Saturday, February 14, 2009

Memori Alam Persekolahan I

Saya mula bersekolah sekitar tahun 1960an diSekolah Kebangsaan Relong yang mana ketika itu belum ada infrastruktur yang mencukupi.Kami budak-budak Sg batu,bapong,ulu teris dan berang berjalan kaki kesekolah.Dari sungai batu kesekolah kira-kira 2 kilometer,budak bapong dan ulu teris saya kira lebih 4 kilometer.Kami bangun pagi-pagi lagi untuk kesekolah dan cuaca pagi sungguh sejuk hingga mencucuk tulang setelah mandi dari air gedung wan dekat rumah.Lepas sedikit sarapan biasanya air teh kosong dan nasi pulut atau biskut marry kami berjalan kesekolah melalui kebun getah bersama Abang Amid, Miah,Abang Dollah,Dijah,Midagu,dan anak abang man berjalan membawa lampu picit ataupun api yang dibakar dari daun nyor (dikedah disebut jamong) meredah kebun getah yang tidak dijagai atau diterang dengan baik menuju kebukit berangan dimana disitu ada sekolah agama yang saya pernah catatkan dalam bolg ini.Melalui celah-celah pokok rembia dekat gedong bukit berangan ini kami melalui batas-batas sawah untuk kebukit berangan, jadi bayangkanlah melalui becak dan batas-batas sawah sudah tentu tiada kasut yang cantik lagi apabila sampai kesekolah.Budak dari bapong dan ulu teris lebih suka berkaki ayam kesekolah memandangkan keadaan jalan kesekolah itu.

Dari bukit berangan kami melalui kedai Sood barulah sampai kesekolah.Sekolah kami boleh dikatakan strategik kerana diterletak atas bukit yang tidaklah tinggi dan disebelah depannya ada padang bola tempat kami bermain dan kadang-kadang tiga empat bulan sekali ada wayang ditayangkan oleh Jabatan Penerangan secara percuma.Tengok wayang Jabatan Penerangan waktu itu cukup menyeronokan, bukan macam sekarang ada panggong dan televisyen.Televisyen belum sampai kekampong kami ketika itu lagipun letrik tiada jadi kalau adapun orang kaya macam Toukeh Sood saja ada tV kerana dia beli generator.Sekolah rendah Relong diantara kawan saya yang berjaya masa ini ialah Cigu Adnan Kadir sekarang Pengetua Sekolah DiLipis,Abang Amid sekarang Pengarah JPJ Sarawak,Wan Gani sekarang Pensyarah MSM,Zaiton sekarang Pegawai Kebajikan Masyarakat,Abang Dollah sekarang Penguasa Kastam.Ada juga kawan saya masa sekolah yang telah meninggal seperti Raman,Borhan Daud dan beberapa lagi.

Diantara guru kami yang masih saya ingat ialah Cikgu Hawa,Cu Mat,Cikgu Dollah,Cikgu Daraman dan Cikgu Nik, yang masih saya ingat hingga hari ini Cikgu Nik yang banyak memberi peluang saya membaca buku-buku dia terutama komik beano dan hingga hari ini saya masih membeli komik tersebut kerana saya suka watak-watak dalam komik tersebut.Disekolah ini juga kami bermain bola dan badminton yang kalau musim bola ramailah orang yang datang menonton dari behrang dan bapong malah ada perlawan dengan estet selborn selalu menjadi meriah kerana berentak keting dengan pemain india yang kami kata terbit api bila berempok.Hari ini suasana dan tidak semeriah lagi disebabkan orang kampong lebih suka menonton Tv dan banyak program masing-masing.

No comments: