Wednesday, June 30, 2010

Kampung Relong,Kuala Lipis Sebagai Pusat Pertubuhan Sukarela : Satu Tinjauan Siri 6-Hak2 Sukarelawan

Kini kita lihat pula hak (right)bagi sukarelawan yang menyertai pertubuhan sukarela.Diantara hak-hak sukarelawan tersebut ialah :-

1.Mendapat penerangan yang jelas tentang sesuatu kerja atau bidang tugasnya.
2.Diberi tugas yang sesuai dengan minatnya, pengalamannya,kemahirannyan dan kebolehnnya.
3.Dilatih dan dibimbing untuk menjalankan sesuatu kerja.
4.Mengetahui siapakah penyelia atau penyelaras dan berhubung dengannya.
5.Dihormati oleh rakan sekerja dan pertubuhan /persatuan.
6.Mendapat perlindungan kerahsiaan bagi maklumat peribadi.
7.Mendapat maklumbalas tentang kerja dan prestasinya.
8.Turut terlibat dalam membuat keputusan yang terbabit dalam bidang tugasnya.
9.Mengetahui tatacara,perlembagaan dan undang-undang berkaitan bidang tugasnya.
10.Didengar aduannya dan pendapatnya.
11.Dibayar balik perbelanjaan pendahuluan yang dibuatnya.
12.Menolak kepada kerja paksaan atau tidak disenanginya.
13.Mendapat pembelaan dan juga insurans bagi kerja yang berisiko.
14.Mendapat pelepasan atau cuti bagi tujuan peribadi.
15.Meletak jawatan kerja sukarelannya itu.

Kajian Kumpulan Kutu Barangan dan Wang ada dilaksanakan diKampung Relong oleh Shaharin bin Abdullah bagi Ijazah Sarjana Muda DiUniversiti Malaya. Ini merupakan kajian yang baik tentang amalan kumpulan sukarela yang bersifat sosio-ekonomi dan merupakan kajian yang terawal diKuala Lipis.Shaharin menulis " dikampung ini sekumpulan orang tertentu akan mengeluar secara individu sejumlah wang caruman bulanan untuk ditabung oleh seorang ketua yang kemudian diberi kepada kumpulan wang itu kepada individu peserta yang berhak menerimanya sampai gilirannya ".Bagi Kumpulan Kutu Barangan seingat saya Makandak saya ada menjalankan kutu Pinggan-Mangkok dengan kumpulannya diSungai Batu,begitu juga Makcu, saya juga menjalankan Kumpulan Kutu barangan carpet.Saya juga mendapat tahu Makcu juga ada menjalankan kutu barangan Pembancuh Kuih/Penguli Tepung yang mana dia sanggup datang dari Raub untuk mengusahakan kumpulan sukarela seumpama ini.

Dr Aminudin

Saturday, June 26, 2010

Kampung Relong,Kuala Lipis Sebagai Pusat Pertubuhan Sukarela : Satu Tinjauan Siri 5-Kumpulan Dikir


Menyertai pertubuhan atau perkumpulan sukarela mempunyai banyak manfaatnya.Diantara manfaatnya yang boleh diperolehi oleh sesorang individu itu ialah seperti berikut :-

1.Mendapat kepuasan diri.
2.Menjadikan hidup kita lebih bermakna.
3.Membolehkan kita memperolehi maklumat dan pengetahuan.
4.Mendapat kemahiran baru.
5.Memperolehi peluang-peluang lawatan.
6.Mendapat kenalan baru.
7.Perasaan bangga kerana dapat memberi sumbangan.
8.Memperolehi penghargaan atau pengiktirafan (perkara ini sepatutnya tidaklah dititik beratkan sangat).

Bagi masyarakat dan negara secara keseluruhan pula manfaat kerja-kerja sukarela mendatangkan manfaat kepada ekonomi negara, memberi peluang perkerjaan dan mengalakkan perniagaan serta semangat kemasyarakatan setempat.

DiKampung Relong, Kumpulan Berdikir terdapat masa dahulu , terutama sekali dimasa orang kampung mengadakan khenduri kahwin. Dalam blog ini ada saya coretkan apabila Abang Mat A berkahwin dengan Akak Sabar terdapat acara bersilat dan berdikir. Menurut Kamus Dewan berdikir ialah " mengucap puji-pujian kepada rasul dengan berlagu.Dalam acara tersebut kumpulan berdikir terdiri dari Abang Husin Mandak dari Ulu Teris, Pakambong Ajis dari Berchang dan Abang Tapa dari Relong. Mereka ini akan berdikir dengan suara yang amat nyaring dengan diikuti oleh pukulan rebana.Manakala kumpulan pemuzik bagi acara silat akan diiringi dengan gendang dan gong atau ketawak.Tradisi kumpulan berdikir dan pemain alat muzik diKampung Relong ,saya kesan sudah lama sejak zaman ibu-bapa saya dan mereka yang menyertai ini adalah dengan sukarela dan melakukannya dengan semangat kemasyarakatan setempat.

Dr Aminudin

Kampung Relong,Kuala Lipis Sebagai Pusat Pertubuhan Sukarela : Satu Tinjauan Siri 4 -Pasukan Home Guard


Edisi kali ini sampailah masanya saya menghuraikan ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh sesorang untuk menjadi sukarelawan yang bermakna, diantaranya adalah seperti berikut :-

1.Bersedia dan suka untuk berkhidmat.
2.Bertimbang rasa dan empati.
3.Memahami dan jelas tentang kenapa kita ingin mencebur diri dalam kegiatan sukarela.
4.Sedia berkongsi.
5.Bersikap rendah diri.
6.Mempunyai anggapan yang positif terhadap kumpulan sasar dan masyarakat.
7.Suka belajar.
8.Bersedia membaiki diri.
9.Sanggup menghadapi cabaran dan rintangan.
10.Bersemangat dan tetapi gigih kerana tidak dapat penghargaan dan pengiktifan dari orang lain.
11.Komitmen yang tinggi bila melaksanakan sesuatu aktiviti sukarela.

Kali ini kajian saya tentang Pasukan Sukarela yang dikenali Home Guard telah ditubuhkan diMalaya pada tahun 1940.Ketika itu kita dibawah perintah British telah menubuhkan bagi penduduk Malaya yang berumur dari 15-55 tahun dengan dikenali sebagai Volunteer Forces bagi menentang komunis.Bilangan Home Guard pada 1940 adalah seramai Singanpura 14,390 orang,Penang 2794,Melaka 588,Negeri Bersekutu 11,019 0rang dan Negeri Tidak Bersekutu 2175 (Mccormick,A.H.,Malayan Volunteers Group).DiKampung Relong seingat saya, ayah saya (Haji Abdul Karim),Pakandak (Hj Mohd Dahan),Pakatih )Hj Hassan),Pakde (A.Bakar) dan lain-lain adalah anggota Home Guard diDaerah Lipis, mereka ini mempertahan kampung Relong dari diserang komunis.Kubu dibawah pokok Saga dekat Sekolah Rendah Relong seingat saya masih ada bagi bukti Home Guard bersedia bila-bila masa bila diserang.Jadi Home Guard diKampung Relong adalah bukti pertubuhan sukarela berbentuk Pertahanan telah wujud dikampung kami.

Dr Aminudin

Friday, June 25, 2010

Kampung Relong,Kuala Lipis Sebagai Pusat Pertubuhan Sukarela : Satu Tinjauan Siri 3-Pahang Pasukan Pengakap Tertua DiDunia


Dalam edisi yang lalu, saya telah memberikan definisi,bidang dan motif bagi pertubuhan sukarela. Kali ini kita lihat prinsip-prinsip asas bagi kita mahu menyertai pertubuhan sukarela.Memang tiada satu garis panduan tentang prinsip asas bagi kita menyertai pertubuhan sukarela, namun kita jadikanlah apa yang saya nyatakan ini sebagai panduan untuk kita guna-pakai sebagai prinsip-prinsip kita menyertai pertubuhan sukarela iaitu :-

1.Bersedia berkongsi maklumat, pengetahuan, wawasan, kemahiran dan pengalaman dengan pihak memerlukan.
2.Berkhidmatlah tanpa diskriminasi agama, ideologi, ras,bahasa, jantina,status dan lain-lain.
3.Sumbangan diberikan tanpa mengharap balasan dan ganjaran.
4.Kerja sukarela itu dilakukan demi kumpulan sasaran.
5.Selalu melibatkan kumpulan sasaran dalam membuat keputusan dan tindakkan.
6.Sumber utama kerja sukarela adalah manusia atau insan itu sendiri.
7.Mementingkan semua orang memberikan sumbangan dalam gerakan sukarela tersebut.

Persatuan Pengakap Pahang Tertua DiDunia (Ditubuh Pada Tahun 1912)-Analisisnya:


Kajian saya mendapati Pasukan Pengakap Negeri Pahang adalah gerakkan sukarela yang Pertama sekali diTanah Melayu malahan didunia.Ianya ditubuhkan diPahang iaitu diPekan pada tahun 1912, oleh G.M.Laidlow dan tetapi tidak begitu aktif hinggalah diaktifkan semula pada tahun 1927 yang digerakkan oleh H.P.Hertslet dan kemudiannya Wheeler dan saya percaya ianya digerakkan secara meluas diDaerah Kuala Lipis, sebagai ibu negeri Pahang ketika itu. Semasa saya bersekolah diRelong ,saya menyertai pergerakkan pengakap dengan berkhemah ketika itu dibawah pokok kundang tepi padang Sekolah Relong dan juga menyertai Jambori, diKuala Lipis yang dipimpin oleh Ciku Abdullah.Persatuan pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell yang dilahirkan pada 22 Febuari 1857.Beliau adalah pegawai tentera yang menulis buku Aids to Scouting dan Scouting for Boys yang menjadi buku panduan Pasukan pengakap hari ini dan Jambori pengakap yang pertama didunia adalah pada tahun 1920 diGilwell Park,London. Jadi Persatuan pengakap Pahang yang ditubuhkan pada tahun 1912 itu adalah juga Persatuan pengakap Yang Tertua DiDunia.Syabas Pengakap Pahang.

Dr Aminudin

Wednesday, June 23, 2010

Kampung Relong,Kuala Lipis Sebagai Pusat Pertubuhan Sukarela : Satu Tinjauan Siri 2-Motif Kita Bersukarela


Saya telah memberikan definisi Pertubuhan Sukarela dan juga bidang atau kategori pertubuhan sukarela pada siri yang pertama. Pada edisi kali ini kita lihat pula apakah motif kita menubuhkan atau menjalankan kerja-kerja sukarela itu.Bagi seseorang yang menceburi pertubuhan sukarela mereka mempunyai motif ataupun niat dalam diri masing-masing, jadi motif itulah menjadi semangat untuk menjadikan pertubuhan itu dikemudian hari berkembang ataupun tidak.Dari semangat itu itu dimanifestasikan oleh seseorang itu dalam bentuk komitmennya dalam pertubuhan-pertubuhan sukarela.Diantara motif seseorang menyertai pertubuhan sukarela adalah seperti berikut :-

1.Altruism- naluri ingin melakukan kebaikan kepada orang lain.
2.Memupuk keyakinan diri, perasaan berani untuk kehadapan.
3.Menjalin persahabatan dan perkenalan.
4.Merasakan ianya penting dan berguna.
5.Rasa kepunyaan bagi kumpulan minat yang sama.
6.Membaiki diri.
7.Membangunkan personaliti.
8.Menyumbangkan bakat dan kebolehan.
9.Berkongsi idea dan pengalaman.
10.Mencari keredaan Allah.
11.Memperjuangkan cita-cita dan idealisme.
12.Mencetuskan kesedaran masyarakat dan melakukan perubahan.
13.Menggalakan masyarakat berdikari.
14.Mempelajari sesuatu kemahiran.
15.Mengurangi rasa bosan.
16.Mengisi masa lapang dengan kegiatan berfaedah.
17.Meneroka bidang kerjaya sebelum melibatkan secara rasmi.

DiKampung Relong Persatuan Belia adalah salah sebuah pertubuhan sukarela yang tertua sekali diPahang.Ianya ditubuhkan oleh Jawatankuasa Penaja pada tahun 1964 yang diPengerusikan oleh Haji Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah dan Setiausahanya Haji Abdul Rauf bin Haji Uda.Kedua mereka ini adalah saudara mara saya juga yang saya paparkan Foto Haji Wan Abdul Rahim tersebut dengan para kerabat Orang Kaya Perba Jelai(Foto Beliau berdiri dibelakang dengan ditandai oleh anak panah).Pada 12 September 1967, Persatuan Belia kampung Relong diluluskan pertubuhannya dengan ahli ketika itu seramai 15 orang.Mengenai pertubuhan belia ini pengkaji seperti Rosenmayr (1979)menulis " ... youth is product of societal reproduction as well as a force in social change or social transformation ".

Dr Aminudin

Monday, June 21, 2010

Kampung Relong,Kuala Lipis Sebagai Pusat Pertubuhan Sukarela : Satu Tinjauan Siri 1


Dalam blog ini telah saya coretkan tentang Teori Pusat Pentadbiran Silam Bagi Negeri Pahang iaitu Di Lembah Bama , dimana dikampung Relong telah saya jelaslah sebagai pusat pentadbiran, kebudayaan dan kesusasteraan. Kini sampailah masanya saya menjelaskan pula tentang bagimana kegiatan pertubuhan sukarela turut berpusat diKampung Relong dizaman silam.Saya baru menghantar buku yang berjudul " Kajian Terhadap Hikayat Seri Rama Dari Perspektif Strategi Dan Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara Yang DiKarang Oleh Orang Lembah Bama,Kuala Lipis,Pahang" untuk dicetak.Dalam buku ini saya menghurai " Teori Realiti Bahasa Dalam Kehidupan Lembah Bama " yang dipelopori diLondon oleh J.R.Firth ,dikenali sebagai Context of Situation telah menunjukan significantnya bila digunakan disini.Saya juga telah menemukan yang penulis Hikayat Seri Rama adalah orang Lembah Bama.Buku saya itu yang bersifat Antarabangsa juga menyanggah Teori Orientalis dari German yang mengatakan naskhah yang ditemuinya adalah yang tertua diNusantara.Bagi peminat blog ini nanti seperti biasa saya akan memberi keutamaan mendapatkan buku ini dengan potongan harga sebanyak 50 peratus.

Berbalik kepada kegiatan Pertubuhan Sukarela ini dari segi definisinya ialah apa juga kegiatan yang dibuat secara rela,ikhlas,serta tanpa paksaan oleh sesiapa dengan tidak mengharapkan balasan dimana ia mendapat faedah kepada pihak yang diberi perkhidmatan.Banyak bidang bagi kerja sukarela ini yang bolehlah kita kategorikan kepada kelompok misalnya golongan kurang upaya,wanita,Orang Asli,keluarga,kelas bimbingan,sukan dan reakreasi,kebajikan,dakwah Islamiah,kesihatan,alam sekitar,warga tua,budaya ilmu,kepenggunaan,belia,perpaduan,kemahiran,pemulihan,hak-hak asasi, kanak-kanak, akhlak dan lain-lain.Pendekatan atau metodologi kerja sukarela ini bolehlah dibuat dalam bentuk seperti menyumbangkan idea,masa,ilmu,pengetahuan,kebolehan,kemahiran,pengalaman dan juga berkongsi fizikal bagi sesuatu kerja.Cara yang popular bagai kerja sukarela ini ialah gotong-royong atau diRelong dipanggil berderau.Seingat saya diRelong Pertubuhan Sukarela yang lama wujud ialah St.John Ambulan, Persatuan Belia,Pengakap,Kelas Bimbingan Agama,Sistem Kutu,Pertubuhan Silat dan lain-lain.Pertubuhan St John Ambulan misalnya ayah saya, Abang Ahmad Muhammad,Ustaz Idris,Ciku Mat Kancil dan lain adalah mereka yang mengerakan pertubuhan ini diRelong.


Dr Aminudin

Thursday, June 17, 2010

Nostalgiaku Pada Bangsawan dan Makandak


Bangsawan mulai diperkenalkan diMalaysia sekitar tahun 1880an yang dikatakan dimulai diPulau Pinang,nama kumpulan bangsawan itu ialah Pusi Indera bangsawan of Penang dan turut berkembang dinegeri lain.Umpamanya diKuala Lumpur tapak popular bangsawan ialah diSungai Wang Plaza yang dikenali sebagai Happy World diantara nama kumpulan ialah Nahar Bangsawan,Malayan Opera,Zanzibar bangsawan,Bangsawan Jenaka Melayu,Rahman Opera dan lain-lain.Dalam blog ini saya telah mengatakan bahawa Kampung Relong,Kuala Lipis adalah pusat Kebudayaan dan Kesusasteraan Pahang dahulu dimana saya paparkan kumpulan Bangsawan yang diarahkan oleh Pakangah Hashim Idrus (sekarang Datok Hashim) dan pengerak kesenian tarian oleh Makandak saya.Dimasa dahulu Bangsawan yang membawa tema kezaliman seperti Bawang Putih Bawang Merah,Laksamana Bentan,tema perjodohan seperti Puteri Cahaya Bulan, tema unsur sejarah Hang Tuah,Amuk Tok Nading dan lain-lain.Bagi sebuah bangsawan yang bermutu ia memerlukan gabungan dari para pelakun,pemuzik,dan set pentasnya.DiRelong dahulu sering tapak bangsawan ialah ditapak sekolah ugama menuju keCeruk Membebeklah diadakan.Disitu dahulu ada sebuah Dewan Papan dijadikan pentas bangsawan.Seingat sayalah Makandaklah menguruskan hal tarian dan nyanyian bangsawan dikampung kami itu, dan saya pernah ingat Makandak jatuh pitam kerana keletihan.Hari ini bila saya berjumpa dengan Datuk Azhar B, dalam satu majlis saya ada mengatakan pada beliau yang kami pernah berlakun Drama/Film arahan Profesor Mustafa Kamal (USM) ketika kami diperingkat universiti ini bukan perkara baru sebenarnya bagi kami diRelong.Begitu juga bila saya diSMART,Kuantan saya adalah seorang pengerak Drama diSMART yang mendapat tempat ketiga diperingkat Kebangsaan selepas sekolah Alam Shah dan Kolam Air.Bangsawan kini hanya tinggal kenangan bagi kami diRelong, Makandak yang selalu datang kerumah kami ditepi Gua Bama itu sering membawa ole-ole kepada saya bila ia datang mencari mengkuang dan kemudian saya selalu membantunya melayor mengkuang itu pada api.Kini ,Makandak sudah tiada lagi, namun gambar yang saya paparkan ini adalah kenangan buat kami keluarga yang berdarah seni.Al-Fatihah buat Makandak.

Dr Aminudin

Tuesday, June 15, 2010

RMKe10-Sekelumit Pandangan Tentang Industri ICT


Ulasan pelbagai pihak terhadap RMKe10 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri tersiar dimedia cetak dan juga media elektronik.Sebagai bekas pegawai EPU,JPM yang pernah bertungkus-lumus menyiapkan laporan atau buku RMK yang lalu, saya kadang-kadang ingin juga membuat ulasan atau pendapat kepada media cetak, namun yang pasti pendapat kita itu tidak akan disiarkan kerana tidak " mengikut garis panduan " mereka.Jadi lebih baik lupakan hasrat tersebut. Namun dengan adanya media alternatif sebegini bolehlah juga kita memberikan pendapat yang kita tahu.Disini ingin saya kongsikan pendapat saya dengan anda sekelian tentang pendapat Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) terhadap industri ICT dalam RMKe10, lagipun inilah bidang pengetahuan saya.Presiden Pikom iaitu saudara Shaifubahrim Salim berkata yang " RMKe10 pasti memacu industri itu ".Beliau juga berkata ICT akan memainkan peranan sangat penting untuk merealisasikannya (Berita harian, 15 Jun 2010)
Jadi dalam RKMe10, peranan ICT akan berkembang.Maka pastilah juga lepasan univesiti dalam bidang ICT akan memperolehi perkerjaan selaras dengan perkembangan itu. Sempena pembentangan YAB Perdana Menteri itu, saya dapati Universiti Teknologi Malaysia mengeluarkan sisipan sebagai Universiti Penyelidikan.Tahniah saya ucapkan.Disamping itu dalam sisipan itu diberikan Profil Mahasiswa UTM dari tahun 1984 hingga 2012, sebagai contoh saya ambil tahun 2008 ,mahasiswanya ialah 14,456 orang pelajar.Dari data diberikan juga UTM ,mempunyai Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, jadi sudah tentu peranan mereka bila keluar nanti akan berkerja dalam bidang ICT. Namun sayangnya UTM tidak memberikan data berapakah jumlah pelajar lepasan UTM yang telah mendapat perkerjaan dari tahun 1984 itu ?Inilah " data-data yang dilindung oleh pihak universiti tentang graduan mereka ". Dalam dunia ICT " data-data yang relevant dengan kebajikan pelajar perlu disibar dan diketengahkan supaya kita dapat bersedia dalam realiti kehidupan yang sebenarnya.Serupakan jugalah penasihat alam sekitar melihat pencemaran sesebuah sungai yang begitu teruk perlu memberikan pendapatnya kerana telah dilihat oleh masyarakat umum memang begitu kotornya.Mengesan data-data graduan lepasan ICT bukanlah sukar sangat, ia dikumpul dan diolah secara sistematik dan kemudian dibincangkan sesama rakan industri bagi diagihkan kepada yang memerlukan adalah satu langkah yang pratikal.Hari ini kita mengeluarkan graduan ICT sesuka hati tanpa melihat unjuran peluang perkerjaan bagi mereka.Walaupun saya pernah menghantar pelajar kita keHarvard dan MIT ,semasa diJPA,Latihan dalam bidang ICT, tetapi tiada jawatan yang kosong dalam Perkhidmatan Awam, mereka terpaksa dilepaskan dengan hati yang walang kerana mereka adalah graduan kelas dunia.Bebalik pada keperluan ICT bagi membetulkan "Ranking" Malaysia diperingkat antarabangsa dalam bidang berkaitan mendapat permit perniagaan dimana Malaysia nombor yang ke109,Singapura nombor yang ke2, tetapi Thailand nombor ke13, jadi kita ketinggalan dari Thailand (walaupun negera mereka tak tenteram)," Ranking dalam hal perdagangan merentasi sempadan " , negara kita ranking nombor 35, Thailand nombor 12 dan Singapura nombor 1, jadi kita masih ketinggalan dari Thailand dan Singapura.Natijahnya ICTlah memainkan peranan dalam membaiki "Ranking " yang saya petik dari sumber Bank Dunia itu.Begitu juga dengan infrastruktur ICT kita adakah kawasan diPantai Timur begitu memuaskan, belum lagi aspek Hardware dan Software yang ada dikawasan tersebut, nampaknya kita kena berkerja keras sungguh untuk mengrealisasikan dunia ICT.Sekian.

Dr Aminudin

Wednesday, June 9, 2010

Memperkenalkan Peribahasa Sweden Digandingkan Dengan Perbahasa Melayu- Siri 10


45." Nar affarsmannen sover, arbetar annonsen " (Bila ahli perniagaan tidur, iklan akan berkerja )
Peribahasa melayu tentang tidur seperti Tidur dikasur bermakna hidup senang atau beristerikan orang kaya.Tidur diperkalang, berjalan dipertongkat ialah ilmu diamalkan siang dan malam.Tidur tak lelap, makan tak kenyang bermakna tidak tenang fikiran.Tidur-tidur ayam adalah tidur yang tidak nyenyak.Perbahasa tentang kerja ada banyak juga misalnya Kerja Raja dijunjung, kerja kita dikelek bermakna mementingkan kerja orang lain dari kerja sendiri.Kerja sebarang hebat,kasih sebarang tempat bermakna tiada displin kerja.Kerja baik berhimbauan ,datang buruk berhamburan bermakna berkerjasama dan saling bantu-membantu.Kerja berderau ialah gotong-royong.

46."Ett gott ansikte ar det basta rekommendationsbrevet " (Wajah yang cantik adalah seperti surat recommendation yang terbaik)

Muka manis adalah wajah yang berseri.Muka bantal pula adalah pura-pura baik.Muka berkilat,ekor dek kada bermaksud nampak kaya tapi banyak hutang.Muka berpandangan,budi kedapatan bererti pernah melakukan kesilapan tapi tidak dibalas.Muka Epan bermakna halaman pertama .Muka manusia itu sebaik-baik perisai bagi hati bermakna wajah boleh digunakan untuk menyembunyikan perasaan.Muka selamba pula ialah tidak sensitif.

47."Man blir trott av att ga och gora ingenting " (Kita akan keletihan kalau tidak membuat apa )
Duduk main bermakna main saja.Duduk berayun kaki bermakna malas tidak membuat sebarang kerja.Duduk dengan cupak gantang bermakna ketua yang adil.Duduk ditapak tangga, mandi dihilir orang, berdiri diluar gelanggang bermakna kalau berada ditempat orang, ikut cara tempat orang dan selalulah merendah diri.Duduk sehamparan ,tegak sepermatang bermakna sedarjat dalam adat.Duduk meraut ranjau,tegak meninjau jarah bererti tidak berhenti berkerja.

48."Arbete gor somnen sot" (Berkerja lebih berharga dari tidur)
Kerja lembur bermakna tugas-tugas diluar waktu kerja.Kerja baik segerakan,jangan ditimpa kerja buruk bermakna apa yang baik jangan dilengah-lengahkan.Kerja bakti adalah kegiatan sukarela.Berharga diatas rupa, bercupak diatas tumbuh bermakna tiap sesuatu hendaklah kena pada tempatnya.

49."Armod och karlek ar svara att dolja" (Harta dan cinta sukar untuk disembunyikan)
Harta benda ialah kekayaan.Harta karun ialah harta benda yang tidak diketahui siapa pemiliknya.Harta orang hendak digalas bermakna hendak mengambil harta benda orang lain.Harta pulang kepada tuan bermakna kena pada tempatnya.Cinta kilat ialah cinta yang cepat timbul dan cepat hilang.Cinta monyet ialah kasih sayang yang keanak-anakan.Cita rasa ialah perasaan hati.

Dr Aminudin