Sunday, March 1, 2009

Menyelami Sajak Teo Wei Seng-Hentikan...Mersiknya Suara Hati Part III

Tone semasa pendeklamator menyampaikan puisinya seharusnya berbeza-beza iaitu ada masa rendah nadanya, ada masa tinggi nadanya, saya sudah tentu mengharapkan nada-nada itu disampaikan dengan begitu rupa oleh penyampainya.Ini perlu terutama sekali ada penekanan terhadap nada suara terutama sekali pada rangkap yang pertama hingga keempat bagi perkataan seperti dicengkam,dirobek,didalangi dan dikejami yang mana kesemuanya ini adalah perbuatan keji oleh zionis,kalau tidak ada penekanan pada patah-patah perkataan tersebut adalah sesuatu yang tidak menarik dalam penyampaian sajak ini dihadapan audience.Teori Penggunaan perkataan atau nahu dalam komunikasi seperti yang diusulkan oleh Kenneth Burke merupakan satu keadah jenis semantik.Tekniknya ialah menjadikan audience " nampak seperti kita (penyajak) nampak ", selanjutnya teori ini menekankan bahawa seseorang individu yang berkomunikasi/menyampaikan puisi sebenarnya telah memilih perkataan-perkataan yang boleh menimbulkan kesan dramatik.Jadi berdasarkan teori ini adakah Teo dapat menyampaikan patah-patah perkataan yang saya nyatakan tadi dengan baik dan dapat menarik perhatian audience ?.Ini hanya dapat dijawab oleh Teo dan para audiencenya dan saya dimaklumkan oleh beliau lewat blognya telah mendapat pujian TPM.Maka pemilihan perkataan untuk kandungan puisi ini adalah tepat.ASpek personification dalam psikologi merupakan penyerapan diri penyair dalam kelompok orang yang dizalimi iaitu penduduk Pelastine yang sentiasa dalam kegugupan,ketakutan,tiada kemanusian dan tiada kedamaian ,adakah benar ?.Sebagaimana kita kita ketahui ia memanglah begitu terjadi sekarang dan adakah audience bersimpati ?Simile atau pengguna teknik perbandingan tidak banyak digunakan dalam puisi ini cuma berberapa perkataan iaitu pakumati dan mentari jingga.

Kesimpulan dapatlah saya nyatakan bahawa puisi ini merupakan puisi yang ditulis dengan baik dan tidak terikat dengan bentuk yang tradisional, namun ia ada pro dan kontranya kerana kita masih menyukai pantun hingga kehari ini malahan diluar negara pantun telah mendapat penghayatan dan pengiktirafan.Dari segi relevan ia memang relevan yang penduduk Pelastine memang dihimpit kessusahan sekarang dan kita sama-sama menghulurkan bantuan. Puisi memainkan peranan dalam situasi demikian untuk turut simpati ,namun kita tidak boleh buat apa terhadap kuasa besar yang patut disentuh oleh penulis ini.Teo penulis puisi yang berbakat yang perlu diberi bimbingan dan ransangkan untuk terus berkarya dan beliau masih muda yang saya mengharapkan satu masa nanti boleh meraih hadiah-hadiah diperingkat antarabangsa dan kita inginkan rakyat Malaysia menang anugerah Nobel, seperti mana saya doakan.Selamat berkarya saudara Teo.

Dr Aminudin

4 comments:

sherry said...

Salam.

Saya insan kerdil seni, mohon izin jadi follower.

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sherry, dengan senang hati dipersilakan

Aminudin

Teo Wei Sing said...

Dr. Aminudin,

Terima kasih atas komentar Dr yang amat berguna terhadap masa depan sastera bangsa dan negara.

Dengan rasa rendah diri saya meminta Dr melapangkan masa merujuk kepada blog http://ahanintheafternoon.blogspot.com/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang ulasan malam deklamasi di depan TPM tersebut.

Teo

Teo Wei Sing said...

Dr. Aminudin,

Saya mencipta karya saya dengan cara mendeklamasikan dua tiga kali sehingga melahirkan tone, nada, jeda yang bersesuaian dengan tema dan persoalan yang ingin disampaikan. Perasaan dan emosi juga diambil kira memandangkan suasana dan kesedihan atau kegembiraan yang dialami terhadap sesuatu perkara.

Sebagai seorang penulis kreatif, kadang-kala saya bersifat degil dan berpendirian kononya kerana tidak ingin menukarkan kata-kata yang kasar supaya disengajakan untuk difahamkan oleh pembaca.

Kata-kata perangsang daripada Dato Seri Najib dan Dato Seri Adnan serta komentar daripada Dr serta telah menyebabkan api perjuangan dalam hati saya sekali lagi dinyalakan, bukan nyala kecil, malah mula membakar berkobar-kobar supaya melakukan sesuatu yang akan menerjah ketertinggian langit sastera jika diberikan peluang seterusnya.

Terima kasih

Teo