Wednesday, August 19, 2009

Tsuzuku 1- Adang

Adang (obstacle) dizaman kami bebudak sungaibatu derelong ada beberapa kategori atau jenis perbuatannya.Diantaranya adalah pengadang yang dibina dirumah orang-orang kampong yang dipasang pada muka pintu untuk budak-budak kecil supaya tidak dapat turun ketanah.Perkara ini saya lihat dibuat oleh Pakangah Man bagi menghalang Alim dari turun ketanah untuk mengikut kakaknya atau abangnya Jefri.Bagi yang lain pula ialah dipanggil pengadang pintu yang kadang-kadang digelar juga palang pintu.Palang pintu ini dibuat bagi mengukuhkan pintu dari dimasuki orang yang ingin menceroboh rumah kita.Maklumlah kami diRelong kalau ada kenduri kawin jarang amat tinggal dirumah sendiri kerana bertandang kerumah orang kenduri itu.Jika jauh rumah orang kenduri kawin tu siaplah kami berminggu tinggal dirumah saudara yang buat kenduri kawin itu.Saya masih ingat bila akak Munah anak Aki Berahim yang nak kawin dengan Pakandak Koraini yang membuat kerja kawin diKampong Behrang, saya berminggu-minggu tinggal rumah Aki Berahim dan pergi sekolah punyalah jauh dari Behrang keRelong jalan kaki ikut ceruk membebek dan kemudian lalu dalam getah Pakbusu yang ada rumah asap yang pernah saya ceritakan dalam blog ini dan kemudian kekedai Sood mengikut jalan belakang rumah CuHawa dan baru sampai kesekolah.Tetapi kalau berjalan kaki ramai-ramai kesekolah tidaklah berasa letih sangat kerana banyak berborak dan bergurau.Sementelahan pula kalau musim buah banyaklah kebun rambutan orang tepi jalan hendak kesekolah itu kena rembat oleh kami bebudak masa itu.Biasanya yang menjadi mangsa ialah kebun ustaz Muhamad ayah kepada Ciku Jemilah dan Ciku Suhaimi yang buah rambutannya terjulur keluar pagar bila musim berbuah.Kami tahu dia tak marah pada kami bebudak yang mengambil buah rambutan beliau setangkai dua.lagi pun dia ada kata pada kami bebudak yang mengaji disurau Bukit Berangan itu, ambillah buah rambutan tersebut kalau nak makan tetapi janganlah memunahkannya.Berbalik pada palang pintu rumah kami ini dibuat biasanya bagi mengukuhkan pintu rumah kerana biasanya ensel pintu banyak yang dah rosak jadi palang pintu adalah sebagai pengukuhnya.Masa dahulu dikampong kami tidak lah banyak pencuri macam sekarang ini tetapi yang kami takut takala itu ialah kisah sang penyabit kepala terutama mencari kepala budak-budak macam kami.Maka inilah membuat bebudak zaman kami takut untuk berjalan sorang-sorang diwaktu malam lagipun ada juga rimau dikawasan kami yang dikatakan merayau disekitar Bukit perupuk mencari mangsa.Akhirnya seingat saya untuk masuk kekawasan Kuari Sungaibatu dekat Guabama ketika kami kecil ada juga penghadang bagi mengawal lori keluar masuk mengambil batu kuari yang telah dikisar, kami kadang-kadang menyuruk bawah palang/pengadang itu untuk mencari batu kuari yang bagi dibuat peluru lastik dan kadang-kadang juga terantuk kepada pada adang yang dibuat itu dan ini membuat kami marah dengan mengetuk-getuk pengadang itu dengan kayu.Abang Gani kadang-kadang ketawa berdekah-dekah melihat telatah kami bebudak sungaibatu yang kalau dia berjumpa kami lagi diKuala Terengganu sekarang tentu teringat bagaimana kami sekali sekala mengetuk -getuk adang tersebut yang menyusahkan kami dimasa kecil itu.Adang sekarang telah diganti dengan tol yang sekarang ini membuatkan poket kita semakin kempis dibuatnya.

Dr Aminudin

No comments: