Monday, February 16, 2009

Aki Had Tukan Calat

Rumah aki Had berada dekat rumah lama pakandak Dahan, jadi disinilah tempat kami bermain bersama Manan, Zahar,Samsudin ,Jantan dan beberapa budak lain.Selain memanjat pokok buahan yang banyak dekat rumah Pakandak kami juga membedal buah asam jawa yang terdapat dekat rumah Aki Had.Aki Had sebenarnya Tukang Calat atau dikenali juga Tokmudin.Dia ini memang ditakuti oleh bebudak yang nak kena calat biasanya sebelum naik sekolah menengah rendah.Saya masih ingat peristiwa tokmudin mencalat atau menkhatankan Abang Main dirumah Pakatih hassan.Memanglah masa dulu kalau seseorang budak nak kena calat diadakan kenduri.Bagi budak yang takkena calat memang happy tapi yang yang akan kena calat ada beberapa orang itu habis takut macam nak mati.Bagi Abang main saya dapati dia cool aje maklumlah anu dia tak ada masalah sebab orang kata kalau anu buta, adoi lagi parah.

Bagi bebudak nak kena calat hari itu, pagi-pagi lagi dah kena mandi dalam parit atau perigi yang dekat rumah Pakatih yang agak besar juga dan ada air yang mengalir dekat beberapa batu besar seingat saya.Disitulah bebudak dan Abang main berendam, setelah beberapa jam mereka naiklah kerumah untuk dicalat atas batang pisang.Mereka dicalat dengan pisau khas aki Had ang saya kira ditajamkan oleh Hassan Titik yang rumahnya pun dekat rumah pakandak juga.Jadi bagi bebudak yang belum dicalat bila mendengar rakannya yang menjerit tentulah takut malahan ada yang cuba lari.Setahu saya sebelum bebudak ini dicalat mereka telah dijampi oleh Tokmudin supaya tahan sakit seperti juga dibius kalau kita berkhatan dihospital. Selepas dicalat budak-budak dibaringkan dengan kain pelekat digantong disiling rumah atau pada dawai yang direntang tengah rumah.Lepas dicalat itu mereka akan tidak diberikan makanan yang berzat sangat hanya makan lauk ikan kering, kerana takut bentan.

Itulah pengalaman saya ingat bila Abang Main bercalat dengan kawan-kawan dia, saya telah berkhatan dihospital kerana masa itu Aki had telah berjalan jauh, mungkin rumah anaknya diJengka.Tapi saya masih baik dengan Aki Had kerana dia selalu berseloro dengan saya lagipun saya selalu berkawan dengan anaknya dong yang selalu membuatkan gasing untuk saya.

1 comment:

alam said...

lawatilah www.caklam.blogspot.com