Saturday, March 21, 2009

Sistem Pengangkutan Zaman Silam DiLembah Bama Part IV

Kapal orang Melayu dari sehari kesehari makin mengecil dan kebanyakkannya adalah perahu.Namun yang popular sahaja telah digunakan seperti cialup, baluk dan banting yang mana digunakan untuk tujuan perdagangan dan untuk tujuan peperangan pula orang Melayu menggunakan jenis kakap,lancing dan penjajab.Walaubagaimanapun ada lagi kapal orang Melayu yang dipanggil jong yang boleh dikira besar juga.Dimana jong ini mempunyai tiga tiang layar serta jolong dihaluannya dan dua batang kemudi diburitannya.Tiang layar jong berbentuk tripod yang digantung sebagai layar tanjung (layar ini berbentuk empat segi bujur) yang mana biasanya disengetkan pada satu belah (Ahmad Jelani Halimi,2006).Manakala gambar perahu yang kebanyakan digunakan diLembah bama (Kuala lipis) pada tahun 1920an bolehlah dilihat pada gambar yang diambil oleh Carveth Wells.

Sistem pengangkutan darat pula diPahang kebanyakkan berbentuk jalan raya yang mana ketika itu banyak ladang-ladang milik British telah dibuka.Manakala jalan keretapi pula dibina hanyalah bermotifkan politik dan ekonomi.Itupun jalan keretapi diPahang hanya dibuka pada tahun 1910 yang dibina menghala keTembeling,Jerantut.Inilah cara British memerintah negara kita dimana diKuala lipis sendiri sebagai ibu negeri pahang hanya baru dibina jalan keretapi dari Kuala Lipis kePadang tengku pada tahun 1921.Saya masih ingat semasa saya kecil ,walaupun masa itu kita telah merdeka bahawa jalan tanah merah menghubungi Kuala Lipis dengan Padang Tengku amatlah teruk keadaannya terutama dimusim tengkujuh.Semasa zaman ayah saya pula sistem pengangkutan untuk keKuala lipis hanyalah dengan keretapi.Manakala jalan raya mengikutnya hanyalah jalan balak yang boleh dilalui oleh kereta jenis landrover.Menurutnya lagi kereta jenis landrover ini dikampong kami hanyalah ada sebuah iaitu yang dimiliki oleh taukeh getah dikampong kami iaitu Encik Sood.Kalau hendak keKuala lipis juga kenalah berjalan kaki mengikut Kampong Bapong yang kemudian mendaki Bukit sarang dan kemudian keTempoyang dan selepas itu barulah samapai kebandar Kuala Lipis.Saya juga pernah berjalan kaki dari Kampong Relong keKampong Keledek melalui Kampong Berchang semasa kecil kerana hendak menghadhiri kenduri kawin sepupu ayah diKampong Keledek.Sejak awalpagi lagi kami telah berjalan kaki hinggalah ketengah hari barulah kami sampai diKampong keledek.Jadi apabila sampai punyalah suka hati kerana dapat makan yang sedap bila sampai ditempat orang kenduri kawin itu.

Bersambung part V

Dr Aminudin

No comments: