Sunday, February 22, 2009

Gobek

Hari ini kalau tanya anak-anak kita apa dia gobek.Mereka akan terpingga-pingga dan menjawap tidak tahu.Inilah zaman moden dengan teknologi canggih yang kita kejar-kejar untuk mencapai wawasan 2020 yang Tun Mahathir gagaskan dan diikuti oleh Paklah sebagai penerus wawasan tersebut.Warisan kita tinggal hanya dengan mengwartakan bangunan-bangunan diMelaka sampai kepuncak dunia.Warisan kita yang diamalkan oleh orang tua, tinggal dalam kenangan yang saya akan catatkan disini, sungguh sayu hati saya.Gobek adalah warisan kita yang digunakan oleh Wan saya dulu bagi dia memakan sirih untuk orang tua.Orang muda boleh makan sirih yang masih dijual dikedai mamak kerana ada gigi untuk mengunyahnya.Gobek biasa kami tempah dibengkel besi hasan titik dalam kampong kami.Gobek ini dibuat dari besi lebih kurang macam bedil buluh yang pernah saya ceritakan dulu.Ia ada badan gobek dan pelumat isi gobek.Pelumat ini disebelah hujungnya agak tajam macam pengali tanah.

Saya akan membantu wan mengobek sirihnya bila dia nak makan sireh,semua peralatan wan simpan dalam bakul kecil yang dibuat dari mengkuang ,wan akan isikan peralatan makan sireh dia, iaitu gobek, sireh,kapor,gambir dan pinang dalam bakul kecil tersebut.Semua itu wan akan pilih dan setelah dia menyelek pada daun sireh dengan kapor ,dia suruh masuk dalam gobek dan saya akan mengobeknya kira 15 minit sampai hancor, bila hancor gobek boleh dibuka pada bahagian bawahnya untuk dikeluarkan hasil gobekan itu dan memberi wan makan.Wan akan berborak dengan orang-orang yang datang sambil makan sireh yang saya gobekkan. Inilah kenangan dengan wan yang mana bila dia meninggal saya sedang menghadapi perperiksaan diSekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Jitra.Ada penyelidik mengatakan tradisi memakan sireh mengakibatkan barah, tetapi saya berpendapat lebih baik makan sireh dari makan dadah yang banyak bebudak Melayu jadi rosak dan mati.

Dr Aminudin (minta Datok Muzahid kawan saya dah jadi KSU Kementerian Kesenian dan Warisan ... tengok hal tradisi Orang Melayu dapat dikekalkan atau disebar kegenerasi akan datang)

2 comments:

Anonymous said...

Dr,

Maksud Dr sudah meneliti kesemua sajak dalam buku saya?

Teo

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Belum, saya berdasarkan blog sudara yang dipapar dalam himpunan blog pahang, saja kalau ada antologi sdr, insallah saya beli, lagipun kalau dicampur adok dengan politik saya kurang berminat, maaflah.

Dr Aminudin