bertih,jambu bangkok,jambu batu,rambutan,langsat,belimbing,kelapa, pinang dan mempelam. Rumah kami juga terletak ditepi paya atau sawah kami ditepi Gua tersebut.Dipaya inilah yang banyak saya coretkan tentang mencangkul sawah, menanam padi ,mengubah, menuai, mengemping,mengirik dan menumbuk padi .Selain dari itu ayah membina sebuah reban ayam yang agak besar juga dekat pokok durian yang menghadap kepaya kami itu.Direban inilah ayah membela ayam dan juga itek.Atap reban ayam kami dibuat dari daun pedor dan juga beberapa sangkar ayam yang dibuat dari daun rembia.Dimasa saya kecil ayah selalu menyuruh saya memberi makan ayam dan itek kami dengan padi,rembia,nasi yang takhabis kami makan dan juga kadang-kadang gondang yang pernah saya ceritakan.

Saya memang suka juga makan ayam kampung dan juga telur itek yang dimasak lemak dengan dicampur dengan ubikayu atau rebung oleh emak.Telur ayam kampung pula saya kadang jual kepekan sari kampung Relong yang bersempadan dengan kampung Bapong bagi duit belanja sekolah.Kadang-kadang bila ayam kami membiak ayah ada juga menjual ayam-ayam kampung kami ini kePadang Tengku yang biasanya dia isikan ayam-ayam itu dalam Tengkalang yang diperbuat dari buluh.Mengenai kami memelihara ayam ini perkara yang saya tidak boleh lupalah bila ayah membawa balik ubi gadung (dioscorea hispida) dari Bukit Perupuk setelah dia menerangkan kebun getah kami yang telah ditanam semula.Ubi ini hidup dikebun getah itu bersama ubi kemili yang ayah tanam.Jadi bila lihat ubi ini terletak dibawah pelantar rumah kami, saya mengambilnya untuk diberi makan ayam-ayam kami kerana masa itu padi untuk ayam telah habis dan juga rembia belum lagi ditebang batangnya untuk kami beri makan ayam dan itek kami.Memang seronoklah memotong-motong ubi gadung itu dan diberi makan ayam-ayam itu.Mereka berebut-rebut memakan ubi tersebut dengan lahapnya maklumlah lapar.Namun tidak lama selepas itu saya lihat ayam dan itek-itek kami terhuyung- hayang dan kesemuanya rebah.Saya ingat habislah kali ini mereka keracunan mati akibat makan buah gadung itu.Setelah tidak berapa lama kemudian ayah balik dan saya memberi tahu akan ayam dan itek kami yang bergelempangan setelah memakan ubi gadung itu.Dia cepat menyuruh saya mencari buah kelapa yang banyak gugur dan kemudian dia mengupas dan mengambil air dan disiramkan kepada ayam dan itek-itek kami itu.Tidak lama kemudian kelihatan ayam dan itek itu sedar dan bangun semula.Mengikut ayah ,ayam dan itek itu pensan kerana memakan ubi gadung yang tidak dibuang racunnya dahulu sebelum diberi mereka makan.Jadi kita kena rendam dahulu ubi gadung itu dalam air kelapa semalaman kemudian barulah boleh dimakan.Manakala air kelapa pula adalah penawar bagi yang pengsan dan sampai hari ini saya memang ingat sangat tentang ubi gadung ini dan sehingga hari ini saya tidak mahu memakan ubi tersebut lagi.

Dr Aminudin

Anekdot 2- Acar Mentimun

Saya pernah mencoretkan tentang semasa kecil disungaibatu deRelong saya sering mengikut emak ketempat orang kenduri kahwin.Dalam blog saya tentang "bawang " ada saya ceritakan kami yang datang kerumah orang membuat persediaan sebelum kenduri kawin melakukan kerja-kerja seperti mengupas bawang besar dan kecil juga kerja-kerja lain seperti mengupas kentang, mengupas keledek, menyiang labu, mengupas nyor dan sebagainya.Saya sering mengikut emak kerana dia terpaksa membawa saya kerana tiada orang dirumah.Ayah pergi menoreh getah diTeha dan kalau ada wan saya tinggal dengan wan, namun wan juga sering pergi kerumah anak-anaknya yang lain iaitu PakWe,Pakencik,pakatih dan Pakandak.Jadi banyak juga rumah orang kenduri kahwin yang saya pergi dengan emak membantu mereka membuat kerja-kerja persiapan kenduri kahwin.Apa yang saya ingat ialah semasa Akak Milah nak kahwin saya dan emak memang tidak kemana hanya dirumah Pakencik membantu mereka membuat persediaan itu.Wan pun dah duduk rumah Pakencik bila berlaku perkahwinan itu.

Orang memang ramai datang membantu baik dari Bapong,Behrang dan Berchang bila Akak Milah kahwin ini dengan Abang Mat Skuter.Saya seperti biasalah membantu orang perempuan lain mengumpulkan bawang-bawang besar dan kecil yang telah dikupas mahupun dibelah kecil-kecil.Disamping itu ada juga mentimun muda yang telah dikerat-kerat barang sepanjang dua inci dan tebal kira suku inci.Saya memang suka makan acar mentimun muda terutama yang dimasak dengan taucu, ikan bilis dan lada besar yang kami panggil disungaibatu sebagai lada "pegor".Dalam mengupas dan memotong mentimum muda ini kita akan membuang "empulur"nya yang menjadi kegemaran saya juga dibuat air "mempulur" mentimun muda dengan dibancuh dengan gula batu.Kalau dibuat memang sedap.Selain dari itu saya juga suka membelah kelapa yang telah dibuang kulit dan sabutnya itu yang kalau saya lihat ada tunas atau cambahnya untuk saya pecahkan buah kelapa itu untuk diberikan pada orang-orang perempuan yang datang mengukur kelapa dalam kerja-kerja berderau ditempat orang kenduri itu.Saya suka memakan " tombong" yang biasanya terdapat dalam buah kelapa itu.Dalam kerja kahwin Akak Milah ini saya berlawan dengan akak Milah memakan lada, ketika itu memanglah lada "pegor" tidak pedas,kalau ada yang pedas saya akan minum air mentimun yang saya buat dengan gulabatu itu.Bila sampai kebahagian cabar-mencabar oleh Akak Nab supaya kami makan ciri padi, apalagilah sebagai budak yang terkenal nakal masa itu, saya makan seraup ciripadi, apalagi meletuplah mulut saya kepedasan dan tiada jalan lain meminum air kelapa yang disimpan dalam besen ditanah bawa pokok mempelam dekat parit rumah pakencik itu dan mencurah keseluruh badan.Akak milah juga habis muka merah macam terbit api kepedasan dia berlari kedapur rumahnya mencari gula.Peristiwa ini selalu saya ingat pada Akak Milah hingga sepanjang hayat saya.Saya juga berharap dia terus menanam cilipadi dekat rumahnya diJengka 8, bagi mengatasi harga cilipadi yang agak mahal sekarang dan juga kenangan kepada telatah kami dimasa dahulu.

Dr Aminudin.

Monday, October 5, 2009

Database By Dr Aminudin Hj Abdul Karim For Research On Bama Valley Part V
















62.Lutfi Abas dan Awang Sariyan,Kamus Pelajar Delta,Pustaka Delta Pelajaran Sdn Bhd.,PJ,1988.
63.MOhd Janib Johari,Etika Profesional,UTM,Sekudai,2001.
64.Mayhew,S.,A Dictionary of Geography,Oxford University Press,2004.
65.Malik Badri,Konflik Ahli Psikologi Islam,IBS Buku Sdn Bhd.,1989.
66.Shamsul Amri Baharuddin,Budaya Yang Tercabar,DBP,Kuala Lumpur,2007.
67.Zainal Abidin Bakar,Kumpulan Pantun Melayu,DBP,Kuala lumpur,1991.
68.Ahmad Von Denffer,Research In Islam :Basics,Principles and Pratical Suggestions,The Islamic Foundations,1985.
69.Prof.Abdullah Hassan,Psikologi Moden untuk Pendakwah,PtS Publications and Distributors Sdn Bhd.,Bentong,2001.
70.Zakaria Hitam,AsalUsul Nama Tempat Bersejarah DiNegeri Pahang D.M,Lembaga Muzium Negeri Pahang,pekan,1991.
71.Muhammad Zakaria dan Mustafa Ali Muhd,Tumbuhan dan Perubatan Tradisional,Penerbit Fajar bakti Sdn.bhd,Kuala Lumpur,1992.
72.Yaakun Isa,Kamus Bahasa Melayu Klasik,Berita Publishing Sdn Bhd..Kuala Lumpur,1997
73.Dai Yin Fang and Liau Cheng Jun,Fruits as Medicine,Pelanduk Publications,Selangor,1999.
74.The Malaysian Economy in Figures 2003,EPU,Prime Minister's Department
75.Laporan Tahunan 1999,Unit Penyelarasan Perlaksanaan,Jabatan Perdana Menteri.
76. Rice,Bloomsbury Books,London,1994

Dr Aminudin

Sunday, October 4, 2009

Anekdot 1 - Anting 2

Kadang-kadang saya teringkatkan juga Makandak Minah yang pernah saya paparkan gambarnya dalam blog ini.Makandak sering juga datang kerumah kami disungaibatu bila dia ada masa lapang.Dia selalu berborak dengan Wan, Emak,Akak Siti, Akak Milah,Akak Nab dan lain-lain serta juga dia datang untuk mencari mengkuang dekat gedung batu wan kami itu.Mereka semua memang tahu kenakalan saya dimasa kecil yang selalu hendak itu dan ini dari mereka.Masa saya kecil memanglah saya selalu meminta itu dan ini.Saya sebagai budak lelaki memang selalu pula berkawan dengan bebudak perempuan lain seperti anak Pakencik Akob, iaitu Kakak Milah dan Miah (kawan seumur saya), anak Pakwe Muhammad seperti Akak Yah, Akak Munah, Dijah dan Emah dan anak Makandak iaitu Azi ketika itu, Manakala Ainon seingat saya belum ada lagi.

Jadi bagi kaum perempuan bila berjumpa dan berborak tentulah hal-hal urusan rumah tangga dan juga berkaitan dengan pekara membeli barang perhiasan seperti gelang, cincin,subang,anting-anting,rantai leher dan sebagainya.Dalam beborak itu Makandak ada cadangan untuk membelikan anting-anting untuk Azi.Jadi apa lagi saya yang ada duduk tercatuk dekat mereka yang berbual dipelantar rumah kami yang menghadap gua bama ketika itu turut mahukan dibelikan anting-anting itu.Saya meminta emak menyuruh Makandak membelikan " barang" itu untuk saya juga.Mereka semua ketawa dan mengatakan yang saya tak perlukan "barang " itu.Saya apa lagi terus menjerit dan mahukan barang itu dibeli juga oleh Makandak.Saya turun dari pelantar dan ketanah serta bergoleng-goleng atas tanah depan pelantar tempat mereka berborak itu sambil menangis.Akhirnya emak bersetuju menyuruh Makanadak membelikan "Barang" itu dikuala Lipis nanti.Jadi pada masa yang telah ditetapkan kami iaitu Pakandak,makanda,emak saya, bersama anak-anak makanadak iaitu Manan,Azi,Nuar dan Zahar kami pergi keKuala lipis membeli barang itu.Akhir bila telah dibelikan oleh Makandak untuk Azi sepasang anting-anting dan sepasang lagi untuk saya, barulah saya tahu apa itu anting-anting.Saya berasa amat malu,dan kemudian menyuruh emak simpan sahaja namun apakan daya saya ketika itu hanyalah seorang budak yang nakal masa itu.Setelah itu kami bergambar dan gambar itu masih kami simpan dan bila saya menatapi gambar itu saya teringatkan Makandak dan Azi yang telah tiada lagi dan juga kenakalan saya .

Dr Aminudin.

Database By Dr Aminudin Hj.Abdul Karim For Research On Bama Valley Part IV

















46.Malaysia Wetland Directory,Publisher by Department of Wildlife and National Parks,Malysia,Kuala Lumpur,1987
47.Mohd Jamil Mukmin,Melaka Pusat Penyebaran Islam DiNusantara,Institut Kajian Sejarah dan Patriotisma Melaka,Melaka,2004.
48.Tunku Intan Mainura Tunku Makmar Nizamuddin,Practice of Diplomatic Immunities and Privileges,Institute of Diplomacy and Foreign Relations,Kuala Lumpur,2003.
49.Industri Perlombongan Malaysia,Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,Kementerian Sumberasli dan Alam Sekitar,Kuala Lumpur,2007.
50.Englander,I.,The Architecture of Computer Hardware and Systems Software,John Wiley and Sons Inc,New York,2000.
51.Ismal Hussein dan lain-lain,Tamadun Melayu Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu,Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi,2001.
52.Shaharin Yussof,The Natural and Other Histories of Batu Caves,Malaysia Nature Society,Kuala Lumpur,1997.
53.Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi,Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam pengajaran Dan Pemelajaran Bahasa Melayu:Teori dan Praktis,Karisma Publications Sdn.Bhd,Shah Alam,2008.
54.Miller,H.,Jungle War in Malaya:The Campaign Against Communism 1948-60,Arthur Barker Limited,London,1972.
55.Goodall,B.,Dictionary of Human Geography,The Penguin,London,1987.
56.Yunos Pipet,Gasing Melayu,DBP,Kuala Lumpur,1993.
57.Rustam A.Sani,Ketemu DiAlur Zaman,Media Icon Sdn Bhd,Kuala lumpur,2009.
58.Dato Hj.Muhammad Saleh Hj Awang,Sejarah Darul Iman Hingga 1918M,Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.,Kuala Lumpur,1983.
59.Ir.Hj.Mazelan Abdul Samad,Menjejak Asal Usul Dato'Linggi,Tidak DiTerbitkan,2003.
60.Papers Relating To Trengganu,MBRAS Reprint Number 10,Kuala Lumpur,1983.
61.Alistair Seton,Nobuko Matsumoto and Noriko Hayashi,Japanese Vocabulary for Speakers and Readers,Golden Books Centre Sdn Bhd.,Kuala Lumpur,1991.