Monday, March 2, 2009

Tiong(Eurystomus orientalis)

Tiong sejenis burung yang bijak, malah boleh berkata-kata.Saya melihat ada burung tiong dijual dikedai burung diKuantan sekitar jalan batu 5 ,jalan gambang.Saya dapati ia boleh bercakap beberapa patah perkatan seperti hai, apa khabar, dan siapa tu.Dimasa saya kecil tiong memang banyak terdapat dekat Guabama terutama ia membuat sarang pada pokok-pokok tinggi seperti tualang dan keladan.Pokok ini terdapat dalam tanah We Muhammad tepi guabama.Bila sebatang dari pokok tersebut tumbang tanpa kami sedari terdapat anak-anak burung ada didalam punggor pokok tersebut, jadi ayah saya telah menemuinya semasa menengok pokok tersebut tumbang dan hampir menghempap lukahnya disungai teris.Ayah memang selalu memasang jaring atau lukah disungai teris dekat tanah We ditepi Guabama.Bila ayah membawa balik burung tiong ini, kami bebudak bukan main suka lagi.Mula-mula kami simpan anak tiong ini dalam bujang, maklumlah ia belum boleh terbang lagi.Sementara itu ayah membuat sangkar burung dari pokok pedor yang diambilnya dari Bukit Perupok dimana kebun getah kami masa itu sedang ditanam anak getah cantum.

Batang pedor ini kena dikikis bagi melicinkannya supaya tidak mengerutu bila dipegang.Rangka- sangkar biasanya ayah buatkan berbentuk empatsegi dengan mengambil batang-batang pedor yang dikikis tadi disamping dindingnya adalah dari kulit pedor yang diraut halus sebesar lidi penyapu.Setelah siap kami cari botol plastik yang kemudian dipotong bahagian bawahnya sebagai tempat mengisi air untuk minuman burung tiong kami itu.Makanan pula kami kena mencari sesibor dan belalang yang terdapat dipadang dekat rumah Pakangah man.Cara kami menangkap sesibor dan belalang ini adalah menggunakan getah nangka yang diletak hujung lidi penyapu.Kami akan kepadang dan menghendap-hendap sesibor dan belalang, bila berjumpa kami akan lekapkan getah nangka dihujung lidi tadi pada badan sesibor dan belalang tersebut, apa lagi mengelupor dan melekatlah dia.Ini adalah kenangan yang susah saya nak lupa dengan Jefri atau Alim .Hari ini memang ada banyak sesibor dan belalang tetapi telah menjadi komersial dek kerana kedai burung membelinya untuk makanan burung dan juga ikan terutama kelisa.

Tiong kami akhirnya tumbuh bulu dan boleh terbang rendah, ia amat jinak maklumlah kami jaga sejak ia tiada bulu.Waktu malam kami letakan pelita dekat dia agar ia tidak sejuk.Ada juga Pakngah Man kata dia akan menjadikan tiong kami ni boleh cakap dengan mengikisnya dengan emas, tapi kami kata biar dia besar dahulu, tetapi sayangnya semasa tiong kami berjalan-jalan keluar dari sangkarnya sebiji nyor telah jatuh dari pokoknya dan bergolek menuju keburung tiong kami dan mengenainya, inilah nasib malang yang siapa tidak menyangkanya dan mengakibatkan tiong kami mati.Kami begitu sedih dan sejak peristiwa itu saya bertekad tidak lagi mahu membela tiong, maklumlah susah nak cari makanan dia...terhendap-hendap tengah padang untuk menangkap sesibor.

Dr Aminudin

2 comments:

sherry said...

Dr.

Sesibor tu Dragon Fly ke?..Menarik sungguh entries Dr. Nanti buatlah posting pasal puchong bawah rumah pulak ye...Teringat saya masa kecik-kecik dulu, mengail ikan puyu di paya, berumpankan puchung atau lipas.

Dr Aminudin said...

Sherry, memang dragon fly itu sesibor, wak-wak telah saya nukilkan,lipas tidak begitu menjadi kalau dibuat umpan puyu, kami gunakan telor kerengga itu paling enak, nanti saya ceritakan tentangnya bersama sigai.

Dr Aminudin