Monday, June 21, 2010

Kampung Relong,Kuala Lipis Sebagai Pusat Pertubuhan Sukarela : Satu Tinjauan Siri 1


Dalam blog ini telah saya coretkan tentang Teori Pusat Pentadbiran Silam Bagi Negeri Pahang iaitu Di Lembah Bama , dimana dikampung Relong telah saya jelaslah sebagai pusat pentadbiran, kebudayaan dan kesusasteraan. Kini sampailah masanya saya menjelaskan pula tentang bagimana kegiatan pertubuhan sukarela turut berpusat diKampung Relong dizaman silam.Saya baru menghantar buku yang berjudul " Kajian Terhadap Hikayat Seri Rama Dari Perspektif Strategi Dan Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara Yang DiKarang Oleh Orang Lembah Bama,Kuala Lipis,Pahang" untuk dicetak.Dalam buku ini saya menghurai " Teori Realiti Bahasa Dalam Kehidupan Lembah Bama " yang dipelopori diLondon oleh J.R.Firth ,dikenali sebagai Context of Situation telah menunjukan significantnya bila digunakan disini.Saya juga telah menemukan yang penulis Hikayat Seri Rama adalah orang Lembah Bama.Buku saya itu yang bersifat Antarabangsa juga menyanggah Teori Orientalis dari German yang mengatakan naskhah yang ditemuinya adalah yang tertua diNusantara.Bagi peminat blog ini nanti seperti biasa saya akan memberi keutamaan mendapatkan buku ini dengan potongan harga sebanyak 50 peratus.

Berbalik kepada kegiatan Pertubuhan Sukarela ini dari segi definisinya ialah apa juga kegiatan yang dibuat secara rela,ikhlas,serta tanpa paksaan oleh sesiapa dengan tidak mengharapkan balasan dimana ia mendapat faedah kepada pihak yang diberi perkhidmatan.Banyak bidang bagi kerja sukarela ini yang bolehlah kita kategorikan kepada kelompok misalnya golongan kurang upaya,wanita,Orang Asli,keluarga,kelas bimbingan,sukan dan reakreasi,kebajikan,dakwah Islamiah,kesihatan,alam sekitar,warga tua,budaya ilmu,kepenggunaan,belia,perpaduan,kemahiran,pemulihan,hak-hak asasi, kanak-kanak, akhlak dan lain-lain.Pendekatan atau metodologi kerja sukarela ini bolehlah dibuat dalam bentuk seperti menyumbangkan idea,masa,ilmu,pengetahuan,kebolehan,kemahiran,pengalaman dan juga berkongsi fizikal bagi sesuatu kerja.Cara yang popular bagai kerja sukarela ini ialah gotong-royong atau diRelong dipanggil berderau.Seingat saya diRelong Pertubuhan Sukarela yang lama wujud ialah St.John Ambulan, Persatuan Belia,Pengakap,Kelas Bimbingan Agama,Sistem Kutu,Pertubuhan Silat dan lain-lain.Pertubuhan St John Ambulan misalnya ayah saya, Abang Ahmad Muhammad,Ustaz Idris,Ciku Mat Kancil dan lain adalah mereka yang mengerakan pertubuhan ini diRelong.


Dr Aminudin

No comments: