Sunday, February 15, 2009

Menjerat Pelanduk dan Landak Bersama Pakwe Idin

Memang banyak kenangan saya dengan Pakwe Idin berkaitan dengan menangkap haiwan liar.Pakwe Idin yang tinggal diKampong Keledek masa saya kecil adalah seorang bujang dan bila cuti sekolah saya pergi keKampong Keledek duduk dengan dia ataupun Rumah Aki Mohamad tepi pada sekolah Kampong Keledek.Rumah we dalam cerang (kini orang kata dusun buah) bila cerang telah ditumbuhi pokok-pokok.Dalam cerang Pakwe yang biasanya ditanam labu,mentimun tahun,pisang,keledek, jagong dan lain-lain.Kami tinggal dalam cerang itu menangkap pelandok dan landak yang datang kecerang untuk memakan tanaman kami.

Pelandok mudah ditangkap dengan menggunakan jerat pingkas atau jerat serungkup.Jerat pingkas kami buat dengan satu kayu yang boleh dilentur dan dipasang tali jerat yang dibuat satu pesawat ditanah yang boleh memingkas bila ditijak olah pelanduk.Sebelum itu kami akan membuat denai (lorong) dari reba (biasanya kayu-kayu dan daun-daun kering seperti resang atau pakupakis) yang menjadi pelandok mengikut denai itu dan akhirnya terjerbak dikawasan tali jerat yang dilitupi oleh daun kering atau ranting-ranting kayu.Perangkap serungkup pula dibuat oleh Pakwe dari kayu-kayu kelat dan diikat dengan akar-akar beluru merupakan serungkup yang dipasang pesawat kepadanya bila ditijak oleh pelanduk ia akan jatuh dan terkurunglah pelanduk dalam serungkup tersebut.Kedua jenis perangkap ini ada kelebihan dan keburukannya.Jerat pingkas akan menjadikan pelandok mati kalau lama tidak tengok sebab ia tergantung>manakala jerat serungkup membolehkan kita memperolehi pelandok yang hidup
dan ada kemungkinan terlepas masa nak menangkapnya.

Landak pula kami tangkap menggunakan sangkar besi macam sangkar tikus yang Pakwe tempah khas dari kedai cina diBukit Betong.Memasang perangkap landak memerlukan kita mahir mencari lubang-lubang landak dalam cerang kami.Pakwe tahu semua tempat dimana lubang landak.Jadi kami letak perangkap itu depan lubang dan berumpankan keledek,ubi kemili.keladi dan kadang-kadang labu.Jadi bila landak ini cuba makan umpan perngkap ini tertutup dan landak kami dapat.Pelandok dan landak memang dagingnya sedap dimakan tetapi kena buang ipoh dalam perut pelandok dan mempedu landak sebelum dimakan, kalau tak jadi taksedap.

Hingga hari ini saya terkenangkan Pakwe Idin, anaknya kawin saya takdapat pergi kerana taksihat tetapi ayah saya telah mewali hakimkannya.Al-Fatihan buat Pakwe


Dr Aminudin ( Dah lama takmakan daging Landak)

No comments: