Monday, April 28, 2014

Analisis 1-Hukum Kanun Pahang (3)

3.Hukum Kisas menurut versi Muzium Negeri Pahang adalah jika seseorang memenggal tangan orang dan mati, maka keluarganya boleh membunuhnya atau memenggal tangannya atau dikenakan diyat.Menurut Mazhab Syafie Qisas bermaksud melakukan tindakan sama yang berbentuk serangan fizikal terhadap seseorang.Tindakan itu merangkumi perbuatan yang melibatkan pembunuhan atau kecederaan pada fizikal seseorang.Qisas adalah hukum yang berat dan tidak dikenakan pada kanak-kanak dan orang gila.Perlaksanaan qisas hendaklah dilaksanakan dengan penuh kesaksamaan jika tidak hukuman qisas akan digugurkan .Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 178 yang maksudnya, " Wahai orang yang beriman ! Diwajibkan kamu menjalanani hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang yang mati dibunuh iaitu: orang yang merdeka dengan yang merdeka dan hamba dengan hamba ".Natijahnya bahawa orang yang merdeka tidak akan dibunuh kerana membunuh hamba.Dan untuk melaksanakan hukum qisas mestilah mendapat kebenaran pemerintah, maka dianggap berdosa dan pemerintah boleh menghukum mereka dengan hukum yang sesuai (ta'zir) seperti sebatan atau penjara, walaubagaimanapun pemerintah tidak boleh menjatuhkan hukum bunuh terhadap mereka (Dr Mustofa ,Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 8:1808).

No comments: