Sunday, March 1, 2009

Mengkubung(Petaurista petaurista)

Mengkubung adalah haiwan yang hingga hari ini tidaklagi saya menemuinya atau melihat lagi kelibatnya.Ia begitu indah melayang-layang terbang terutama diwaktu petang dekat rumah lama kami ditepi Guabama.Ia akan datang hinggap pada pokok rawa tepi gedong wan yang jauhnya kira-kira 10 meter dari rumah kami itu.Warnanya hitam kelabu bercampur putih, begitulah seingat saya, maklumlah ketika itu saya masih kecil.Kadang-kadang ia hinggap juga dihujung pokok nyor kami.Saya kadang dapat melihat dia memakan putik-putik nyor ataupun buah rawa yang masuk ranum itu.Gelagat binatang ini membuat saya terpersona dengan bentuk fizikalnya yang entah kenapa , saya sendiri tidak mengetahuinya.Mengikut ayah mengkubung ini binatang yang bijak dan merupakan sejenis unggas yang hanya keluar diwaktu petang. Ia memang suka memakan pelbagai jenis buahan. Kajian mendapati ia ditemui juga disebelah timur Afghanistan,utara Pakistan,Malaysia Timur dan juga diPulau Pinang.Mengkubung ini memang memakan buah-buahan dan nuts.Ia dikatakan boleh terbang dalam jarak yang jauh demi untuk mendapatkan makanan.Mengkubung memang binatang yang akif diwaktu senja membawa ketengah malam.

Dr Aminudin

No comments: