Thursday, January 19, 2012

Trilogy Haji Siri 6-Perjalanan Haji Ibn Battuta Dari Moroko

Saya meninggalkan kota Tangier, kota kelahiranku pada minggu kedua bulan Rejab.Saya berniat menunaikan haji diMekah dan ingin menziarah makam Nabi Muhammad SAW diMedinah.Saya juga membuat keputusan untuk pergi seorang diri tanpa teman.Saya berpergian ini ibarat burung terbang meninggalkan sarangnya.Ibu-bapa saya ketika itu masih hidup dan berat juga hati saya untuk meninggalkan mereka dan mereka juga berat untuk melepaskan saya berpergian seorang diri kerana saya pada ketika itu baru berusia 22 tahun.

Saya sampai diTlemcen yang pada ketika itu Sultannya bernama Ibn Zayyan dan secara kebetulan kesampaian saya itu adalah juga perwakilan yang datang kebandar itu iaitu rombongan raja dari Ifriqiya. Bersama rombongan itu terdapat seorang anak muda yang bernama Muhammad al-Nafzawi yang juga merupakan seorang hakim dan seorang lagi bernama Syeikh al-Zubaidi yang merupakan seorang ilmuan yang terkenal ketika itu. Lantaran itu saya bercadang mengikut rombongan mereka ini.Saya hanya dapat mengikuti mereka ini bila sampai dibandar Miliana yang ketika itu cuaca cukup panas. Kedua tokoh yang saya ikuti rombongan ini telah jatuh sakit dan lebih tenat ialah Muhammad al-Nafzawi dan akibat dari itu kami mencari perkhemahan ditepi sungai yang beberapa batu dari bandar tersebut. Namun agak malangnya tokoh tersebut telah meninggal dunia dan mereka berpatah balik kebandar Miliana dan telah mengebumikan beliau dibandar tersebut.Selepas kejadian malang itu kumpulan kami telah berpecah dan saya akhirnya mengikuti rombongan ahli perniagaan dari Tunis dan bila kami sampai diAlgiers kami pun berkhemah disitu buat beberapa hari dan kami akhirnya bertemu semula dengan rombongan al-Zubaidi diMitja.

Bersambung: Ibn Battuta-Source http://www.spotlightofpeace.com/

Nota: Ibn Battuta dilahir pada 1303,Masehi di kota Tangier, Moroka.Keluarga beliau adalah peguam dan beliau belajar undang-undang semasa muda lagi.Beliau melakukan perjalanan  mengerjakan haji pada tahun 1325,Masehi dan sampai diMekah tahun 1326.Catatan perjalanan beliau cukup terkenal lebih dari Marco Polo yang melebihi 1000 mukasurat.

No comments: