Wednesday, February 25, 2009

Lempeng Bunga Durian Serta Buah Getah .

Lempeng Bunga Durian, dan lempeng Sambal Buah getah,ubikayu,ubi kemili adalah makanan yang popular dimakan dizaman kominis, mengikut ayah saya.Walaubagaimana sekalipun emak ada juga jika kita membuatnya sekali sekala musim durian.Kami bebudak musim durian berbunga memang suka mengutip bunga-bunga durian yang gugur.Ruman lama kami dekat guabama ada juga beberapa pokok durian tetapi tidaklah sebanyak yang ada dekat ceruk membebek.Dekat rumah Pakencik Akob walau takbanyak pokok durian ,namun pokok durian yang sebatang dekat parit berbunga paling lebat lagipun rokoknya besar lagi rimbun.Kami bebudak pada hari tak bersekolah akan mengutip bunga-bunga durian ini diwaktu pagi, kami bukan main seronok mengutipnya kerana disamping itu airmadu dalam bebunga durian ini kami hisap macam kumbang menghisap madu ,begitu enak airmadu bunga-bunga durian ini.Bila kami kumpulkan bunga-bunga tadi kami kopek kelopak-kelopak bunga tadi dengan mengasingkannya dari bahagian bawah yang kami hirup madunya.Setelah banyak kami suruh emak atau akak milah mahupun Wan Kiah membuat lempeng.Biasanya kelopak-kelopak bunga akan ditubuk dan kemudian digaul dengan tepung gandum sebelum dijadikan lempeng.Lempeng ini dimakan dengan gula kabung atau air gula merah.Memang sedap.

Buah getah juga kalau musim buah getah kami akan mengutip dan selain dari buah getah itu kami akan mengambil kelopak (kulit) bagi buah getah itu dibuat kipas pusing yang kalau dihalakan kepada angin ia berpusing ligat.Buah getah juga jadikan bahan permain berlaga buah getah iaitu dengan mengambil dua biji buah getah kemudian cekak dalam tangan dan kepitkan untuk mengetahui mana yang lebih tahan, yang pecah dikira kalah.Buah getah yang dikutip tadi dipecahkan untuk mendapatkan isinya yang kemudian ditumbuk dan dicampur dengan berberapa ramuan lagi termasuk lada yang kemudian dimasak dijadikan macam lempeng sambal getah yang sukup enak dimakan dengan nasi.Diulu tembeling pula saya difahamkan mereka menjadikan buahgetah ini serbuk macam asamrom.

Semua makanan ini merupakan makanan yang enak, walaupun ia sebenarnya dimakan masa susah iaitu masa kominis.Kominis pernah menyerang kampong relong dan orang kampong telah berkubu disekolah rendah relong, masa itu Ayah dan pakatih Hassan jadi Homeguard dan mereka bersama orang-orang kampong mempertahankan kampong. Sebab itu masa saya bersekolah rendah relong masih ada lagi kubu tersebut disamping terdapat pokok saga disitu.

Dr Aminudin (berkhidmat diJabatan Keselamatan sehingga tahun 80an)

1 comment:

BLOG GENERASI FELDA said...

Bagus juga sesekali baca kisah lama-lama, dapat juga mengimbas kembali nostalgia silam .