Thursday, February 12, 2009

Buah Kampong dan Hutan Saya Idamkan

Semasa dulu kalau musim buah dikampong Relong dan sekitarnya,buahan akan berlambakan dan tidak habis untuk dimakan, namun begitu buahan yang tidak bermusim boleh didapati dipekan sari dekat balairaya lama iaitu sempadan dengan Kg Bapong.Musim buah kami lepas sekolah jarang ada dirumah kerana ada atas pokok buah.Kerja sekolah jarang dibuat dan sebagai sogokan pada cikgu kami bawa buah banyak-banyak dan berikan pada mereka, jadi tak kena marahlah.Cikgu Hawa selalu sengeh bila kami bawa banyak buah untuk dia, tapi Cikgu Deraman kadang-kadang bila naik angin takmakan disogok, matilah kami.Namun buah yang banyak seperti durian,manggis,langsat,kundang adalah biasa bagi kita sekarang.

Buah yang jarang kita lihat lagi ialah jambu bangkok yang merah dan yang berbelang merah dan putih.Begitu juga buah rawa yang dulu ada dekat rumah kami dekat gedung wan dah kena tebang dan begitu juga buah bidara yang selalu jadi tempat kami memanjat bila lepas balik sekolah.Buah tumbuhan liar iaitu buah selemba yang bila masak cukup manis malah boleh buat ganti gula , sekarang tak pernah nampak lagi.,begitu juga buah taban atau tampoi yang isinya macam buah rambai, adoi sedapnya kalau ada,dulu zaman komunis mereka makan buah ini sebagai ganti nasi sebab ia mengenyangkan sebab kena telan biji-biji.Begitu juga buah kelubi dan buah salak hutan yang banyak sebelah ulu teris sekarang pun dan tak ada lagi, yang hanya salak dari indonesia, itupun tak begitu enak walaupun mereka kata rasa macam madu.

Buah bangkong yang kalau dibakar dan dibuat gulai tempoyak dengan ikan puyu pun dah pupus, ayah saya kata dah mati kerana terlalu terbiar.Buah kepayang pun sedap setelah direbus dengan garam dan boleh makan dengan nasi pun dah tak ada lagi, begitu juga buah keranji yang warna hitam macam proton perdana V6 milik kerajaan pun ,puas saya cari dipasar tani dah tak ada lagi.Jadi bagi kawan saya diUPM dapatlah membantu saya kita membuat projek mengklon pokok buahan kampong atau hutan untuk kita tinggalkan pada generasi akan datang.

Dr Aminudin

2 comments:

Mokde said...

di tmpat saya di Temerloh buah keranji di pnggil buah kuran, pun dah lma tak nampak di pekan sari Temerloh

Hishamuddin Zainuddin said...

Assalamualaikum Dr.

Terjumpa site you, bila taip buah bangkong.
Arwah Wan dan Emak saya selalu masak buah bangkong yang belum tua dengan santan kelapa, biarkan hampir kering. Enak sekali.

By the way atok belah ayah saya orang Berchang, emak saya orang Pdg. Tengku. jadi saya rasa teruja nampak perkataan Relong.

Buah rawa, ya buah yang warna merah bila masak, membawa saya kembali alam kanak-kanak tahun 60 an.

Sekali-sekali balik Pdg Tengku, pergi Pekan Sari, cuba-cuba cari makanan tradisi orang kampong, takada, semua makanan yang boleh didapati di Serdang sini.

Ok chau