Monday, March 2, 2009

Manggis(Garcinia mangostana)


Manggis sekarang mendapat sambutan yang menggalakan dalam pasaran buahan tempatan dan diluar negara terutama Jepun dan Eropah.Saya terkejut semasa diTokyo bila bersama dengan ibu angkat saya berjalan dipasar tokyo yang harga mencecah kira-kira RM 3.oo(tiga ringgit sebiji ketika itu diawal 1990an.Hari ini buah manggis sudah digelar raja buah diJepun, mereka kata manis menggila dan berkhasiat.Memang kita dapati jus manggis menjadi bahan makanan tambahan yang boleh diperolehi dari farmasi-farmasi.Manggis mengingatkan saya dan bebudak Relong bahawa kalau musim buah termasuk manggis, memang bebudak perempuan diSungai batu lebih hebat memanjat dari bebudak lelaki.Saya ingat manggis banyak menjadi bila sampai musimnya dekat rumah saya dekat Guabama ada pokoknya, dekat rumah PakgahMan lebih banyak pokoknya tetapi paling banyak pokok manggis seingat saya adalah dicerok membebek.Ramai bebudak perempuan seperti Miah,Meah,Nor dan lain-lain memanjatnya.Buah manggis ni tidak boleh dijatuhkan ketanah kalau jatuh dia jadi kerang kata kami.Jadi kenalah ada bakul dibawa bersama ketika memanjatnya.Satu kelebihan pokok manggis ni dia liat ,ia itu payah patah walau kita pergi hingga kehujungnya untuk mengambil buah-buahnya.Dalam teknik mengambil buah manggis ini seingat saya ,Me dagu yang paling handal hingga kehujung dahan manggis itu dia boleh pergi.Getah buah manggis merupakan getah yang payah nak ditanggalkan bila kita membasuh pakaian yang terkenal getah itu, jadi kalau nak selamat dari kena marah oleh emak kami selalu panjat manggis tanpa baju.Inilah membuatkan bebudak perempuan yang ikut memanjat mengejek atau gelihati melihat badan kami yang cantik-cantik!

Pokok manggis sebenarnya boleh hidup hingga 60tahun dan boleh menghasilkan buah yang banyak.Dimasa kami kecil emak kata manggis tidak boleh dimakan dengan gula dia kata cika.Hingga kini saya masih tidak mengujinya.Akhirnya saya akhiri serangkap pantun berkaitan manggis :-

Manisnya manggis bukan kepalang,
Bila masak dimakan dek keluang,
Terkenalah sudah SiNegeri Pahang,
Adalagi yang miskin dan takberwang.


Dr Aminudin (Syorkan program hapuskan kemiskinan sepenuhnya diPahang)

3 comments:

sherry said...

Dr,
Nostalgia sungguh. Di kampung saya-Chenor ada jugak sebatang dua pokok manggis. Dan saya masih ingat..antara budak perempuan yang terror memanjat pokok manggis sayalah. Bila balik kampung, saya tunjukkan keapda anak-anak saya..itulah pokok manggis yang mama selalu panjat tu.Kesian anak-anak saya..usahkan pokok manggis atau ciku, pokok langsat pun tak kenal....

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sherry, suruh baca atau belikan mereka buku berjudul,Dr.Mohamad Idris Zainal Abidin, Pengeluaran Buah-buahan,DBP,1996.Dalamnya ada menceritakan teknik penanaman durian,rambutan,langsat,manggis,ciku,belimbing dan lain-lain.Gambarnya pun menarik.Saya terpaksa beli buku ini dulu kerana buku nak ceritakan pada petani moden.

Dr Aminudin

sherry said...

Thanks Dr for sharing. Esuk saya pergi cari kat Hamid Bro.