Saturday, June 26, 2010

Kampung Relong,Kuala Lipis Sebagai Pusat Pertubuhan Sukarela : Satu Tinjauan Siri 5-Kumpulan Dikir


Menyertai pertubuhan atau perkumpulan sukarela mempunyai banyak manfaatnya.Diantara manfaatnya yang boleh diperolehi oleh sesorang individu itu ialah seperti berikut :-

1.Mendapat kepuasan diri.
2.Menjadikan hidup kita lebih bermakna.
3.Membolehkan kita memperolehi maklumat dan pengetahuan.
4.Mendapat kemahiran baru.
5.Memperolehi peluang-peluang lawatan.
6.Mendapat kenalan baru.
7.Perasaan bangga kerana dapat memberi sumbangan.
8.Memperolehi penghargaan atau pengiktirafan (perkara ini sepatutnya tidaklah dititik beratkan sangat).

Bagi masyarakat dan negara secara keseluruhan pula manfaat kerja-kerja sukarela mendatangkan manfaat kepada ekonomi negara, memberi peluang perkerjaan dan mengalakkan perniagaan serta semangat kemasyarakatan setempat.

DiKampung Relong, Kumpulan Berdikir terdapat masa dahulu , terutama sekali dimasa orang kampung mengadakan khenduri kahwin. Dalam blog ini ada saya coretkan apabila Abang Mat A berkahwin dengan Akak Sabar terdapat acara bersilat dan berdikir. Menurut Kamus Dewan berdikir ialah " mengucap puji-pujian kepada rasul dengan berlagu.Dalam acara tersebut kumpulan berdikir terdiri dari Abang Husin Mandak dari Ulu Teris, Pakambong Ajis dari Berchang dan Abang Tapa dari Relong. Mereka ini akan berdikir dengan suara yang amat nyaring dengan diikuti oleh pukulan rebana.Manakala kumpulan pemuzik bagi acara silat akan diiringi dengan gendang dan gong atau ketawak.Tradisi kumpulan berdikir dan pemain alat muzik diKampung Relong ,saya kesan sudah lama sejak zaman ibu-bapa saya dan mereka yang menyertai ini adalah dengan sukarela dan melakukannya dengan semangat kemasyarakatan setempat.

Dr Aminudin

No comments: