Friday, May 9, 2014

Analisis Ketiga (2)-Hukum Kanun Pahang

Analisis Ketiga -2

Angkubah Tetap yang dikenalpasti sebagai istilah atau ungkapan yang menarik (Hukum Kanun Pahang), glosari (Undang-Undang Kedah) atau takrif kata (Hukum Kanun Melaka) yang terdapat dalam ketiga-tiga kanun tersebut  ialah Kupang, Koyan, Muhsan (muhsin),tafahus,sepaha, takzir, wati dan diwati.

Angkubah Berbeza (berubah) adalah mengikut persekitaran kanun masing-masing namun apa yang menariknya adalah istilah-istilah atau ungkapan dari Hukum Kanun Pahang begitu lebih menarik dari segi bahasanya berbanding dengan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Kedah. Saya perturunkan istilah dan ungkapan tersebut seperti berikut :-

1.Azab bilang tulang: terdapat dalam Hukum Kanun Pahang.
2.Ancang-ancang, berjuntai kaki diatas ancang-ancang: terdapat dalam Hukum Kanun Pahang.Ancang-ancang ini adalah bahagian hadapan perahu /jong.Definisi ini tidak terdapat dientry Kamus Bahasa Melayu Klasik (1997) dan dalam Kamus Dewan (1989) ancang-ancang ialah langkah sebelum melompat.
3.Adat kaum itu jangan sekali digalang : terdapat dalam Hukum Kanun Pahang.Hukum Kanun Melaka menyebut " adat ini turun termurun dari zaman Sultan Islandar Zulkarnain".Undang-Undang Kedah menyebut undang-undang dibuat dizaman Sultan Rijaluddin Muhammad Shah.
4.Candan yang jahit : terdapat dalam Hukum Kanun Pahang.Menurut Kamus Dewan (1989) candan adalah sejenis tumbuhan.Entry candan tidak terdapat dalam Kamus Bahasa Melayu Klasik (1997).
5.Dipintai akan dia harga sahaya itu : terdapat dalam Hukum Kanun Pahang .Ungkapan yang menarik.
6.Kerana nyala itu penaka : terdapat dalam Hukum Kanun Pahang.Ungkapan yang menarik.
7.Jika diluar amarat negeri seperti Lancang dan Hulu Sg Lintang : terdapat hanya dalam Hukum Kanun Pahang.Ini adalah angkubah Geografi yang tidak dibuat parameternya dua buku hukum yang lain itu.

Monday, May 5, 2014

Analisis Ketiga -Hukum Kanun Pahang (3)

Dalam analisis yang ketiga ini marilah kita lihat perbandingan istilah atau ungkapan yang terdapat dalam versi Muzium Negeri Pahang dengan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Kedah.Hukum Kanun Melaka diwakili oleh buku Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut yang dikaji oleh Dr Liaw Yock Fang, terbitan Yayasan Karyawan pada tahun 2003, dimana beliau menamakan sebagai Takrif Kata dengan memuatkan takrif kata yang sukar dan istilah undang-undang yang terdapat dalam teks tersebut.Manakala Undang-Undang Kedah yang diselenggara oleh Mariyam Salim yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2005, menamakannya Glosari. Bagi manuskrip versi Hukum Kanun Pahang tidak disediakan takrif kata atau glosari , justeru saya pula menyebutnya sebagai istilah atau ungkapan yang menarik.Walau apapun yang hendak kita namakan istilah tersebut maka yang harus kita lihat ialah kehalusan bahasanya dan kekuatan perkataan-perkataan tersebut.Inilah saya perturunkan perkataan atau istilah yang terdapat dalam ketiga-tiga buku tersebut.Saya akan membuat analisis ringkas dipenghujung perbandingan ini.

Glosari disediakan oleh buku Undang-Undang Kedah, 2005

Bafta, bandela,benian, beroci, bidur,bukir, ga (diga),gurnador,imarah,kabul,kenderi, khrajat, koyan,kunca,kupang,kweng,muhsan,nalih,pesara,sahaja,sambing, ronda, sepaha,tafahus,takzir,tandil,tera,tetampan,tunggul,wati, diwarti.

Jumlah semua entery ialah 31 perkataan. 

Bersambung.

Friday, May 2, 2014

Analisis Kedua-Hukum Kanun Pahang

Analisa kandungan (content analysis) adalah berasaskan elemen dan juga nilai (value).Keduanya ini adalah juga angkubah-angkubah (variable) yang sangat penting dalam Hukum Kanaun Pahang versi Muzium Negeri Pahang yang dikaji.Pada keseluruhan dalam mukasurat-mukasurat kanun yang dikaji terdapat elemen dan nilai-nilai kebudayaan atau cara hidup Islam.Elemen dan nilai-nilai tersebut tercermin dalam catatan yang saya buat mengikut mukasurat-mukasurat Hukum Kanun Pahang bagi versi Muzium Negeri Pahang yang dikaji.Catatan saya nukilkan dan juga memetik index yang disediakan oleh pihak penyelenggara kanun tersebut. Analisis ini sebenarnya boleh diprogramkan dalam komputer bagi semua elemen dan nilai-nilai yang saya kehendaki, namun untuk mencapai hasrat saya supaya lebih mendalami dan menghayati kanun ini maka saya membuat analisis secara manual.Selain dari itu saya juga tertarik dengan istilah-istilah yang digunakan dalam kanun ini untuk saya bandingkan dengan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Kedah sejauh manakah istilah tersebut lebih menarik mahupun lebih "advance" dari kanun yang lain itu..

Analisis I
 Pada mukasurat pertama kanun ini telah dimulai dengan Alhamdulilah Rabbil alamin dengan ucapan syukur kepada Allah SWT dan juga memberi salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan diikuti oleh mukasurat 2 yang memaparkan kanun sebagai garis panduan terhadap elemen keIslaman berpandukan hukum-hukum bagi mereka yang melakukan dosa.Istilah dosa, serta kawasan hukum kanun ini diliputi adalah negeri dan anak sungai seperti index yang disediakan.Seorang muslim perlu melihat dirinya menerima nikmat yang tidak terhitung banyaknya dari Allah SWT. Justeru perlulah kita menyukuri kepada Allah.Allah sahaja layak disanjung sepertimana Allah berfirman dalam Al-Quran ,Surah An-Nahl, ayat 53 yang maksudnya, " Dan apa saja nikmat yang ada pada kalian. maka daripada Allah (datangnya) ". Bersambung.