Monday, March 9, 2009

Kini Tiada Lagi Orang Berdikir,Pencaksilat,Tarian Piring dan Tembak Senapang

Masa saya kecil bila sebut aje saudara mara nak kawin, saya begitu girang kerana dapat berjumpa kawan-kawan dan saudaramara yang akan berkampong dua tiga minggu dirumah pengantin ,sebelum hari kenduri kawin bagi menyiapkan persediaan kawin.Diantaranya membuat pelantar lelari yang telah saya ceritakan sebelum ini.Membuat kuih kering, nasi manis, bahulu dan lain -lain untuk diberi makan pada tetamu yang datang, begitu jugalah gotong-royong meminjam pinggan mangkok,periuk ,belangga, kuali serta kawah.Bila tiba hari perkahwinan seingat saya masa kenduri anak Aki Mat iaitu Akak Sabar dengan Abang Mat Angat begitu meriah sekali,maklumlah keluarga ini keluarga seni,iaitu Badar,Abang Bedu (M.Z.Alias),Siti Ameh , dan Abang mahyudin adalah penulis sajak dan tentulah ada orang berdikir dan berlagu masa itu dirumah mereka.Berdikir masa itu menggunakan rebana dan didendangkan dengan nyaring oleh pendikir seperti Abang Husin Mandak dari Ulu Teris,Pakambong Ajis dari Berchang dan Abang Tapa.Mereka inilah melaungkan dikir mereka dengan suara nyaring dan lunak yang kini tidaklah dapat kita dengari lagi bila orang Relong kawinkan anak-anak mereka sekarang.

Begitu juga bila pengantin lelaki tiba dirumah pengantin perempuan mereka akan disambut oleh tembakan senapang tiga das yang biasanya ditembak oleh Pakangah Man dan diikuti oleh taburan beras dan bertih oleh tuan rumah.Selepas itu ada pula pencaksilat yang disampaikan oleh Aki Hod atau Pakbusu Abas atau Abang Nor.Kalau mengizinkan kami dapat melihat Aki Hod meliut-liut kan tangannya menarikan tarian piring yang terdapat lilin diatasnya serta dibunyikan dengan ketukan cicin pada piring yang dipegangnya.Bunyi hentakan jari kepiring ini yang berketing-keting membuatkan saya cukup terpegun dan tidak dapat melupa kenangan tersebut walau selalu dikacau oleh Nuar kadir yang berdekah-dekah melihat saya terpaku ditempat Aki Hod menarikan tarian tersebut.Hari ini semua itu tiada lagi saya dapat saksikan dikampong kami senerio seumpama itu ,inilah kenangan yang boleh generasi akan datang dapat ketahui bahawa dahulu dikampong mereka ada berdikir,tarian piring ,tembakan senapang dan pencaksilat bila orang kawin.Orang politik seperti Badarsaid mungkin tidak ambil kisah tentang ini, kalau ambil kisahpun kenapa tidak mencorekkan dalam blognya.

Dr Aminudin

No comments: