Wednesday, March 4, 2009

Memori Alam Persekolahan IV

Setelah berpindah dari Sekolah Menengah Rendah,batu satu,Lipis saya menduduki asrama Sekolah Menengah Rendah Padang Tengku. Bila masuk asrama bagi bebudak baru biasanya kena buli, tapi disekolah ini budaknya kebanyakan baik-baik kerana displin yang tinggi yang dilaksanakan oleh Guru Besar iaitu Pakcu saya Cikgu Zakaria.Tingkatan Satu dan Dua saya banyak berlajar dan membaca .Guru yang masih saya ingat ialah Cikgu Dolah yang rumahnya diRelong mengajar Bahasa Melayu.Cikgu Marwan mengajar sejarah,Cikgu Muhamad Musa mengajar Ilmu alam dan Guru Besar Mengajar Matematik.Pelajar yang saya ingat sebaya saya ialah Alias Musa,Adnan Kadir,Baharuddin Yusof,Johari Mat Akhir,Wan Zubaidah,Wan sharifuddin, Wan Kadir,Arif dan lain-lain.Ketua Murid ketika itu ialah Shuib Arshad yang kini setahu saya berkerja dengan Utusan Melayu.Bila lapang saya juga pergi kerumah Cu Zakaria bermain dengan anak-anaknya seperti Affendi (sekarang Prof Madya diUKM ,mengajar matematik mengikut jejak ayahnya),Midi (PTD,diPutrajaya),Yus(Pegawai Kanan Audit Negara) sambil membaca buku Cu.Cu banyak membeli buku-buku agama dan semasa dibertugas diPejabat pendidikan Daerah Lipis, dia bergiat aktif dalam Perkim.

Bila tingkatan Tiga, top-top Cu dan guru lain telah melantik menjadi saya menjadi Pengawas dan Ketua Murid Sekolah Menengah Rendah ,Padang Tengku, saya jadi terkejut dan gabra, maklumlah budak kampong yang dulunya nakal jadi Ketua Murid.Saya nakbuat apa, ikut sajalah.Saya pada tiap-tiap isnin menentukan semua bendera siap dipasang rapi dan murid-murid beratur dengan rapi sebelum menyanyikan lagu negaraku dan lagu sekolah.Selepas itu ucapan guru besar atau guru-guru kanan.Bila jadi Ketua Murid, saya ada bilik sendiri dan tidaklah duduk doom bersama murid-murid lain.Masa berjalan dengan pantas iaitu tiga tahun diSekolah Menengah Rendah Padang Tengku kami pun memduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (LCE) dan keputusan sekolah Padang tengku adalah paling Top dalam seluruh Pahang ketika itu (Tahun 1970) dengan mencapai kelulusan melebihi 98%.Cu Zakaria telah melonjak namanya dipersada dunia pendidikan Pahang, inilah berkat kegigihan beliau yang tidak mengenal penat lelah beliau mendidik dan mengajar kami.Saya ,Adnan,Johari dan Mat Arif dapat masuk keasrama penuh yang masa itu., jarang orang sebelah kawasan kami memasukinya.Adnan Kadir,Mat Arif dan Johari memasuki Alam Shah, saya keSultan Abdul Halim, Jitra yang jauh dari Lipis.

Dr Aminudin (bertemu semula dengan cikgu Marwan di UKM bagi ijazah pertama)

2 comments:

Teo Wei Sing said...

Dr,

Saya Ketua Murid juga waktu form 5 dulu, sekali imbas banyak kenangan pahit yang melintas...

Teo

Anonymous said...

Ai!! Tuan Dr. takkan nak lupa Hamzah Samat dari Perlak Padang Tengku. Dia juga masuk Alam Shah. Kini Haji Hamzah Samat menjadi Guru Besar di SK Jeram Landak. Yelah dia GB aje tak jadi Dr.