Monday, February 16, 2009

Pandangan diatas gua bama

Gua bama direlong menjadi kegemaran kami mendaki diwaktu hujung minggu dimasa dulu, kali terakhir saya mendaki dan sampai kemuncak ialah ketika saya ditahun akhir UKM, kami naik bersama abang Isa, Yah Salim dan Cikgu Suhaimi (Berchang).Masa dulu mendaki gua bama dilakukan oleh ramai budak sekolah terutama dari Kuala lipis ,mereka naik keatas dan menjerit dan melaung sekuat.hari yang biasanya mereka naik hari sabtu sebab ada pekan sari dekat balai raya lama Kg relong.Dulu keadaan gua bama cantik dan bersih.Masa kajian oleh jabatan geologi UKM saya nampak gambar yang dipaparkan pun bersih.Tetapi baru ni saya melawat ia amatlah mengecewakan saya dan dah naik reba.Jadi patutlah JKKK Kg Relong ambil inisaitif membersihkannya ,lagipun sayang ia sebagai tempat attraction pelancong dan pelawat.

Kalau kita naik kepuncak Gua Bama, alangkah indahnya pandangan yang mana kawasan sekitar Relong dan kampong lain seperti Bapong,Ulu Teris,Behrang,Berembang,dan Bercang nampak macam merelong ibarat mangkok nasi ,jadi inilah yang agaknya nama Relong tercipta iaitu merelong.Kita juga boleh nampak bandar lipis kalau cuaca elok.Sebelum naik kepuncak masa dulu mana ada track seperti kami naik bersama kawan-kawan yang disebut diatas.Dulu masa kecil kami naik dengan menyuruk-nyuruk bawah akar dan kena buat tali untuk melepasi lereng-lereng dan jurang sebelum kepuncak.Batu-batu dulu berlumut bukan macam kami naik berempat itu telah gondol dan senang dipanjat.Kalau dulu gua tempat pengantin bersanding cantik kini telah diconteng dan kotor pula oleh banyak sampah dibahagian lantainya.

Hari ini kenangan itu hampir pudar disebabkan bahagian tangga menaik ikut sebelah empangan dibuat oleh JPS pun semak, manakala dibahagian belakang telah naik semak oleh anak-anak kayu yang menutupi pintu gua.Begitu juga tempat dulu orang buat jagong telah naik belukar .Semua ini patut dikaji semula untuk memelihara khazanahnya.Kalau dulu kami sekelurga kena pindah akibat pecah batu buat kuari digua itu dan kini telah dihentikan apalah salahnya jadikan gua bama sebagai khazanah kita dengan memeliharanya secara gotong-royong membersihkan.

2 comments:

Anonymous said...

Tuan Dr, baliklah selalu ke Relong. Nampak sangatlah maklumat yang awak tulis tu tak berapa betul. Jalan naik ke antara Gua jantan dan Gua betina kini dah bertangga simin. Tak percaya tanya Haji Zahari!! Lubang gua yang ada tapak harimau tu terang malah ada jalan tar ke situ. Hanya budak sekolah jarang memanjatnya.
Tahun lalu pegawai daripada JPN Pahang datang panjat gua itu sebagi rekrasi sebelah petang selepas mesyuarat. Tak semak, tak ada reba ada tanggaaaa...

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdr baain, saya balik pada bulan januari dan feb.2009 lihat ayah saya sakit masuk hospital dan bawa tok imam beserah berunat dengan unus bapong.

Sdr asik menkritik tulisan saya tanpa fakta yang salah,sdr janganlah lari bila ada masalah, kenapa taktulis pasal pakambong,abang main (masa tentera),harun dll.

Cuba tulis biar saya komen, saya download reba penuh depan guabama.

Dr Aminudin