Monday, November 18, 2013

Hukum Kanun Pahang: Satu Analisis dan Perbandingan Dengan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Kedah

Hukum Kanun Pahang yang saya beli dengan Muzium Negeri Pahang diterbitkan tahun 2003 berharga RM 289 sebuah telah diselenggarakan oleh Yaakub Isa. Naskhah ini mempunyai versi yang diberi nama Manuskrip Muzium Negeri Pahang yang diperolehi oleh Pengarah Muzium Negeri Pahang dari seorang peniaga barang antik dari Patani,Thailand.Manuskrip ini mempunyai mukasurat yang telah mengalami kerosakan pada teksnya.Ukuran teksnya ialah 17sm x 22sm.Manuskrip ini dikatakan berada diPahang semasa pemerintah Sultan Pahang ke12 iaitu Sultan Abdul Ghafur Mohayiddin Shah (1592-1614 Masehi).Manuskrip ini disalin oleh seorang penulis yang bernama Fakir yang tinggal diPulau Raya. Apa yang menjadi kemuskilan bagi penyelenggara, Yaakub Isa ialah dimanakah Pulau Raya itu. Setelah membuat semakan dipeta dan carian diGoogle ,saya dapati Pulau Raya terletak didekat Kuala Krau, Temerloh dan saya berpendapat kanun ini disalin oleh orang Temerloh bernama Fakir, lagipun Temerloh memang terkenal dengan sekolah-sekolah pondok masa dahulu.Dalam buku Hukum Kanun Pahang ini juga dimuatkan versi Winstedt dan Kempe yang diperolehi dari Perpustakaan Royal Asiatic London yang dimiliki oleh William Maxwell. Kedua versi ini akan saya lihat perbandingannya dalam tulisan akan datang. Berikutsaya paparkan kedudukan Kampung Pulau Raya, Temerloh.

No comments: