Sunday, February 15, 2009

Mandi Sampat

Peristiwa mandi sampat adalah pesta setelah orang kawin hendak berakhir iaitu selepas hari pertama perkahwinan,dikampong Relong atau Behrang hari mandi sampat ini berlaku pada hari orang ingin memulangkan pinggan mangkok.Peristiwa yang saya ingat pesta ini ialah pada kenduri kawin Pakandak Koraini dengan Akak Munah diKampong Behrang.Rumah tuan rumah iaitu Aki Ibrahim iaitu bapa saudara kepada ayah saya (Abdul Karim).Mengikut ayah Aki Berahimlah yang menyuruh dia belajar memondok diPasir Mas, Kelantan bersama Tok Imam masjid Relong iaitu Ustaz Muhammad Mandak (anak kepada Tok Minduk).Walaupun Aki Berahim adalah paksaudara ayah saya dapati anak-anaknya tidak begitu mesra dengan ayah maklumlah mereka kebanyakannya makan gaji dengan kerjaan sedangkan ayah orang kampong biasa.

Pesta mandi sampat ini berlaku bila sesorang memulakan dengan mengambil air sebeldi ke atau setempurung atau sebesen dan menyirami orang lain.Maka budak-budak masa itu termasuk saya mulalah mencari sasarannya.Bila bertempur air dengan air habis basah lecurlah .Mana yang latah kami bergitu terhibur dengan telatah mereka bila disirami air.Malahan peristiwa kejar mengejar turut berlaku bagi menyimbah diantara satu dengan lain.Kini pesta mandi sampat ini tinggal kenangan saja lagi, bagi saya yang basah lecur dalam peristiwa itu terus aje terjun dalam gedung aki dekat rumah tersebut, lagipun inilah kegemaran saya kalau datang kerumah aki terutama musim buah dan berborak dengan Dalilah anak aki yang sedarjah dengan saya.Baru ini saya mendapat tahu Delilah telah kembali ke Ramatullah.Al Fatihan buat Aki Berahim dan Wan, Pakandak Koraini dan Delilah.

Dr Aminudin

No comments: