Thursday, June 17, 2010

Nostalgiaku Pada Bangsawan dan Makandak


Bangsawan mulai diperkenalkan diMalaysia sekitar tahun 1880an yang dikatakan dimulai diPulau Pinang,nama kumpulan bangsawan itu ialah Pusi Indera bangsawan of Penang dan turut berkembang dinegeri lain.Umpamanya diKuala Lumpur tapak popular bangsawan ialah diSungai Wang Plaza yang dikenali sebagai Happy World diantara nama kumpulan ialah Nahar Bangsawan,Malayan Opera,Zanzibar bangsawan,Bangsawan Jenaka Melayu,Rahman Opera dan lain-lain.Dalam blog ini saya telah mengatakan bahawa Kampung Relong,Kuala Lipis adalah pusat Kebudayaan dan Kesusasteraan Pahang dahulu dimana saya paparkan kumpulan Bangsawan yang diarahkan oleh Pakangah Hashim Idrus (sekarang Datok Hashim) dan pengerak kesenian tarian oleh Makandak saya.Dimasa dahulu Bangsawan yang membawa tema kezaliman seperti Bawang Putih Bawang Merah,Laksamana Bentan,tema perjodohan seperti Puteri Cahaya Bulan, tema unsur sejarah Hang Tuah,Amuk Tok Nading dan lain-lain.Bagi sebuah bangsawan yang bermutu ia memerlukan gabungan dari para pelakun,pemuzik,dan set pentasnya.DiRelong dahulu sering tapak bangsawan ialah ditapak sekolah ugama menuju keCeruk Membebeklah diadakan.Disitu dahulu ada sebuah Dewan Papan dijadikan pentas bangsawan.Seingat sayalah Makandaklah menguruskan hal tarian dan nyanyian bangsawan dikampung kami itu, dan saya pernah ingat Makandak jatuh pitam kerana keletihan.Hari ini bila saya berjumpa dengan Datuk Azhar B, dalam satu majlis saya ada mengatakan pada beliau yang kami pernah berlakun Drama/Film arahan Profesor Mustafa Kamal (USM) ketika kami diperingkat universiti ini bukan perkara baru sebenarnya bagi kami diRelong.Begitu juga bila saya diSMART,Kuantan saya adalah seorang pengerak Drama diSMART yang mendapat tempat ketiga diperingkat Kebangsaan selepas sekolah Alam Shah dan Kolam Air.Bangsawan kini hanya tinggal kenangan bagi kami diRelong, Makandak yang selalu datang kerumah kami ditepi Gua Bama itu sering membawa ole-ole kepada saya bila ia datang mencari mengkuang dan kemudian saya selalu membantunya melayor mengkuang itu pada api.Kini ,Makandak sudah tiada lagi, namun gambar yang saya paparkan ini adalah kenangan buat kami keluarga yang berdarah seni.Al-Fatihah buat Makandak.

Dr Aminudin

No comments: