Friday, February 13, 2009

Saya terkilan kita tidak Membuat Pelantar Lelari bila Kenduri Kawin

Seingat saya ,apabila adik saya Aida kawin ,inilah kali terakhir orang kampong Relong membuat pelantar lelari iaitu sekitar tahun 1998.Pelantar lelari dibuat dikampong apabila untuk upacara kenduri kawin dikampong kami.Membuat pelantar lelari menjadi tradisi orang kampong kami bila untuk kenduri kawin.Sekarang semua sewa pakai khemah atau atap zin yang ditempah dari JKKK atau majlis Daerah.Pesta membuat pelantar lelari dikampong dulu cukup meriah dimana ketua penyelaras dikampong kami biasanya Pakandak Dahanlah.Sebelum dibuat pelantar lelari suatu mesyuarat diadakan untuk memutuskan kerja, dimana mereka akan dibahagi kerja mercari atap,tiang,kayu,menyediakan makanan dan lain-lain.Pelantar lelari akan dibuat itu akan menjadi sebahagian dari rumah bagi digunakan utuk kerja memasak dan tempat orang ramai menjamu selera bila hari kawin.Kerja membuat pelantar lelari dikampong biasanya dimulai disebelah pagi dengan orang ramai mencari kayu,buluh,tiang dan atap sekitar bukit peninjau dan ulu teris dan bapong.

Sebelum pergi kehutan mereka dijamu dengan minuman dan kuih seperti kuih kering,nasi pulut yang biasanya kami makan dengan ikan puyu kering atau sepat kering dan juga kuih bahulu atau nasi manis (dibuat dari pulut).Setelah itu kami kehutan mencari bahan-bahan yang saya sebutkan itu.Daun atap yang biasa kami ambil ialah atap pedo yang boleh dibuat atap dan juga joran kail dan sangkar burung.Manakala lantai biasanya kami ambil buluh atau batang pokok pokok kelat atau kemuning.Pengikatnya pula kami ambil rotan manau atau rotan seni dan kalau kami terjumpa pokok bayas kami ambil umbutnya dan bawa balik untuk buat lauk bagi hari kenduri kawin nanti.Bila sudah dapat itu semua kami balik kerumah orang kawin itu untuk menyiapkan pelantar lelari.Biasanya bila dah sampai waktu dah tengah hari jadi sampai dirumah dan boleh makan nasi yang biasanya berlaukan mentimun tahun dengan ikan toman serta berulam petai dan jering, juga kadang-kadang ada gulai ayam kampong, poi makan amat selera sekali lagipun makan beramai dan letihpula.Setelah makan dan sembahyang kami mula membuat pelantar lelari itu yang memakan masa sehingga zohor barulah siap.Jadi hari ini sudah tak ada orang kawin buat pelantar lelari tetapi semua sewa, inilah menjadi saya terkilan kerana semangat gotongroyong kita telah musnah dan gelak ketawa tiada alagi.Juga peranan tok minduk (Penyelaras gulai) telah hilang.Saya cuba ceritakan peranan tok minduk pada keluaran akan datang.Bagi mereka yang ada gambar pelantar lelari bila musim kawin sila beritahu saya kerana nak masuk dalam buku kajian saya.

Dr Aminudin

2 comments:

Anonymous said...

Pelantar lelari dibuat kerana struktur rumah orang Relong dahulu bertiang tinggi. Kini mana ada lagi rumah orang relong bertiang tinggi. Kalau ada pun satu dua sahaja. Rumah lama ayah awak tu adalah tapi rumah Mat Renek, Rumah Abang Nor, Rumah Solehin, Rumah Abang Man semua atas tanah tanpa tiang tinggi. Jadi macam mana nak buat pelantar lelari. Tok sah terkilanlah tentang tak ada pelantar lelari tu!!
Cerita awak tentang membuat rembat atau pelantar lelari tu banyak lari dari kisah sebenar. Aku pun orang relong juga dan duduk di relong. Di Relong pun kini ramai juga penulis di laman sesawang. Kalau nak beri cerita tentang relong buat betul-betul nanti bloggers relong ketawakan awak.

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdr baain, tidak pernah kah sdr kerumah kami dekat rumah cikgu bakar yang dibuat pelantar lelari tersebut,rumah itu bertianglah, sdr hanya memberikan canggahan yang kurang membina, cuba sdr ceritakan pengalaman sdr bermain dengan kawan-kawan direlong seprti me jpj, rumah guru tempat srd lepak, abang main dll.

Politik memang bukan menjanjikan apa-apa cuma untuk sdr ,cuba bangunakan web untuk orang relong dengan peruntukan yang ada, nuar kata orang relong minta tanah tiada yang dapat, yang dapat....

Terima kasih