Thursday, February 26, 2009

Memori Alam Persekolahan III

Sebelum saya memasuki sekolah menengah rendah Padang Tengku, saya telah masuk beberapa bulan disekolah menengah rendah batu satu ,Kuala lipis yang bersebelahan sekolah kebangsaan wan Ibrahim.Biasalah masuk sekolah menengah masa itu dan ada orentasi yang agak ringan oleh senior.Saya cepat mesra malah berkawan dengan budak-budak senior walaupun baru.Saya duduk asrama berkawan dengan senior yang saya ingat seperti Wan Mahmud, Abang Ismail darus,Abang mat Panjang(Pekan),Anuar Panjang(Tempoyang) dan lain-lain. Cikgu pula masa itu Cikgu Mat (pekan),Cikgu Fatimah,Cikgu Baha (Telang).Saya pula sedarjah dengan Zakaria,Rosdi,Riduwan,Wan zubaidah,Jamilah,Long Jidin (Senator Orang Asli),Rosli (Tokbatin,Paya luas) dan lain-lain.Disekolah menengah lipis saya tidak banyak sangat kenangan kerana masa 2 atau 3 bulan sahaja, kerana selepas itu Pakcu Husin saya dan Pakcu Zakaria Derani telah memindahkan saya kePadang Tengku supaya senang memantau saya, maklumlah budak nakal dikampong kalau menurut Abang Omar yang juga seorang guru ketika itu sudah tentu melihat gelagat saya dikampong.Jadi kalau saya disekolah menengah yang diketua oleh Pakcu saya tentu saya segan atau mati akal.Tetapi sebenarnya perkara yang sebaliknya telah berlaku yang akan saya ceritakan pada memori persekolah yang berikutan.

DiSekolah Menengah Rendah batu satu,Lipis waktu petang atau masa bermain kami selalu merayau hingga bukit bius, sampai tangki air disitu.Satu peristiwa yang saya tidak lupakan ialah wan mahmud dan beberapa orang lain bersama kami berserempak dengan sekumpulan itek, apa lagi dia telah menangkap seekor dari itu , dan kemudian kami membawa itek tersebut keasrama dan setelah disembelih , wan mahmud dan kawan-kawannya membakar itek tersebut untuk dimakan.Mereka memperlawa saya makan, saya tidak mahu kerana saya memang taksuka daging itek, tetapi kalau telor itek saya memang mengemarinya.Selepas 2 atau 3 bulan permohonan pertukaran saya kesekolah menengah rendah Padang Tengku diluluskan dan saya dengan hati yang berat hati juga meninggalkan kawan-kawan saya seperti Abang mat panjang (Pekan) dan Abang Ismail Darus.Hingga hari ini saya masih berkawan dengan Abang Mat Panjang yang telah pencen dari Juruteknik JBA dan Ismail Datuk Darus pula seorang Ahli Perniagaan.

Dr Aminudin

No comments: