Thursday, March 19, 2009

Ulaman

Ulaman orang Melayu yang ada dijual dipasartani-pasartani sekarang telah meningkat harganya dari masa kesemasa.Saya biasa membeli ulaman seperti jering(Archidendron jiringa),kerdas (Pithecellobium microcarpum)dan petai (Parkia sp)telah mendapat perhatian atau menjadi kesukaan orang membelinya.Ulaman ini saya masih ingat ada ditanam beberapa pokok dekat rumah kami yang kedua iaitu dekat rumah Cikgu Bakar.Hari ini ulaman tersebut telah menjadi makanan oleh berbagai kaum terutama orang cina.Mereka telah mengemari mememakan petai yang ditumis dengan ikan bilis.Beberapa kopichiam dikuantan menghidang masakan tumis petai ini.Namun tidak banyak lagi orang cina yang meminati ulaman jering dan kerdas.Jering seingat saya dikampong,selain dari dibuat ulam emak saya juga ada merebusnya dan dimakan dengan kelapa parut selain dibuat gulai lemak bersama ikan kering.Kedai-kedai orang Melayu terutama masakan minang dikuantan saya lihat ada menyediakan masakan sedemikian dan ianya memang enak.Kesemua ulaman saya sebutkan diatas mempunyai khasiat sebagai ubat yang boleh menurunkan darah tinggi dan kencing manis yang menjadikan ia sebagai salah satu faktor kenaikan harganya.Disamping itu juga pokoknya yang biasanya terdapat dihutan telah kian berkurangan akibat pembalakan yang dilakukan dihutan-hutan kita.Ulaman kerdas atau genuak yang dipanggil oleh orang Kedah kalau dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan kita sukar untuk membuang air kecil namun ada petua yang diamalkan oleh orang dahulu untuk mengatasinya iaitu dengan mengambil kepingan kayu merbau (yang saya ceritakan dahulu dimana terasnya dibuat gasing) dengan direbus sehingga keluar air berwarna merah dan meminum air tersebut dan insyallah mudahlah kencing atau kami dikampong kata kena ikat dek ulam kerdas.

Akhirnya saya akhiri dengan serangkap pantun berkaitan ulaman ini :-

Ulaman jering,kerdas dan petai rasanya kelat ,
Sedap lagi kalau dimakan dengan sambal tempoyak,
Politik Melayu semakin tenat,
Penggunaan wang dan habuan kian banyak.

Dr Aminudin

No comments: