Monday, March 16, 2009

Keladi (Homalomena sagittifolia)

Keladi (Yam) merupakan tumbuhan dari kawasan tropika yang ubinya boleh dimakan dan ada juga tidak boleh dimakan.Saya teringkat keladi kerana saya teringkatkan keladi kemahang yang hidup liar dibawah pokok bidara dan manggis dekat rumah lama kami dekat Gua Bama.Dipahang sebut aje keladi kemahang semua orang tahu ia memang sedap dibuat sayor masam.Sayor masam bermakna sayor keladi kemahang ini dimasak bersama tempoyak dan kami disungai batu memasokan ikan puyu sebagai pemanisnya terutama yang baru ditangkap atau dikail.Satu keistimewaan keladi kemahang ini ia tidak gatal baik daunnya, pelepahnya dan isinya,sebabnya sayapun taktahu.Manakala namanya keladi kemahang ini mungkin kerana ia banyak terdapat di Kampong Kemahang.Kg Kemahang,Lipis ini banyak juga saudaramara saya seperti Aki Awang Teh, Cikgu Ishak Dawi, Musberi (seorang peguam) dan lain-lain.Selain keladi kemahang ini banyak lagi jenis keladi seperti kemoyang yang boleh diambil pokoknya dan daun untuk direbus dan minum airnya bagi membolehkan perempuan mudah bersalin dan kalau perut kembong dilayor daunnya dan letak diperut untuk melegakannya.Bagi keladi murai pula boleh dijadikan ubat kencing manis dan juga membuang angin dengan merebus pokok ini dan airnya diminum diwaktu malam.Keladi tikus pula dikatakan dapat mengubati barah dengan mengambil segenggam ubinya dan dicuci serta dikemudian direbus setelah dihancorkan dan diminum diwaktu pagi dan petang.

Beberapa tahun dulu kalau kita nak makan sayor masam kemahang, saya ingat gerai makan diTanjong Lumpur dan kedai Kama didekat Transit ada menyediakannya.Hari ini saya dapati banyak rumah dikuantan telah menanam keladi birah yang tidak boleh dimakan sebagai perhiasaan.Ada pantun berkaitan keladi yang saya petik dari Mastika,Mei 1955 (sezaman dengan kelahiran saya) yang berbunyi seperti berikut:-

Keladi air tumbuh diair,
Minyak bijan dalam cawan,
Matahari sudahlah lahir,
Bulan Masih diselaput awan.

Dr Aminudin

No comments: