Wednesday, March 25, 2009

Peda

Peda yang dipanggil dikampong kami Relong adalah juga makanan yang popular diKelantan yang digelar Budu.Peda atau budu ini merupakan sos ikan bilis yang dipekasam sehingga hancur.Ia memang sedap dimakan bersama nasi yang merupakan sebagai bahan pencecah bagi ulaman seperti daun jambu gajus,jantung pisang,petai,kerdas,daun mengkudu dan lain-lain.Kajian telah mendapati peda atau budu ini mempunyai kandungan bahan yang digelar glutathione yang menjadi bahan antioksidan yang boleh menguat daya tahan badan kita.Disamping itu peda dan budu dapat menghalang dari penyakit konorer jantung,kencing manis,darah tinggi dan lain-lain.Selain dari itu ia mengandungi zat-zat atau vitamin B Kompeleks,vitamin A,D,E,K dan lain-lain.Kajian dibuat oleh Universiti North Carolina,USA juga telah membuktikan dalam peda atau budu terdapat unsur-unsur genestein dan phytoestrogen yang boleh menghalang penyakit kanser terutama puyu dara dan proses penuaan.Saya mengucapkan syabas kepada universiti luar negeri yang membuat kajian tentang peda dan budu, Malaysia.Tetapi saya terkilan kenapa universiti tempatan tidak membuat kajian tentang makanan tradisional orang Melayu seperti ini atau yang lain seperti ikan pekasam, tempoyak,rendang kering dan lain-lain.

Bagi orang Pahang kalau sebut budu, mungkin dah lemah nak majukan industri ini kerana berasal dari Kelantan.Jangan jadi begitu kerana Jepun jadi maju sebab dia menyesuaikan produk orang lain yang kemudian jadi produk mereka yang berkualiti.Jadi apa salahnya kita majukan indusri peda ini sebab ia adalah nama dari negeri pahang atau dari Lipis dan kita tingkatkan nilai tambah (value add)dengan jenama Peda kita.Cuba lihat kain tenung pahang telah mendapat pasaran yang baik walaupun Kelantan dan Terengganu ada industri tenun mereka.Jadi kita bangunkan industri kita dengan identiti kita.Saya harap orang Pahang boleh.

Lagipun Kampong Budu telah mendapat nama dari nama seorang batin orang Asli satu ketika dahulu yang mengikut Pak Zakaria Hitam telah berkelahi sesama mereka dan telah menjadi perkampongan.Dalam zaman penentangan penjajahan British ,Budu pernah didiami oleh Pahlawan kita Mat Kilau dan telah diserang oleh British.Budu telah dimusnahkan oleh British dan kampong telah dibakar dan Mat kilau telah berundur kehulu Cheka.Apa yang ingin saya kaitkan disini bahawa Kampong Budu,itu bukan lah mengambil sempena budu diKelantan.Jadiia adalah nama orang.Ini juga menunjukkan kepada kita bahawa Peda adalah berasal dari Pahang tetapi sama seperti budu dan inilah yang perlu kita bangunkan sebagai satu industri makanan yang baru.

Dr Aminudin

No comments: