Thursday, November 22, 2012

Pahang Beachcombing-Siri 1

Mulai hari ini saya mulai menulis tentang "Pahang Beachcombing(PBc)".Minat saya menulis tentang PBc ini adalah kerana semasa saya bertugas diagensi keselamatan , kami menjaga dan mengawal semua pantai negeri Pahang mulai dari Pantai Cendur hinggalah keTanjung Gemuk diRompin Pahang, malahan hingga kePulau Tioman. Sejak itu saya meminati pantai-pantai negeri Pahang dan kini saya menetap ditepi pantai Negeri Pahang yang saya cintai ini. Kajian tentang "Beachcombing" diNegeri Pahang setahu saya belum ada lagi, maka kajian saya ini merupakan kajian perintis dan diharapkan dimasa akan datang dibuat pula oleh pengkaji yang lain.Sebelum saya menulis dalam siri-siri yang akan datang adalah baiknya saya definikan apa itu "Beachcombing", perkara ini bagi memudahkan perbincangan dibuat tentang skop kajian. Maklumlah sekarang ini begitu cerdik-pandai yang ingin mengkritik kajian kita sedangkan mereka tidak menulis sebuah buku pun hanya cuma dalam blog yang dikatakan menjadi kesukaan ramai.

Kajian tentang "Beachcomber" pernah dibuat diEropah pada tahun 1847 tentang penduduk yang mendiami Pulau Pacific Selatan ,dimana "Combing" merujuk kepada pantai dan juga air laut sekitarnya.Ketika itu orang yang menduduki tepi pantai adalah pelaut yang tidak mempunyai perkerjaan.Namun hari ini penduduk tepi pantai adalah juga para peniaga yang berurusan dengan pemilik kapal dan pedagang.Hari ini istilah "Beachcombing" telah berubah menjadi "seorang yang membuat kajian tentang pantai dan kawasan sekitarnya ", malahan bagi pengkajian sedemikian memperolehi pula barang-barang yang berharga, pemandangan yang menarik dan penyelidikan yang menemukan hasil-hasil baru.Ada juga pengkaji yang membuat film tentang "Beachcombing " ini umpama dalam siri televisyen diKanada berjudul The Beachcombing yang dikeluarkan oleh British Columbia.

No comments: