Saturday, October 3, 2009

Memahami Sikap Manusia Menerusi Teori Kognitif Sosial

Saya kadang-kadang ingin ketawa kuat melihat gelagat manusia yang bermacam-macam ragam dimana ada yang cool aje,ada yang menyombong,ada yang ego tidak tentu arah , ada yang bersimpati pada orang lain, ada yang suka mengherdik orang lain ,ada yang berlagak dirinya besar dan kuat tetapi akhirnya terjelepuk dalam longkang seperti yang pernah saya coretkan dalam blog saya tetang memori saya diJENAN dan macam-macam lagi gelagat manusia, 1001 macam.Kadang-kadang bila saya renungan Kisah 1001 Malam ia ada kalanya menyamai realiti ini.Inilah fitrah manusia dan kita kenalah menananginya dengan bijaksana.Saya teringatkan Prof.Sulaiman yang mengajar kami berbagai toeri komunikasi diUniversiti Pertanian dahulu semasa saya mengikuti ijazah Sarjana Sains (MSc).Malahan saya kena turun kepadang (field)pergi kepaya-paya orang diSabak Bernam, Selangor untuk membuat penyelidikan.Disamping itu juga saya menbuat kajian tentang Orang Asli diPaya Sok, Temerloh tentang pembangunan dan kmunikasi.Saya bertuah dapat bertemu semula dengan Rosli anak Tokbatin yang merupakan kawan sekolah saya diLipis dahulu, bila berjumpa dia kata macam nak menangis bila jumpa saya semula kerana maklumlah dah berpuluh-puluh tahun tak jumpa.Bila saya nak balik petang itu,penuh kereta Honda CRV saya, diasaknya dengan buah-buah kayu, pelbagai jenis akar kayu dan juga kraftangan.Ini adalah ganjaran yang saya dapat dengan kata lain teori ini menyebutnya sebagai ganjaran asas atau primer.Selain itu ialah ganjaran secondary dalam teori ini yang berupa kasih sayang,persahabatan, pengiktirafan, kuasa dan lain-lain.

Jadi ganjaran secondary menjadi penting pula dalam kehidupan seseorang manusia dan inilah yang boleh mempengaruhi sikap seseorang.Perkara ini juga dipanggil sebagai keperluan yang tidak ketara seseorang inginkan seperti inginkan dirinya dihargai.Seseorang perlu dihargai akan hobinya seperti membaca buku seluruh pelusuk alam dan menghargai status keluarganya yang menyimpan banyak buku.Dalam halini Paksaudara saya yang sanggup membeli buku yang diminatinya hingga sudah menjadikan dua buah rumahnya dipenuhi buku-buku dan bila dia meninggal sudah siapa yang menjaganya.Begitu juga sepupu saya sanggup memperuntuk RM 500 sebulan sejak tahun 1970 dan hingga sekarang umurnya 57 tahun masih membeli buku dan dah tak tahu nak simpan dimana buku-bukunya.Begitu juga saya mulai membeli komik Beano sejak umur 7 tahun kini komik-komik itu telah membusut jantan.Keduanya ganjaran tidak ketara ini adalah untuk memenuhi kegoawan seseorang, jadi ego seseorang itu perlu dibelai dan sesiapa yang tidak membelai keegowannya tidak dapat mempengaruhinya.Keperluan tidak ketara yang ketiga ialah keperluan untuk kuasa kerana manusia meminati lambang-lambang kuasa seperti rumah besar,kereta jip besar,motosikal berkuasa besar,gelaran ,pangkat dan sebagainya.

Natijahnya teori kognitif sosial berasaskan ganjaran ini akan menjadikan seseorang itu mudah dipengaruhi, maka berhati-hatilah kita dengan keegowan sendiri.Namun oleh kerana fitrah manusia kita nak buat macam mana, jadi dari segi teorinya memang sudah ada dan telah dibuat kajian maka kami masa itu sebagai pelajar ketika itu hanyalah mengangguk-angguk saja, juga lepas itu diajukan buku rujukan supaya dibeli oleh cadangan Prof S itu, kamipun membelinya dengan membuta tuli.

Dr Aminudin

No comments: