Monday, January 2, 2012

Trilogy Haji- Kisah-Kisah Para Wali Menunaikan Haji

Kini saya muatkan beberapa kisah para wali yang menunaikan haji diMekah yang merupakan sebahagian dari buku yang sedang saya usahakan iaitu Trilogy Haji.Inilah kisah-kisahnya:-

Kisah I

Muhammad bin Ismail Abu Abdillah Al-Maghribi telah mengerjakan haji dengan berjalan kaki sebanyak 97 kali.Beliau berjalan kaki ditengah malam yang gelap gelita dan berkaki ayam dan dia berjalan macam dikala diwaktu disiang hari.Orang-orang yang berjalan mengikut beliau adalah ramai dan menjadikan beliau seperti penyuluh jalan.Beliau juga berkata sejak kebelakangan ini dia tidak pernah lagi melihat kegelapan.Selain dari itu kerana sering berjalan itu kakinya seolah-olah merupakan sepasang pengantin yang mewah (semacam dipakaikan intan belian ).

Sumber : Ajaib wa tharaif ibrat-tarikh, Dar-ul-Furqan,Al-Ryadh,K.A.S, 2011)

Kisah II

Sufyan al-Thauri telah tidak dapat tidur selama 30 tahun dan masa itu beliau habiskan dengan bersembahyang. Ada seorang anak muda yang tidak mampu untuk keMekah mengeluh tentang hal ini dan al-Thauri lantas berkata " Saya telah naik haji empat kali dan saya telah menukar segala yang saya perolehi dari hari itu kepada apa yang engkau keluhkan ".Orang muda itu bersetuju tentang yang beliau katakan dan dijalankan majlis pertukaran itu diantara  kedua belah pihak secara suka hati.Dan pada satu malam al-Thauri mendengar suara yang berkata " Kamu telah beruntung, kerana kamu beli dengan harga yang murah dan kamu telah bahagikan kepada alam dan  semua didalam alam menjadi sangat kaya ".

Sumber : Tazkiratul-Auliya,Pustaka Aman Pres,1967

Kisah III

Abu Abdullah Muhammad telah menunaikan haji keMekah beliau ketika itu hanya membawa sebuah timba dan seutas tali untuk mengambil air.Sedalam perjalanan disatu hutan dilihatnya banyak rusa yang sedang minum air ditelaga, bila beliau hampir dengan telaga itu rusa-rusa itu pun lari dan didapati air telaga itu turun kebawah.Beliau cuba mengambil air tapi tidak berjaya, lalu beliau berdoa meminta air dinaikkan. Setelah itu beliau mendengar suara supaya dia tidak bergantung pada timba dan tali tetapi kepada Allah. Lalu dibuangnya timba dan tali itu maka air naik kepermukaan telaga dan beliau meminum dengan sepuas-puasnya.

Sumber : Tazkiratul-Auliya, Pustaka Aman Pres , 1967

Banyak lagi-kisah yang saya hidangkan seperti kisah Naser e Khosraw, Ibn Battuta dan lain-lain yang menunaikan haji dalam buku sedang saya usahakan.

Dr Aminudin

No comments: