Wednesday, February 18, 2009

Long Majid Dalam Kenangan

Siapa yang tidak kenal long Majid seorang pemandu yang peramah dan berhemah ketika membawa bas Mara diKuala Lipis.Seperti yang saya katakan dulu, masa kecil orang tua ke, muda ke adalah kawan saya.Begitu juga Long Majid, kami dimasa kecil sama-sama begurau dan berjalan.Kalau saya keLipis pergi tengok wayang atau mencari barang-barang keperluan persekolahan, pagi-pagi dah tunggu bas Mara untuk keLipis.Tunggu bas biasanya tepi jalan depan rumah Encik, ayah Long Majid.Bila bas datang kebiasaanya bas dah penuh maklumlah dari Padang Tengku nak sampai keSimpang Sungai Batu dah banyak kampong-kampong yang dilalui, penuhlah dia, lagipun kalau ari sabtu memang itu orang kampong keluar kebandar.Jadi bila Long nampak saya bas walau penuh ,dia akan berhenti mengambil saya.Bertenggek pun dekat pintu bas pun tak apa asalkan lepas keLipis.Sampai dilipis saya akan merayaplah dikedai mamak mencari komik kegemaran saya membeli komik beano atau dandy.Kalau tak ada komik melayu pun saya beli. Inilah kegemaran saya suka membaca komik, sampai hari komik tersebut saya masih membeli dan dirumah sekarang ini sudah membusut jantan komik tersebut, buku-buku lain dan majalah sekarang dah jadi sebuah perpustakaan ,saya buatkan dirumah .Selain dari itu menonton wayang hari sabtu bertiket murah terutama cerita cowboy dipanggong Lipis sebuah aje diLipis, Hari ini panggong Rex namanya kalau taksilap saya dah tiada lagi, tapaknya kat Kedai KFC sekarang.

Bila petang Long Majid selalu pastikan saya baik rumah, maklumlah dia ambil berat tentang saya lagipun dia amat hormat pada emaksaya (makcu dia, dalam keluarga emak saya dia seorang aje anak perempuan Aki Husin).Hari ni Long Majid dah tiada lagi, dia telah tinggal bersama Akak Tikah dibercang, saya masa kecil selalu juga kebercang dengan Abang Amid atau Adik Zohari mencari buah langsat dan tampoi yang banyak dalam kebun Long.Kini anak dia yang tua Ha yang agak aktif juga dalam politik, saya harap boleh jadi wakil rakyat, sebab tiada dikalangan keluarga kami yang jadi wakil rakyat.

Alfatihah buat Long Majid, saya terkenangkan dia s ebab bila saya kawin dialah yang bawa kereta dari Lipis hingga ke Kuantan.

Dr Aminudin

3 comments:

baain said...

Panggung di Lipis bukan Panggung Rex. Namanya Paradise. Tulislah cerita betul-betul. Nak buat sejarah kena tepat faktanya kalau tidak namanya dongeng sahaja. Ha dah dapat anak lelaki beberapa hari yang lepas. Bercucu dah awak tu.

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Baain said, terima kasih atas cangahan sdr.

nota. kajian sejarah dgn catatanperibadi berbeza, maaflah.

Dr Aminudin

Hishamuddin Zainuddin said...

Saya rasa saya kenal Long Majid, saya panggil dia Aki Majid. Orang dia muka bulat dan mudah senyum.