Wednesday, February 25, 2009

Skop Penulisan SBDR

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih pada pembaca yang melewati blog saya SungaiBatuDeRelong.Namun begitu ada juga kekeliruan dikalangan pembaca sekelian dalam menikmati blog ini.Blog ini asalnya adalah bersifat akedemik atau ilmiah.Tetapi kurang sambutan dikalangan ahli akedemik saya mengubahnya dengan mengadunkan blog ini kepada kajian atau penyelidikan sejarah dan catatan peribadi (catperi) saya.Kekeliruan mungkin salah saya kerana tidak menyatakan atau menandakan penulisan itu kajian sejarah atau catperi.Kajian sejarah biasanya berdasarkan fakta sejarah baik dari sumber primary atau sumber secondary dan selalu diberikan sumbernya misal (Nik Safiah, 2008).

Manakala catatanperibadi (catperi) adalah luahan idea yang dicatat dalam blog ini yang ia merupakan luahan idea yang bercampurbaur perasaan saya seperti bergolak,gembiran,marah,terkilan,simpati,takdapat diceritakan,hampa, susahhati,terluka,takboleh buat apa dan lain-lain.Semua itu dalam minda saya dan ia bukan fakta sejarah.Catatanperibadi saya bukan fakta sejarah atau penyelidikan inilah yang perlu difahami oleh pembaca blog budiman.Saya gembira membaca buku Dr.Kassim Ahmad yang berjudul Mencari Jalan Pulang,2008 yang mana berliau berkata "...saya tidak boleh menghasilkan memoir segera, jangan terperanjat jika saya gagal menghasilkan memoir itu, kerena ia hanya wujud dalam khayalan saya ".Buku ini akan saya ulasan dalam blog akan datang dan kaitkan dengan perdebatkan kami dengan dia, masa kami bergiat dalam gerakan pelajar islam UKM dulu.

Sekian diharap anda yang budiman mengerti.

Dr Aminudin.

No comments: