Tuesday, December 25, 2012

Pahang Beachcombing

Bahagian Pertama kajian saya bertajuk "Pahang Beachcombing" telah disiapkan dan kini Bahagian Kedua iaitu Kajian Lapangan dan juga Ujikaji akan saya jalankan.Walaubagaimanapun kadungan kajian tersebut adalah seperti berikut:-

1.Skop kajian dan Definisi Beachcombing
2.Geografi Pahang Sepintas Lalu
3.Geologi Pahang Selayang Pandang
4.Iklim Malaysia dan Pahang Sepintas Lalu
5.Germofologi Pinggir Pantai
6.Marin dan Sumbangannya
7.Hutan dan Kawasan Persekitaran Pantai
8.Flora dan Fauna Pinggir Pantai
9.Pasir,Batuan,Kerang dan Karangan Pantai
10.Puja Pantai Dalam Kenangan
11.Bumi Ciptaan Allah Dan Kebesaran Allah
12.Kajian Lapangan Dari Pantai Cendur,Kuantan Hingga KePantai Rompin
13.Penemuan-Penemuan
14.Epitome
Bibliografi
Peralatan Digunakan Bagi Kerja Lapangan

Monday, November 26, 2012

Pahang Beachcombing- Menerbitkan Semula Poskad

Sempena kajian saya bagi pantai-pantai diPahang dimulai dari Pantai Cendur,Kuantan hingga kePantai Tanjung Gemuk,Rompin saya bercadang untuk menerbitkan semula poskad yang kebanyakan dari kita sekarang telah tidak menggunakan. Memanglah dengan dengan ada media cetak menerusi ICT sekarang, gambar-gambar boleh kita perolehi dilaman-laman web dan blog. Namun saya terasa coretan dari kawan-kawan dan tempelan stem diatas poskad itu lebih meninggalkan kesan nostalgia dan dapat disimpan dalam album.Bila sila melihat poskad lama seperti diFraser Hill dan Cameron Highlands ditahun 1930an tentu kita dapat merasakan betapa dahulu cuaca kedua tempat ini begitu dingin dahulunya berbanding dengan cuaca sekarang.Ini semua saya huraikan tentang iklim Malaysia dan Pahang dalam buku saya ini...Beachcombing.Dipaparkan dua poskad lama bagaimana Fraser Hill dan Cameron Highlands dahulu dari buku Malaya 500 early postcards, oleh Cheah Jim Seng,2008.

Friday, November 23, 2012

Pahang Beachcombing- Siri 3

Geologi Pahang

Geologi Negeri Pahang didominasi oleh batu sedimen dan metasedimen yang berusia Paleozonik dan Mesozonik serta terdapat batuan igeneus rejahan aliran voleano yang berbagai-bagai usianya. Kepelbagaian usia dari zaman Paleozonik Awal hingga ke Mesozonik itu menjadikan Negeri Pahang ada kemungkinan menjangkau sempadan usia Perm-Trias iaitu Zaman yang kepupusan sejarah bumi dengan longgokan fosil dinasaur dalam enapan daratan Jura-Kapur dalam kawasan geologi Negeri Pahang ini. Ekonomi dan geologi Negeri Pahang memang kaya dengan mineralnya dan dengan banyak terdapat diKuala Lipis (lihat Kajian Lembah Bama Sebagai Lembah Emas yang saya tulis pada tahun 2009) dan Raub.Mineral yang banyak diPahang ialah emas, timah,tembaga, bijih besi dan lain-lain.Malahan dari segi Paleontologi adalah negeri yang terkaya dengan fosil Paleozonik dan Mesozonik (Warisan geologi Malaysia, 2001).

Lapuran industri perlombongan tahun 2006, menunjukkan Negeri Pahang mempunyai 15 lombong yang beroperasi terdiri daripadanya enam lombong emas, lima lombong bijih besi dan tiga lombong bijih timah dan satu lombong kaolin. Pahang adalah negeri pengeluar emas yang terbesar diSemenanjung Malaysia dan begitu juga bijih besi pada tahun 2006. Emas Pahang sebahagian besarnya dikeluarkan dari Lombong Emas Penjom dan inilah bukti bahawa Lembah Bama (Kuala Lipis) merupakan Lembah Emas seperti mana dalam Teori Lembah Bama yang saya kemukakan itu telah terbukti benar.

Pahang Beachcombing- Siri 2

Geografi Pahang Sepintas Lalu

Pahang merupakan negeri terbesar diSemenanjung Malaysia dimana keluasannya ialah 3,596,585 hektar.Geografinya merupakan berkeadaan tanah tinggi disebelah barat dan bercerun landai serta rendah dikawasan pantai seperti Kuantan, Pekan dan Rompin. Pantainya yang semula-jadi indah dan menawan itu kelihatan dari jauh kebiruan membuat ramai orang tertawan itu mempunyai pantai yang panjang sekitar 208kilometer. Ombaknya pula begitu besar dan kadang-kadang kasar memukul pantai Pahang dimusim tengkujuh dan ramai nelayan yang mendiami sekitar pantainya tidak dapat turun kelaut mencari rezeki dimusim tengkujuh.Manakala kebanyakan pusat-pusat peranginan yang mempunyai hawa yang dan sejuk sepanjang tahun disemenanjung ini terletak diPahang.Tempat peranginan tersebut yang memang sudah terkenal diperingkat antarabangsa ialah Genting Highlands yang terletak diatas paras ketinggian diatas 2,000 meter dari paras laut itu boleh dikunjungi bila-bila masa dari Kuala Lumpur menerusi Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuantan. Bagi Cameron Highlands pula yang terletak diatas ketinggian 800 meter dari paras laut itu merupakan tempat peranginan sejak zaman penjajahan British itu masih lagi dikunjungi ramai pelawat untuk melihat kebun-kebun sayur dan bungaan serta juga ladah teh BOH. Begitu jugalah Franser Hill yang mengambil sempena nama Louis James Fraser yang berada diatas ketinggian melebihi 1500 meter dari paras laut masih boleh dikunjungi untuk merasakan hawanya yang dingin.Namun kedinginan diCameron Highland dan Fraser Hill buat masa ini tidaklah lagi sedingin sewaktu saya zaman bebudak ditahun 1960an dahulu kerana telah banyak mukabumi kedua-dua tempat tersebut telah diterokai.

Thursday, November 22, 2012

Pahang Beachcombing-Siri 1

Mulai hari ini saya mulai menulis tentang "Pahang Beachcombing(PBc)".Minat saya menulis tentang PBc ini adalah kerana semasa saya bertugas diagensi keselamatan , kami menjaga dan mengawal semua pantai negeri Pahang mulai dari Pantai Cendur hinggalah keTanjung Gemuk diRompin Pahang, malahan hingga kePulau Tioman. Sejak itu saya meminati pantai-pantai negeri Pahang dan kini saya menetap ditepi pantai Negeri Pahang yang saya cintai ini. Kajian tentang "Beachcombing" diNegeri Pahang setahu saya belum ada lagi, maka kajian saya ini merupakan kajian perintis dan diharapkan dimasa akan datang dibuat pula oleh pengkaji yang lain.Sebelum saya menulis dalam siri-siri yang akan datang adalah baiknya saya definikan apa itu "Beachcombing", perkara ini bagi memudahkan perbincangan dibuat tentang skop kajian. Maklumlah sekarang ini begitu cerdik-pandai yang ingin mengkritik kajian kita sedangkan mereka tidak menulis sebuah buku pun hanya cuma dalam blog yang dikatakan menjadi kesukaan ramai.

Kajian tentang "Beachcomber" pernah dibuat diEropah pada tahun 1847 tentang penduduk yang mendiami Pulau Pacific Selatan ,dimana "Combing" merujuk kepada pantai dan juga air laut sekitarnya.Ketika itu orang yang menduduki tepi pantai adalah pelaut yang tidak mempunyai perkerjaan.Namun hari ini penduduk tepi pantai adalah juga para peniaga yang berurusan dengan pemilik kapal dan pedagang.Hari ini istilah "Beachcombing" telah berubah menjadi "seorang yang membuat kajian tentang pantai dan kawasan sekitarnya ", malahan bagi pengkajian sedemikian memperolehi pula barang-barang yang berharga, pemandangan yang menarik dan penyelidikan yang menemukan hasil-hasil baru.Ada juga pengkaji yang membuat film tentang "Beachcombing " ini umpama dalam siri televisyen diKanada berjudul The Beachcombing yang dikeluarkan oleh British Columbia.

Saturday, November 17, 2012

Buku terbaharu "Bagaimana Menulis Memoir Secara Teori dan Praktik"

Saya sekarang sedang mengedit buku saya yang berjudul "Bagaimana Menulis Memoir Secara Teori dan Praktik", buku tersebut akan saya terbitkan pada tahun hadapan.Apa yang menariknya saya mengimbau kembali memoir saya semasa diJenan(SMSAH) dan SMART.Ini adalah foto bagi memoir tersebut dan salah satu foto tersebut dinukil dari Album Marizad, Jenan.Terima Kasih.

Monday, November 5, 2012

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang: Satu Dimensi Baru

Sejarah Pahang tidak banyak ditulis oleh sarjana Pahang, mereka lebih suka menulis sejarah negeri orang lain agaknya.Saya telah menulis sejarah berkaitan Pahang telah beberapa buku diantaranya Kajian Lembah Bama Sebagai Pusat Perdagangan Terawal DiAsia Tenggara, 2009.Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara DiTulis Oleh Orang Lembah Bama,Kuala Lipis,2011,Rona-Rona Pengembaraan,Peristiwa dan Pembangunan Pahang,2012 dan Biografi Mejar (B)Abdillah,2012.Kini saya sedang menyiapkan buku kajian Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang:Satu Dimensi Baru.Dalam kajian ini saya mendapati Jepun telah lama mengetahui Pahang sebuah negeri yang banyak sumber mineral.Mereka menghantar perisik-perisik keKuala Lipis untuk mengesahkan hal mineral ini dan memang benar sekarang Kuala Lipis adalah pengeluar emas terbesar didunia dari lombong diPenjom dan diempang Jalih.Selain dari itu Kuala Lipis yang menjadi Ibu Negeri Pahang merupakan pusat perisikan Jepun.Ibu Pejabat Pusat Perisikan tersebut ialah Sekolah Menengah Clifford sekarang. Bilik-bilik tempat mendapat maklumat perisikan dibina dan sekolah tersebut serta juga bilik penyiksaan terdapat dalam kawasan sekolah tersebut.Namun telah dimusnahkan pada tahun 1980an akibat dikatakan berhantu dan mengacau budak sekolah. Adalah perkara ini benar ?.Ikutilah ceritanya dalam buku yang akan diterbitkan nanti.

Sunday, November 4, 2012

Realiti Hikayat Kini DiHargai

Seakarang barulah para sarjana Malaysia mengiktiraf Hikayat sebagai Sejarah Silam Melayu sedangkan saya telah mengkaji Hikayat Seri Rama Sebagai naskhah Tertua diKarang Oleh Orang Lembah Bama,2011 telah mendapat pengiktirafan Elite Dunia.Inilah wajah-wajah sarjana negara kita yang mana ingin bersaing diperingkat global.TK

Tuesday, October 30, 2012

Dua Teori Lembah Bama Telah DiSahkan

Dalam KajianLembah Bama,2009 saya telah mengemukakan 3 Teori Utama iaitu Pertama Lembah Bama sebagai Pusat Pengeluaran Wangian telah disahkan oleh penanaman pokok Gahru oleh penduduk Kampung Bercang,Kuala Lipis pada tahun lepas sebagai warisan silam.Kedua Lembah Bama sebagai Lembah Emas telah disahkan oleh BH pada hari ini 31.10.12 yang Lembah Bama adalah pengeluar emas terbesar dunia sekarang.Ketiga-Tok Linggi adalah Sultan Kerajaan Riau-Lingga belum saya buktikan dan insyallah dalam lawatan saya keIndonesia nanti hal ini akan terbukti.TK

Tuesday, October 23, 2012

Ceramah Awam diTemerloh

Saya telah menyampaikan ceramah awam diTemerloh pada 13.10.2012 atas tajuk "Lembah Bama Sebagai Pusat Tamadun Melayu Silam dan Legenda Tok Linggi "

Monday, September 17, 2012

Reunion Jenan diKuantan Pada 15-16.92012

Kali ini reunion Jenan (Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Jitra) telah diadakan diSri Manja Hotel Kuantan yang sungguh meriah.Kami berkumpul semula bekas-bekas pelajar Jenan.Diantara kawan lama saya Datok Zulkefly (SDO Pahang),Nasir (MOF),Jalid (Arkited),Mariam (Pensyarah),Azri ,Azman,Hasbulah dan lain-lain bertemu kembali.Namun junior saya Datok Rohimi Che Wan (Pengarah Geosains Pahang) telah jatuh sakit.Kami mendoakan beliau cepat sembuh dan bertugas semula.

Friday, September 7, 2012

Memertabatkan Sejarah

Surat khbar Berita Harian, 8 september 2012 menyiarkan artikel bertajuk " Bahan Sejarah Sekadar diperam " adalah menarik perhatian saya.Sebagai peminat sejarah saya menulis buku dan kajian sejarah untuk dibaca bagi menarik minat orang ramai untuk mencintaai sejarah.Disekolah pula perlu dipupuk supaya pelajar meminati buku-buku sejarah.Justeru saya memulakan langkah memberi motivasi kepada pelajar-pelajar SMART,Kuantan pada 5.9.2012 dengan memberi ceramah motivasi dan pamiran buku-buku berbentuk sejarah iaitu memoir,biografi dan autobiografi.

Friday, August 3, 2012

Slang A-Z SgbatudeRelong -Bahagian Kedua

Aci- bermakna sah.Semasa kami bebudak kami selalu bermain dengkat dihalaman rumah Encik Akob.Walaupun permainan ini permainan bebudak perempuan kami juga turut bermain dan seingat saya Lalmi memang pandai membaling buah dengkat yang dibuat dari kaca pinggan yang pecah.Aci didalam permainan ini ialah bila satu pusingan disudahi dan takaci bila beraku batal .Batal dalam permainan dengkat seperti bila kita terdengkat-dengkat atas gelanggang permainan itu tertijak garisan atau buah dibaling diluar gelanggang.Adakala bila bermain berlaku "tak aci" kerana mereka baling tidak masuk gelanggang tapi dibuat jadi masuk kerana ada bantuan orang lain.Contoh penggunaan ayat: Bila kami bermain masa bebudak dahulu banyak perkara yang takaci menjadi aci kerana hendak menang.

Agah-berbuat sesuatu supaya budak kecil jadi ketawa.Masa kami dahulu memanglah selain dari bermain kami juga diminta menjaga adik-adik yang kecil.Macam saya kecil ,saya tidak mempunyai adik jadi saya menumpang menjaga adik atauanak-anak saudara seperti anak Akak Nab dan juga Akak Siti.Budak-budak kecil suka diagah dan bila diagah mereka sering ketawa.Contoh penggunaan ayat : Budak yang kena agah oleh kami sering ketawa dan bila sudah ketawa kami selalu mengambilnya untuk dibawa masuk kedalam buaian pula.

Acer-acer ini macam kita meninggal atau mengais-gais sesuatu.Kami masa bebudak selalu diminta oleh emak supaya menjemur padi dan biasanya saya menjemur padi atas batu dekatgedung Wan Tekah jadi kenalah padi itu diecer-acerkan supaya mudah dia kering.Namun kadang-kadang padi yang kena ecer itu jatuh pula dari tikar yang saya jemur itu dan ini namanya tercecer pulak.Contoh penggunaan ayat : padi yang saya jemur dekat gedung Wan Tekah itu telah saya acer supaya mudah kering.

Bersambung

Thursday, August 2, 2012

Slang A-Z SgbatudeRelong Bahagian Kedua

Pengenalan

Dalam buku saya berjudul " Memoir Seorang PTD Kumpulan 3" Volume Pertama telah saya muatkan banyak juga dialek tersebut.Dalam bahagian kedua ini akan saya nyatakan dialek mana yang telah dicatatkan dalam buku yang pertama tersebut.Maka bagi Volume Kedua ini saya huraikan dialek yang belum saya perkatakan.Tulisan ini merupakan kenangan saya semasa bebudak selain untuk mendokumentasikan dialek kami yang pihak DBP kurang berminat untuk membuat kajian sedangkan kebanyakan negeri diMalaysia ini telah dibuat kajian, nampaknya Pahang begitu ketinggalan dari segi kajian bahasa walaupun pemimpin nombor wahidnya pernah lahir diKuala Lipis.

A

Ampuh- telah dihuraikan dalam volume pertama.

Agas    -telah dihuraikan dalam volume pertama.

Abu- bahan tinggalan bila dibakar, misalnya abu kayu.Dizaman kami abu ini banyak terdapat didapur masak orang kampung, maklumlah masa itu mana ada gas lagi, jadi kami memasak pakai kayu api yang cari dalam hutan atau kebun getah.Apa yang melucukan ialah abu ini berguna pula bagi "mematikan" lintah yang masuk dalam jubur bebudak masa itu. Abu ini dibancuh dengan air dan diberi minum pada bebudak yang lintah masuk dalam juburnya.Seingat saya teknik ini berkesan untuk mengelurkan lintah tersebut. Contoh penggunaan ayat : abu dari kayu yang kami bakar ini kami gunakan pula untuk menjadi baja pokok pisang yang kami tanam.

Abuk-benda-benda halus yang memasuki mata atau mengotorkan.Semasa kami kecil habuk kayu atau abuk dari kilang padi dekat rumah Tok Empat memang menjadi kenangan.Saya masih ingat Pakambong Derani adalah penjaga mesin padi dan abuk atau sekam padi selalu saya ambil untuk membungkus air batu.Masa kami dahulu air batu dibeli dari Kuala Lipis dan dibeli dari kedai AkiSubuh.Begitu juga bila kilang pemecah batu diSungai batu beroperasi dahulu ,abuk dari mesin pemamah batu itu sering mengotori rumah kami yang dekat dengan rumah kami.Contoh penggunaan ayat: Abuk kayu yang digergaji boleh digunakan untuk membungkus airbatu dari cepat cair.


Bersambung

Dialek SgbatudeRelong Bertaraf Dunia Siri 7

Saya tidak lagi menulis diwadah SembangdeRelong, maka saya tuliskan penemuan dialek kami masa bebudak dahulu dalam blog saya ini.Kini saya mendapati kami bebudak Sungaibatu dahulu turut menggunakan Bahasa Itali dalam perbualan kami. Diantara dialek tersebut adalah seperti berikut:-

1.Lampu-lampu dimasa kami bebudak dahulu adalah lampu picik yang menggunakan bateri samaada dua biji atau tiga biji.Biasanya lampu tersebut dibuat dari tin yang bercap Harimau ,manakala bateri pula ialah bateri everdayyang bercakap gambar kucing.Lampu inilah kami gunakan berjalan malam untuk pergi rumah orang khenduri dan juga kerumah orang membuat emping.Rumah kami dan juga rumah Cik Pah (Emak Abang Dollah Sidek) selalu membuat emping yang ditumbuk dengan lesung menggunakan alu atau indek. Dalam bahasa Itali "lampo" bermakna pancaran cahaya yang sudah pasti dari lampu suluh atau lampu dari rumah api.Maklumlah Itali terkenal dengan banyak pantai dan ada kawasan didirikan rumah api.

2.Lido- semasa kami bebudak bila disebut Lido adalah merujuk kepada pantai Lido.Manakala dalam Bahasa Itali "Lido" merujuk kepada pantai.Jadi nama pantai Lido itu sebenarnya Pantai jadi kalau kita sebut Pantai Lido bermakna Pantai-Pantai dalam bahasa Ilati.Oleh itu ramai orang kita pergi kepantai lido kerana banyak atau luasnya pantai.Jadi kenalah orang Malaysia menamakan sedemikian sebab negara kitapun banyak pantai macam Itali.Semasa saya diMilan dahulu tidak pula saya berjumpa pantai tapi yang banyaknya bangunan lama yang begitu menawan hati saya.

3.Lutu-lutu bermakna melanggar atau menuju kesatu tempat sesuka hati. Lutu juga kadang-kala bermakna meyenkeh kepala bebudak, kami masa dahulu suka bermain berlari-lari dan kadang-kadang melanggar kawan-kawan dalam permainan polis senteri.Dalam Bahasa Itali "Luttu " bermakna meluru masuk kedalam dan ianya sama jugalah macam kisah babi tunggal yang baru ini melutu kedalam kedai Hamed Bros dalam bandar Kuantan.Inilah kisah yang jarang kita dengar babi hutan masuk bandar, dikampung Relong masa kami bebudak memang banyak.Babi Tunggal pun ada.

Tuesday, July 31, 2012

Puisi Al-Burdah: Pujian-Pujian Buat Rasululah SAW

Dialah kekasih Allah yang akan memberi syafaat kepada manusia dihari pembalasan nanti.

Baginda mengajar umat manusia kejalan Allah supaya berpegang teguh pada tali Allah.

Baginda mempunyai darjat tertinggi dikalangan nabi dan rasul.

Ilmu dari baginda dinikmati juga oleh nabi dan rasul lain.

Keperibadian Muhammad adalah sempurna dan baginda adalah pilihan Allah.

Kebaikan Muhammad tiada tandingannya.

Justeru pujilah baginda dan janganlah ikut cara ugama lain.

Gunakan kemapuan kamu untuk memuji Muhammad.

Segala jasa baginda tidak ada orang didunia ini dapat mengarangkannya.


Bersambung

Saturday, July 28, 2012

Puisi Al-Burdah: Pujian-Pujian Buat Rasulullah SAW

Personaliti Pertama berkata, aku memang tidak mencontohi Nabi Muhammad SAW yang beribadat diwaktu malam hari hinggakan kak--kaki banginda bengkak.

Baginda menekap batu diperutnya dengan mengikatnya bebatu diperutnya agar dapat menahan rasa lapar.

Lapar baginda bukan kerana baginda tidak mampu mencari makanan tetapi tidak mahu tergoda dengan keduniaan.

Kezuhudan beginda begitu ketara bila ditawarkan gunung emas ,beliau menolak dan inilah kesederhanaan baginda.

Bagaimana kah keperluaan dunia sedangkan baginda adalah manusia?

Inilah Nabi Muhammad SAW, pemimpin dunia dan juga akhirat, pemimpin manusia dan jin dan juga pemimpin bangsa Arab dan bukan bangsa Arab.

Nabi Muhammad SAW ,nabi kita.Baginda tegas dengan prinsipnya terutama mengatakan Ya atau Tidak dan amat lemah-lembut tindakannya pula.


Bersambung.

Tuesday, July 17, 2012

Pelancaran Buku Pada 17.7.2012

Pelancaran buku saya "Rona-Rona Pengembaraan,Peristiwa dan Pembangunan Pahang Tahun 1889-1952" telah selamat disempurnakan oleh YB Dato Shahaniza pada hari ini 17.7.2012 diArkib Negara Pahang dari jam 9.00 pagi hingga 12.00tengahari.

Thursday, July 5, 2012

Dialek SgbatudeRelong Bertaraf Antarabangsa-Siri 1

Sebagaimana telah saya muatkan dalam buku saya "Memoir Seorang PTD" yang telah diterbitkan tahun 2011, saya telah menyenaraikan dialek kami bebudak Sgbatu dalam buku tersebut tapi tidaklah saya perincikan bahawa dialek itu bertaraf Antarabangsa, kini saya akan menulisnya untuk tatapan generasi muda bagi pengetahuan dan ingatan mereka :-

1.Deme- adalah merujuk kepada orang lain bagi kami diSgbatu dan ini adalah bahasa Greek yang bermakna orang.

2.Kome-bermakna kami atau sekumpulan orang bagi kami diSgbatu, manakala ianya juga adalah bahasa Greek yang merujuk kepada emosi sekumpulan orang.

3.Leceh- bermakna menyusahkan bagi kami diSgbatu dan ianya pula adalah bahasa German yang bermakna kesukaran dalam menyampaikan lirik lagu.

Siri kedua akan saya huraikan pula dialek sgbatu dengan bahasa Jepun.Dengan penampilan dialek kami orang Sgbatu ini sebenarnya mengesahkan bahawa Teori Lembah bama sebagai pusat tamadun silam susah hendak disangkal lagi.

Jumpa lagi.

Sunday, May 27, 2012

Koleksi Buku-Buku

Dalam FB saya telah memaparkan koleksi buku-buku biografi dan memoir, kemudian diikuti oleh koleksi ketenteraan dan peperangan.Kini sampailah kebahagian Koleksi Manuskrip lama atau buku-buku lama yang saya ada.Tujuan paparan koleksi manuskrip atau buku lama ini adalah untuk menarik minat saudara-saudara sekelian supaya menghargai buku yang banyak memuatkan ilmu pengetahuan, nasihat dan juga pandangan dari penulisnya.Bagi yang mempunyai koleksi sedemikian bolehlah kita bertukar  maklumat dan pandangan mengenai buku yang mereka ada.Kita tidak boleh mengharapkan pihak perpustakaan atau arkib saja mengumpul buku sedemikian kerana kita sebagai masyarakat pun patut memberikan sumbangan.

Wednesday, April 25, 2012

Anak Relong Pertama Menjadi Ketua Murid Sek.Men.Kebangsaan Padang Tengku,Kuala Lipis

Akhirnya saya dapat juga foto saya semasa menjadi Ketua Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku,Kuala Lipis.Foto ini saya perolehi dari Koleksi Album Aruwah PakCu Zakaria Derani yang juga menjadi Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku ketika itu.Al-Fatihah buat Pakcu.

Dr Aminudin

Sunday, April 15, 2012

Puisi Haiku oleh anak Relong (2)

Gunung Fuji

Fuji tetapku kenangi,
ku coretkan cerita Puteri Kaguya dalam memoirku.
Ketinggianmu 12,397kaki,
menjadi pujian penyair.

Yamabe-no-Akahito mengungkap keindahan diabad ke8 yang berbunyi:-
Tago no ura ya  Aku melangkah perlahan-lahan dipantai Tago,
Uchiidete mireba  Fuji nan indah ku perhatikan,
Mashiro nizo puncakmu ibarat itik kian tinggi,
Fuji no takane ne yuki wa furi keru  salji penuh meliputi puncak terus keawan.

Kau juga mendapat sanjungan dari Lord,Edo(Tokyo) turut menulis puisi untukmu,
bunyinya amat menarik,

Waga io wa  Mahkota tertinggi adalah dipuncak Fuji,
Matsubara tsuzuki kulihat dari jendela ini,
Umi chikaku  rumahku pula hampir dengan gigi pantai,
Fujino takaneo o diteluk Edo,
Nokiba ni zo miru  sebuah tanah lapang yang menghijau.

Fuji kau dianggap suci hinggakan wanita tidak bisa mendakimu.Namun tradisi ini berderai ditahun 1867 apabila wanita asing telah dibenarkan mendakimu iaitu Lady Parke.Ramai orang asing mendakimu dengan memakai baju panjang dan Kayahan dan kadang-kadang menangis tersedu-sedu semasa pendakian seraya mengucapkan  Rokko Shojo dan Oyama wa seiten. Bagiku inilah ciptaan Illahi Yang Maha Besar lagi Maha Agong.Allah berfirman dalam Surat Al-Baqarah, ayat 118 yang bermaksud " Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kekuasaan Kami kepada kaum yang yakin".

Thursday, April 12, 2012

Jom Kita Belajar Haiku Siri 7

Ozaki Hosai (1885-1926) membuat pelbagai kerja disekitar kuil diKyoto hinggalah memutuskan kemudiannya untuk tinggal disebuah teratak disebuah pulau kecil diJepun.Puisi-puisi Hosai mempelihatkan suasana keseorangan beliau yang jauh dari orang ramai.Beliau menulis dalam Haiku beliau tentang suasana ini :-

seki o shite mo  batukku pun
hitori                  keseorangan

Hosai telah menulis Haiko ketika usia beliau 20 tahun.Beliau seorang pelajar yang cemerlang dan telah lulus dari Universiti Imperial Tokyo dalam bidang undang-undang.Dalam pembaharuan penulisan Haiku pengkaji mendapati unsur-unsur peribadi tidak kelihatan dalam puisi Hosai.Umpamanya beliau menulis Haikunya yang berbunyi demikian :-

nagisa furikaeru  menoleh semula kebelakang diatas pantai itu
waga ashiato mo naku  segala kesan tapak kaki hilang

Nakatsuka Ippekiro (1887-1946) dianggap penulis haiku moden kerana beliau menulis agak panjang dari haiku tradisional.Umpamanya beliau menulis Haiku yang berbunyi sedemikian :-

natsu-asa hinmin no ko ga  pagi dimusim panas seorang kanak-kanak adalah miskin
hiki-kakaetaru   tersentap dan dipeluk
hitotsu no kyabetsu  menjunjung sayur kobis

Beliau menulis haiku dengan gaya yang tersendiri yang tidak berdasarkan rangkap-rangkap yang selama ini diamalkan oleh penulis tradisional Haiku.Lihatlah contoh gaya tulisan yang beliau lakukan dalam haiku beliau seperti saya perturunkan dibawah :-

yama-nobe no tori ori-ori ni sakebi fuyu no kumo
disana dipergunungan beburung menyanyi dalam awan musim sejuk

kusa ao-ao ushi wa sari
rerumput menghijau manakala lembu melaluinya

Bersambung

Wednesday, April 11, 2012

Jom Kita Belajar Haiku Siri 6

Taneda Santoka (1882-1940) berkahwin dengan orang muda yang berniaga dan menjadi penulis puisi Haiku ,"jalanan" dan Haiku beliau disiarkan dalam Soun.Atas desakan hidup beliau berhijrah keluar bandar dan tinggal dipondok luarbandar dan ada kalanya mengharap bantuan orang kampung membantu memberinya makanan.Puisinya penuh dengan landscape luarbandar yang diungkapnya dalam haiku beliau seperti demikian bunyinya :-

wakeitte mo  lebih kedalam lagi
wakeitte  mo lebih kedalam lagi
aoi yama        bukit-bukit kehijauan

Malahan bila membuang air kecilpun Santoka tidak lupa menulis puisi beliau yang agak berlainan dengan tradisi menulis haiku , beliau menulis seperti demikian :-

nonbiri ibari suru  buang air kecil sungguh nikmat
kusa no me darake  membasahi pucuk-pucuk rerumput

Pembaharuan haiku oleh Santoka agak jelas dimana tidak terikat lagi dengan "empat-suku katabunyi " yangbiasanya ditulis oleh guru-guru haiku, umpamanya beliau menulis tentang "sesibor " seperti berikut:-

ishi no tonbo  diatas babatu ada sesibor
mahiru no yume miru kelibat dalam mimpi tengahari

Begitu jugalah haiku beliau yang berkenaan kehidupan beliau yang cukup sederhana yang diungkapkan oleh beliau dengan baik sekali :-

ko no ha chiru  daun-daun pokok berguguran
arukitsumeru     kita terus berjalan dan berjalan.

Bersambung

Monday, April 9, 2012

Jom Kita Belajar Haiku Siri 5

Era Haiku Moden dalam kesusasteraan Jepun dapat dikesan menerusi puisi Kawahigashi Hekigoto (1873-1937) yang tidak terikat lagi dengan 17 suku-kata bunyi dan puisi-puisi beliau lebih bersifat menghampiri realiti. Para pengkaji melihat puisi Hekigoto lebih panjang yang beliau tuliskan seperti berikut:-

konogoro tsuma naki  agak baru isteri meninggal
yaoya                           kedairuncit
na o tsumu                   timbunan sayur-sayuran
negi o tsumu                timbunan bebawang
aruji musume               suami dan anak perempuan

Dalam puisi diatas memperlihatkan keadaan kehidupan pekedai runcit menghadapi keadaan kematian isterinya yang menyebabkan keadaan mereka banyak sayur-sayur yang tidak disusun dan bawang yang tidak disisihkan seperti mana lazimnya dibuat oleh isteri pekedai.Inilah realiti yang digarap oleh Hekigoto dengan begitu baik sekali.Tokoh puisi moden Haiku seterusnya ialah Takahama Kyoshi (1874-1959) yang mengembara dan menulis novel, namun begitu gaya penulisan beliau masih terikat dalam cara penulisan haiku yang tradisional berdasarakn kepada 17 suku-kata bunyi. Diantara haiku yang beliau tulis adalah seperti berikut :-

hakizome no  bila kali pertama menyapu
hoki ya tsuchi ni  penyapu...ianya telah mengenai
narehajimu                  ketanah-tanih

Koyshi memecah tradisi penulisan Haiku tentang memecahkan flow puisi itu dibahagian tengahnya. Dengan memecah  irama yang biasanya terjadi.  Bersambung

Sunday, April 8, 2012

Jom Kita Belajar Haiku Siri 4

Guru Haiku Klasik seterusnya iaitu yang keempat ialah Masaoka Shiki (1867-1902,Masehi), dimana beliau betul-betul menitik-beratkan puisi haiku yang sepatutnya dinamai "Haiku" yang sebelum ini banyak disebut sebagai Hokku. Penyair Shiki menghidapi penyakit dan sekaligus beliau menjelmakan dalam Haiku beliau yang mana beliau menulis sedemikian bunyinya :-

kame ni sasu tertegak dalam sebuah vas
fuji no hanabusa  kelompok bebunga
hana tarete   berkembang dan bergantungan
yamai no toko ni  diatas katil- sakit
haru kuren to su musim bunga dan bermulalah kegelapan

Disamping itu beliau turut menulis haiku berdasarkan peperangan yang ketika itu berlaku dinegara Cina yang turut diungkap oleh Shiki sedemikan bunyinya :-

nashi saku ya  musim buah pear pula meranum...
ikusa no ato no  selepas berlaku perang
kuzure ie  rumah-rumah musnah

Secara umumnya guru-guru haiku yang saya nyatakan diatas menulis Haiku sebagai fakta sejarah yang nyata namun kadang-kadang diselubungi pula oleh misteri yang sukar bagi para pengkaji untuk menginterpretasikannya dan inilah keistimewaan yang terdapat pada puisi Haiku yang hingga kehari ini terus dikagumi. Haiku tersiber keseluruh pelusuk dunia, misalnya diGerman,Belanda,Sepanyol,USA, Perancis, malahan ada juga saya lihat peminatnya diMalaysia.Namun sayangnya tiada lagi karya Haiku yang berbentuk Antologi  Haiku diterbitkan diMalaysia. Bagi mengakhiri siri ini saya ingin memetik puisi Haiku oleh Hajo Jappe dari German yang menulis sedemikian bunyinya :-

Fern nun die berge kini nun dipergunungan
Wie sind ihre linien  bagaikan satu barisan
einfach geworden sungguh simple!

Bersambung

Saturday, April 7, 2012

Jom Kita Belajar Haiku Siri 3

Guru atau penulis yang terkenal Haiku yang boleh kita kaji dalam kesusasteraan Jepun adalah seperti Yosa Buson (1716-1784,Masehi).Tulisan beliau banyak diungkapan dalam catatan perjalanan beliau  dan juga lukisan-lukisan beliau.Diantara ungkapan yang beliau pernah tulisi adalah sedemikian bunyinya :-

yukaze ya  bayu petang menghembus...
mizu aosagi no  air menitis diriba juga kaki
hagi o utsu juga siburung pucung

Penyair seperti Buson dikenang diJepun lantaran puisi-puisi Haiku dan lukisan-lukisan beliau. Sedang penyair Kobayashi Issa (1762-1826, Mashi ) pula memperihatkan kecintaan beliau terhadap alam semula jadi dalam karya-karyanya. Diantara ungkapan-ungkapan yang menunjukkan beliau begitu empathy terhadap alam beliau menulis seperti dibawah ini :-

aki no yo ya malam musim autumn
tabi no otoko no  seorang pengembara
harishigoto kerjanya menjahit

onna kara  seorang wanita
saki e kasumo zo menuju kedalam kabus
shiohigata   air pasang rendah

suzushisa ya  kesejukkan sungguh...
hangetsu ugoku  bulan separuh penuh beredar
tamari mizu  takungan

Kami pengkaji kesusasteraan jepun mengingati Issa bila beliau menghasilkan autobiografi beliau berjudul  Ora Ga Haru yang begitu memperlihatkan betapa sensitifnya beliau terhadap alam dan keindahan puisi Haiku yang beliau tinggalkan dalam kesusasteraan Jepun amnya dan dunia penulisan Haiku khasnya.  Bersambung

Thursday, March 22, 2012

Jom Kita Belajar "Haiku" Dari Kesusasteraan Jepun Siri 2

Saigyo menulis puisi agak ironic kerana beliau seorang sami yang hidupnya tanpa ikatan, malahan tidak ramai kawan dan dengan mudah pula melupakan dunia ini untuk menjadikan "jiwa gembira".Jadi pengkaji puisi Haiku mendapati tulisannya banyak berunsurkan jenaka namun beliau masih tidak dapat bebas dari pengaruh puisi dari Cina terutama karya-karya seperti Li Po. Ini berbeza dengan karya hasil tulisan Basho yang bersifat kesederhanaan yang merupakan puisi terbaik Haiku diJepun. Beliau banyak menulis tentang alam fauna yang dikaitkan dengan katak (frog), beliau ada menulis sedemikan bunyinya :-

fukuike ya  kolam lama
kawazu tobikomu  seekor katak melompat kedalam
mizu no oto bunyi air

Dalam puisi-puisi Basho banyak beliau mengungkap hal berkaitan dengan katak. Ini tidak dapat dinafikan dalam puisi-puisi Jepun kerana katak sering dikaitkan dengan unsur-unsur nyanyian. Hingga kini lagu-lagu Jepun banyak rekod-rekod yang telah dirakamkan banyak terdapat versi speices katak dibandingan nyanyian Sang Burung. Kadang kala ada juga saya menyatakan pada ibu angkatkan betapa merdunya bunyi burung merebuk dan terkukur diMalaysia hinggakan kami mengadakan pertandingan suara merebuk dan terkukur sambil para pengadil terdongak-dongak memandang dan mendengar merbuk berkukur.Puisi-puisi Basho lebih popular dengan bunyi katak namun ia sering menonjolkan juga betapa indahnya bukit terutama kalau beliau berada dipuncaknya, hinggakan Haikunya turut diungkap oleh beliau tentang bukit yang demikian bunyinya :-

shizukasa ya  kesunyian sungguh
iwa ni shimiru meresap kedalam batu-batu
semi no koe   riang-riang pula menanggis

Basho adalah Mahaguru puisi genre "Renga " yang dipanggil Haikai-no-Renga. Haiku yang ditulis oleh Basho dikenali juga Hokku yang dizaman beliau kadang-kala digelar pula Haibun yang boleh kita terjemahkan sebagai Prosa Haiku. Beliaulah menghasilkan genre ini yang paling popular iaiitu Oku no hosomichi yang secara lansung saya terjemahkan sebagai "Jalan-jalan Nan Sempit di Perdalaman.

Bersambung

Wednesday, March 21, 2012

Jom Kita Belajar "Haiku" Dari Kesusasteraan Jepun Siri 1

Saya ada mengarang Haiku dalam blog ini.Saya belajar Haiku dari ibu angkat saya semasa saya menjalani latihan pratikal semasa penempatan saya dibawah Program Pandang KeTimur.Ramai mereka yang ditaja oleh JPA telah kembali ketanah air tapi agak jarang mereka mencurahkan balik apa yang mereka perolehi kepada masyarakat terutama aspek seni dan kebudayaan. Sebagai seorang anak seni saya rasa bertanggung-jawab untuk mencurahkan ilmu yang saya perolehi kepada masyarakat dan juga mereka yang berminat dalam seni. Banyak ahli seni hari ini saya lihat lebih suka mengadakan pameran solonya dan menulis mengharapkan hadiah-hadiah seni tapi tidak mencurahkan ilmu yang mereka ada pada masyarakat. Inikah sifatnya sebagai seorang Seniman ?

Haiku diJepun bermula dizaman yang dikatakan "Renga" yang mana Mahaguru "Renga" ialah Matsuo Basho yang hidup dari 1644-1694 ,Masehi yang mengembara keseluruh Jepun untuk mengajar orang Jepun ,"Renga" dan hinggalah "Renga" menjadi milik rakyat terutama dalam kelompok gulungan pertengahan.Namun penulis seperti Basho sendiri dipengaruhi oleh puisi dari Cina yang ketika itu dizaman Dinasti Tang terutama penulis seperti Tu Fu,Li Po dan Po Chu-i. Puisi Haiku memperlihatkan keindahan dan kesederhanaan dalam kehidupan mere yang dibayangi oleh puisi dikarang oleh Saigo seperti berikut :-

to hito mo       walau para pelawat
omoitaetaru     mulai berhenti berfikir panjang
yamazatono     pergunungan dikampung
sabishisa         kesunyian tanpa siapa
sumiukaramashi  kehidupan yang mungkin tidak selesa

Bersambung

Saturday, March 3, 2012

Status Penulisan Saya

Saya agak lama juga tidak menulis dalam blog ini kerana sedang menyiapkan buku-buku saya yang terbaharu untuk diterbitkan. Ini adalah status buku-buku saya yang akan diterbitkan tahun ini iaitu:-

1.Rona-Rona Pengembaraan, Peristiwa dan Pembangunan Pahang Dari Tahun 1889-1952- Status ,Dummy telah dibaiki dan akan dicetak. Harga jualan RM 48 sebuah. Sinopsis buku ini memuatkan finding yang cukup menarik iaitu 1.Pertubuhan NGO yang Pertama DiTanah Melayu  melaungkan semangat nasionalisme dan kemerdekaan adalah yang pertama ditubuhkan diKuala Lipis bukannya diPerak atau Selangor seperti ditulis oleh ahli sejarah terdahulu.2.Kekejaman British adalah lebih teruk dari Kekejaman Jepun berdasarkan zaman Hugh Clifford hingga Darurat, fakta berdasarakan sejarah dan statistik kematian orang Melayu, Cina dan India dan zaman darurat. 3.Kos membina Balai Polis ,Kuala Medang,Lipis hanya 25 sen dan ini adalah penindasan British terhadap orang Kuala Medang 4.Konsesi Perlombangan yang terbesar didunia masa penjajahan British ialah Konsesi Jelai juga diLipis 5.Kenapa tidak ada konflik kaum diPahang? sila baca buku saya tersebut bila diterbitkan.

2.Sumbangan Orang lembah Bama Terhadap Kebudayaan,Keselamatan dan Pembangunan Pahang :Biografi Mejar(B) Abdillah- status sedang disedikan Dummy oleh pencetak

3. Bagaimana Menulis Memoir Secara Teori dan Praktik -status sedang menaip Manuskrip, walaubagaimanapun semua "kuliah" saya boleh diikuti dalam Facebook Group Koleksi Biografi dan ini boleh anda akses secara terus kerana group ini adalah terbuka kepada semua. Saya menyampaikan apa yang saya pelajari dan menyampaikan kepada mereka yang berminat untuk menulis memoir sendiri atau memoir orang lain.

Penerbitan Buku-Buku Akan datang

1.Saya bercadang akan menyambung buku saya "Memoir Seorang PTD Kumpulan Tiga " bagi Volume kedua pula yang akan memuatkan memoir saya semasa alam persekolahan dan kehidupan diKampung Relong.
2.Saya akan menerbitkan " Teori Raut Wajah dari Persepektif Islam :Satu Penerokan bagi Kajian Susur-galur Datok Linggi atau Sultan Ahmad Shah I Riayat Shah, Sultan Negeri Johor-Riau-Lingga" buku ini merupakan Bahagian Kedua Kajian Lembah Bama. Saya akan membentangkan manuskrip kajian ini diIndonesia tidak lama lagi dikalangan ahli Persatuan Profesional Indonesia. Manuskrip ini telah lama disiapkan.
3. Menyiapkan Kamus Ketenteraan, Stategi dan Peperangan- bidang ini adalah bidang kerjaya saya dahulu dan akan saya catatkan segala istilah yang berkaitan dengannya.
4. Pendudukan Jepun DiPahang : Satu Dimensi Baru- buku ini akan saya teruskan walaupun banyak data yang belum saya perolehi misalnya hendak mencari tokoh yang hidup dizaman Jepun, Gabenor Jepun yang memerintah Pahang , perkerja jalan keretapi maut diburma dan lain-lain.
5. Flora Yang Hidup DiPantai Negeri Pahang Dari Pantai Chendor,Kuantan hingga kePantai Tanjung Gemok,Rompin: Satu Gambaran Awal.

Bagi mereka yang berminat dengan buku-buku saya bolehlah diemail kepada : aminrelong@yahoo.com.my

Dr Aminudin

Thursday, February 9, 2012

Trilogy Haji Siri 7-Perjalanan Haji Ibn Battuta (2)

Dikota Bejala ,saya mengalami demam dan al-Zubaidi menasihatkan saya tinggal disitu tetapi saya menolaknya dan berkata terserahlah pada takdir Allah.Beliau bersetuju dengan saya dan kami meneruskan perjalanan hingga keConstantine dan bila sampai disitu kami berhenti diluarnya.Pada sebelah malamnya hujan lebat dan kami terpaksa berlindung pada sebuah bangunan disitu.Pada sebelah paginya Gabenor disitu yang bernama Abu al-Hasan datang membantu kami.Melihat pakaian saya basah dan kotor mereka menghantar untuk dicuci dirumahnya dan memberikan kami pakaian dari kain Baalbek. Dari Constantine kami berjalan menuju keAnnaba dan memasuki kota itu, beberapa hari kemudian setelah tiada bahaya diperjalanan tetapi saya mula mengalami demam semula dan akhirnya kami sampai dibandar Tunis dan saya kelihatan orang ramai menyambut Sheikh Zubaidi tetapi tidaklah menyapa saya kerana mereka tidak mengenali saya.Namun ada dikalangan mereka yang mengenali saya dan mulai menyapa saya dengan baik.Kami akhirnya dapat penginapan disebuah kolej.

Bila saya melawati rumah api Pharos, saya dapati sebahagiannya telah runtuh dan terdapat sebuah pintu dan didalamnya terdapat banyak bilik.Saya sekali lagi melawat rumah api ini pada tahun 1349 tetapi sudah banyak pula bahagian lain yang runtuh.Semasa saya diAlexandria ini saya mendengar nama seorang yang bernama al-Mursidi yang hidup sendirian dan dikatakan mendapat makanan dari langit.Saya juga diberitahu beliau tinggal dikampung bernama Munyat Bani Murshid.Orang dari merata tempat datang mengunjunginya.Saya pun ingin bertemu dengannya dan saya sampai ketempat tinggalnya itu orang telah ramai dan dikawal oleh tentera Sultan.Bila saya datang, beliau berjumpa dengan saya dan bila kami bertemu, beliau menjemput saya menjadi imam sembahyang dan saya diminta tinggal disitu.

Foto adalah Mekah dilanda banjir tahun 1950an, sumber www.salaam.co.uk/templates/images/kaba2.gif

Thursday, January 19, 2012

Trilogy Haji Siri 6-Perjalanan Haji Ibn Battuta Dari Moroko

Saya meninggalkan kota Tangier, kota kelahiranku pada minggu kedua bulan Rejab.Saya berniat menunaikan haji diMekah dan ingin menziarah makam Nabi Muhammad SAW diMedinah.Saya juga membuat keputusan untuk pergi seorang diri tanpa teman.Saya berpergian ini ibarat burung terbang meninggalkan sarangnya.Ibu-bapa saya ketika itu masih hidup dan berat juga hati saya untuk meninggalkan mereka dan mereka juga berat untuk melepaskan saya berpergian seorang diri kerana saya pada ketika itu baru berusia 22 tahun.

Saya sampai diTlemcen yang pada ketika itu Sultannya bernama Ibn Zayyan dan secara kebetulan kesampaian saya itu adalah juga perwakilan yang datang kebandar itu iaitu rombongan raja dari Ifriqiya. Bersama rombongan itu terdapat seorang anak muda yang bernama Muhammad al-Nafzawi yang juga merupakan seorang hakim dan seorang lagi bernama Syeikh al-Zubaidi yang merupakan seorang ilmuan yang terkenal ketika itu. Lantaran itu saya bercadang mengikut rombongan mereka ini.Saya hanya dapat mengikuti mereka ini bila sampai dibandar Miliana yang ketika itu cuaca cukup panas. Kedua tokoh yang saya ikuti rombongan ini telah jatuh sakit dan lebih tenat ialah Muhammad al-Nafzawi dan akibat dari itu kami mencari perkhemahan ditepi sungai yang beberapa batu dari bandar tersebut. Namun agak malangnya tokoh tersebut telah meninggal dunia dan mereka berpatah balik kebandar Miliana dan telah mengebumikan beliau dibandar tersebut.Selepas kejadian malang itu kumpulan kami telah berpecah dan saya akhirnya mengikuti rombongan ahli perniagaan dari Tunis dan bila kami sampai diAlgiers kami pun berkhemah disitu buat beberapa hari dan kami akhirnya bertemu semula dengan rombongan al-Zubaidi diMitja.

Bersambung: Ibn Battuta-Source http://www.spotlightofpeace.com/

Nota: Ibn Battuta dilahir pada 1303,Masehi di kota Tangier, Moroka.Keluarga beliau adalah peguam dan beliau belajar undang-undang semasa muda lagi.Beliau melakukan perjalanan  mengerjakan haji pada tahun 1325,Masehi dan sampai diMekah tahun 1326.Catatan perjalanan beliau cukup terkenal lebih dari Marco Polo yang melebihi 1000 mukasurat.

Monday, January 2, 2012

Trilogy Haji- Kisah-Kisah Para Wali Menunaikan Haji

Kini saya muatkan beberapa kisah para wali yang menunaikan haji diMekah yang merupakan sebahagian dari buku yang sedang saya usahakan iaitu Trilogy Haji.Inilah kisah-kisahnya:-

Kisah I

Muhammad bin Ismail Abu Abdillah Al-Maghribi telah mengerjakan haji dengan berjalan kaki sebanyak 97 kali.Beliau berjalan kaki ditengah malam yang gelap gelita dan berkaki ayam dan dia berjalan macam dikala diwaktu disiang hari.Orang-orang yang berjalan mengikut beliau adalah ramai dan menjadikan beliau seperti penyuluh jalan.Beliau juga berkata sejak kebelakangan ini dia tidak pernah lagi melihat kegelapan.Selain dari itu kerana sering berjalan itu kakinya seolah-olah merupakan sepasang pengantin yang mewah (semacam dipakaikan intan belian ).

Sumber : Ajaib wa tharaif ibrat-tarikh, Dar-ul-Furqan,Al-Ryadh,K.A.S, 2011)

Kisah II

Sufyan al-Thauri telah tidak dapat tidur selama 30 tahun dan masa itu beliau habiskan dengan bersembahyang. Ada seorang anak muda yang tidak mampu untuk keMekah mengeluh tentang hal ini dan al-Thauri lantas berkata " Saya telah naik haji empat kali dan saya telah menukar segala yang saya perolehi dari hari itu kepada apa yang engkau keluhkan ".Orang muda itu bersetuju tentang yang beliau katakan dan dijalankan majlis pertukaran itu diantara  kedua belah pihak secara suka hati.Dan pada satu malam al-Thauri mendengar suara yang berkata " Kamu telah beruntung, kerana kamu beli dengan harga yang murah dan kamu telah bahagikan kepada alam dan  semua didalam alam menjadi sangat kaya ".

Sumber : Tazkiratul-Auliya,Pustaka Aman Pres,1967

Kisah III

Abu Abdullah Muhammad telah menunaikan haji keMekah beliau ketika itu hanya membawa sebuah timba dan seutas tali untuk mengambil air.Sedalam perjalanan disatu hutan dilihatnya banyak rusa yang sedang minum air ditelaga, bila beliau hampir dengan telaga itu rusa-rusa itu pun lari dan didapati air telaga itu turun kebawah.Beliau cuba mengambil air tapi tidak berjaya, lalu beliau berdoa meminta air dinaikkan. Setelah itu beliau mendengar suara supaya dia tidak bergantung pada timba dan tali tetapi kepada Allah. Lalu dibuangnya timba dan tali itu maka air naik kepermukaan telaga dan beliau meminum dengan sepuas-puasnya.

Sumber : Tazkiratul-Auliya, Pustaka Aman Pres , 1967

Banyak lagi-kisah yang saya hidangkan seperti kisah Naser e Khosraw, Ibn Battuta dan lain-lain yang menunaikan haji dalam buku sedang saya usahakan.

Dr Aminudin