Friday, October 16, 2009

Anekdot 9- Belulang,Belikat dan Bentan

Belulang yang biasanya terdiri dari kulit kerbau atau kambing yang tidak dicuci.Ia biasanya dibiarkan kering oleh Pakangah Man tidaklah kami peduli.Maklumlah kami masa kecil diSungaibatu deRelong tidak begitu tahu akan kegunaannya masa itu.Bila kami tanya pada Pakangah Man dikata nak buat kulit rabana.Kami tidak minat sanggat pasal kulit belulang ini.Tapi yang kami tahu atau pasti yang tangan kami akan jadi bebelulang kalau terlalu kuat berkerja.Saya dapati tangan abang Mamat suami kepada Akak Nongsiah memang bebelulang tanganya kerana dia kuat kerja, lagipun dia kuat mengangkat padi berguni-guni diUlu Teris.Saya masih teringatkan dia bila kami berkerja menarik rantai diMela kerana menyukat tanah FELDA bersama-sama dia.Dia kuat mengangkat barang-barang peralatan menyukat kami dan saya ketika itu gembira berkerja bersama mereka dan tanganpun mula nak bebelulang tetapi oleh kerana kerja sambil itu tidak lama, tangan saya sudah mula pulih semula.Kenangan berkerja dengan mereka termasuk mandor Mat Puyu itu mengingatkan saya tentang kegemaran saya memakan pucuk-pucuk kayu dalam Hutan Mela itu betapa besarnya anugerah Allah kepada makhluknya yang lain didalam hutan supaya boleh memakan tumbuhan hutan.

Bila kita terlalu kuat berkerja ini membuatkan urat-urat dan tulang belikat kita "lari" dan menyebabkan kita dapat sakit belikat.Kami orang kampung yang kuat menebas dan mencangkul sudah pasti akan mengalami sakit belikat.Oleh yang demikian peranan tukang urut macam Abdu Hadi seperti yang saya coretkan dalam blog ini memainkan peranannya.Namun begitu saya difahamkan warisan mengurutnya itu tidaklah lagi diambil oleh anak-anaknya.Jadi sebab itulah sekarang peranan SPA atau pusat-pusat kesihatan yang menyediakan perkhidmatan mengurut sekarang mendapat sambutan kerana para pengurut tradisional tidaklagi menurunkan ilmunya kepada anak mereka.

Bagi yang sakit dikampung kalau tidak dijaga pantang larang akan jadi bentan atau penyakit itu berulang semula.Ini biasa terjadi kalau kita bersunat atau bercalat dengan tidak menjaga makan atau minum.Oleh kerana saya telah bersunat diHospital Lipis dan seingat saya "geng" saya bersunat ialah Wan Azman anak kepada Tok Setia Perba Jelai ketika itu, saya pula telah tidak jaga makan sangat ,jadi telah menjadi bentan pada anu saya dan saya naik malu juga kerana beberapa kali saya naik-turun bas balik dan pergi kehospital Lipis.Ini menyebabkan banyak orang ketawakan saya,maklumlah jalan terkangkang-kangkang dengan memakai kain pelekat pulak berjalan dipanas terik.Inilah pengalaman bentan kerana bersunat yang tidak dapat saya lupakan.

Dr Aminudin

No comments: